Thursday, 6 August 2009

NAK TUNGGU 1 MALAYSIA KENA KEEE???

nak tunggu sampai bila?
nak tunggu 1 malaysia kena penyakit ke?
setakat ni dah 13 keluarga yang hiba,
ada ahli keluarga pergi tanpa di sangka,
H1N1 punya bahana,
nak tunggu angka korban terus meningkat ke?
kata rakyat didahulukan,untuk apa?
untuk menempah maut yang tak disangka,

lu orang menteri boleh le tido lena,
pasal anak dan ahli keluarga lu orang tak kena,
lu orang boleh ler,pasal doktor peribadi dah tentu ada,
ubat pun sampai segera,
pergi hospital pun kelas pertama,
takpun hospital swasta tunjuk kad sahaja,
tak macam kami berbaris panjang sesak nafas la juga,
angkara selsema risau pun ada,
mana tak risau kalau dah melibatkan nyawa..

apa lu orang menteri fikir sebenarnya,
dalam keadaan mcm ni nak fikir kepentingan dan keuntungan jugak ke?
atau nak tunggu bukak tender?
atau nak tengok komisen dapat berapa?
susah sangat ke nak bagi penutup mulut dan hidung secara percuma?
fikirlah juga mereka yang miskin dan tak berupaya..

lembab sangat pemantauan dan penguatkuasaannya,
tunggu,lihat,kaji,dah perkara biasa!
nak tunggu sampai bila???

NAK TUNGGU SATU MALAYSIA KENA KE??

Tuesday, 4 August 2009

Puisi Tabligh

ORANG TABLIGH

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US , Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm... kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan ?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. ......sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin

PEMUDA PAS BERI AMARAN KERAS PADA MAGARAN!!

Kenyataan Media Oleh Ustaz Nasrudin Hasan tantawi

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberi amaran sekeras-kerasnya kepada MAGARAN - Majlis Gabungan NGO Pembela Negara yang menggesa polis supaya menahan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang serta Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh ekoran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu.

Kumpulan pro-ISA gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA itu melalui Penasihat Undang-undang MAGARAN, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz telah menyatakan, keempat-empat pimpinan tersebut patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu sabtu lalu.

DPPP menegaskan kenyataan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz itu jelas menunjukkan satu sikap yang tidak bertamadun dan tiada langsung nilai demokratik dalam sebuah negara yang bebas merdeka. Ini jelas menunjukkan pemikiran sempit pimpinan NGO ini yang kononnya pembela Negara.

Apakah salah pimpinan tersebut hingga kenyataan jijik sebegini di keluarkan? Hak apa yang dia persoalkan? Siapa yang membela hak rakyat tertindas di ibu kota yang mendiami perkampungan setinggan? Siapa yang membela nasib rakyat di felda–felda yang kini tertindas? Siapa yang membela hak rakyat di atas penyelewengan wang rakyat serta dana kerajaan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni UMNO/BN? Di manakah pembelaan dari MAGARAN!

Sebenarnya MAGARAN tidak lebih peranannya melainkan menjadi alat parti pemerintah UMNO/BN. Kenapa hak-hak rakyat terutama masalah kemiskinan dan pembahagian kekayaan ekonomi di Malaysia tiada langsung pembelaan dari MAGARAN. Isu seperti wang rakyat sewenangnya digunakan pembiayaan PKNZ di pelabuhan Klang. Isu keselamatan pemilikan tanah 25,000 ekar rizab Melayu di Empangan Linggiu, Kota Tinggi, Johor dijual kepada Singapura. Isu hartanah syarikat milik rakyat, Keretapi Tanah Melayu di Sentul dan Hotel Majestic diberi milikan kepada kroniUMNO/BN.

UMNO/BN bukan saja merompak wang rakyat tetapi juga membuka ruang kepada pemodal antarabangsa, kapitalis zionis Israel-Amerika Syarikat dan Eropah untuk mengaut kekayaan khazanah Negara. Felda Berhad kini diniagakan di bursa saham dimana tiada lagi kuota pemilikan khas untuk bumiputera, maknanya sesiapa yang menjadi pemegang saham terbesar Felda akan menguasai harta serta aset tanah Negara yang sebelum ini hak rakyat. Di mana MAGARAN?

DPPP melihat dengan jelas bahawa MAGARAN mudah diperkudakan oleh kerajaan UMNO/BN untuk memutarbelitkan rakyat yang jelas telah muak dengan tipu daya kerajaan UMNO/BN. DPPP mengigatkan sekali lagi kepada MAGARAN jangan cuba untuk meraih popularity di atas apa yang berlaku tempuh hari.

USTAZ HJ NASRUDIN BIN HASSAN At TANTAWI
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP)

Friday, 31 July 2009

YB Hamdan dalam Kenangan











Allahyarham YB Hamdan

BIODATA

MOHD HAMDAN ABD RAHMAN
Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, juga merupakan Calon Barisan Alternatif yang mewakili PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 PERMATANG PASIR di Kawasan PERMATANG PAUH. Berkhidmat sebagai ADUN N.11 Permatang Pasir selama 2 penggal (1999-2004 dan Penggal 2004-2008). Berumur 59 Tahun, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.

Pendidikan/Latihan.
* Mendapat Pendidikan awal di Sek. Wan Mohamad Saman, Sg Korok, Alor Setar, Kedah.
* Dipilih memasuki Special Malay Class Di bawah Jabatan Pelajaran negeri selama 3 Tahun.
* Lulusan Senior Cambridge Pada Tahun 1965.
* Mendapat pendidikan Agama Islam di bawah Majlis Agama Islam, Kedah sehingga tamat Tahun IV pada tahun 1968.
* Mengikuti Program Intensif Pentadbiran Awam di Institut Tadbiran Awam (INTAN) Pada Tahun 1975.
* Mengikuti Kursus Pentabiran Umum di Kolej Pentadbiran & Latihan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia di Melaka Pada tahun 1977.

Pengalaman Berkerja :
* Pernah berkhimat sebagai Guru Bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah dari tahun 1965 - 1966.
* Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir dalam Kerajaan Negeri Kedah mulai tahun 1966 sehingga 1977.
* Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir di Jabatan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia dari tahun 1977 sehingga 1983.

Jawatan Dalam NGO :
* Pernah menjadi AJK Majlis Belia Malaysia peringkat negeri (MBN) dalam tahun 1973.
* Pernah menjadi Pengerusi ABIM Bahagian Alor Setar bandar serta Setiausaha ABIM Negeri Kedah dari tahun 1973 hingga 1976.
* Pernah menjadi AJK PEMADAM Negeri Pulau Pinang, mewakili PAS negeri dari tahun 1989 - 1999.
* Menjadi AJK PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah mulai 2008.

Penglibatan Dalam Politik:
* Pengarah Bilik Gerakan PAS Negeri dari Tahun 1983 - 1986.
* Bendahari badan perhubungan PAS negeri Pulau Pinang 1985 - 1989.
* Ketua Lujnah Penerangan PAS Kawasan Tasek Gelugor dari Tahun 1984 - 1986.
* AJK Lujnah Ekonomi Dewan pemuda PAS Pusat 1985 - 1986.
* Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas 1989 - 1997.
* Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang 1990 - 1998.
* Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang 1989 - 2003.
* Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang 2007 - 2008.
* Ahli Dewan negeri Pulau Pinang. 1999 - 2004 (Penggal Ke-10).
* Terpilih semula sebagai Ahli Dewan negeri Pulau Pinang dari 2004 - 2008 (Penggal ke - 11).
* Terpilih semual sebagai Ahli Dewan Negeri Pulau Pinang. 2008 - (Penggal Ke-12).


Sumber : Cina Islam

Kenyataan Media Speaker V. Sivakumar

KENYATAAN MEDIA OLEH YB TUAN V.SIVAKUMAR
MENGENAI LAPORAN JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN,
DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK.
(DALAM PERKARA DATO R.GANESAN : DEFENDAN)


(1) Soalan pertama yang bersemuka dengan Jawatankuasa adalah untuk menentukannya.Bolehkah Jawatankuasa bersidang selepas Persidangan Dewan pada 7hb Mei 2009?

(2) Soalan kedua adalah samada prosiding boleh melantik seorang Yang DiPertua baru sebelum sesi dibuka rtasmi oleh DYMM Raja Muda?

(3) Soalan ketiga adalah samada Tuan Yang DiPertua bertindak betul dengan mengarahkan mereka yang telah digantung oleh Dewan pada 3.3.2009 dan ketiga-tiga mereka yang telah meletak jawatan, untuk meninggalkan Dewan? Mereka yang tersebut adalah seperti berikut :

(i) YB Dato’ Seri Dr Zambry bin Abd Kadir
(ii) YB Encik Zainol Fadzi bin Haji Paharuddin
(iii) YB Dato’ Ramly bin Zahari
(iv) YB Dato’Hamidah binti Osman
(v) YB Dato’ Saarani bin Mohamad
(vi) YB Encik Mohammad Zahir bin Abdul Khalid
(vii) YB Dato’ Dr Mah Hang Soon
(viii) YB Jamaluddin bin Mohd Radzi
(ix) YB Mohd Osman bin Mohd Jailu

(4) Hee Yit Foong

(5) Dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, Jawatankuasa telah mendapat faedah nasihat dan pendapat bertulis Encik Thomas, Peguambela dean Peguamcara. Semasa penyampaian lisan kepada Jawatankuasa, Encik Thomas menjelaskan bahawa:

(a) Tiada hal boleh dijalankan sehingga persidangan telah “dibuka’ oleh DYMM Sultan atau Raja Muda.

(b) Sebarang resolusi kononnya untuk menyingkir Yang DiPertua sebelum pembukaan rasmi Dewan adalah salah di sisi undang-undang, batal dan taksah. Oleh itu, penyingkiran Sivakumar dan perlantikan Ganesan adalah tidak sah.

(c) Tiada resolusi boleh dibentang atau diluluskan sebelum persidangan bermula.Ini merangkumi bahawa sebarang resolusi untuk menyingkir dan melantik seorang Yang DiPertua baru atau resolusi lain untuk menukar keahlian Jawatankuasa “Select” adalah tidak sah di sisi undang-undang.

(6) Encik Thomas juga menjelaskan bahawa Perintah Tetap kita membenarkan Dewan merujuk kepada amalan negara Komonwel yang lain(S.O.90)

(7) Dalam Amalan Parlimen British seperti yang dihuraikan di Erskine May, sekliranya Dewan ingin menukar Yang DiPertua, maka Yang DiPertua yang bertugas (kecuali beliau meninggal dunia) mesti mempengerusi dan memanggil persidangan untuk mula. Selepas tatacara ini dipatuhi, Dewan boleh terus membentangkan usul untuk menjalankan hal yang mereka hendaki. Sekiranya Dewan telah melantik seorang Yang DiPertua baru, ini tidak bermakna Yang DiPertua baru boleh mengambil alih serta merta.

(8) Encik Thomas telah mengemukakan dua pendapat bertulis kepada Jawatankuasa sebagai eksibit. Yang pertama bertarikh 1.3.2009 adalah berkenaan kesahan persidangan pada 3.3.2009 dan yang kedua bertarikh 18.5.2009 adalah menimbangkan samada Ganesan telah dilantik secara sah sebagai Yang DiPertua.Encik Thomas memaklumkan kepada Jawatankuasa bahawa kedua-dua pendapat telah dipos di internet, maka adalah pada setiap masa daalam pengetahuan orang ramai.

(9) Ketika diminta untuk mengulas berkenaan keesahan persidangan yang diadakan di bawah pokok pada 3.3.2009, Encik Thomas telah menjelaskan baahawa tempat persidangan adalah perlu memandangkan keadaan pada masa itu. Ia adalah suatu keperluan yang mengikut keadaan kerana Dewan Undangan telah dikuncikan dan dikepungkan.Kemasukan juga dilarang.Beliau memberi contoh Dewan Rakyat British semasa perang Dunia Kedua yang telah bersidang di tempat lain semasa bom yang dilepaskan Hitler merosakan Parlimen.Beliau juga memberi 2 contog Dewan Undangan Negheri Pulau Pinang yang bersidang di Universiti Sains Malaysia antara tahun 1999 dan 2008 ketika bangunan Dewan sedang menjalani pengubahsuaian.Suatu contoh yang lebih purba ialah Dewan Undangan Perancis pada tahun 1789 diadakan digelanggang tennis setelah ahli-ahli dilarang masuk ke dalam bangunan Dewan.

(10) Pandangan Encik Thomas bahawa persidangan di bawah pokok adalah sah dan oleh itu penggantungan Zambry dan 6 yang lain masih berkesan kerana mesyuarat di bawah pokok menerima pakai keputusan Jawatankuasa.

KEPUTUSAN JAWATANKUASA

(11) 1. Jawatankuasa tiada keraguan menerima keterangan Encik Thomas. Oleh yang demikian, kami memutus bahawa Jawatanjuasa ini adalah sah di sisi undang-undang berbanding dengan yang lauin yang telah dilantiuk selepas persidangan pada 7.5.2009. Kami juga berpandangan tegas dan memerintahkan sedemikian bahawa persidangan pada 7.5.2009 adalah taksah dan tidak mengikut perlembagaan kerana ianya tidak dipengerusi oleh Yang DiPewrtua yang sah, Encik V.Sivakumar.Betapa mustahaknya perintah kami di sini sehingga kami melampirkan di sini otoriti daripada buku Coke’s Institutes yang menyatakan bahawa “the house of Commons cannot sit without him …” (Dewan tidak dapat bersidang tanpa beliau …”), sepertimana yang dicetak semula pada mukasurat 528 buku Tudor Constitutional Documents A.D. 1485 – 1603 oleh James R.Tanner, Cambridge at the University Press 1948.

(12) (2) Kami selanjutnya memutuskan bahawa per4cubaan untuk melantik seorang Yang DiPertua baru sebelum Ucapan DiRaja adalah salah di sisi undang-undang dan perlantikan Defendan Ganesan adalah tidak mematuhi Perlembagaan , batal dan taksah.

(13) (3) Berkenaan hak Yang DiPertua untuk mengecualikan 10 orang tersebut, ini adalah betul dan sah kerana persidangan pada 3.3.2009 yang menggantung dan mengecualikan mereka adalah sah dan tidak diketepikan. Jawatankuas selanjutnya mengatakan bahawa walaupun Mahkamah Persekutuan telah dijemput oleh Zambry untuk memerintahkan keesahan persidangan pada 3.3.2009 tetapi telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, isu keesahan persidangan Dewan tersebut tidak lagi timbul hari ini.

(14) (4) Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya telah gagal mengadakan pilihanraya bagi kerusi kawasan Changkat Jering, Behrang dab Jelapang, namun perletakan jawatan mereka telahpun diterima oleh Yang DiPertua dan keputusan beliau adalah muktamad. Bahawa keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan pilihanraya kecil adalah asing dan berlainan dan tidak menjejas kuasa Yang DiPertua dalam Dewan yangh membenarkan beliau mengeluarkan perintah kecuali hanya oleh suatu cabaran melalui usul substantif. Tiada usul sedemiklian untuk mencabar perintah Yang DiPertua telah dibuat pada, sebelum atau selepas 7.5.2009. Maka, dalam pandangan Yang DiPertua , ketiga-tiga kerusi adalah kosong.

(5) Kami juga menerima keterangan YB Dato’ Ngeh Koo Ham bahawa Defendan telah memanggil polis bagi tujuan menyingkir Yang DiPertua secara paksaan. Keterangan ini juga mengesahkan bahawa apa yang dikatakan oleh Defendan, R. Ganesan semasa dalam prosiding di hadapan Mahkamah Tinggi Ipoh dan melalui media, dengan itu mengakui bertanggungjawab memohon bantuan polis.

(6) Selepas pertimbangan sewajarnya, kami memutuskan bahawa Defendan didapati salah menghina Dewan. Kami akan melaporkan kepada Dewan bahawa Defendan harus dengan serta merta tidak laagi menjawat diri sebagai Yang DiPertua. Beliau tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan Dewan, samada Dewan bersidang atau tidak.

(7) Kami tidak b oleh menganggap tidakan Ganesan secara ringan.Tiada persidangan di dunia ini, termasuk kami, yang boleh mempertahankan kelakuan sebegini.Kucar-kacirlah mesyuarat di seluruh neghara, samada mesyuarat syarikat tersenarai aatas Bursa, Kesatuan Pekerja, Lembaga Sekolah, persatuan Ibubapa dan Guru-Gurau atau NGO yang lain, sekiranya kegunaan paksaan untuk menyingkir seseorang Pengerusi digalakkan. Maka, kepentingan penyiasatan yang dijalankan ini bukan setakat untuk mengembalikan maruah Dewan, namun juga untuk mempertahankan tatacara yang betul bagi mengadakan mesyuarat.Kegagalan mengutuk tindakan Defendan dengan menggunakan keganasan bagi mencapai matlamat beliau hanya akan menggalakkan orang lain untuk membuat perkara yang sama ketika didalam mesyuarat organisasi, persatuan dan badan-badan lain.Ketidakpatuhan undang-undang, peraturan dan kaedah yang betul sebegini hanya akan menggalakkan anarki.

(8) Setelah peninjauan keterukan dan ketegasan kesalahan-kesalah Defendan, kami melaksanakan hukuman-hukuman tersebut :


Bertarikh pada 30 haribulan Julai, 2009.


YB V.Sivakumar
Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak.