DETIK HITAM SEJARAH DUN PERAK - PROF. DR AZIZ BARI
Banyak pihak hari ini merasa mual dengan gelagat polis, anggota keselamatan dan ADUN BN yang tidak menghormati kuasa Speaker dewan undangan negeri Perak.
Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.
Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.
“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.
“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.
Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.
Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.
Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.
“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.
Sumber : Kelab Greenboc
Saturday, 9 May 2009
DETIK HITAM SEJARAH DUN PERAK - PROF. DR AZIZ BARI
Thursday, 7 May 2009
SIAPA MB PERAK YANG SAH : MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN ISNIN INI.
SIAPA MB PERAK YANG SAH : MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN ISNIN INI.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah Isnin ini.
Dalam kes ini bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar pelantikan penggantinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata mahkamah akan membuat keputusan tersebut secepat mungkin kerana desakan dalam isu tersebut.
Mohammad Nizar memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 13 Februari lalu bagi mendapatkan perintah perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan Zambry yang dinamakan sebagai responden tidak berhak memegang jawatan tersebut.
sumber : mStar Online

Tuanku mahukan Pakatan Rakyat?
Tuanku mahukan Pakatan Rakyat?
Setelah selesai Titah Diraja ..
Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.
Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.
Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat .. MB Nizar

KEJAM!

Hari ini dalam sejarah..buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku melihat speaker diheret keluar dari dewan..pertama kalinya berlaku dalam sejarah negeri dan negara seorang speaker yg sah diheret keluar dewan..mungkin juga dalam sejarah negara2 komenwel atau negara dunia lain perkara ini berlaku..inikah demokrasi??atau kukubesi...
PERAK mencipta sejarah...takziah!
Subscribe to:
Posts (Atom)