Monday, 10 August 2009

H1N1! Menteri Kesihatan! Rakyat Berisiko Tinggi Juga Ada Hak Untuk Terus Hidup

Artikel Oleh: easylover

"Saya terpanggil dengan kenyataan Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan setiap kali kematian akibat H1N1 diumumkan.

Setiap kali diumukan kematian, dinyatakan ianya terdiri daripada mereka yang berisiko tinggi sada masalah jantung, buah pinggang, asthma maupun kanser.
Adakah ini bermakna bahawa pesakit-pesakit tersebut tidak ada hak untuk terus hidup?

Adakah ini bermakna H1N1 hanya berbahaya kepada pesakit-pesakit tersebut?

Saya merasakan ini hanyalah alasan daripada Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan untuk menutup kelemahan mereka. Kita lihat Mexico di mana ianya tempat bermulanya H1N1 ini. Sehingga kini Mexico dan juga USA berjaya membendung H1N1 dengan kadar kematian yang semakin menurun, manakala Malaysia pula meningkat dari hari ke hari. Daripada 1 orang sehari, kini ianya meningkat 9 orang sehari.

Saya merasakan strategi membendung H1N1 ini tidak begitu efektif. Penutupan sekolah terutamanya yang bersasrama tidak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ianya membantu penularan H1N1 ke dalam masyarakat dengan lebih cepat. Sepatutnya mereka ini di kuarantinkan di asrama masing-masing dan mereka yang berjangkit itu perlu dirawat dengan rapi bukannya membawa balik penyakit tersebut ke rumah masing-masing.

Dalam hal pencegahan ini, langkah Kolej Yayasan Saad Melaka seharusnya dipuji, dengan menegah ibu-bapa berjumpa dengan anak-anak masing2 di sekolah untuk mencegah penularan penyakit tersebut ke asrama. Seharusnya ianya diikuti oleh sekolah2 lain.

Sindrom Barisan Nasional juga terbawak-bawak apabila menangani H1N1. Sikap.." Dato', semuanya 'in control', 'no problem', 'small matter' untuk mengampu bos masing-masing diamalkan oleh mereka tersebut sehinggalah ke peringkat Timbalan Perdana Menteri. Muhyiddin tempohari ada menyatakan bahawa Kerajaan cukup bersedia untuk menangani 'worst case of scenario' jangkitan H1N1. Pada hakikatnya kemudahan hospital kita adalah jauh sekali daripada MAMPU menangani jumlah pesakit H1N1. Inilah budaya bodek, ampu BN yang diamalkan semasa pilihanraya terbawak-bawak kepada strategi membendung H1N1.

Apa guna Menteri Penerangan? Sepatutnya perlu dihebahkan dalam TV mengenai perlunya pemakaian topeng ketika berada dikhalayak ramai terutama dalam persekitaran tertutup seperti dalam bas, LRT, panggung wayang, kapal terbang dan juga masjid ketika berjumaat. Perlu diperjelaskan bahawa ruang bertutup boleh mencepatkan penularan penyakit.

Apaguna Menteri Ugama (JPM) dan mufti-mufti semua? Sibuk berpolitik? Sepatutnya mereka ini mengeluarkan nasihat kepada umat Islam supaya menjaga kebersihan dan memakai topeng ketika berjumaat. Hijab kita dengan Allah SWT tidak akan tertutup semata-mata memakai topeng ketika sembahyang. Malah ianya mungkin boleh dianggap langkah yang elok dalam mencegah merebaknya H1N1.

Mufti-mufti boleh keluarkan nasihat kepada mereka yang mempunyai tanda H1N1 supaya berehat di rumah dan tidak ke masjid meskipun utk berjumaat. Daripada berdosa menyebarkan penyakit, lebih baik kita sembahyang zohor di rumah. Islam maha adil dan fleksibel. Meskipun penularan penyakit adalah kehendak Allah seperti " Laa Adwa, walaa tiarataa, walaa haamataa..' namun Allah mengurniakan akal untuk berfikir. Saya menyaksikan bagaimana jemaah berjumaat dengan keadaan hingus meleleh2 dan batuk2 bersembahyang jumaat di celah2 jemaah lain. Mansyaallah...

Penggunaan topeng ini sepatutnya diamalkan oleh seluruh rakyat dan mufti2 perlu membantu memperjelaskan dengan lebih terang lagi bersuluh. Bukannya mengeluarkan fatwa supaya orang menyokong BN saja ataupun mengutuk pembangkang.

Akhir kata saya berpendapat Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia perlulah MELETAKKAN JAWATAN di atas kegagalan mengambil tindakan yang efektif dalam membendung jangkitan H1N1 di samping menyalahkan bilangan kematian yang tinggi kepada mereka yang berisiko tinggi.

Menteri Penerangan pula mengambil initiatif yang lebih bagi menghebahkan kesedaran dan perlunya H1N1 dibendung menerusi iklan2 dan sebagainya.

Menetri JPM dan mufti pula perlu menghebahkan langkah pencegahan dan penjelasan mengenai keharusan memakai topeng ketika bersembahyang.

tkonet

No comments:

Post a Comment