Tuesday, 14 July 2009

Terkini M.U

1.50 tengahari - Anak-anak Abe Uji turut serta mengiringinya dalam sesi konvoi ke tempat-tempat pengundian.

Di Lata Rek setekat jam ini, petugas Pas masih kelihatan kuat meraih undi berbanding petugas BN yang nampaknya semakin putus asa, namum pada masa yang sama masih melalukan perangai yang tidak baik.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang telah melawati 4 buah UPU memberitahu, PAS mendahului 52%.

1.14 petang - calon PAS kini berada di Sekolah Kebangsaan Kg karangan, major

1.10 petang - Sehingga jam 12 tengahari tadi, kira-kira 68.4 peratus atau 8,475 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.

12.59 tengahari - Pusat Pengundian Laloh - Dilaporkan, Seorang tua yang tidak mengundi pada tahun 2008 telah dibawa keluar oleh wanita UMNO Pulau Pinang tanpa pengetahuan penjaganya.

Wanita UMNO Pulau Pinang tersebut membawa orang tua tersebut bersama kad pengenalannya ke pusat pengundian Sk Laloh.

Walaubagaimanapun orang tua tersebut telah ditinggalkan bersendirian di dalam pusat pengundian dan kad pengenalannya tidak bersamanya.

Kini Mafrel sedang menguruskan isu tersebut, dan melaporkan kad pengenalan tersebut hilang. Orang tua itu sekarang ini berada di dalam pondok pos SPR.

Calon PAS juga kini kelihatan berada di pusat pengundian tersebut.

kelabgreenboc

N-41 Manek Urai Live

8.00 am: Manek Urai mula sesak. Pengundi mula keluar untuk menunaikan tanggungjawab.

8.30 am: Calon PAS Abe Uji di Pusat Pengundian Peria. Penyokong PAS lebih kurang 1000 orang. BN pula dalam 300 orang.

8.4o am: Suasana sedikit tegang apabila penyokong BN membantah penyokong PAS yang memenuhi pintu hadapanpusat pengundian di Peria.

9.15 am: Pengerusi SPR tiba di Pusat Pengundian Peria.

9.30am: Suasana kembali tegang apabila penyokong PAS dan BN hampir bertumbuk tetapi dapat ditenangkan oleh PDRM.

9.45am: Kelihatan beberapa orang dibelakang bangunan berhampiran beratur seolah-olah sedang menyemak daftar pengundi kemudian masuk kedalam bangunan. Ambik duit upah kot.....

10.30am: Seorang lelaki dan berkepala botak cuba memprovokasi penyokong dan dihalang PDRM. Suasana kembali tegang. Konvoi motosikal berkuasa tinggi PAS telah melepasi Pusat Pengundian.

11.00 am: peratus mengundi di semua peti undi adalah lebih kurang 30%.

11.15 am: Sebuah pusat yang disyaki menjadi pusat pembahgian wang telah diserbu oleh petugas PR di Peria. Pintu rumah dikunci dari dalam. Pihak PDRM untuk masuk tidak mendapat kerjasama dari mereka yang berada dalam rumah tersebut. Disyaki 30 orang sedang bersembunyi didalam rumah berkenaan.

11.30 am: Pihak BN telah mengaku yang mereka telah memberi 'wang' kepada pengundi2 yang balik dari rantau dalam istilah duit tambang. Jadi, ini sudah jelas mereka telah melanggar akta SPR. Kedua-dua penyokong telah saling baling-membaling objek2 seperti bom air, botol, kayu... Suasana menjadi tegang.

12.00 pm: Peratusan keluar mengundi sekitar 46%

12.30: Penyokong PAS dibelasah oleh penyokong BN. Lebih kurang 5 orang penyokong PAS cedera dibelasah dan dibaling dengan objek keras sehingga mencederakan kepala.

1.00pm: Peratusan keluar mengundi dalam 70%. MU telah mencatat sejarah dimana tidak pernah mana2 Pilihanraya negara kita mencapai peratusan berkenaaan sebelum jam 1.00 pm. Najib juga dikhabarkan telah menaiki pesawat keluar keluar negara menuju Mesir. Kebiasaannya sekiranya mereka (UBN) merasakan kemenangan akan memihak kepada mereka, mereka tidak sekali-kali akan meninggalkan negara.


perisikrakyat

65%...

# P'ratus keluar m'undi kira2 65%, SPR b'harap peratus keluar m'undi 85% apabia masa tamat pukul 5 petang nanti. 49 minutes ago
# Sbntr td di P P'undian Manjor pmuda PAS tahan kereta berpelekat SPR yg masuk k tmpt mengundi. Rupa2nya UMNO menyamar SPR & dihalau keluar

perakexpress

Mahfuz Yakin PAS Menang

11.20am Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin parti itu akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai, tetapi dengan majoriti yang berkurangan.

Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau juga menjangka jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah di sekitar 84 peratus.

"Saya tidak menjangka ramai akan pulang (untuk mengundi) kerana hari ini Selasa (hari bekerja di luar Kelantan).

"Namun begitu, dari maklum balas yang diterima, ada yang telah pulang (untuk mengundi).

"Kerana itu kita menjangka menang tetapi jumlah majoriti kurang," katanya.

PETANDA PAS MENANG SEMAKIN HAMPIR

Eksklusif: Manek Urai, Petanda PAS Menang Kian Hampir Bila Puak-Puak UMNO BN Dilihat Semakin Gila Meroyan Menjelang Hari Pembuangan Undi !!

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, 14 Julai ini dilihat bakal memberi kemenangan mudah kepada PAS. Statistik terkini yang PDO terima daripada pihak Polis Raja Di Malaysia (PRDM) menyatakan bahawa peratus sokongan rakyat terhadap PAS kini meningkat kepada 65%, manakala BN hanya 35% sahaja. Jika senario ini berterusan maka sudah pastilah PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar dalam pilihanraya ini nanti. Banyak faktor sebenarnya yang mendorong kemenangan besar ini pasti akan berlaku. Antaranya ialah sikap "bangang" para pemimpin UMNO dan kerajaan BN yang "cakap tak serupa bikin". Malah, mereka masih terus mengalunkan "lagu rentak lama" di Manek Urai. Biarpun mereka tahu bahawa strategi itu bakal memerangkap diri mereka sendiri. Namun, dek kerana pemikir dan penasihat pilihanraya yang langsung tidak boleh "berfikir secara waras" sebenarnya, maka mereka terus menerus menyajikan adengan yang sama tanpa mahu mengambilkira pandangan rakyat itu sendiri. Bukti jelas dapat dilihat dalam beberapa perkara. Terkadang terfikir juga dibenak fikiran kita, apakah mereka sedar atau tidak segala apa yang dilakukan ini agaknya. Antara bukti jelas yang bakal membawa kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Manek Urai ini ialah :-

Umumkan Tawaran Yang Perbodohkan Rakyat

Mutakhir ini, nampak benar pemimpin UMNO begitu kemaruk untuk menang di Manek Urai. Igauan badi kekalahan dalam hampir kesemua pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum ke-12 lalu masih terpahat dalam ingatan. Bahkan, ia juga menyebabkan pemimpin UMNO dan BN menjadi "takut" serta "fobia" untuk berhadapan secara "anak jantan" dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya secara demokrasi. Lantaran itulah, mereka amat takut jika DUN Perak dibubarkan. Malah, mereka juga menjadi "dayus" dan "bacul" untuk berhadapan dengan PKR dalam pilihanraya kecil Penanti sebelum ini. Memang sudah nasib badan, mahu atau tidak pilihanraya kecil Manek Urai perlu disertai bagi mengelakkan malu yang lebih besar. Dengan segala jentera pilihanraya yang ada, serta bantuan daripada SPR, PDRM, KEMAS, JASA serta lain-lain agensi yang diperalatkan sewenang-wenangnya oleh mereka itu pun mereka masih takut berhadapan dengan "suara rakyat". Akhirnya terpaksalah menggunakan strategi ampuh dan mudah dibaca iaitu "kebajikan buat rakyat". Kononnya "rakyat diutamakan", walhal semuanya itu hanyalah omongan kosong semata-mata. Malah tindakan Najib mengumumkan berbagai insentif buat rakyat semalam, jelas sekali bagi memancing undi pilihanraya kecil Manek Urai sebenarnya. Malah, sebelum itu Muhyiddin Yassin selaku Pengarah Pilihanraya Manek Urai juga telah membuat pengumuman yang sedikit melegakan rakyat. Iaitu berkaitan permansuhan PPMSI yang bakal dilaksanakan pada tahun 2012. Ini semua adalah "gula-gula pilihanraya" yang bertujuan untuk memperbodohkan rakyat. Maka itu, kita yakin semua ini tidak akan memberi kesan yang positif buat UMNO. Malah, rakyat akan lebih benci kepada mereka kerana masih mahu "menipu" di depan mata, biar pun mereka tahu rakyat bukan semuannya boleh "dibutakan mata dan hati" seperti puak-puak UMNO karat itu sebenarnya !!/

Sumber: Pahangdaily