Wednesday, 22 April 2009

KERAJAAN HARAM BN TUNJUK SOMBONG DAN ANGKUH

Kerajaan haram BN tunjuk angkuh dan sombong dengan melelong Toyota Camry EXCO yang diguna pakai oleh EXCO kerajaan Pakatan Rakyat. Perbuatan ini tidak lain hanya untuk tunjuk sombong, angkuh, bongkak dan bodoh.

Apa ruginya kalau kereta itu diguna oleh EXCO BN yang haram itu?. Mereka nak tunjuk kononnya mereka berjiwa nasional, kekal menggunakan kereta nasional walaupun perbelanjaan penyelenggaraan kereta tersebut jauh lebih mahal berbanding kereta baru.

Dalam sidang bajet yang lepas, YB Nga Kor Ming memberitahu dewan bahawa Kerajaan BN dalam tempoh 2004 - Mac 2008 telah berbelanja bagi menyelenggarakan kereta EXCO sebanyak 1.3 juta ringgit. Jumlah tersebut lebih kurang sama membeli kereta baru Toyota Camry 2.4. dan kos penyelengaraannya juga adalah jauh lebih murah, keselamatan lebih terjamin, lebih selesa dan lasak, berbanding dengan Proton Perdana V6 yang sering rosak, tergendala di pertengahan jalan, mudah remuk dan kemek bila berlaku kemalangan dan sebagainya.

Di mana cerdiknya mereka, kereta yang sudah dibeli dengan duit kerajaan dan rakyat pula tidak ada yang mempertikaikan, tiba-tiba dilelong semata-mata nak tunjuk kuasa, angkuh, sombong dan bodoh. Boleh jadi juga, waktu beli kereta baru dulu, mereka tak dapat comisyen kot?
(sumber dr http://misabah.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment