Sunday, 20 September 2009

FACEBOOK PALSU NIZAR!

Oleh:Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN)

dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya


dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.

Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.

Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.

Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadzan ini serta pengampunan dari NYA.

Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.
HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!

YB DS Mohammad Nizar bin Jamaluddin.
kamparinn.blogspot

Saturday, 19 September 2009

NASIHAT NIK AZIZ..

KONFIDENNYA SI SAIFUL...

Oleh:PenaUsAnG


Satu berita yang menarik untuk diperkatakan sekarang ini ialah perihal keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pasukan pendakwaraya digugurkan atas beliau tuduh mendakwa dengan prejudis dan berat-sebelah.

Keputusan berkenaan telah dibuat oleh Hakim Alizatul Khair Osman Kamaruddin. Anwar sebelum ini telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan kesemua tujuh orang pendakwaraya dari terbabit dalam pendakwaan kes beliau sekarang ini. Namun, apa yang menarik untuk diperkatakan susulan daripada keputusan hakim ini ialah "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan dilihat bertambah yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada beliau. Tanpa mengambil kira laporan perubatan hospital yang telah mengesahkan dia masih "suci".

Saiful tiba-tiba nampak berani untuk tampil dikhalayak ramai bagi menunjukkan yang beliau berada di pihak yang benar. Biarpun seluruh rakyat melihat bahawa adengan "liwat" yang berlaku antara beliau dengan Anwar itu adalah satu "konspirasi", namun dari hati kecil Saiful beliau tetap mahu mengaku dia memang diliwat. Tanpa laporan perubatan secara klinikal, DNA bakal dijadikan bukti kukuh bagi mensabitkan Anwar dengan kes ini. Malah, ada juga puak-puak UMNO yang menyatakan memang terdapat "Air Mani" Anwar di dalam dubur Saiful.

Entah dari mana mereka mendapat maklumat tersebut agaknya. Semua ini bakal mengesahkan lagi Anwar akan menjadi "mangsa" permainan jahat musuh-musuh yang ingin menamatkan karier politik beliau selama ini.

Kelibat Saiful Bukhari, seolah-olah untuk mencari populariti dilihat di Masjid Wilayah baru-baru ini. Masjid yang menjadi saksi "sumpah laknat" anak muda itu, dikunjungi sekali lagi oleh Saiful untuk tujuan "bergambar dan membuat rakaman video" atas nama bersolat Tarawih. Apakah benar niat Saiful ini, atau hanya kerana untuk mencari satu lagi "publisiti murahan" selepas setahun berlalu. Kehadiran Saiful siap dengan jurugambar jelas sekali menunjukkan bahawa niat beliau sememangnya untuk "menunjuk-nunjuk".

Kononnya beliau dipihak yang benar dan sudah insaf atas segala keterlanjuran yang berlaku selama ini. Malahan kelibat beliau itu langsung tidak mendapat perhatian dari kalangan jemaah yang hadir, kerana mereka tahu siapakah Saiful sebenarnya. Saiful adalah "manusia munafik dan terkutuk" kerana sanggup membenarkan "duburnya ditusuk dari belakang" oleh orang lain. Itu pun jika ia benar-benar berlaku. Namun, ramai dikalangan rakyat sebenarnya melihat apa yang terjadi ini hanya "imiganasi Saiful Bukhari" sendiri, yang amat mengidamkan untuk popular dan hidup dalam kemewahan selepas berjaya melakukannya.

Kini, harapan beliau untuk "menuju puncak" dalam sandiwara ini sudah hampir tercapai, pabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar baru-baru ini. Saiful bertambah yakin yang beliau pasti akan berjaya dan habuan yang dijanjikan bakal diterima bila-bila masa sahaja selepas ini agaknya-

suaraselatanonline

Thursday, 17 September 2009

Tak ada apa apa...??

Dari catatan seorang teman...

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan
runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.Ketika memandu
pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor.
Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu
dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami.

"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya. Saya
tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji
sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana
saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa
memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam
diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang
saya alami itu. Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati,
adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" "Tak ada
apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."Emak menjawab. Saya
masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada
apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan
minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi.
Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya
genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali
lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri
tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata
sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mama
semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi
terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah
nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama
terluka.Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu
mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang."
Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah
meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit
pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat
tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk.

"Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh
Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama
Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya
hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta
Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama
nak sambung belajar juga.Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri
belajar dalam hati yang penuh terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan
ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap
berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai
anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di
pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri.
Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama
luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yang
tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir
sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya
terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang.
Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.

Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga
dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana
ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam
program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada
peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya
harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan
didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi,
saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia
40-an. "Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya
kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan
lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung.
Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri
terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari.
Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu
seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut
ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung
menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak
juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai
dikampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan
kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam
tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas
segala silapnya selama ini.

"Syukurkamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf
bersunguh-sungguh.Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa
kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa.
Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh
berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan
bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup
mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak."

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang
berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu
kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat.
Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja,
malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya.
Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei,
orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!"
Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa
disebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin
ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat
tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah
hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita.
Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.

"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan
perbuatannya,sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36

***********************

AMBIL IKTIBAR DAN PEDOMAN DR CERITA DIATAS.... SESUNGGUHNYA SYURGA DI
BAWAH TELAPAK KAKI IBU.... RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA.