Thursday 4 June 2009

Rekod dunia..

Musim bolasepak di eropah telah tamat dan bermulanya pasaran pembelian pemain2.Pembelian pemain2 yang mencecah jutaan ringgit tidaklah mengejutkan di era zaman bolasepak moden ini.Rekod perpindahan pemain termahal masih lagi dipegang olah zinadene zidane.Dengan pembelian pasukan bolasepak oleh bilionair2 secara tak langsung menyuntik dana dan daya saing untuk membeli pemain2 terhebat.Contoh terkini ialah jutawan abu dhabi,sulaiman al-fahim yang hampir melengkapkan pembelian kelab EPL,Portsmouth setelah berjaya memiliki kelab Manchester city musim sebelumnya.
Kaka juga dilaporkan bakal menyertai real madrid dengan nilai perpindahan yang bakal mencecah rekod dunia 65juta euro!(rm320.7juta) Rekod ini berkemungkinan besar juga akan di pecahkan sekiranya real madrid juga berjaya membawa ronaldo yang bernilai 75juta pound(rm433.2juta).
Begitulah nilai dan pasaran pemain2 bolasepak luar negara.NUN jauh dari benua eropah terdapat sebuah negara kecil yang tak kurang hebatnya juga yang melibatkan juta2!Tatkala kini kita dihidangkan dengan sensasi pembelian pemain2 bolasepak eropah,kita dikejutkan dengan runtuhnya sebuah stadium di terengganu walaupun pembinaannya dikatakan siap setahun yang lalu.Stadium yang biasa digunakan oleh pasukan bolasepak terengganu ini dalam kejohanan liga termasyur dunia iaitu liga M,huhuhuhuhu...bernilai rm500 juta...bila dah runtuh maka bertambah tambah lah nilainya...dan sekurang kurangnya berjaya juga mengatasi rekod dunia perpindahan pemain bolasepak.... dan terkini pun ranking bolasepak kita pun terus runtuh..yang ke 163 dunia..huhuhuhuhuhu...