Oleh: Mandor Spg Dian
SEORANG Menteri wanita yang kalah di dalam Pilihanraya di tangan `budak mentah' dari PKR di Lembah Pantai bernama Shahrizat datang ke Kelantan untuk berkempen di Manek Urai. Selama ini aku lihat dia seorang tokoh politik yang kurang menyerang membuta tuli parti pembangkang, tetapi semenjak beliau ditabalkan menjadi Ketua Pergerakan Wanita Umno dan dipilih pula menganggotai kabinet Najib walaupun tewas dalam pilihanraya, sikap Shahrizat sudah berubah. Mahu tidak mahu terpaksa mengampu juga Najib kerana mungkin terhutang budi.
Di Kelantan beliau hadir nak bagitau orang-orang Kelantan terutamanya golongan wanita bahawa kaum wanita yang termiskin di negara ini adalah kaum wanita di Kelantan. Masuk akal ke dakwaan Shahrizat ini? Aku tak tahu mengapa Shahrizat berkata demikian. Sudahkah beliau membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang tak masuk akal itu? Paling membuatkan aku rasa Shahrizat ni semakin tidak cerdik ialah apabila dia membandingkan peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Pusat kepada golongan wanita dengan peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada golongan tersebut. Di mana kewajaran perbandingan tersebut dibuat? Samakah perbandingan jika dibuat jumlah pinjaman yang boleh diperolehi daripada bank dengan jumlah yang boleh diperolehi daripada ceti atau Along? Mana boleh disamakan samasekali. Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri sudah tentu mempunyai perbezaan kerana hasil pendapatan antara kedua-duanya pun jauh berbeza. Jadi, kenyataan Shahrizat itu menunjukkan beliau seorang menteri yang kini sedang belajar untuk menipu sebagaimana pemimpin-pemimpin jantan dalam Umno yang lain.
Tahukah saudara, jumlah wanita yang paling suka bekerja terutamanya berniaga dari golongan wanita dan di negara ini adalah wanita Kelantan? Adakah kerana ramainya wanita Kelantan yang berniaga kain, pasar, kedai emas, restoren, warung kopi dan berbagai lagi maka dianggap mereka itu miskin? Jika itu dijadikan ukuran oleh Shahrizat, memang sahih beliau cetek akal. Orang yang miskin adalah mereka yang tidak mempunyai peluang pekerjaan, atau pendapatan tidak mencukupi untuk menanggung keperluan makan, minum dan pakaian sekeluarga. Adakah ini berlaku di kalangan wanita di Kelantan sehingga menjadi wanita termiskin di negara ini? Shahrizat tidak pernah melawat Sabah dan Sarawak kah? Cuba jenguk di kedua-dua negeri tersebut, banci kehidupan wanita-wanita atau keluarga di sana sebelum membuat kenyataan bodoh seperti itu.
Jika hendak berkempen pun jangan sampai menghina wanita di Kelantan. Sekiranya terdapat beberapa orang yang miskin sewajarnya dibantu apatah lagi beliau menteri dari golongan wanita. Bukan datang ke Kelantan untuk memburukkan imej wanita Kelantan. Pada pandangan mata kasar saya, wanita yang paling ramai memiliki banyak barang kemas adalah wanita Kelantan dan jika kita lihat di bandar-bandar besar kebanyakan kedai emas dimiliki oleh anak jati Kelantan yang ramai juga di kalangan wanita. Jika sekadar menganggap wanita Kuala Lumpur, Johor atau Melaka yang bekerja di kota raya sebagai GRO, pelacur atau kerja kilang sudah dianggap kaya, maka Shahrizat sebenarnya terlalu bodoh sebagai menteri.
Apakah Shahrizat sedia berdebat dengan mana-mana pemimpin wanita dari pembangkang tentang isu ini? Sudah tentu tidakkan? Biasalah, Umno hanya berani bercakap dan menuduh tetapi untuk berdepan secara hujah, kecut semuanya. Kalau benar seperti yang Shahrizat katakan bahawa wanita termiskin di negara ini paling ramai adalah di Kelantan, bodoh sangat wanita Kelantan terus memilih Pas untuk memerintah Kelantan sejak beberapa penggal. Ini menunjukkan bahawa wanita di Kelantan cukup terpelihara baik dirinya dan akhlaknya oleh kerajaan Pas Kelantan. Jika ada wanita yang masih tidak terpelihara moral dan akhlaknya, itu adalah kehendak dan pilihan mereka sendiri. Wanita di Kelantan dijaga oleh kerajaan negeri sepenuhnya tidak seperti Shahrizat menjaga rambutnya dengan tudung tetapi tersembul sedikit jambul rambut di hadapan.
mandor.blogspot.com
No comments:
Post a Comment