Tuesday, 13 October 2009

Thursday, 8 October 2009

Manifesto calun PAS/PR @ N.31

Manifesto Calun PAS/PR : N31 Bagan Pinang


BERSAMA KEHENDAK RAKYAT


1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.

2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.

3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.


4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.

5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang. Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.

6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi. Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.

7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.

8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT

Zulkefly Mohamad Omar
Calon Pakatan Rakyat

Tuesday, 6 October 2009

Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera

"Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt

Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berseling sehari setelah kejadian, beredar kabar—di antaranya lewat pesan singkat—yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.



“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

Monday, 5 October 2009

Undi POS : Bukan lagi Milik UMNO

Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Perhatian utama pilihanraya kecil N.31 Bagan Pinang kali ini ialah undi Pos . Bilangan undi Pos 4,604 [ yang berdaftar ] di Bagan Pinang adalah antara jumlah undi pos terbesar bagi sebuah DUN . Kemenangan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum pada Mac 2008 di DUN Bagan Pinang dengan majoriti sebanyak 2333 , telah dibantu oleh undi pos apabila mereka berjaya memperolehi 3080 undi pos sedang PAS hanya memperolehi 1189 undi sahaja .


3. UMNO dan BN yang jelas mengalami trauma akibat kekalahan demi kekalahan dalam siri pilihanraya kecil pasca pilihanraya umum 2008 yang lalu , tiba - tiba menggantung harapan untuk kembali memulih maruah mereka yang tercalar teruk kali ini berikutan adanya undi pos yang tinggi di DUN Bagan Pinang .

4. Terlalu yakin mereka boleh menguasai undi pos sekali gus memenangi kerusi DUN Bagan Pinang , UMNO dan BN sanggup melupakan janji dan komitmen mereka untuk meletakkan calon yang bersih , berwibawa dan berintegriti . Adanya undi pos , UMNO dan BN sangat yakin bahawa mereka boleh menang walau siapa calon mereka . Rasuah dan integriti bukan lagi persoalan yang menjadi timbang tara mereka dalam perjuangan dan perletakkan calon , sebaliknya mereka hanya memburu kemenangan semata - mata .

5. Bahasa lain yang mudah difahami ialah " rasuah pun rasuah lah asal boleh menang ! "
saya percaya perkembangan ini didorong oleh keyakinan mereka yang tinggi untuk menang lantaran dilihat undi pos akan berpihak kepada mereka sebagaimana sebelumnya .

6. Sebagaimana yang telah saya tegaskan berulangkali , bahawa hadhirnya PAS bersama rakan - rakan Pakatan Rakyat yang lain ialah untuk membawa pulang tropi kemenangan , bukan lagi sekadar mencongak peluang untuk mengurangkan majoriti UMNO dan BN .

7. Justeru itulah , buat pertama kalinya Dewan Pemuda PAS Pusat menubuhkan satu Jawatan kuasa Khas Undi Pos yang dipengerusikan oleh Sdr Suhaizan Kaiat [ Ketua Penerangan DPPP ] . Ianya menunjukkan keprihatinan tinggi DPPP terhadap undi pos dan kini DPPP akan memastikan undi pos ini tidak lagi berpihak kepada UMNO dan BN .

8. Undi pos di Bagan Pinang umumnya adalah undi Angkatan tentera , pahlawan gagah berani yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara . Tidak mungkin pengundi kelas ini takut kepada ugutan dan ancaman sebagaimana yang sering berlaku kepada pengundi - pengundi di kampung - kampung tradisi .

9. Apa yang menjadi masaalah ialah kertas undi tidak sampai kepada mereka dan lebih malang ada orang lain yang mengundi bagi pihak mereka . Perkara ini pernah di dedahkan oleh Kapten Major (B) ABu Bin Kassim dihadapan Suruhanjaya SPR baru - baru ini bahawa dialah antara yang diarahkan untuk memangkah [ mengundi ] dacing bagi pihak anggota tentera yang lain .

10. Undi Pos sememangnya tidak relevan lagi buat zaman ini malah ia dilihat mengancam ketelusan demokrasi . Andai ianya terus dikekalkan , DPPP mencadangkan supaya :

a] sistem menggunakan borang 2 dan sampul 1 dan 2 itu dihapuskan kerana borang 2 itu mengandungi maklumat peribadi pengundinya


b] Calon dan wakil calon dibenarkan berkempen dalam kem sekaligus membenarkan agent parti memantau proses pengundian dan karung undi .

c] Undi pos tidak disimpan di Balai polis tetapi di simpan di bawah pengawasan SPR sendiri di mana - mana tempat dan dipantau oleh agent dari kedua - dua parti .

11. DPPP melihat terlalu banyak ruang yang memungkinkan undi pos ini dimanipulasi oleh pihak tertentu sekaligus ia mencemar ketelusan dan merosakkan demokrasi . Sebagai contoh ruang dimaksudkan itu ialah :

a] Bagaimana UMNO dan BN boleh turun berkempen ke kawasan tentera [ Kem ] sedang PAS atau Pakatan Rakyat tidak boleh . Berikut adalah jadual kempen UMNO dan BN .

- 2.10.09 : Proses Culaan Jentera BN di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah. Ada 847 Undi Pos di sana.

- 5.10.09 : Menteri Pertahanan akan berkempen ke Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala. Ada 1,130 Pengundi Pos Tentera

- 6.10.09 : Menteri Pertahanan akan berkempen ke Institut Pengurusan Tentera Darat(IPDA), Kem Si Rusa. Ada 407 Pengundi Pos Tentera


b] Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port Dickson akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada 7hb, 8hb, 9hb Oktober 2009. Sedangkan pada tarikh tersebut adalah hari pengundi. Kem ini menempatkan 1,130 orang pengundi pos. Kem ini merupakan kem ke-2 teramai dalam kem-kem di PD. Bagaimana pengundi pos di kem tersebut mahu mengundi ?Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan Sampul Keutamaan hanya dipos sahaja ? Bila di pos akan memudahkan penipuan.

Jadual adalah seperti berikut :

- 7.10.09 : Pengeluaran Undi Pos
- 8.10.10 : Pengundian
- 9.10.10 : Pengundian
- 10.10.10 : Kerta Undi di pos. (Disinilah ahli kem Kor Armor baru balik daripada Melaka)

c ] Antara kemungkinan penipuan yang boleh berlaku akibat tiada pengawasan ialah :

- 7.10.09 : Pengeluaran undi pos (Borang 2,sampul A & kertas undi akan dimasukkan dalam Sampul Keutamaan)

- 8.10.09 : Pengundian hari pertama

- 9.10.09 : Pengundian hari kedua

- 10.10.09 : Baki kertas undi yang tidak diambil akan dipos

- 11.10.09 : Kertas yang dipos akan sampai di Majlis Dearah PD. Pada hari pengundian pada 8 dan 9 Oktober BN tidak dapat menipu kerana dikawal oleh ejen-ejen PAS. Tetapi kartas-kertas undi yang dipos pada 10.10.09 akan diambil oleh pihak tertentu untuk DIPANGKAH DENGAN BN.

12. Perkara ini terjadi kerana kertas undi yang dipos tidak dapat dikawal oleh ejen-ejen PAS. Logiknya mudah: Kertas yang dipos boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Termasuk ejen BN. Ejen BN akan ambil dan pangkah BN. Kemudian hantar ke Pusat Penjumlahan di Majlis Daerah PD. Maknanya ejen-ejen UMNO akan mengambil alih tugas pengundi dan pejabat pos sekali gus.

13. UMNO dan BN kelihatan tertekan menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini lantaran mereka mesti membuktikan bahawa mereka mampu menguasai undi rakyat dan tidak hanya bergantung hayat kepada undi pos , kelak jika mereka menang , mereka bukan dipanggil wakil rakyat tetapi wakil pos .

14. Insyaallah , tanggungjawab yang digalaskan kepada DPPP untuk memastikan undi pos tidak lagi menjadi milik UMNO dan BN akan diusahakan sebaik mungkin bersama Pemuda Pakatan Rakyat . DPPP akan memantau malah mengejar undi pos ini ke serata ceruk insyallah , semoga Allah swt memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita .

15. Akhirnya saya menyeru agar semua pemuda bekerja keras . Jangan terlalu yakin serta selesa dan jangan pula terlalu lemah . Laksanakan tanggugjawab mengikut gerakkerja dan tindakan yang telah diatur dan diarah . Semoga kita benar - benar merealisasikan impian rakyat yang kini sedang membilang hari menanti khabar kemenangan dari selatan negara setelah timur dan utara berjaya dikuasai .

Friday, 2 October 2009

BANGUNAN RUNTUH DI IPOH!!





































kejadian berlaku di fair park ipoh dalam pukul 9.30 mlm tadi....kawasan yang biasa aku lalui tiap2 hari!setakat ini yang aku tahu angka korban 2 orang...bangunan lama ini memang hendak diruntuhkan tapi mlm ni tiba2 runtuh!


BERITA DARI UTUSAN MALAYSIA
2 terbunuh kereta dihempap bangunan
03/10/2009 12:41am

Oleh Zaini Raban dan Amizul Tunizar Ahmad

IPOH 2 Okt. - Dua terbunuh manakala seorang cedera parah apabila kereta mereka dihempap sederet bangunan lama dua tingkat yang runtuh secara tiba-tiba di Jalan Kamaruddin Isa di sini kira-kira pukul 9.30 malam ini.

Ketika kejadian, tiga remaja berusia dalam lingkungan 20-an yang menaiki kereta Perodua Viva berwarna putih itu sedang dalam perjalanan dari Taman Fair Park menuju ke pusat bandar.

Pemandu kereta tersebut cedera parah manakala dua rakannya yang menumpang mati di tempat kejadian.

Sehingga pukul 12.15 malam ini, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira pukul 10.45 malam.

Menurutnya, semua mangsa daripada kenderaan berkenaan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, tidak jauh dari tempat kejadian.

Katanya, runtuhan itu turut mengenai tiga buah kenderaan lain iaitu kereta jenis Perodua Kenari, Perodua Kelisa dan Honda Accord.

Bagaimanapun, katanya, semua pemandu dan penumpang tiga kenderaan itu tidak mengalami kecederaan serius.

``Setakat ini polis masih menyiasat punca kejadian dan kita difahamkan kerja-kerja meruntuhkan bangunan lama ini memang sedang dijalankan sejak pagi tadi.

``Jadi kita mahu tahu sama ada kerja-kerja meruntuhkan bangunan lama ini mengikut prosedur yang sepatutnya atau tidak,'' katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Zulkifli berkata, pihaknya juga sedang menyiasat siapakah pemilik bangunan tersebut bagi mendapatkan penjelasan secara lebih menyeluruh.

Katanya, bagi menjaga keselamatan awam, jalan tersebut akan ditutup kepada orang ramai sehingga kerja-kerja membersihkan runtuhan selesai dijalankan.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, sebuah kren yang dipercayai menjalankan kerja-kerja meruntuhkan tujuh pintu bangunan lama dua tingkat itu masih berada di tempat kejadian.

Kedudukannya begitu hampir dengan kereta Perodua Viva tersebut serta tiga lagi kenderaan yang terlibat dengan insiden berkenaan.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang turut melawat tempat kejadian berkata, bangunan itu dimiliki oleh beberapa individu berlainan.

Katanya, difahamkan semua pemilik sudah bersetuju untuk merobohkan bangunan tersebut bagi membina bangunan baru.

``Saya juga difahamkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah memberi kelulusan untuk kerja-kerja merobohkan bangunan ini tetapi saya tetap mahu siasatan menyeluruh dibuat dengan segera.

``Ini termasuklah bagi menjawab persoalan kenapa kerja-kerja meroboh masih dilakukan pada waktu malam tanpa pemantauan MBI,'' katanya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan negeri berjanji membantu keluarga mangsa yang terlibat.

- Utusan