Thursday, 2 July 2009

Mesyuarat Tergempar Pakatan Rakyat Hari Ini

Belum pun reda dengan perhimpunan di stadium MPPJ beberapa hari lalu yang menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat telah bersatu kembali dan menyatakan bahawa ianya adalah permainan parti lawan, kini beberapa perkara muncul kembali dan dikatakan akan menghapuskan kreadibili kerajaan Pakatan Rakyat di mata rakyat umum.

Di Pulau Pinang kes kampung Buah Pala menjadi isu besar sehingga penduduk membantah dan meminta Lim Guan Eng melepaskan jawatan beliau, sementara di Kedah pula DAP memberi kata dua untuk keluar dari Pakatan tanpa merujuk DAP Pusat dan DAP serta PKR di Pulau Pinang pula bertelagah mengenai perbelanjaan besar pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Sementara kes penyatuan Umno- PAS pula kembali menghantui orang ramai apabila di katakan adanya perbincangan di kalangan pimpinan muda pula.Namun kenyataan dari Dewan Pemuda PAS pusat telah di keluarkan dalam blog ini.


Namun belum semuanya reda mengenai kes penyatuan dengan Umno, ianya dikatakan bermula apabila maklumat yang di terima menyatakan bahawa sesetengah artikel yang di keluarkan oleh pimpinan PAS , malah proposal mengenai kerajaan perpaduan yang telah di cetak dalam Harakah sebanyak 40,000 naskah yang diketuai oleh Datuk Mustaffa Ali telah dikeluarkan article dari di edarkan.

Helaian tersebut adalah agak berbeza dari apa yang di ilhamkan oleh Hj Hadi yang mengutarakan idea tersebut, telah di keluarkan dari harakah edisi internet yang pro penyatuan Mustaffa..

Untuk memperingatkan Kit siang berhubung dengan senario tersebut dan jika beliau melihat kembali sejarah lalu tentang kegagalan pakatan Barisan Alternatif, bagaimana DAP berpatah balik untuk tidak menyertai Pakatan Barisan Alternatif pada 2001 ialah berhubung dengan agenda negara islam yang di utarakan olah PAS, dan dalam masa yang sama ianya memberikan kekakalahan besar buat DAP pada tahun 1999.

Keadaan yang sama juga kini hampir berulang di Kedah , dimana kes pusat penyembelihan babi menyebabkan DAP mengambil tindakan keluar dari Pakatan Rakyat. Isu ini juga berulang apabila ianya pernah terjadi dengan penentangan 50 % kouta Bumiputera yang melibatkan isu perumahan kerajaan negeri Kedah.


Ianya melibatkan setiausaha agong DAP Thomas Su yang bukan sahaja menentang tentang 50% quota unuk bumiputera dari segi perumahan malah isu pusat penyembelihan babi di Kedah.

Amatlah naif apabila melihat akan situasi seperti ini dimana perbezaan pendapat dan ideologi politik yang berbeza di kalangan parti sekular DAP dan juga PAS yang memperjuangkan Islam kembali menjadi satu agenda yang tidak dapat di perhalusi secara bijaksana dalam memantapan perikatan pembangkang yang kukuh.

Kerajaan DAP di Pulau Pinang pula tidak banyak membabitkan PKR secara mendalam di Pulau Pinang , akan tetapi ianya sedikir sebanyak menjerumus apabila kes membangunkan kampung Buah Pala tersebut kemudiannya di anjak sehingga ke bulan Ogos, namun kumpulan pelobi Hindraf pula dan juga kaum India di Pulau mencetuskan situasai meminta Lim Guan Eng melepaskan jawatan dimana ianya menunjukkan tentangan , dalam masa yang sama juga pimpinan PKR balik Pulau YB Yusmadi pula menjelaskan bahawa pimpinan DAP di Pulau Pinang harus berbuat sesuatu untuk membantu menyelesaikannya dan menjadi kerajaan yang bertaggung jawab.


Masalah pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang pula yang mendapat kritikan dari pimpinan PKR berhubung perbelanjaan yang begitu besar untuk membinanya , kini berbeza pula dengan pandangan Guan Eng apabila beliau secara iklasnya menyatakan ianya tidak menjadi masaalah asalkan ianya diteruskan pembinaannya oleh kerajaan Pusat.Perbezaan pandangan ini jelas sekali apabila Anwar mengkritik kos pembinaannya yang luar biasa.


Tindakan Guan Eng berhubung dengan bantahan ahli majlis MPSP juga menjadi kan hubungan PKR dan DAP pimpinan Guan Eng sedikit tegang apabila ramai yang berpendapat tindakan tersebut adalah agak keterlaluan dan kuku besi kerana tidak bersetuju dengan pilihan beliau dan PKR melepaskannya ke Pusat untuk di selesaikan.Ianya berpunca dari ketidak puasan hati apabila melantik Mokhtar Jait yang di katakan penyokong Umno di lantik sebagai YDP MPSP.Johari kemudiannya di perintahkan untuk melepaskan jawatan tersebut.

PR tidak harus melihat insiden yang di anggap kecil ini sebagai satu perkara biasa sahaja sedangkan ianya haruslah di ambil perhatian yang serius kerana ini akan menjadikan mereka rugi dan sepatutnya melihat ke belakang perkara ini untuk kemajuan masa hadapan dan bukannya melihat kegagalan lalu dan meneruskannnya kembali .PR tidak boleh menyatakan ia sebagai sesuatu yang dianggap "kebebasan bersuara dan bertindak atas demokrasi" namun masalah ini akan menajdi lebih besar dan semakin berat untuk PR mengatasinya dimasa akan datang.

Mesyuarat hari ini mungkin akan dapat menyelesaikan masalah dan salah faham berhubung dengan isu-isu ini yang menjadi perkara yang utama dimana perbezaan antara parti ini akan dapat di perhalusi dengan lebih baik lagi.Selepas itu penerangan dibuat keseluruh negara.

JIka babi menjadi masalah untuk bertindak keluar dari pakatan, bagaimana pula jika penjualan alkohol dilarang di Selangor???

Sejak pilihanraya lalu PR mendakwa bahawa sokongan kepada mereka semakin melonjak namun dalam masa yang sama pula pimpinan dalam PR sendiri telah melakukan sebaliknya dengan bertindak keluar dari parti dan bertelagah pendapat seolah-olah tidak merujuk kepada ketua yang dipersetujui bersama , sehinggakan membawa kepada kejatuhan kerajan Pakatan Rakyat di Perak, dan yang selamat ialah kerajaan PAS Kelantan hingga kini.

Sementara ketua penerangan DAP Tony Pua menjelaskan dalam blog beliau berhubung dengan perbincangan yang akan melibatkan pemuda PAS dan Umno adalah sesuatu yang "luar biasa kenaifannya dan ianya bukan sekadar perbincangan intelektual namun sesuatu yang tidak dijangka dan tidak bertanggungjawab"

Mungkin jika ini melibatkan banyak permasalahan yang boleh dikaitkan dengan tindakan DAP, dan partinya Lim Kit Siang seharusnya lah memohon maaf secara terbuka kerana kegagalan DAP mengatasi banyak isu yang berkaitan dengan mereka dalam Pakatan Rakyat.

fromperakwithlove

No comments:

Post a Comment