Monday, 4 May 2009

GUNA BOMOH PULAK DAH....

UNSUR SYIRIK DIGUNA DI DEWAN PERSIDANGAN DUN PERAK
1.Semalam kira-kira pukul 9 malam saya mendapat panggilan telefon daripada seorang pegawai kerajaan dari pejabat SUK.Kira-kira pukul 11 malam seorang lagi pegawai kerajaan melaporkan perkara yang sama melalui SMS.Berita gempar!!!!

2.Seorang tok bomoh yang didatangkan khas dari Selangor telah dibawa oleh salah seorang wakil rakyat UMNO yang juga EXCO kerajaan negeri Perak kedalam bilik persidangan DUN Perak.Tempat tumpuan khas adalah kerusi SPEAKER.Ada kakitangan DUN yang melaporkan keadaan susunan kerusi yang kelam kabut selepas ditinggalkan oleh bomoh tersebut.

3.Kejadian tersebut berlaku ketika seluruh kakitangan SUK menghadiri perhimpunan bulanan di dalam dewan Banquet.Allah maha besar.Ada juga kakitangan yang ternampak kejadian tersebut dan atas rasa tanggungjawab imannya melaporkan kejadian KURAFAT tersebut.

4.Persoalannya kerja KURAFAT ini adakah direstui oleh MB kudeta Dr.Zambry?Kalau tanpa pengetahuan beliau EXCO tersebut mestilah disiasat dan dipecat.Kalau pula dilakukan atas arahan Dr.Zambry maka wajarlah Sultan sebagai ketua agama memecat beliau.

5.Persoalan seterusnya , bagaimana mungkin keselamatan kompleks SUK yang dibawah pentadbiran SUK Dato' Rahman Hasyim begitu mudah diceroboh.Dimana CCTV , dimana pengawal?Atau memang Dato' SUK pun tahu dan merestuinya.Mengambil kira sikap permusuhan dan kebencian beliau yang mendalam terhadap MB Nizar dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.

6.Pada 3/3 ADUN-ADUN dilarang memasuki kompleks DUN dengan seluruh kekuatan polis.Tiba-tiba semalam orang yang tiada kena mengena dengan DUN (Tok Bomoh) dialu-alukan kehadirannya.

Dipetik dari blog peraknangis.blogspot.com

No comments:

Post a Comment