Cerita tentang kemungkinan 2 ADUN BN melompat ke Pakatan Rakyat dan ‘kehilangan’ dua ADUN Bebas pada 30 Jun lalu, pada mulanya di’pecahkan’ oleh dua blog. Dr. Wahab dan Perakexpress. Kedua-dua blog ini bercakap tentang ADUN BN yang akan melompat, tetapi tidak ada siapa yang bercakap tentang dua ekor katak akan kembali kepada PKR. Yang diceritakan hanya lah ‘kehilangan’ mereka.
Juga diceritakan tentang kemungkinan DUN Perak dibubarkan ekoran Umno terdesak dalam situasi ini.
36 jam kemudian, (Pada 2 julai jam 10 pagi) dua blog menafikan cerita ini dan menyifatkan sebagai khabar-khabar angin. Blog Idham Lim dan blog Albanjari.
Kenyataan itu adalah tidak berasas dan disebarkan oleh pihak yang tidak dapat dipastikan setakat ini.
Saya memohon semua penyokong PAS dan pakatan rakyat supaya jangan mudah mempercayai dan menyebarkan segala maklumat atau sms yang belum disahkan maklumat pengirim dan kesahan maklumat itu kepada orang lain. (Idham Lim)
Dan pada 4 Jun, aku tulis dengan lebih jelas tentang apa yang berlaku. (Perak semakin getir). Dalam posting tersebut, aku ceritakan tentang’ kehilangan’ Jamal dan Osman.” Osman ‘hilang’. Jamal masih berada di Tanjung Malim pada hari Selasa 30/6 tetapi tidak mahu menjawab panggilan dari Umno. Beliau berbincang dengan orang perantaraan PKR tentang bagaimana untuk membalas dendam terhadap Najib yang gagal menunaikan janji.”
Dalam artikel Malaysiakini , Jamaludin mengaku menerima panggilan telefon dari Nizar pada hari Selasa lepas.
Jamaluddin added that Nizar had tried to contact him last Tuesday around midnight but he had refused to answer the phone call.
Bukankah Selasa lepas bertarikh 30 Jun? Hari Jamaludin dikatakan hilang? Sama ada Jamaludin menjawab atau tidak..hanya dia dan Nizar saja yang tahu.
Dan aku juga tulis tentang Osman yang dikatakan berjumpa Nizar dan meminta maaf. ” Malah diberitakan bahawa Osman telah berjumpa Nizar dan meminta maaf terhadap apa yang berlaku.”
Dalam artikel Malaysiakini itu juga, Nizar sendiri telah mengesahkan apa yang aku tulis.
“Osman was, nevertheless, very apologetic and told me that he was not to be blamed for what had taken place in Perak,” said Nizar.
Dan aku juga tulis tentang pertemuan Osman dengan dua pemimpin PKR Bukit Gantang, “Osman sudah mempunyai (isteri ketiga). (perkataan didalam kurungan kerana tidak dapaat disahkan sama ada benar itu isteri beliau. Tetapi semasa berjumpa dengan dua pemimpin PKR Bukit Gantang pada 29/6 lalu di Taiping.”
Dan dalam artikel Malaysiakini semalam, Ketua Penerangan PKR Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim mengesahkan apa yang aku tulis.
“Bagaimanapun, menurutnya, minggu lalu ADUN Changkat Jering itu secara kebetulan ada bertemu dengan beberapa AJK PKR bahagian Bukit Gantang di pekan itu.”
Kebetulan?
Posting-posting yang aku buat mendapat reaksi yang berbeza. Dan aku tak minta orang percaya bulat-bulat apa yang aku tulis. Kena buat homework la sikit. Tapi ada yang terus tolak bulat-bulat dan menuduh aku buat khabar angin atau fitnah.
Semalam, Pakatan Rakyat Perak bermesyuarat. Nizar tak jadi pergi Manek Urai. Apa yang penting sangat?
Dan hari ini, The Sun melaporkan bahawa PR Perak sudah bersedia menghadapi Pilihanraya Negeri Perak. Mengapa tergesa-gesa? Tak boleh ka tunggu sampai lepas Penamaan Calon Manek Urai?
Bukan itu saja, malah Pakatan rakyat Perak sudah bersedia dengan manifesto pilihanraya!
“It is understood that PR, which comprises Parti Keadilan Rakyat, PAS and DAP, is expected to come up its election manifesto soon.”
Whoa!! So serious aaaa!!
Fuh!! Perak lebih menarik dari Manek Urai. Jangan percaya khabar-khabar angin. Itu pesanan dari Idham Lim.
Mat Saman Kati
perakexpress
No comments:
Post a Comment