Sebaik sahaja MB Nizar memfailkan penyemakan statusnya sebagai MB Perak di Mahkamah Persekutuan, timbul desas desus yang DUN Perak akan dibubarkan. Difahamkan mahkamah telah memberi klu kepada UMNO yang mahkamah terlalu sukar untuk menangkis hujah MB Nizar. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus dan betul. Tindakan Mahkamah Rayuan adalah biadap dan tergesa-gesa kerana takutkan DUN Perak dibubarkan atas permohonan MB Nizar. Menurut penyebar cerita, persetujuan pintu belakang yang melibatkan istana dan pimpinan UMNO, DUN Perak mesti dibubarkan sebelum kes MB Nizar dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai ini.
Berita tentang ada dua ADUN UMNO mahu melompat menyertai PR adalah rekaan semata-mata. Rekaan untuk menghalalkan kenapa MB DPulau membubarkan DUN Perak. Tujuannya supaya rakyat berpersepsi bahawa DUN Perak dibubarkan kerana isu lompat, bukannya isu rampasan kuasa secara haram. DUN Perak mesti dibubarkan sebelum 9 Julai 2009. Sekiranya DUN Perak dibubarkan, maka Mahkamah Persekutuan mempunyai alasan kukuh untuk tidak bersidang membicarakan akan status siapa MB Perak yang sah. Maka selamatlah nama ‘buruk’ Satu Malaysia.
Begitu juga kononnya Si Changkat Jering ada menemui MB Nizar dan melahirkan kekesalannya adalah tidak benar. Jikalau benar si lompat ini berjumpa MB Nizar dan menyatakan kekesalannya, lebih baik kosongkan sahaja kerusi supaya boleh diadakan PRK di DUN Changkat Jering. Tindakan mengosongkan kerusi lebih bermaruah daripada tindakannya menyertai semula PR. Tindakan si lompat yang mahu menyertai semula PR hendaklah dianggap sebagai satu permainan baru oleh UMNO.
Oleh itu, berita tentang pembubaran DUN Perak akan dibubarkan pada minggu ini adalah benar. Lebih baik UMNO yang membubarkan DUN Perak daripada PR yang membubarkannya. Sekiranya UMNO yang membubarkan DUN, bermakna UMNO masih berpeluang menggunakan tenaga dan jentera kerajaan. Pekerja majlis masih boleh dikerah menggantung bendera UMNO. Jikalau PR yang ke istana untuk memohon membubarkan DUN, takut nanti UMNO langsung tidak ada jentera dan petugasnya.
Sebagai rakyat marhaen dan pengundi di DUN Perak, saya menyambut baik supaya DUN Perak dibubarkan. Kelewatan membubarkan DUN Perak hanya akan menyerlahkan lagi kepincangan dan kesilapan keputusan oleh istana dan mahkamah. Kelewatan ini juga akan membuatkan rakyat semakin faham bahawa UMNOlah yang memperalatkan istana dan mahkamah demi kesinambungan kuasa UMNO. Semakin lewat DUN Perak dibubarkan, semakin sukar untuk UMNO mempertahankan 27 kerusinya. Biarlah kalah negeri asalkan kerusinya selamat sehingga PRU 13.
Cukuplah lima bulan MB DPulau memanaskan kerusi MB Perak. Ternyata kuasa itu tidak ada keberkatanNya. Rakyat tidak hormat dan rakyat tidak terasapun akan kehadiran MB DPulau sebagai MB Perak. Rakyat semakin menyumpah UMNO. Teringat masa saya kanak-kanak, ustaz kata sekiranya 40 orang menyumpah kita, maka sumpahan itu akan menjadi …
Wallahualam
jantantuya.blogspot
No comments:
Post a Comment