Thursday, 7 May 2009

bila sasterawan berkata kata...

SIAPA MB PERAK YANG SAH : MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN ISNIN INI.

SIAPA MB PERAK YANG SAH : MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN ISNIN INI.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah Isnin ini.

Dalam kes ini bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar pelantikan penggantinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata mahkamah akan membuat keputusan tersebut secepat mungkin kerana desakan dalam isu tersebut.

Mohammad Nizar memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 13 Februari lalu bagi mendapatkan perintah perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan Zambry yang dinamakan sebagai responden tidak berhak memegang jawatan tersebut.

sumber : mStar Online

Tuanku mahukan Pakatan Rakyat?

Tuanku mahukan Pakatan Rakyat?
Setelah selesai Titah Diraja ..

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat .. MB Nizar

KEJAM!










































Hari ini dalam sejarah..buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku melihat speaker diheret keluar dari dewan..pertama kalinya berlaku dalam sejarah negeri dan negara seorang speaker yg sah diheret keluar dewan..mungkin juga dalam sejarah negara2 komenwel atau negara dunia lain perkara ini berlaku..inikah demokrasi??atau kukubesi...
PERAK mencipta sejarah...takziah!

Tumbuk!

sidang bersambung selepas rehat sejam td.Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat. Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.
Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya. Masing2 tunjuk degil.

ADA pun...

11.35am : Speaker siva mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulakan sidang sekiranya mereka yang digantung tidak keluar dari dewan. Semasa mengumumkan demikian dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak. Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali. SPEAKER HARAM plak tak tau nak duduk mana.kihkihkihkih

GILER KOME!!

Sidang dewan kelam kabut. terbaru diberitahu.Speaker Siva telah diculik oleh ADUN BN dengan bantuan pengawal keselamatan. Masih lagi riuh rendah didalam dewan.

Ramai lagi Ahli Parlimen ditangkap termasuk Dr. Lo Lo, Husam Musa dan Mujahid Yusuf Rawa.

DEME GILER KUASE YEOP!!

Keadaan teNang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah dimeja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)
ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.
ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan meneggelamkan suara Speaker Haram.
Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.
Ganesan sedang mengendali8kan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap dewan negeri.
Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demikrasi.

Khali Idham

RAMPAS KUASA SPEAKER??















ADUN BN sedang berkerumun dan mengelilingi adun Jelapang dalam dewan sama seperti sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker. Makin getik, tapi menarik, suasana ini dapat disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir. Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.
Hee dkerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker

ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakyat.
cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.
(albanjari)

!!!

tuan speaker,sivakumar dah jd sivaji the boss! hahaha...raja muda masih menunggu merasmikan sidang yg masih belum tenang.

KECOH dalam dewan!

JENG JENG JENG..

Speaker tolak usul tak percaya! kuakuakua...

PANAS!

10 Adun yang digantung oleh Speaker diarah keluar dewan oleh Tuan Speaker, Sivakumar. Kedudukan Adun seperti asal.Sumber dari dalam dewan menyatakan, kesemua yg diarahkan keluar BUAT MUKA DEGIL TAK MAU KELUAR!..suasana makin panas di dalam dewan.

TERKINI DI IPOH

10.pg -Mat Nor & Zakril- petugas amal melaporkan ramai telah ditangkap di Ipoh. Pimpinan Pusat turut kelihatan di sekitar bangunan SUK. Polis mula bertindak. Acara kejar mengejar antara polis dan orang ramai di luar kawasan kawalan 500 meter

Arip Timb AmalPerak melaporkan- semua pengiring ADUN Perak diarah keluar. Lebih 10 orang telah ditahan termasuk Salehudin Ayub dan petugas amal Tambun Sdr Jamal. Jamal ditahan berhampiran pejabat DAP.
Posted by dato' at 9:57 AM

Live dari SUK

8.50am
Beberapa orang telah ditangkap dihadapan bangunan SUK ketika cuba memasuki bangunan tersebut.
Diantaranya YB Zuraidah Kamarudin, Tian Chua, Kak Ann, Dua Ahli Parlimen, seorang dari Melaka dan seorang dari Selangor.
Buat pertama kali, membawa gambar Yang DiPertuan agong menjadi satu kesalahan Mereka yang ditangkap adalah kerana membawa gambar Yang Di Pertuan agong. Polis merampas dan mengoyakkan gambar YDP Agong.
Mereka kini dibawa ke IPK Ipoh.
(PERAK EKSPRESS)

7MEI di SUK PERAK!

pagi ni jer dh berapa org kena tahan,termasuk beberapa org ahli parlimen dan blogger..kerana pakai baju hitam,membawa gmbr agong,...salah ke??? lawaknya.