Monday, 13 July 2009

Manek Urai: Penyokong Umno kecewa Najib Razak tidak datang

Ketidakhadiran Perdana Menteri ke Manek Urai bukan sahaja menjadi isu di kalangan pemimpin PAS sebaliknya ia juga disebut di kalangan rakyat.

Orang ramai di Manek Urai menyedari Dato’ Seri Najib Razak tidak muncul-muncul sehingga sekarang sehingga memaksa Tan Sri Muhyiddin Yassin berhempas pulas seorang diri.

Rata-rata penduduk yang ditemui kecewa kerana Perdana Menteri tidak datang ke Manek Urai, sedangkan pemimpin utama Pakatan Rakyat sudah lama berkampung di sini.

Najib seakan-akan menghempaskan segala bebanan kepada Muhyiddin dan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Mustapa Mohamed.

Sedangkan Sebelum ini media sibuk mempersoalkan ke mana hilangnya Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa apabila tidak muncul pada awal kempen di Manek Urai.

Seorang penduduk Mohd Isa Dollah, 72 dari Kampung Chuchuh Puteri berkata, harapan rakyat untuk mendengar pelbagai projek baru dilulus Perdana Menteri tidak menjadi kenyataan pada pilihan raya kecil ini.

“Pakcik hairan mengapa perdana menteri tidak daang berkempen, sedangkan perdana menteri sebelum ini sering muncul setiap kali pilihan raya kecil diadakan.

“Jauh berbeza dengan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang sudah lama berkampung di Manek Urai, mereka tidur dan makan bersama rakyat,” katanya.

Abdullah Mohd, 56 dari Kampung Budi, Manjor berkata, ramai penduduk kampung ternanti-nanti kehadiran Perdana Menteri ke Dun Manek Urai.

Menurutnya kalau dalam tempoh 100 hari Perdana Menteri mengharapkan suasana positif menyebelahinya, namun apa yang berlaku di Manek Urai menggambarkan keadaan negetif buatnya.

“Mungkinkah beliau takut dan malu kerana dibelenggu isu peribadi yang agak keterlaluan seperti isu kes pembunuhan rakyat Mongolia. Orang kampung sini tahu belaka,� kata beliau.

Kalthom Mat Adam,67 dari Manek Urai Baru berkata Perdana Menteri mungkin tidak yakin dengan suasana di Manek Urai sekarang tidak menyebelahi Umno.

Seorang penyokong Umno di Laloh ketika ditemui melahirkan rasa kecewa kerana kesungguhan tenaga kempen Umno di peringkat akar umbi tidak mendapat sokongan pemimpin atasan.

“Saya sering ditanya penduduk, mengapa isteri Perdana Menteri tidak hadir pada kempen di Manek Urai sekarang,” kata beliau.

sesamaislam blog

No comments:

Post a Comment