Wednesday, 18 August 2010

SIAPA LAGI CEKAP??

Siapa Yang Lebih Cermat Memandu ?

Lelaki atau Wanita ?

Kajian menunjukkan sikap positif wanita menjadikan mereka selamat di jalan raya.

SETIAP kali ada pemandu yang mendatangkan masalah di jalan raya atau melakukan kesalahan trafik, pasti ramai yang akan `menjenguk’ untuk melihat siapa pemandunya; lelaki atau wanita?

Sesetengah individu pula, belum lagi melihat si pemandu ‘bermasalah’ itu, sudah membuat andaian keras - `ini mesti pemandu perempuan!’ - seolah-olah, semua pemandu wanita tidak mahir mengendalikan kenderaan hingga sering menimbulkan masalah kepada pengguna lain.

Inilah `double standard’ yang biasanya berlaku dalam dunia pemanduan di jalan raya, tidak jauh bezanya dengan senario yang berlaku dalam aspek lain yang mana isu jantina sering dibangkitkan dalam menilai tahap keupayaan seseorang individu.

Persoalan ini kerap diperdebatkan, namun rumusan yang boleh diterima belum ditemui. Siapa yang lebih mahir atau lebih cuai atau bermasalah bila memandu, lelaki atau wanita?

Kebanyakan pemandu lelaki dengan pantasnya akan mengatakan pemandu wanita lebih banyak mendatangkan masalah di jalan raya. Sebahagian yang lain pula mengatakan kedua-duanya (lelaki dan wanita) kadangkala melakukan kesalahan dan jantina bukanlah persoalan.

Segelintir pemandu wanita pula menyatakan ramai pemandu lelaki yang memandu secara berbahaya tetapi ramai juga yang mengakui pemandu wanita adalah golongan yang sering mendatangkan masalah di jalan raya, bukan saja berpunca daripada kecuaian malah adakalanya disebabkan sikap wanita yang terlalu berhati-hati ketika memandu.

Banyak kajian dilakukan di seluruh dunia untuk menentukan siapa yang lebih cekap atau lebih cuai dalam memandu kenderaan.

Suatu kaji selidik membabitkan 198 penuntut Universiti of Texas dilakukan untuk mengenalpasti sama ada perbezaan jantina mempengaruhi sikap ketika memandu. Hasil kajian mendapati, lelaki mempunyai lebih banyak kerenah dibandingkan dengan wanita membuatkan mereka lebih berisiko tinggi untuk mengalami pelanggaran.

Kaji selidik berkenaan bagaimanapun menunjukkan golongan lelaki lebih selesa memandu di waktu malam, dalam kawasan yang tidak biasa dilalui dan dalam cuaca buruk. Mereka juga menerima pendedahan pemanduan yang lebih banyak berbanding wanita.

Golongan wanita pula dilaporkan lebih mematuhi undang-undang trafik seperti penggunaan isyarat dan had laju berbanding lelaki.

Dari segi keyakinan terhadap kemahiran memandu pula, golongan lelaki lebih yakin dengan pemanduan mereka berbanding wanita. Keyakinan terhadap `kehebatan’ pemanduan ini jugalah yang membuatkan mereka tidak begitu mempedulikan apa-apa risiko yang mungkin berlaku.

Kaji selidik yang dilakukan sebuah syarikat insurans Amerika Syarikat terhadap 2,384 pemandu berlesen mendapati, wanita adalah pemandu yang lebih cermat daripada lelaki sekali gus menjawab persoalan mengapa tuntutan insuran permotoran lelaki 20 peratus lebih tinggi berbanding wanita.

Data tuntutan syarikat ini juga menunjukkan kemalangan membabitkan pemandu lelaki lebih serius daripada wanita. Kemalangan yang selalu membabitkan lelaki adalah seperti pelanggaran hadapan, kenderaan berpusing serta terbabas selain pelanggaran dengan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan.

Pemandu wanita pula selalunya berlanggar dengan objek pegun atau berlanggar dengan kereta lain.

Kaji selidik juga menunjukkan pemandu lelaki lebih cenderung melanggar peraturan jalan raya dengan memecut, memandu bawah pengaruh alkohol atau dadah serta memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Siapa lebih agresif ketika memandu? Satu kajian menunjukkan - lelaki!

Hal ini mungkin disebabkan hormon testosterone (hormon pada lelaki) sekali gus menerangkan mengapa wanita lebih pasif.

Kurang tekanan pemanduan pada lelaki berbanding wanita juga dikatakan punca lelaki memandu secara lebih agresif.

Kebanyakan responden wanita dalam kajian ini menyatakan mereka selalu berasa kasihan kepada pemandu lain serta mengalami ketakutan ketika memandu sehingga mempengaruhi mereka untuk lebih berwaspada.

Wanita mempunyai pandangan positif mengenai keselamatan jalan raya lebih daripada pemandu lelaki. Ramai wanita juga lebih berwaspada dengan kehadiran kamera kelajuan.

Laporan kajian yang dilakukan Dr Claire Corbett dari Universiti Brunel menunjukkan pemandu lelaki dan wanita memberi tindak balas berbeza terhadap kamera kelajuan. Wanita mempunyai pandangan yang baik mengenai kamera ini dan mematuhinya.

Rumusan kajian Corbett mendapati, wanita lebih memikirkan soal keselamatan di jalan raya berbanding lelaki.

Oleh itu, siapa kata pemandu wanita lebih cuai?

Masalah tidak timbul jika cekap

“JANTINA bukan persoalannya,”Tidak kira lelaki atau wanita, kedua-duanya cenderung melakukan kesalahan di jalan raya,

Sesiapa saja boleh cuai dan melakukan kesalahan jalan raya, seperti memotong secara melulu dan melanggar had laju, atas banyak sebab.

“Kadangkala, disebabkan urusan penting, seseorang itu terpaksa melanggar beberapa peraturan jalan raya kerana mahu cepat sampai ke destinasi.

“Saya akui, kadangkala saya juga bertindak demikian tapi yang pasti ia bukanlah disengajakan,” kesalahan yang biasanya dilakukan pemandu lelaki di jalan raya adalah memandu laju, memotong barisan dan tidak berhenti di lampu merah.

Begitu juga dalam soal kecekapan memandu, Ada pemandu wanita yang lebih hebat daripada pemandu lelaki. Pemandu wanita yang selalu dilihat ‘bermasalah’ di jalan raya.

“Saya selalu berdepan dengan pemandu yang memandu perlahan di lorong laju dan bila saya perhatikan siapa pemandunya, selalunya orang itu adalah wanita.

“Namun saya tidaklah mengatakan semua pemandu wanita itu memberi masalah. Ada yang memandu dengan baik dan ada yang tidak. Ibu saya sendiri adalah pemandu yang baik.

“Pada saya, dalam hal ini, soal kecekapan yang harus dinilai. Bila seseorang itu cekap dalam pemanduan, tidak banyak masalah akan timbul,” kebanyakan pemandu lelaki kurang bertimbang-rasa di jalan raya.

Pemandu lelaki atau wanita, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

“Kalau bercakap soal siapa yang lebih banyak melakukan kesalahan, bagi saya sama saja kedua-duanya. Tidak wajar sekiranya soal jantina yang diambil kira untuk menentukannya.

“Mungkin kerana wanita sering dianggap kaum yang lemah, secara automatik mereka juga dianggap tidak mampu memandu dengan baik. Itu sudah dikira double standard dan tidak adil,”

Kenderaan yang terlalu banyak hingga mengakibatkan kesesakan juga, menyumbang kepada masalah pemanduan yang kurang berhemah pada pemandu .Disebabkan itu, wujud ramai pemandu yang tidak bertimbang rasa, pentingkan diri sendiri dan tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Ada tiga sikap pemandu yang tidak disukai.

“Selain pemandu yang tidak berhemah, saya tidak suka pemandu yang gemar membuang sampah di jalan raya, suka menghimpit atau memandu pada jarak dekat dengan kenderaan lain secara sengaja dan pemandu yang memandu perlahan di lorong yang sepatutnya memandu laju,”

Dipetik dari laman sawang : Ukhwah.com

No comments:

Post a Comment