Friday, 3 July 2009

Perak gempar lagi.

Oleh MSK

Tidak lama dulu, aku pernah menulis tentang cubaan bunuh YB Kuala Kurau. Dalam serangan yang dilakukan oleh hampir dua puluh penyerang bersenjata tersebut, Pembantu Khas ADUN Kuala Kurau tercedera. Turut tercedera ialah beberapa orang lagi dari kumpulan yang menyerang. (disini)

Keesokan harinya, Ajijoi dan Albanjari menjadi jurucakap polis, dengan menyiarkan penafian Ketua Polis Parit Buntar bahawa serangan tersebut bermotifkan politik. Semuanya khabar-khabar angin! Malah Ajijoi dan Albanjari turut menasihati blogger-blogger supaya berhati-hati membuat laporan.(disini) Tak cukup dengan itu, Albanjari menjanjikan cerita eksklusif tentang peristiwa tersebut. Tetapi sampai hari ini, berita eksklusif tersebut tidak pernah tersiar. “Pada petang ini difahamkan blogger alBanjari akan mengadakan pertemuan dan temu-bual khas dengan YB Junos (Adun Kuala Kurau), bersama kita nantikan laporan eksklusif beliau nanti.(Albanjari)

Mengapa kes serangan bersenjata ini didiamkan? Mengapa mereka yang terlibat dalam serangan ini dibebaskan tanpa sebarang tuduhan? Mengapa kes ini di’selesaikan’, sedangkan kes mengedar risalah oleh empat petugas PKR diKuala Kangsar masih belum selesai? Apakah mengedar risalah itu lebih merbahaya dari serangan bersenjata?
Biarlah aku saja yang tahu….nanti kalau aku ceritakan…ada pulak pihak yang menafikan.

Hari Selasa, selepas Maghrib, aku mula mendapat panggilan telefon dan sms mengenai apa yang berlaku dalam Mesyuarat Umno Negeri Perak. Tentang Umno Perak yang panik apabila perhubungan dengan Jamal dan Osman ‘terputus’. Jamal dan Osman ‘tidak dapat dihubungi’ dan ada khabar-khabar yang mengatakan mereka berdua mahu berpaling tadah lagi kerana Umno gagal menunaikan janji-janji yang dibuat kepada mereka semasa mereka membuat keputusan untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat Perak.

Kalau nak buat cerita sensai, aku boleh terus tulis didalam blog…tetapi aku tak buat. Sebaliknya aku cuba menghubungi seberapa ramai sumber yang boleh dipercayaai untuk mendapatkan cerita yang lebih detail.

Hampir pukul sepuluh malam, Dr.Wahab menghubungi aku dan bertanya beberapa soalan. Aku tak cerita kat Dr. Wahab, tapi nampaknya…Dr. Wahab tahu apa yang aku tahu. Apa yang jelas, berita ini bukan rahsia lagi…ramai yang dah tahu. Tapi aku masih belum mahu menulis, kerana ada beberapa keeping jigsaw puzzle yang masih belum lengkap. Hanya selepas Dr. Wahab membuat posting, baru aku benarkan Sam (Webmaster) membuat sedikit pemecah berita. Itu pun hanya beberapa perkataan.

Jam 11.30 malam, pemimpin –pemimpin Umno Perak masih belum bersurai. Pemimpin-pemimpin Pas dan PKR Perak ramai yang baru balik dari ceramah. Dan kami cuba menghubungi mereka untuk mendapat kepastian.

Pukul 2.30 pagi, Team Perakexpress masih belum tidor. Sya-Reformis dan Anaz masih diKL…cuba mencari jigsaw puzzle yang belum lengkap. Aku pula masih diatas lebuhraya…berjumpa informer. Rabu pagi, kalau aku tulis…mesti meletup.

Tup-tup….Dalam secepat kilat….tak sampai 24 jam, Albanjari dan Idham Lim membuat penafian. Semunya khabar-khabar angin! “ Saya memohon semua penyokong PAS dan pakatan rakyat supaya jangan mudah mempercayai dan menyebarkan segala maklumat atau sms yang belum disahkan maklumat pengirim dan kesahan maklumat itu kepada orang lain. (Idham Lim)
dan “wak jelaskan TIDAK ADA PEMBUBARAN DUN dan KATAK2 itu tetap dan terus kekal menyokong BN”.(Albanjari)

Yang bermesyuarat adalah pemimpin Umno. Yang panik ialah pemimpin Umno. Yang hendak membubarkan DUN ialah pemimpin Umno! Sepatutnya…kalau berita ini palsu, pihak yang sepatutnya membuat penafian adalah Umno! Tetapi mengapa Idham Lim dan Albanjari menjadi jurucakap Umno…menafikan cerita ini dan mengkategorikan sebagai khabar-khabar angin?

Mengapa apabila Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas , Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman,membuat kenyataan, DUN Perak akan dibubarkan selepas Manik Urai….tidak ada sesiapa yang membuat penafian? Sejak bila Pengarah Jabatn Pilihanraya Pas menjadi Pengerusi SPR sehinggakan dia tahu bila DUN Perak akan dibubarkan? Apakah Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas sudah mendapat perkenan Sultan untuk membubarkan DUN? Apakah kenyataan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas itu hanya khabar-khabar angin…sah….atau ‘calculated expectation’?

Bagi aku…apa yang dikatakan oleh Pengarah Pilihanraya Pas itu sesuatu yang benar. Tidak mungkin DUN Perak akan dibubarkan sebelum PRK Manik Urai…tetapi kalau selepas Manik Urai….memang benar. Cuma tarikhnya belum diketahui. Mungkin tahun ini, atau pun 2013. Apa yang pasti, kalau tidak bulan ini, bulan depan. Kalau tidak tahun ini, tahun depan…lambat laun DUN Perak akan dibubarkan juga.

Apa yang berlaku? Dimana Osman dan ‘isteri ketiga’nya berada pada hari Isnin?Dengan siapa Osman berjumpa untuk menyatakan ‘kekesalan’nya terhadap apa yang berlaku diPerak? Dimana Jamal berada sejak dua hari lepas? Benarkah ada pemimpin PKR yang ditemui oleh Jamal untuk menyatakan rasa tidak puashatinya terhadap Najib? Semalam…1 Julai 2009, sepatutnya berlangsung perlantikan Jamal sebagai EXCO Bebas dalam kerajaan Perak…mengapa Jamal menyembunyikan diri?

Banyak yang aku tahu. Tapi….nanti aku tulis, ada pulak yang menjadi jurucakap Jamal dan Osman menafikan cerita ini dan menyifatkan ianya hanya khabar-khabar angin.


perakexpress

No comments:

Post a Comment