Monday, 24 August 2009

Kapitalis - Sosialis - Islamis

Oleh:ibnu rusyd

Hari ini angka kematian dijangka terus subur dan meriah lagi bagi bilangan mereka yang berjangkit dengan H1N1 negara malaysia, hal ini tidaklah mengejutkan kita apabila pihak kerajaan masih lagi buntu dan kelu dalam sebarang tindakan kerana umum mengetahui bahawa bahana ini tidak akan sama sekali dibendung dan dihalang melainkan kehendak tuhan.

WHO meramalkan kadar 10%-20% jumlah rakyat di negara ini bakal menikmati penyakit ini dan sekitar 1% peratus darinya hampir pasti akan pergi meninggalkan kita sekiranya tiada tindakan yang drastik dan betul diambil oleh pihak yang bertanggungjawab dalam erti kata pemerintah atau kerajaan. Hal ini samalah juga dengan kita bakal kehilangan sekitar 5 000 - 46 000 rakyat negara ini dalam masa setahun.

Kerajaan dalam nada awal tanda kekalahannya berkata semalan bahawa penyakit ini akan terus meriah dan meriah untuk satu jangka masa 6 bulan -1 tahun lagi. Angka ini tidaklah mustahil sekiranya kita melihat langkah longlai pihak berwajib yang bertanggujawab untuk mengambil tindakan dan beberapa faktor lainnya yang memerlukan otak untuk berfikir secara waras, hal ini amatlah jelas kepada kita yang bahawasanya kita tidak mampu berbuat apa-apa lagi melainkan duduk dirumah berkunci menunggu malaikat maut mengetuk pintu utama rumah kita jika seandainya penyakit ini menular ke rumah kita.

Pelbagai tindakan dan hal yang diumumkan yang bersifat gimik untuk memperlahankan kematian dan angka yang maha dashat ini dari terus meningkat sedangkan iamerebak melalui ruang udara. Para tauke dan pemodal kapitalis tentunya tersenyum gembira mengenangkan nasib yang berlaku kepada umat dunia ini kerana kantung poket mereka akan sarat dengan wang kembali, kita diberitakan dengan kehabisan topeng penutup muka di kedai-kedai milik kapitalis di seluruh negara dan dalam sedikir masa juga kita akan mendengar yang bahawasanya kerajaan malaysia akan membeli vaksin antiviral dan seangkatannya dari WHO.

Ini semua wang dan wang menjana ekonomi dan ekonomi mengawal kuasa, prinsipnya jelas tujuannya tuntas, maka kita seharusnya melihat kembali apa yang berlaku terhadap kita sekarang supaya tidak tersalah langkah dalam mencatur hidup. Bagi penulis konsepnya mudah, ia adalah bala dari Allah atas apa sebab sekalipun maka ianya datang dari Allah, sebab-sebab inilah yang menghalalkan perbuatan khianat manusia terhadap alam sekitarnya. Dalam sumber lainnya diakui ini satu perniagaan, ia datang dari kapitalis dan pemodal besar yang merancang, itu satu teori dalam bahasa islamnya adalah asbab, tanpa asbab mustahil sesuatu terjadi namun bagi tuhan amatlah mudah untuk itu. Inilah sifat kapitalis, apa yang mendatangkan keuntungan adalah kiblat mereka, apa saja yang boleh dijual akan dijual asalkan mendatangkan keuntungan hinggakan kini maruah juga bisa diperdagangkan inilah jahatnya kapitalis.

Memang benar kita seharusnya tuntas melawan dan menolak kapitalis sama sekali untuk mengundang kesejahteraan namun kita juga tidak sama sekali memerlukan sosialis apa lagi nasionalis, sosialis mejaga kebajikan tapi tidak bertuhan, jika ada tuhan hanya sekadar pelengkap hiasan rumah, ini semua bahana rekaan manusia yang telah menyebabkan berjuta nyawa melayang dan hilang dalam sekelip mata, sebut sajalah sistem apa sekalipun, asal datangnya dari manusia pasti ianya merugi.

Kita hanya perlukan islamis sebagai penyelesaian segala permasalahan, islamis terkandung di dalamnya kapitalis dan islamis jauh lebih sosialis dari sosialis sendiri, dalam kata mudahnya islamis punyai sistem kapitalis namun ada sistem sosialis dalam islam yang kemudiannya mengawal selia kapitalis tadi, ia bukan ideologi tapi cara hidup yang sejahtera yang telah diusulkan oleh tuhan kepada kita. Hal ini jelas bagi kita kerana sejarah telah membuktikan kejayaannya, kita tak perlu dimomokkan dengan nasionalis, bela melayu dan apa kejadah ideologi yang hanya direka untuk mengisi telbolok sesetengah pihak dan kepentingan mereka, mereka inilah yang seharusnya dihumban ke laut mati secara beramai-ramai.

Mereka bodoh lagi membodohkan dan kemudian cuba memberitahu kepada orang lain akan kebodohan mereka, ini tidak perlu sama sekali, mereka seharusnya simpan baik-baik kebodohan mereka untuk tatapan sejarah.

Umar anak Khattab telah mambuktikan kepada kita yang sistem yang diamalkannya membawa kesejahteraan kepada kita, umar untuk pengetahuan umum adalah anak didik manusia agung bernama Muhammad s.a.w anak abdullah yang lahir di kota mekah, islam dinaikkan oleh tuhan diceruk kota yang ketinggalan dan jauh dari ketamadunan dan diselaputi kejahiliyyahan untuk memberi bukti jelas kepada kita bahawa ia dibina dari bawah dan islam adalah adalah mendasar.

Islamis datang bukan untuk menjajah malahan untuk membebas, islamis datang membebaskan manusia dari kegelapan kejahilan kepada cahaya kebenaran. islamis jauh membatasi prinsip berbilang kaum malah berbilang agama, lihat bagaimana penduduk jajahan parsi di tanah arab yang rata-ratanya berbangsa nasrani (baca beragama kristian) yang akhirnya memihak kepada umar apabila islamis menakluk untuk membebas mereka malahan mereka turut serta bergabung kedalam tenteranya (Lihat buku UMAR AL-KHATTAB karangan MUHAMMAD HUSAIN HAEKAL) .

Hal ini jelas serta terang kerna ia adalah fakta sejarah tak sama sekali sejarah tidak pernah menipu melainkan pemimpin negara. Masih tidak setuju dan mahu membela melayu? , saya nasihatkan sila pulangkan wang PTPTN dan segala biasiswa anda jika sekirannya anda seorang mahasiswa kerna usaha anda hanya menambah merugikan negara dan islam khususnya, dan juga pulangkan kembali apa segala sijil diploma, spm,pmr serta upsr anda supaya anda boleh dididik kembali menjadi manusia yang berotak dan berakal, jika tidak sila pergi ke tahfiz untuk menghafal al-quran, anda hanya akan menyesakkan lalulintas negara dan menambah beban negara saja jika masih berfikiran di bawah waras tersebut.

Islam mengajar kita erti kehidupan , islam mengajar kita segalanya, tiada apapun yang tidak terkandung dalam cara hidup ini (diulangi bukan ideologi) ,dalam ekonomi islam mengajar kita cara berhutang dengan melakukan catitan hitam putih, islam juga mengajar kita cara meminjam wang dengan diharamkan sebarang faedah keatasnya, islam jugalah yang mengajar kita melaburkan wang dengan diharamkan sebarang faedah tetap keatasnya yang seolah-olah sudah mengambil kerja tuhan, islam juga mengajar kita menjual komoditi dan kurang menggalakkan kita menjual matawang.

Pokoknya semuanya terkandung dalam agama ini , cuma bagaimana caranya untuk kita menggunakannya saja, bukan seperti islam cetakan sekarang. Kita bebas memalsukan agama ini, letaklah madani, hadhari, 1 malaysia, namun semua ini kesesatan yang jelas dalam beragama, tuhan tak perlu penasihat, tuhan tak perlu jururunding agama dan tuhan jauh tak perlukan mufti penasihat 20% untuk membina agamanya , DIA serba sempurna dan serba lengkap, tanpa adanya kita semua DIA tetap mulia dan tetang agung.

Pokoknya tuhan telah banyak bertolak ansur dengan kita dengan sifat rahmatnya kepada kita, jika tidak tentulah telah lama kita dibinasakannya, tuhan mendatangkan bala untuk membersihkan kita, tuhan menghantar malaikat mautnya untuk kita mudah beroleh syurga, diberkan wabak kepada kita sebagai tanda sayangnya kepada kita (lihat hukum mati dalam wabak dalam islam) , tuhan tahu kita sedang sibuk untuk mengejar apa segala sistem rekaan dan ciptaan yang maha sesat maka ditegurnya kita.

Maka kita perlu kembali melihat dan mengambil seluruh hukum tuhan kerna ia adalah hukum karma, kita lantang menentang segala perbuatan yang melawan fitrah tuhan namun kita juga lupa yang kita telah melacurkan seluruh cara hidup kita dengan sistem selain islam. Islamis adalah cara dan penyelesaian terbaik buat kita, sedarlah san kembalilah untuk kesejahteraan sejagat dan bawalah ia dengan cara yang betul. -

sabahdaily

Sunday, 23 August 2009

Kenyataan Media Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus." (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya.

Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato' Hamdan kita untuk kembali menemuiNya.

Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.

Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu.

Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak?

Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu', amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM.

Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis - pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita.

Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi.

Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan "rule of law" dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato' Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan.

Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar?
Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

"Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan."

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal : 1 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009

Saturday, 22 August 2009

Kezaliman Ke atas Seorang Muslimah !!

Oleh Ustaz Nasrudin Tantawi

1. Dengan segala kerendahan diri dan berat hati , saya tegaskan kenyataan saya di sini demi membela insan lemah yang bergelar muslimah sekalipun terpaksa merempuh dinding kebal keegoan seorang insan yang bergelar lelaki .

2. Kezaliman adalah suatu jenayah dan kesalahan yang besar terutamanya apabila ia dilakukan oleh seorang yang mengaku muslim pula seorang pemimpin .

Justeru pemimpin akan menjadi ikutan ramai , maka peribadinya mesti mulia . Akhlaknya mesti tinggi . Moralnya terpelihara , sikapnya bertanggungjawab , tindakannya adil dan hatinya pula mesti bersih .

الناس على دين ملوكهم

Manusia berada di atas manhaj [ cara hidup ] para pemimpin mereka.

3. Isu yang saya dedahkan baru - baru ini adalah berkait kes penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan oleh calon BN di N.11 Permatang Pasir ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau , bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala .

4. Isu yang saya timbulkan ini bukanlah bersifat peribadi tetapi melibatkan peribadi seorang pemimpin yang cuba melindungi kejahatan dan kezalimannya disebalik aksi berhemah seorang ahli politik yang ingin memenangi kerusi dalam pilihanraya untuk memimpin rakyat dan masyarakat .

5. Isu ini adalah isu keluarga besar kami . Keluarga muslim pula keluarga yang terlibat dalam perjuangan Islam . Isteri kedua calon BN di N.11 Permatang Pasir [ Puan Rafizah ] adalah adik angkat kepada Tok Guru saya [ Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ] . Sementara ayah dan ibunya pula anak angkat kepada ayah Tok Guru saya . Hubungan mereka sangat erat dan rapat seperti sebuah keluarga bertalian darah . Sementara saya adalah anak murid setia kepada Tok Guru malah saya seperti adik kandungnya sendiri. Kami berkeluarga dan hubungan kami melewati hubungan pertalian darah .

6. Sebenarnya sejak lebih setahun yang lalu , Puan Rafizah telah mengadu hal nasib malang yang menimpa dirinya kepada Tuan Guru tetapi teguh beliau merahsiakan suaminya . Sehingga Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim pun tidak mengetahui siapakah suaminya dan Tuan Guru tidak pula mahu mencampuri urusan keluarganya . Sekadar memberi nasihat dan tunjuk ajar agar bersabar dan tenang menghadapi ujian berat yang menimpa dirinya .

7. Sehinggalah beberapa hari yang lalu , Puan Rafizah memberitahu : " ustaz , Rohaizat [ calon BN ] itulah suami saya ! " pastinya Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim terkejut besar dengan pengakuan itu . Saya segera bertemu kedua - dua ibubapa Puan Rafizah bagi mendapat gambaran yang lebih jelas . Ya ! hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung oleh anaknya sejak bertahun yang lalu .

8. Malah setiap kali mendengar rintihan dan keluhan derita dari Puan Rafizah , lebih banyak esak tangis berbanding kata - kata yang cukup menggambarkan derita dan sengsara hati seorang perempuan muslimah yang digantung tidak bertali malah diperlaku tidak ubah seperti perempuan simpanan [ maaf ] meskipun ia adalah seorang isteri yang dikahwini secara sah .

9. Tiada siapa yang dapat memahami jiwa Puan Rafizah selama ini termasuk suaminya yang tidak bertanggungjawab . Batinnya menjerit menyatakan kesengsaraan hidupnya yang pernah dibiarkan tanpa sebarang berita dan khabar , jauh sekali dititip nafkah zahir dan batin selama 7 bulan berturut - turut . [ Menurut pengakuan ibunya , dengan genangan air mata seorang ibu yang lemah tidak berdaya untuk berdepan pula dengan seorang politikus yang gagah meredah medan politiknya ]

10. Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini , ibunya berkata : anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak 2 kali dan itupun hanya sekadar beberapa jam , kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isteri dalam kesepian mengharapkan kasih seorang suami .

11. Bukanlah salah beristeri dua . Islam tidak melarang muslim beristeri dua . Apa yang saya dedahkan disini bukan isu Rohaizat beristeri dua . Beristeri dua bukan isunya di sini . Tetapi isu besar yang saya bawa ini ialah isu kezaliman dan penginayaan ke atas seorang wanita muslimah yang lemah tidak berdaya oleh seorang lelaki [ bergelar suami ] yang sepatutnya memberikan keadilan , kasih sayang dan haknya sebagai seorang isteri yang sah . Inilah perlakuan yang ditegah dan diharamkan oleh Allah swt.

12. Saya tidak berhasrat mahu meruntuhkan rumahtangganya malah berusaha mahu menyelamatkannya . Apa yang dikehendaki oleh Puan Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri bukan lagi digantung tidak bertali . Datang dan pergi seperti mengunjungi rumah di lorong maksiat . Jangan perlakukan Puan Rafizah sedemikian rupa . Saya membawa suara derita Puan Rafizah .

13. Malangnya sebelum ini , Rohaizat berkali - kali menafikan Puan Rafizah sebagai isterinya . Puan Rafizah berkata : kalau Rohaizat tidak akui dirinya sebagai isteri yang sah , maka selama ini dirinya sebagai apa ? akhirnya deraian air mata yang cukup memilukan hati kami membatasi kata - katanya .

14. Menurut pengakuan Puan Rafizah , betapa beliau telah menanggung derita ini sejak lebih 3 tahun yang lalu . Beliau dipandang serong oleh masyarakat sekitar dan teman - teman rapat yang mengetahui kedudukannya. Selain dari cengkaman perasaan yang terpaksa ditanggung , Puan Rafizah turut berdepan dengan fitnah ke atas dirinya yang dipandang serong oleh masyarakat gara - gara Rohaizat enggan mengakui dirinya sebagai isteri yang sah meskipun Rohaizat mengahwininya dan tidak pula mendokumenkan perkahwinan mereka .

15. Wahai insan yang Islam agamanya ! Wahai Insan yang memiliki Iman ! Wahai insan yang bergelar wanita ! Bukankah seorang perempuan itu dikahwini untuk memupuk kasih sayang , berada di sisi suami [ jika berpoligami - berlaku adil dalam giliran ] , dibelai , dipimpin dan dibimbing dengan penuh sakinah , mawaddah dan rahmah .

16. Wanita juga apabila berumahtangga , ingin sekali menimang cahayamata tetapi malang segala - galanya tidak dimiliki oleh Puan Rafizah . Beliau benar - benar hanya isteri simpanan . Hatinya derita melihat kebahagiaan orang lain disamping suami masing - masing jua bersama anak - anak menceriakan rumahtangga.

17. Dulunya , Puan Rafizah yang pernah bertugas sebagai ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun mendirikan rumahtangga bersama Rohaizat dengan harapan kebahagiaan dan keharmonian serta kesempurnaan hidup akan dapat dikecapi sebagaimana insan yang lain . Malang panas tidak sampai ke petang . Beliau dianiaya oleh suaminya sendiri yang tidak mahu pula mengakui beliau sebagai isteri yang sah kepada umum sehingga memaksa beliau menjalani kehidupan dengan murung , resah , rasa bersalah , kecewa dan derita .

18. Ke mana pergi pejuang wanita ? kemana perginya pejuang hak asasi ? saya yakin , bukan seorang Rafizah di luar sana . Mungkin ribuan lagi mangsa seperti Puan Rafizah . Mana perginya Sharizat Jalil yang kononnya beliau adalah serikandi membela hak wanita dari menjadi mangsa penderaan lelaki ? Apakah kerana ia isteri calon BN di N. 11 Permatang Pasir maka semuanya membutakan mata ? membiarkan Puan Rafizah menderita ?

19. Mana insan bergelar muslimah ? kalian nak biarkan Puan Rafizah terus derita ? Ya ! sementara kalian tidak merasai deritanya . Mana insan yang mewarisi ketaqwaan Fatimah ? tergamak kalian biarkan Puan Rafizah terus terbelenggu hidupnya semata - mata kerana nafsu dan kepentingan politik kalian ? mana semuanya ? Takut nak bercakap perkara ini ? bimbang mengganggu keputusan pilihanraya ?

20. Saya teringat kisah seorang wanita muslimah yang diinaya lalu berteriak memanggil nama sultan Mu'tasim yang memerintah pada waktu itu . Waa Mu'tasimaaah ! [ wahai Sultan Mu'tasim ... bantulah aku ] . Lalu rintihan derita itu disampaikan kepada sultan Mu'tasim lalu Mu'tasim bangun dari singgahsana lalu berkata : Labbaiki Yaa Ummaaaah ! [ Aku sahut seruanmu wahai Ibu ! ] lalu beliau mengerahkan bala tenteranya untuk membela wanita muslimah yang dianiaya .

21. Apakah hari ini telah tiada Mu'tasim ? maka Puan Rafizah di zalimi dan didera perasaannya . Malang ! sabar sajalah Puan Rafizah . Nasiblah dirimu hidup dizaman ramai manusia pengecut ! Tidak berani berkata benar !

22. Demi Allah ! jangan biarkan penginayaan ini berterusan . langkah pertama saya nasihatkan supaya Rohaizat sebagai orang tahu agama dan tahu hukum hakam agar tidak menzalimi isteri sendiri . Kembalilah kepangkuan isterimu dengan damai dan penuh kasih sayang . Berlaku adillah terhadap kedua - dua isteri kamu . Berikan hak mereka dan berikan kasih sayang kepada mereka . Biarpun mereka bergelar wanita , mereka juga berhak mendapat kasih sayang dan pembelaan khasnya dari orang yang bergelar suami .

23. Saya dedahkan perkara ini dengan izin isterinya yang telah puas menjerit tanpa didengar oleh siapa agar suaminya mengakui dirinya sebagai isteri yang sah dan berikan haknya untuk hidup sebagai isteri sebagaimana isteri - isteri yang lain . Telah banyak usaha dilakukan oleh Puan Rafizah agar dirinya diisytiharkan sebagai seorang isteri yang sah agar ia boleh hidup bahagia dan damai seperti orang lain tetapi gagal .

24. Ertinya masih terbuka luas untuk Rohaizat selamatkan rumahtangganya tetapi dengan syarat Rohaizat runtuhkan tembok keegoannya sebagai lelaki lalu segara kembali kepangkuan isteri dengan penuh insaf . Sempena bulan Ramadhan al Mubarak , Saya doakan rumahtangga kalian bahagian dan harmoni . Saya gembira jika rumahtangga Rohaizat dapat diselamatkan . Buat Puan Rafizah , sekadar itulah usaha dan pendedahn yang tergamak saya lakukan walau hanya menyebut 10% dari kisah penderitaan yang ditanggung olehmu . Maaf saya tidak tergamak hendak menyebut lebih dari itu . Selebihnya Puan Rafizah sendiri mesti ada kekuatan menghadapi situasi ini .

25. Jika Rohaizat masih enggan mengakui Puan Rafizah sebagai isteri yang sah dan masih meninggalkannya kesepian tanpa belaian kasih sayang dan giliran hak secara adil , maka demi Allah ! saya bersumpah dengan nama Allah yang maha suci bahawa Rohaizat tidak layak menjadi pemimpin . Tidak layak memegang amanah rakyat .

Saya cabar Wanita UMNO bangkit
membela wanita teraniaya ini !
Ayuh bangkit Sharizat !

Kezaliman seorang suami ke atas isterinya samalah dosa kezaliman kerajaan mengISAkan [ tahan tanpa bicara ] seorang insan tanpa bukti yang kita tentang ramai - ramai hari tu . Zalim tetap zalim dan ianya mesti ditentang . Apakah kezaliman ke atas wanita perlu disembunyikan dari pengetahuan umum agar dia terus derita sedang dia meronta minta dikasihani ?

Kenyataan nik aziz yang diputarbelitkan.

Artikel Oleh: dewa

"Letih rasanya jadi orang politik ni. Kenyataan asyik diputarbelit. Keghairahan melampau untuk memfitnah ulamak ini semakin menjadi-jadi. Kenyataan beliau diputarbelitkan satu persatu.

Mari kita lihat satu persatu kenyataan Tok Guru yang diputarbelitkan oleh akhbar barua pengampu:

1. Tok Guru kata: Kalau orang jahat fikir mereka samseng sangat, di akhirat kelak, mereka akan tahu Allah lebih samseng (kuat).

Akhbar kata: Tok Guru kata Allah Samseng! (kalau tok guru kata orang zalim yang ganas perlu ingat bahawa di akhirat kelak, azab Allah lebih ganas, nescaya akhbar barua pengampu ini akan kata Tok Guru kata Allah pengganas)

2. Tok Guru kata: Kita sedia berunding dan bekerjasama dengan kerajaan pusat. Hubungan kerajaan negeri dan kerajaan pusat boleh diperbaiki.

Akhbar kata: Oh. Tok Guru setuju kerajaan perpaduan

3. Tok Guru kata: Nasihat saya tak mesti didengar

Akhbar tulis tajuk besar-besar : 'NASIHAT SAYA MESTI DIDENGAR'

4. Tok Guru kata: Islam stail **** tak membawa ke syurga kerana menentang perundangan Islam.

Akhbar kata: Tok Guru dah menghina. Mempolitikkan agama.

5. Tok Guru kata: Saya tak pelik DAP hina Islam kerana mereka kafir tapi saya pelik orang Islam hina Islam. Kita akan tarbiyah dan nasihat DAP.

Akhbar kata: Tok Guru benarkan DAP hina Islam.

Umno Bunuh Umno

Artikel Oleh: uhud

Assalamualaikum Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Terlalu mudah untuk menumbangkan Umno, kini Umno berbunuhan sesama Sendiri tanpa perlu sebarang strategii, lebih menarik Presiden Umno yang juga Perdana Menteri hanya selamba senang hati tidak peduli pada nasib anak buah ahli Umno yang terpaksa “berjuang menegakan Kesalahan”,


PM dan isteri selamat pulang daripada bercuti

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Presiden Umno yang juga Perdana menteri bukan saja boleh bercuti “makan angin” ketika Rakyat Malaysia berhadapan dengan Ancaman Wabak Selsema Babi H1N1 malah Penyokong Umno juga di biarkan Presiden Umno/Perdana Menteri bersusah payah di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir Menipu dan Membohong bagi Pihaknya dan Umno

Pilihanraya Kecil Permatang Pasir yang berlangsung menyaksikan Umno Hilang Punca apabila secara sendiri Umno menggunakan Taktik Membunuh Diri apabila Mengambil Calon yang Pecah Amanah manakala Perdana Menteri 1Malaysia pula mengambil jalan mudah dengan Bercuti ke luar Negara ketika Petugas Pilihanraya Umno PRK P.Pasir bertungkus lumus putar belit untuk meraih undi Calon Pecah Amanah Penipu Umno

Terlalu Gila Kuasa dengan Niat Merompak Harta Negara dan Rakyat menyebabkan Umno mengambil langkah Membunuh Kaum Umno sendiri, Ini di buktikan Umno ketandusan Calon untuk bertanding di dalam Pilihanraya sehinggakan di Penanti Umno tak Bertanding manakala di Permatang Pasir Umno mengambil Calon Pecah Amanah wang Pekebun Kecil Getah MELAYU !!!

Lebih menyeronokkan apabila PM 1Malaysia yang juga Presiden Umno masih mampu Berseronok di luar Negara, Tidak Peduli dengan Nasib Rakyat baik Petugas Pilihanraya Umno yang bertungkus lumus dan lebih penting Nasib Rakyat Malaysia yang semakin banyak MATI akibat Wabak H1N1 sedangkan PM 1Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk mengekang Gejala wabak H1N1 yang berbahaya ini

Mungkin Petugas Pilihanraya Umno mendapat Imbuhan wang ringgit tetapi tidaklah banyak jika di bandingkan dengan Kroni-kroni PM yang mengaut Jutaan Ringgit tanpa perlu bersusah payah “Berjuang” atau “kerja” untuk Umno

Contohnya Kroni seperti Razak Baginda mendapat RM 530 juta Komisyen Kapal Selam yang tak boleh di gunakan untuk Kegunaan Awam manakala Helikopter Nuri masih tak berganti, sedangkan Helikopter boleh di gunakan semua dari Tentera hingga Orang Awam terutama dalam misi Menyelamat Mangsa banjir dan jika Kapalselam kemalangan sekalipun Anakkapal Kapal Selam juga boleh di selamatkan menggunakan Helikopter

Bencana banjir besar yang melanda Negeri Johor tidaklama dahulu menyaksikan bagaimana Rakyat yang terperangkap didalam banjir amat memerlukan bantuan dari Pasukan Helikopter, malangnya Helikopter Tentera Nuri terlalu Uzur untuk di gunakan hinggakan TPM Tan Sri Muhyidin Yassin juga baru-baru nyaris Nahas ketika di Sabah

Kecuaian dan Kelembapan Pemimpin Umno Bn seperti ini hanya akan menyebabkan Rakyat Menderita Kesusahan menanggung beban kehidupan sedangkan Pemimpin Negara dan Kroni begitu Rakus Mengaut keuntungan dengan Menyusahkan Rakyat termasuklah Ahli Umno sendiri,

Ketika Kroni Presiden Umno/Perdana Menteri senang hati dengan imbuhan Jutaan Ringgit daripada Komisyen projek mega dan Kecuaian Kroni di Maybank yang menyebabkan Kerugian ratusan juta Ringgit dalam urusniaga membeli Bank Indonesia, Malangnya yang Menanggung Akibat kebodohan atau kecuaian Pemimpin dan Kroni mereka ialah Kakitangan Maybank dan Pelanggan

Begitu juga dengan Projek Mega PLKN yang menggunakan wang peruntukan untuk Angkatan Tentera yang kaut untung ialah Kroni Presiden Umno bukannya Anggota Tentera malah Anggota Tentera menanggung akibat pula di atas kejahatan Kroni Umno merompak hasil Penat Lelah Anggota Tentera!!!

Paling malang ialah Ahli dan Penyokong Umno yang terpaksa “menegakkan benang basah” mempertahankan kejahatan Pemimpin Umno sedangkan mereka hanya mendapat Hampas Tebu sahaja kerana manis Air Tebu telah di telan oleh Kroni Pemimpin Umno tanpa perlu bersusah payah Perjuangkan Umno

Cukuplah selama ini Umno Menipu Rakyat Malaysia terutama Umat Islam dan Kaum Melayu, Rakyat semakin sedar Keburukkan yang dilakukan Pemimpin Umno, Kekayaan hanya di kaut oleh Kroni Pemimpin Umno Penyokong dan Ahli Umno hanya mampu gigit jari sahaja,

Mungkin waktu ini ketika Rakyat Menderita Perdana Menteri Malaysia/presiden Umno masih mampu keluar Bercuti, Di masa hadapan mungkin Perdana Menteri Malaysia akan Berpejabat di Luar Negeri Mentadbir Negara dan Rakyat terutama Rakyat Parlimennya Melalui Internet !!!! Sama seperti MP Rompin JJ yang menjadi Duta Amerika !!!

Jika Ahli Parlimen pun “mentadbir” melalui internet maka septutnya Mengundi Pilihanraya pun diadakan melalui internet sahaja

1Malaysia …

Rakyat makin Berkurangan

Pencapaian (H1N1) Menakutkan

Tak tahu pulak PM cuti ke luar Negeri …. Dengar cerita Rakyat di “nasihatkan” tidak berkunjung ke tempat yang di jangkiti wabak H1N1 ….”Kepimpinan Melalui Teladan” atau “Cakap Tak Serupa Bikin” ???

p/s : Pencacai Umno/Bn perlu contohi Razak Baginda ….. Kaut Komisyen Ratus Juta dengan umpan Altantunya saja…… baru berbaloi nak sokong 1Malaysia … bak kata Lu sendiri pikirlah!!!