Monday, 1 June 2009

Kisah Zambri & The Gang kena halau di Batu 8 Lekir

Salam Sejahtera...

Hari ini jam 2.30 ptg lebih kurang mungkin tercatat dalam sejarah Zambri selaku MB Mahkamah Rayuan telah dihalau oleh Tuan Tanah/Rumah di Batu 8 Lekir. Gambar sebelah kiri...Tuan tanahnya,.

Mengikut dari cerita salah sorang mengiringi DS IR Nizar kepada aku sebentar tadi, Zambri bersama Kong Chong Ha selaku AP Lumut yg juga Menteri Kerajaan Perumahan & Tempatan dan beberpa orang anggota polis yang mengiringinya ingin melawat ke sebuah rumah penduduk di situ yang rumahnya mengalami musibah akibat angin ribut malam tadi.

Disebabkan jalan untuk laluan kereta untuk ke rumah tersebut tak ada.. maka kereta Rasmi Zambri. Kong Cha dan Polis telah diletak di kawasan halaman rumah si tuan ni, tanpa minta izin kebenarannya. Apalagi tuan rumah ni terus minta keluar dari tanah kawasannya.. mereka tak indah larangannya.. malah mereka semakin gostan keretanya ke belakang, menyebab dia memekik tak faham bahasa ka sambil menepuk kereta tersebut.

Bila dah malu tak ada arah, mulalah cari pasal.. tanya kat tuan rumah ni, tanahnya tu bayar cukai ke tidak.. lagi la hangat tuan rumah, dapatlah maki percuma darinya "Pukimak hangpa", seawktu mereka nak keluar dari rumahnya ada lagi suara-suara mengatakan jangan layan orang tak betul...situan rumah balik balik sapa yang tak betul, kalau berani mari.. tak ada sapa yang beranila nak masuk.. dah bersalah.. nak tak nak mula tebal keluar balik... lawatan pun tak jadi..

Malu besarlah Zambri, kerana tak jauh dari situ kat Batu 10 Lekir adalah rumah mertuanya, tup-tup dia sendiri kena halau...

Pada sebelah petang DS IR Hj Nizar pulak pergi melawat ke situ, dah HJ Nizar pun risau juga pada mulanya.. takut kena halau.. sebab sangkaan mereka tuan tanah ni jenis orang tak betul... suspen aja mereka nak turun dari kereta,,, rupanya bila ia nampak Hj Nizar sampai berlari ia sambut Hj Nizarkat kereta, siap cium tangan lagi... berbangga dia dapat bertemu Hj Nizar dan ia menceritakan kisahnya yang berlaku pd Hj Nizar.. rakaman ceritanya bersama HJ Nizar ada di blog otai-manjung.

Tuan Tanah/Rumah ni menetap di KL.. entah habuannya nak jadi cerita balik kerumahnya dapat bertemu Zambri.. nasib Zambrilahhh... itulah MB yang bukan pilihan rakyat.. Padan muka kau Zambri... Kau dimalukan depan anggota polis.... depan Menteri Kabinet MCA...korang mereka tahu yang rakyat betul-betul tak suka...pi la ngadu kat Pak Mentua kau tu... apa dia nak kata....

-manjungmari

1 JUN HARI GELAP GELITA SELURUH PERAK

Esok 1 Jun adalah Hari Gelap Gelita Seluruh Negeri Perak. Program tersebut adalah sebagai membantah pencabulan demokrasi yang dilakukan oleh BN dan juga kempen bubar DUN Perak. Seluruh pendokong dan penyokong PR yang Muslim diminta berpuasa di seluruh negeri Perak bagi mengisi program tersebut dan akan berbuka beramai-ramai di setiap markaz DUN seluruh Perak. Manakala yang bukan Islam sebagai menghormati program tersebut boleh berlapar selama satu hari dan akan makan beramai-ramai menjelang Maghrib bersama umat Islam yang lain di markaz.

Program di markaz DUN akan bermula pukul 6 petang dengan mendengar ucapan-ucapan dari pimpinan PR di peringkat DUN masing-masing, selepas berbuka, solat Maghrib dan Solat Hajat berjamaah akan diadakan, dikuti dengan tazkirah. Selepas Isya' akan didakan ceramah PR yang akan disampaikan juga oleh pimpinan PR di peringkat DUN.

Saya Sedia Kalah - Husam

Saol Jawab: 'Saya sedia kalah dalam pemilihan Pas'

AHMAD NAIM TAHIR / Berita Harian

* PEREBUTAN jawatan Timbalan Presiden Pas di antara penyandang, Nasharuddin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu paling menjadi tumpuan pada Muktamar Pas Ke-55, minggu depan. Wartawan Berita Minggu, AHMAD NAIM TAHIR mendapatkan pandangan Husam untuk menghuraikan perkara itu.



Kenapa Datuk menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden? 



Apabila saya menyertai Pas pada 1982, satu daripada sebabnya saya percaya Pas perlu jadi parti peneraju utama dalam negara jika dasar Islam yang komprehensif mahu dilaksanakan.

Saya berpendapat jika ada kerjasama politik dengan Umno dalam bentuk berkerajaan, ia akan menyekat kemaraan Pas.

Tak mungkin Pas dapat bertanding pilihan raya di kawasan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan ini akan hadkan kerusi Pas lalu Umno tetap jadi parti utama dan perjuangan Islam akan terbiar.

Buat masa ini saya berasa Pas mesti berusaha untuk keluar dan memenangi kerusi yang dikuasai Umno dan BN bagi mencapai cita-cita politik parti.

Di kawasan ramai pengundi bukan Melayu, rakan Pas seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menguasai kerusi itu, jadi tugas Pas yang utama sekali ialah menarik sokongan Melayu di kawasan kubu kuat Umno seperti di Johor dan Pahang.

Apa reaksi ahli Pas terhadap keputusan Datuk bertanding Timbalan Presiden?

Alhamdulillah saya dapat banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) terima kasih kerana sanggup tawar diri walaupun menanggung risiko.

Kalau nak jaga kedudukan, saya bertanding Naib Presiden, lebih selamat.

Apabila bertanding Timbalan Presiden, risikonya sangat tinggi, lebih-lebih lagi dikatakan saya menerima pencalonan tidak berapa besar, tetapi sekurang-kurangnya saya berhasrat sampaikan niat atau pandangan politik saya yang tidak bersetuju dengan pimpinan tertentu mengadakan rundingan sulit dengan Umno, sekurang-kurangnya saya hendak daftarkan pandangan politik saya yang berbeza ini.

Saya tidak pasti apakah keputusan ini paling baik tetapi sekurang-kurangnya tanggungjawab saya sudah selesai.

Kalah atau menang, itu ditentukan oleh perwakilan. 



Dalam pemilihan kali ini, tidak boleh lari daripada isu pertembungan kumpulan pro-ulama dan Erdogan.

Datuk sendiri dikatakan sebagai ketua kepada puak Erdogan?

Kalau kita tengok buku sains politik, apabila nak wujudkan satu sasaran, kita kena namakan kumpulan, tetapi sampai hari ini saya tidak tahu siapa mulakan label Erdogan itu.

Ada orang kata ia dimulakan blog anti-Husam tetapi saya tidak siasat siapa di sebalik blog itu.

Isu ini diwujudkan sebaik timbul soal muzakarah atau muqabalah dengan Umno.

Sasaran blog itu mungkin untuk merosakkan nama baik saya yang dianggap ancaman kepada usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pihak (Pas dan Umno).

Sesetengah pihak mendakwa blog ini didalangi kumpulan di pejabat Jalan Raja Laut (Ibu Pejabat Pas), tetapi saya tak pasti adakah mereka, ahli parti atau orang luar di belakang blog ini.

Blog inilah yang mempopularkan nama Erdogan dan kerana nama itu diberi percuma, saya tidak rasa apa-apa.

Nak dikatakan bangga, jauh sekali untuk saya disamakan dengan Erdogan yang ada reputasi tinggi.

Tentulah saya rendah diri untuk disamakan dengan Erdogan.

Sebenarnya, kalau Pas liberal, saya liberal... kalau Pas konservatif, saya konservatif dan kalau Pas fundamental, saya pun fundamental.

Saya masuk Pas bukan satu dua hari, jadi jika ada apa-apa kekurangan pada saya, bermakna Pas tidak melaksanakan tarbiah atau pendidikan kepemimpinan yang baik kerana kalau hampir 30 tahun dalam parti, masih lagi saya diragui oleh ahli, bermakna ada sesuatu tidak kena dengan pendidikan parti.

Saya berpendapat ini (isu ulama dan profesional) usaha untuk memecahbelahkan Pas bagi membolehkan pihak lain mendapat manfaat daripada perpecahan ini.

Prinsip yang saya nampak ialah Islam membuka peluang kepada setiap individu membangunkan diri untuk mencapai beberapa kualiti minimum.

Kepemimpinan dalam Islam lebih fleksibel dan terbuka, tetapi struktur yang ada dalam Pas agak lengkap yang mana setinggi mana pun pemimpinnya, ulama atau bukan, tertakluk kepada Majlis Syura sebagai pengawal dan penentu dasar utama parti.

Struktur itu sudah wujud dan saya tidak nampak perlu terlalu bimbang terhadap isu ini. Bagi saya, penyertaan saya ini mungkin hanya sementara mengikut keperluan waktu.

Jika ada pemimpin lain lebih baik, saya pada bila-bila masa boleh membuka ruang untuk mereka naik dalam pimpinan parti.



Datuk rapat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga mengundang tanggapan pengaruh Anwar makin berkembang dalam Pas?



Saya bukan saja rapat dengan kepemimpinan Pakatan Rakyat, tetapi juga dengan pemimpin Umno dan BN, saya boleh berkomunikasi.

Masa jadi Ahli Parlimen, saya sentiasa berinteraksi dengan pemimpin Umno, boleh minum teh dengan Tun Daim Zainuddin, melawat pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beliau tidak lagi jadi Perdana Menteri dan boleh menghubungi menteri tertentu memberikan pandangan saya.

Hubungan rapat tidak semestinya kita korbankan dasar parti.

Saya nak bertanya kepada pengkritik itu apa ruginya Pas apabila saya rapat dengan Anwar, apakah prinsip parti sudah saya korbankan? Itu yang perlu diukur.

Rapatnya kami bukan bererti saya boleh diperkudakan.

Sampai hari ini pengkritik tidak boleh buktikan apa perkara yang saya kompromi dengan Anwar.

Anwar diperlukan Pas menjelang pilihan raya hingga ada yang hampir merajuk kerana beliau tidak hadir dalam ceramah besar.

Beliau dijemput berceramah di seluruh negara atas pentas Pas, mengapa pada waktu itu tidak timbul persoalan Pas tidak perlukan Anwar? Selepas berkuasa di Kedah, Perak, ada kerusi di Pulau Pinang dan Selangor, menang di Kelantan dan ada perwakilan besar di Parlimen, timbul isu siapa jadi alat Anwar. 



Datuk bertanding sebab tidak bersetuju dengan sikap liberal pemimpin tertentu kepada Umno, sedangkan muzakarah sudah direstui Presiden Pas?

Kedudukan Timbalan Presiden seperti pembantu juruterbang yang juga ada peranannya.

Saya melihat Presiden ada pendekatan politik yang terlebih matang, tetapi sesetengah pemimpin Pas guna kedudukan mereka untuk pergi lebih jauh daripada apa yang direncanakan Presiden.

Sebab itu, saya tidak ada masalah dengan Abdul Hadi dan saya yakin jika Timbalan Presiden boleh memberi input lebih meluas, Presiden akan membuat pilihan politik lebih tepat ketika itu. 



Apakah Datuk tidak akan memberi ruang langsung kepada Pas berbincang dengan Umno, terutama demi kepentingan bangsa dan agama?

Persoalan kita ialah agenda Islam yang boleh dijayakan dengan pendukung yang komited.

Umno, pada pendapat saya menolak dasar Islam dalam pemerintahan, bahkan peranan wahyu sendiri (al-Quran) sangat kecil dalam penentuan dasar dan budaya Umno.

Kita tolak Umno bukan kerana permusuhan politik tetapi kerana untuk melaksanakan agenda Islam, orang yang menghayati agenda itulah yang perlu mengambil tempat dalam kerajaan.

Kalau Umno sendiri menerima hakikat ini, tidak ada masalah bagi Pas untuk membantu Umno, tetapi jika setakat untuk menyokong Umno kekalkan kuasanya, apa guna Pas ditubuhkan kalau sekadar jadi kuda tunggangan Umno.

Kalau Pas duduk di atas, Umno di bawah, saya tiada masalah.

Kalau Umno benar-benar tekankan perpaduan Islam, maka kita kena ambil ukuran Islam seperti pemimpin paling bertakwa itulah yang jadi pemerintah paling tinggi.

Kalau Abdul Hadi atau Nik Aziz jadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Razak jadi Timbalan Perdana Menteri, saya tiada masalah.

Kalau Najib jadi Perdana Menteri, Abdul Hadi jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, saya rasa usaha Pas akan sia-sia. 



Datuk dianggap sebagai anak didik Nik Aziz dan ia dikatakan kelebihan kepada Datuk dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden?



Prinsip saya ialah kita tidak boleh peralatkan orang lain untuk kepentingan kita.

Hubungan saya dengan Nik Aziz ialah saya murid, beliau guru.

Saya dibentuk oleh beliau, berada di bawahnya dalam kerajaan hampir 20 tahun dan dalam parti melalui kuliah dan usrah.

Beliau membentuk pemikiran saya dan saya tahu apa dalam fikirannya dan cuba jayakan apa yang beliau hasratkan.

Saya orang suruhan beliau, bukan beliau orang suruhan saya.

Dalam isu seperti muqabalah, muzakarah dan lain-lain, Nik Aziz ada pandangan sendiri, sebab itu tiada siapa yang boleh ubah pandangan itu. 



Bagaimana peluang Datuk untuk menang dan apa nasihat kepada perwakilan?



Saya harap perwakilan matang untuk jadikan Pas terus relevan dengan keadaan semasa dan keperluan masyarakat yang berharap Pas jadi alternatif kepada Umno dan dapat bawa perubahan kepada negara.

Dalam pertandingan, saya serahkan kepada Allah, tetapi saya sedia untuk kalah.

Ini pengorbanan saya, sekurang-kurangnya dari segi rekod, saya bertanding atas niat untuk kebaikan parti dan jika ditakdirkan menang, saya mesti jadi pembantu Presiden untuk membentuk gandingan yang baik.

Saya juga berharap dapat mendekatkan Rusila dan Pulau Melaka (Abdul Hadi dan Nik Aziz). Kalau Rusila dan Pulau Melaka intim dan kuat, saya yakin Pas boleh meneraju perubahan politik terutama di negeri yang masih menjadi kubu Umno.

Sumber - HusamMusa08

Saturday, 30 May 2009

Selagi Zambry mengelak, masa depan BN Perak kian parah

TRAGEDI tangkapan lapan wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak termasuk Speaker Dun V Sivakumar, bersama 11 yang lain, pagi Selasa, 26 Mei atas dakwaan menghadiri perhimpunan haram di depan Wisma DAP, Ipoh, mengesahkan lagi bahawa bahang krisis politik semakin membara dan tidak mudah dipadamkan melalui keputusan Mahkamah Rayuan minggu lepas.
Iklan

Polis diperalatkan

Pihak polis nyata diperalatkan apabila pelancaran mogok lapar dan puasa sunat bagi mendesak pembubaran Dun Perak itu dihadapi secara kekerasan. Begitu ramai anggota keselamatan dikerahkan, termasuk pasukan FRU dan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh - selain polis berpakaian biasa - bagi memastikan sebarang perhimpunan berbaju hitam untuk menggesa Dun dibubarkan, dicantas lebih awal.
Seawal jam 6.30 pagi, lima pekerja syarikat pengurusan acara yang memasang khemah dan belon udara besar dengan tulisan "Bubar Dun" ditahan lebih awal. Belon tersebut turut dirampas. Kanopi itu juga diruntuhkan.
Tidak jelas apa alasan keselamatan pihak polis melakukan tindakan agresif dan provokatif itu, jika bukan diarahkan pihak berkepentingan Umno-BN. Ia diadakan di premis persendirian, dan langsung tidak menganggu ketenteraman awam, alasan lazim yang digunakan polis untuk mewajarkan tindakan represif mereka.
Walaupun Wisma DAP - dan tidak jauh dari itu Pejabat Perhubungan PAS Perak - terletak di hadapan Bangunan SUK, namun lokasinya langsung tidak menyebabkan lalu-lintas terhalang. Tidak tahulah kalau ada pihak yang sakit mata memandang aksi protes pemimpin Pakatan Rakyat itu.

Rampasan kuasa

Jika diukur jumlah kehadiran, ia tidaklah seramai mana, mungkin hanya sekitar 50 orang, namun Umno-BN yang melakukan rampasan kuasa awal Februari lalu terbukti takut dengan bayang-bayang sendiri. Meskipun didesak dari segenap penjuru agar Dr Zamry Abdul Kadir menghadap Sultan mohon dibubarkan Dun, mereka tetap berdegil.
Senario ini mudah difahami. BN begitu gentar untuk mendapatkan semula mandat baru rakyat kerana yakin mereka pasti ditolak, bahkan mungkin lebih teruk berbanding keputusan pilihan raya umum April 2008.
Pelancaran mogok lapar itu, yang sepatutnya disempurnakan di bawah khemah khas, terpaksa dipindah ke tingkat satu Wisma DAP. Menteri Besar, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin juga dihalang pihak polis daripada bersalaman dengan orang ramai yang hadir.
Ya, aneh dan pelik ... pakai baju hitam (dalam himpunan Bersih dulu, baju kuning) salah, dirikan kanopi salah, nyalakan lilin salah, berkumpul salah, bergambar depan jurufota media salah, berjabat salam pun tidak dibenarkan juga!

Kes pecat ketua kampung

Lebih menjolok mata apabila tangkapan dibuat, bermula dengan Sivakumar, ketika pemimpin-pemimpin Pakatan secara beramai-ramai berjalan menuju ke kereta masing-masing, selepas turun dari pejabat DAP, difahamkan untuk ke mahkamah tinggi bagi menyaksikan satu saman yang difailkan terhadap kerajaan BN yang memecat ketua-ketua kampung.
Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana enggan mematuhi arahan polis untuk bersurai walaupun setelah diberi amaran beberapa kali. Mudahnya pihak polis melakukan tangkapan walaupun mereka menghadapi kesukaran berbuat demikian untuk menangani kes jenayah tegar yang lain!
Pada sebelah malamnya, di lokasi sama, sekitar jam 8.45, dua lagi ditahan kerana menghadiri perhimpunan candlelight vigil, yang menandakan "demokrasi sudah mati dan dikuburkan oleh Umno-BN". Nizar bersama dua pemimpin kanan DAP, Nga Kor Ming dan Ngeh Khoo Ham, serta 30 yang lain hadir.
Episod seumpama ini dijangka akan berterusan dan melebar ke seluruh negara. Amarah rakyat sukar dibendung. Mereka yang menyaksikan dari dekat peristiwa hitam yang mencacatkan amalan demokrasi di negara ini tentu tidak duduk diam.

Apa jadi kes rasuah dua bekas Exco?

ImageDi Penanti misalnya, isu rampasan kuasa ini tetap menjadi tumpuan. Bermula dengan "penculikan" dua bekas Adun KeADILan, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi - yang sebelumnya dituduh rasuah berhubung projek pembangunan bernilai RM10 juta - juga "kehilangan" penuh misteri Adun Bota yang menyertai KeADILan, Nasaruddin Hashim, yang kemudiannya tiba-tiba mereka muncul dalam sidang akhbar di Putrajaya bersama Najib Razak, rakyat diperingatkan tentang kisah sebenar yang mendasari konflik di Perak.
Kesahihan SPR yang memutuskan tidak berlaku kekosongan kerusi Dun Changkat Jering dan Behrang, walaupun diputuskan sebaliknya oleh Speaker V Sivakumar, juga masih tergantung di mahkamah. Ada proses yang belum diselesaikan di sana. Misteri (begitu banyaknya misteri) dakwaan rasuah ke atas Osman dan Jamaluddin pun belum terongkai.
Tepat seperti kata Nizar, dalam keadaan mahkamah sudah memutuskan Zamry adalah menteri besar yang sah, justeru untuk menunjukkan ketelusan dan keikhlasannya, maka Adun Pangkor itu harus berani mendapatkan semula mandat rakyat dengan menghadap sultan bagi memohon Dun dibubarkan. Jangan jadikan alasan ia di bawah bidang kuasa raja memandangkan sultan tidak mampu memulakan tindakan membubarkan Dun selagi mana tidak dimulai oleh inisiatif menteri besar.
Jalan keluar sudah terang dan nyata. Umno-BN hanya akan dilabelkan "bacul dan pengecut", apabila berselindung di sebalik mahkamah dan istana, serta memperalatkan pasukan keselamatan, jika terus berdalih mengelak dari berusaha membubarkan Dun.


Ahmad Lutfi Othman

Friday, 29 May 2009

PETIKAN HADIS MENGENAI DOSA BESAR

Hadis Abu Bakrah r.a katanya:
Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari menyebut Hadis tersebut.