Tuesday, 11 August 2009

LELAKI...

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool gila...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan itu!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mahu bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mahu bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Monday, 10 August 2009

SERAHAN SURAT RASMI KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Semua Editor dan Wartawan,

Media Massa.

Saudara / saudari,

SERAHAN SURAT RASMI KEPADA DATUK BANDAR IPOH MEMOHON MENGGUNAKAN STADIUM PERAK, IPOH UNTUK MENGADAKAN HIMPUNAN BUBURKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PERAK

Adalah dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) dan juga Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Perak akan membuat serahan tersebut pada maklumat seperti berikut :-

Tarikh : 11 Ogos 2009 / 20 Syaaban 1430

(SELASA)

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Pejabat Datuk Bandar Ipoh,

Majlis Bandaraya Ipoh,

Jalan Sultan Abdul Jalil,

Greentown, Ipoh.

Serahan akan di ketuai oleh pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Perak.

Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan. Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,



SAFARIZAL BIN SALEH

Penolong Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

(H/P : 013-326 6194)

BESORRRR NYA YEOP!!

Pergerakan Pemuda UMNO cabar Pemuda PAS berhimpun

Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

1. Beberapa hari yang lalu , [ hari jumaat lepas kalau tidak silap ] saya telah dihubungi menerusi telefon bimbit oleh Saudara Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui sahabat lama saya saudara Lokman Adam .

2. Ringkas saya bertanya , mimpi apa sdr Lokman hubungi saya sejak sekian lama tidak bertemu kecuali lama dulu sewaktu beliau bersama AMK di bawah kepimpinan Ezam Mohd Noor.

3. Sejurus selesai bertanya khabar , sdr Lokman beritahu , ada orang nak bercakap dengan saya lalu di telefon bimbitnya di passkan kepada sdr Khairy yang mulanya bertanyakan perihal surat jawabnya berkait isu wacana ilmiah antara Pemuda PAS dan Pergerakan Pemuda UMNO .

4. Kemudiannya Khairy mengundang saya bersama Pemuda PAS untuk menyertai satu perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Pemuda UMNO di Shah Alam bagi mengutuk Ronnie Liu berkait isu arak yang mencetus kontraversi baru - baru ini .

5. Menghormati beliau yang menghubungi saya secara terhormat , maka saya hanya jawab ringkas " Insyaallah , esok [ sabtu ] Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ] akan mengadakan mesyuarat bulanannya . Kami akan putuskan disitu [ dalam mesyuarat bulanan ] berkait dengan pelawaan Sdr Khairy [ Pemuda UMNO ] dan bagaimana pula stand DPPP terhadap isu arak di Selangor " .

6. Malangnya akhbar hari sabtu dan ahad telah tersebar berita dan kenyataan Khairy bagaimana Pemuda UMNO kononnya telah mencabar Pemuda PAS agar keluar berhimpun bersama mereka bagi membantah dan mengutuk Ronnie Liu sedang saya belum memberi jawapan balas secara rasmi kepada beliau . Tetapi oleh kerana beliau kelihatan terlebih awal dan tidak sabar - sabar mengumumkan kepada orang ramai menerusi media , maka biarlah saya juga menjawab menerusi media tanpa perlu menghubungi beliau [ Khairy ] lagi .

7. Saya tidak ada masaalah dengan hasrat Pemuda UMNO untuk berhimpun justeru perhimpunan sedemikian bukanlah asing bagi Pemuda PAS , lagipun Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang selayaknya membenarkan perhimpunan aman dianjurkan . Cuma , apa yang menarik ialah Pemuda UMNO mengundang Pemuda PAS untuk menyertai himpunan tersebut bersama mereka seraya mencabar kewibawaan Pemuda PAS sayap kepada Gerakan Islam PAS .

8. Kononnya himpunan mereka ialah untuk membela Islam dan hukumnya agar tidak dipersenda sebaiknya ditegakkan di bumi Selangor . Ianya gara - gara isu yang tercetus dari kontraversi arak di Selangor . Persoalannya sejak bila Pemuda UMNO peka terhadap isu agama dan perlaksanaan syariat ? jika ianya baru bermula dan berputik sehari dua ini , alhamdulillah semoga Pemuda UMNO terus mendekatkan diri dengan isu - isu agama malah berani bangkit mempertahankan Islam dan syariatnya agar kelak ia dapat ditegakkan di atas tanahair kita .

9. Kedua , rakyat masih sangsi khasnya Pemuda PAS terhadap hasrat Pemuda UMNO yang mahu menganjurkan himpunan pada 14 ogos ini demi mempertahankan dan menjaga kesucian Islam kononnya . Ianya berasaskan sikap yang diambil oleh Pemuda UMNO yang melarang ahlinya dari turun menyertai himpunan aman 100 ribu ummah untuk menentang akta zalim ISA baru - baru ini [ 1 ogos ] bahkan mendesak agar ianya segera dimansuhkan oleh kerajaan . Sedang ISA adalah akta yang juga bercanggah dengan Islam . Mempertahankan ISA adalah satu persendaan terhadap agama dan hak asasi kemanusian .

10. Ketiga , Kenapa Pemuda UMNO tiba - tiba tertarik untuk mengadakan himpunan di Shah Alam bagi menentang arak di Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat bahkan mencabar Pemuda PAS agar turun berhimpun bersama mereka ? Kenapa mereka tidak mengadakan himpunan atau road show membantah penjualan arak ke seluruh negara yang rata - rata negeri masih berada di bawah kerajaan UMNO dan BN dan arak terlalu banyak di situ . Bagaimana kalau saya [ Pemuda PAS ] pula mencabar agar Khairy dan Pemuda UMNO mengadakan himpunan membantah arak dan judi dinegeri Pahang , Johor , Wilayah Persekutuan , Melaka , Negeri Sembilan , Langkawi , Pulau Tioman , Pulau Pangkor dan lainnya ? Sekurang - kurang Pemuda UMNO hantar memorundum membantah pun sudah dikira cukup .

11. Sementara Isu arak di negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat , DPP telah mengambil langkah menyerahkan memorundum kepada Yb Ronnie Liu melalui DPP Negeri Selangor dan disokong sepenuhnya oleh DPP Pusat . DPP Pusat telah memberi tempoh sekurang - kurangnya sebulan kepada Kerajaan Selangor untuk mengemukakan polisi penjualan arak di negeri itu .

12. DPP Pusat mengambil langkah menegur dan menasihati kerajaan negeri Selangor [ memandangkan Pakatan Rakyat masih baru - tak sampai 2 tahun - mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Selangor berbanding UMNO dan BN yang memimpin 50 tahun ] supaya Selangor dan negeri - negeri lain yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat menerima pakai kaedah penjualan arak yang dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri Kelantan . Malah ianya dilihat berkesan serta telah terbukti kesannya sejak 19 tahun lalu .

13. DPP Pusat telah menegaskan pendiriannya bahawa , sekali - kali Pemuda PAS sebagai Pemuda Gerakan Islam tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha yang cuba memperlekeh agama Islam apalagi menghinanya . Sebaliknya Pemuda PAS akan terus thabat dan teguh insyaallah , dalam mempertahan serta memperjuangkan Islam agar kelak syariatnya tertegak di atas tanahair ini .

14. Namun begitu , DPP Pusat tidak akan melulu dalam tindakan . Segalanya dihalusi dari pelbagai aspek melalui mesyuarat yang dianggotai oleh pemuda yang memiliki pelbagai latar belakang dan kemahiran pula dibimbing oleh hikmah para ulamak yang menerajui kepimpinan parti .

15. Pemuda UMNO tidak perlu mengajar Pemuda PAS bagaimana untuk ia mempertahankan kesucian Islam . Apa yang pasti UMNOlah punca segala kebanjiran maksiat dan mungkar yang sukar dibendung hari ini setelah mempunyai mandat memerintah sejak merdeka . Pakatan Rakyat sedang mengalih transisi cuma kini masih dalam diperingkat awal . Banyak perkara yang perlu diubah dan dibaiki . Tentunya ia tidak boleh dilakukan secara drastik justeru ia melibatkan paradigma yang perlu diubah , dianjak dan dibina kembali setelah 50 tahun ia terbentuk .

Sistem perlu dibaiki , sikap perlu diubah , mind set perlu dibina , peraturan perlu dikaji semula , undang - undang perlu diteliti , penguatkuasaan perlu disemak dan pencapaian perlu dinilai sementara Pakatan Rakyat , kalau pun tidak bermula dari kosong , nyata ianya bertolak dari paras yang terlalu rendah untuk melonjak ke tahap tinggi dalam keadaan gerakannya ditekan .
Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Kes Teoh : Teori Kospirasi Semakin Jelas ?

Artikel Oleh: addin_77


Lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai Inkues ke Plaza Massalam semalam banyak menimbulkan persoalan berkaitan kes tersebut. Penemuan kesan seperti darah di tangga antara tingkat 14 ke tingkat 15 Plaza Masalam tempat terletaknya pejabat SPRM mengejutkan koroner dan para pegawai Inkues kematian Teoh Beng Hock.

Mereka juga terkejut kerana terlihat kesan darah pada salah satu dinding bilik di tingkat 15 namun mereka tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut. Perkara ini dilaporkan dikesan dalam lawatan koroner Inkues dan para pegawai yang terlibat dalam membantu Inkues itu. Lawatan ini telah menimbulkan lebih banyak persoalan dan misteri mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Peguam Lim Lip Eng (MP Segambut) yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pada mulanya koroner dijadualkan melawat keseluruhan tingkat 14 sahaja tetapi para peguam meminta supaya pihak rombongan melawat sekali tingkat 15. Ketika rombongan Koroner dan pegawai Inkues sedang menaiki anak tangga menuju ke tingkat 15 melalui pintu belakang, mereka terserempak kesan darah di tingkat 15 yang sepanjang 2 kaki atas lantai anak tangga tersebut.

Apabila rombongan sampai tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ. Walhal, mereka ternampak lebih banyak kesan seperti darah pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu. Beberapa persoalan timbul hasil lawatan tersebut terhadap polis yang menyiasat kes kematian Teoh.

Bagaimana pegawai penyiasat yang terlatih tidak tahu mengenai kesan tompok seperti darah yang terdapat disekitar tingkat 15 dan tidak memasukkannya dalam siasatan ? Mengapa rombongan Koroner dan pegawai Inkues tidak dibenarkan memasuki setiap bilik di tingkat 15 ? Adakah sesuatu yang ingin di sorokkan sehinggakan mereka tidak dibenarkan memasukinya ? Peristiwa-peristiwa pelik ini telah menjuruskan pandangan umum terdapat wujudnya konspirasi dalam kes kematian Teoh. Adakah benar teori konspirasi tersebut ? Jika benar, siapakah dalangnya?


http://addin77.blogspot.com