Tuesday 9 June 2009

Mahathir tidak setuju k'jaan perpaduan

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan dan "tidak sihat" mewujudkan negara satu parti.

"Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada
pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mantan perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan yang
dimaksudkan Abdul Hadi juga "tidak jelas", sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau BN dengan pakatan pembangkang, lapor Bernama.

"Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP.

"PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN," Dr Mahathir dipetik berkata dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Ditanya bukankah perpaduan itu akan memberikan keuntungan kepada negara, Dr Mahathir berkata ia mendatangkan kebaikan jika kedua-dua pihak ikhlas melakukannya demi untuk negara.

"Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politik
jugak tau," katanya sambil tersenyum.

Terdahulu, Dr Mahathir merasmikan kilang perintis Green Base Utama Sdn Bhd di Seksyen 28 di sini, yang mampu menukar barang buangan plastik kepada biofuel.

Saranan segelintir pemimpin atasan PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bukan sahaja dibantah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti itu tetapi tidak diterima oleh rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat.

malaysiakini

Akhirnya Pas terjebak dalam 'Task Force 2010' yang dipengerusikan oleh intelligent UMNO Dr. Wan Abu Bakar.

Muktamar Pas 55 sudah berakhir calon yang menang sudah dinobatkan.Calon yang kalah menanti jawatan baru.( jika terlantik ) .Namun begitu rumah sudah siap, pahat masih berbunyi .

Isu besar yang melanda bukan masalah siapa menang atau kalah. Agenda kerajaan Perpaduan itulah yang menjadi masalah .Semacam mahu meneruskan Agenda tersebut maka, calon yang menang sebagai Timbalan adalah orang harapan yang menghubungkan jambatan itu .

Kesan dari 'hubungan sulit ' ini ahli parti dan penyokong Pakatan tersentak .Malah ada kelihatan tokoh besar didalam Pas pun menentang secara terang - terangan .Natijahnya Pakatan mula bergegar . Soalan terpaksa dijawab berhati - hati .Kini saling curiga mencurigai .

Ada laporan yang mengatakan bahawa ini adalah permainan UMNO . Dakwaan orang bernama Datuk Wan Abu Bakar dari Task Force 2010 yang menjadi tok dalang langkah politik beberapa orang dalam PAS?

Langkah politik itu pula didakwa bertujuan melunakkan pendirian ahli-ahli PAS terhadap Umno sehingga bersedia berkerjasama dengan parti itu atas dasar memilih darurat yang lebih ringan atau akhafud-dharurain.

Kita setuju kerana itu atas hujah agama.Kerana selama ini pun kita menentang Umno juga berdalilkan hujah quran dan hadis ? .

Tetapi persolannya kenapa setelah menjalinkan perjanjian dengan Pakatan Rakyat kita merangkak kedalam khemah musuh ? .

Makanya UMNO yang mendapat modal baru untuk melanyak PR .Kini media massa telah bersiaga untuk melancarkan proganda perpecahan Pakatan Rakyat .

Tunggulah nanti hari PRU13 berbuihlah mulut pemimpin Pakatan menjawab soalan cepu emas.

Umno tidak akan berdiam diri .Mereka buat masa ini tidak mampu untuk menentang Pas secara terbuka .Umno sedang luka parah .Hanya menanti luka sembuh .

Umno merancana bagaimana mahu melemahkan Pas .Pertama hilangkan kepercayaan pengundi bukan melayu .Kedua cuba buktikan Pas juga seperti UMNO .Sekaligus mahu sokongan rakyat secara total.

Saingan politik yang berpotensi boleh mengantikan mereka adalah Pas. Sudah pastinya parti inilah yang mahu dibaham .PKR sebuah parti campuran dari segi ke"melayuan"nya masih milik Umno - Pas .PKR adalah saling melengkapi dengan Pas.

Teorinya PAS harus dipisahkan daripada Pakatan.Ini jelas bagaimana mereka melaga - laga kepimpinan Pakatan .Tanpa disedari oleh sebahagian pemimpin PAS .

Dengan kekalahan Husam dan pimpinan kelantan akibat sokongan akhbar perdana termasuk blogger Jamnapari .Yang telah berjaya memperdaya ahli Pas .

Kepimpinan TGNA di momokkan kononnya telah merosot .Malah dikatakan telah ditolak hanya kerana beliau menentang kerajaan Perpaduan .

Inilah kejayaan besar UMNO , mereka berjaya menggunakan ahli PAS UNTUK MELUMPUHKAN PAS KELANTAN .Seantaro dunia faham bahawa Kelantan adalah nadi kekuatan Pas selama hampir dua dekad .

Hatta Trengganu yang majoritinya orang melayu , Pasnya sarat dengan pemimpin besar disana masih gagal memenangi hati rakyat yang bernegerikan bumbung stadium yang runtuh itu .

Pemimpinnya adalah Nik Abdul Aziz yang kini dikatakan telah dinasihati oleh penasihat sesat .Ini adalah perang saraf yang telah menjalar kedalam darah sebahagian orang PAS.

Malah ada pimpinan pemuda didalam usrah mengajak jemaah berdoa agar TGNA cepat mati .Kononya untuk mengelakkan fitnah .

Rumusannya perang saraf UMNO telah berjaya memporak perandakan pertahan PAS.Mungkin ada yang menafikan , itu terpulang kepada analisa sendiri .

Kepimpinan Pas sekarang didalam keadaan serba salah , Pemuda Umno mula mengasak dengar khabar YB Nasa tidak hadir program Awani bersama Khairy , yang menjadi mangsa Mujahid mujurlah YB Parit Buntar itu bijak berhujah .

JIKA SAYA BERTANYA BOLEHKAH BANGKAI GAJAH DITUTUP DENGA NYIRU ?

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Kenyataan Presiden Keadilan Berhubung Negara Perpaduan

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.

Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.

KEADILAN berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.

Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KEADILAN untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Unity Government: Mengapa masih kempunan???

Berita baru masuk….. berita baru masuk….. !!!! Hot punyer ke…… udah suam ke….. udah basi ke….. teman tak tahu….. tapi pada teman hot ler sebab teman baru dapat. Komer??? Teman tak tahu….

Berita ni diperoleh daripada kedai kopi…. melalui kaedah pasang telinga!! Komer tahu ngapa PAS [ dua tiga kerat yang di atas tu ler ] beriya-riya benor terlior dan berkenan sesangat nak bergandingan tangan dengan UBN dalam pembentukan Unity Government yang riuh diperkatakan sejak Muktamar PAS baru-baru ni….

Well… its all about jawatan dan kuasa. Power and position babe!!!! My God…. tak ku sangka PAS sebuah parti yang berlandaskan Islam sanggup mengkhianati rakan kongsi mereka dalam Pakatan Rakyat semata-mata kerana tergilakan kedudukan, jawatan dan kuasa dalam UG. Ini bermakna, betul ler apa yang UNMO canangkan selama ini….. PAS juga gila kuasa. Bior teman perbetoikan sikit kenyataan itu….. rephrase balik statement tu…. Bukan PAS, ya … tapi segelintir pemimpin tertinggi PAS…. yang terliorkan kuasa dan jawatan. Jangan disebabkan nila setitik….. satu PAS nak dicemarkan. Itu tak adil nama nyer. Komer tibai ler dua tiga kerat yang gila kuasa tu…. Jangan libatkan yang lain, sebab rata-rata….. ramai yang dalam PAS tolak UG!!!

Konon ceriter nyer….. demer tak nak Anwar Ibrahim jadi PM, sekira nyer Pakatan Rakyat berjaya ke Putarjaya. Awat nyer pulak??? Anwar tak layak ke, atau hangpa dah was-was tentang kredibiliti Anwar kerana kes Sayfoooool haprak tu???? Apa….. hangpa lebih rela ber’piem’kan Najib…. yang kredibiliti dan reputasi nyer jauh lebih dahsyat dipersoalkan….. baik dalam negeri mau pun luar negara!!! Sekurang-kurang nyer… kes Anwar, there’s a big…. big….big… question mark???? Pelik bin Ajaib al-Hairan….. Awat la hangpa ni…. Easily influenced betoi ler….. puak-puak ni!!! Eh…. entah-entah hangpa jeles kot. Woi…. tak baik jeles-jeles….. lar…. Hangpa ada calon hangpa sendiri ka?? Habaq mai…. Kalau layak dan memenuhi ciri-ciri piawai…. apa salah nyer!!!

Seperkara lagi, yang mereka tak syiuk ialah takut pentadbiran negara akan lob-sided, berat kepada PKR/DAP dan PAS akan terpinggir. PAS nak jadi dominant factor dalam PR kut. Konon nyer, PAS berasa dia dipinggirkan di Pulau Pinang dan rasa tak seronok hati. Memang betoi…. sebab dari pandangan mata kasar, PAS Pulau Pinang memang tak nampak ngam dengan PKR/DAP. Mengapa??? Aku tak tau. Hangpa pi selidik sendiri. Tentang pentadbiran pulak…. apa??? Guan Eng tak cukup cekap ke….. tak cukup adil ke…… zalim sangat ke…… korup giler babi ke…..??? Atau apa…..???? Tapi… jangan dok main sentimen kaum. Kalau hangpa kaitkan dengan sentimen kaum, hangpa sebijik macam UMNO. Jangan buat malu PAS norr…

Teman baru balik dari Penang…. dan dari tinjauan dan sembang-sembang dengan orang-orang di sana…. they say… the PR government is much more better, more people-oriented and much more efficient and accountable than the previous UBN government. So…. apa lagi kita nak??? Yes….. they are not perfect. Give them time lar. Memang ler ada dua tiga kerat samdol-samdol dalam PKR, DAP, mau pun PAS, yang dijangkiti sindrom kemaruk…. dok berebut itu ini dalam pertandingan musical chair. Itu semua bisa diurus. No hal punya….. small matter!!! UBN pun, apa kurang nyer. After 50 years memerintah negara….. hampir hancoq Satu Malaysia depa kerjakan.
So….. kalau kita bagi PR lebih masa dan kepercayaan….. isyaAllah, UBN hanya akan tinggal sejarah di Penang!!! Pemerintahan TGNA di Kelantan sudah terbukti…. hebat nyer. Kalau macam itu ler, jangan mimpi ler UBN nak perintah Pulau Pinang semula….!!

Well…. teman rasa, semua perasaan tak puas hati PAS tentang Penang ni, adalah disebabkan tak dapat kedudukan dan kuasa. Buat masa ni sabor jer ler…… lain kali, kalau menang banyak kerusi lagi, baru ler demand lebih sikit. Jangan ler macam bebudak terus nak terkenyut… tarik muka empat belas!!! Matang ler sikit….

Berbalik kita pada UG….., idea giler tu…. Konon nyer, akan ada pembahagian kuasa [kementerian] antara UBN dan PAS. Eleh….. demer ni nak meniru macam konsep pembahagian kuasa yang digunapakai oleh kerajaan campuran di Indonesia dan Israel, ler tu!! Betoi tak….??? Itu ler kerja komer…. asyik meniru jer. Berapa kementerian ler yang UBN nak offer pada PAS agak nyer??? Lima….. enam…. tujuh… atau berapa ??? Selebih nyer…. siapa punya??? Of course ler UBN punya…..

Ok…. let’s say, PAS dapat lima kementerian….. isy….. cukup ke tu??? Entah ler…. tapi… bagi pemimpin PAS pro-UMNO, mungkin itu sudah cukup WOW…..!!! Sebab itu ler, dua tiga kerat, pimpinan tertinggi PAS, terlior hingga menjelejeh ayor lior!!! Ho…. ho…. ho…. kalau gitu ler….. sah ler demer ni gila kuasa!!! Sebab dah gila ler agak nyer, tindakan dan cakap mereka pun dah merapu-rapu tak tentu hala!!! Bikin semua jemaah dan penyokong gabra ajer. Dengor ceriter ramai perwakilan yang tak setuju idea UG ni. Kalau gitu….. kenapa dua tiga kerat yang hat di atas tu, gatai mulut dok bercakap lagi pasal UG yang sepatut nyer dah tutup bab!! Syusyah…. syusyah…… macam ni!!!

Ingat….. PAS tak sekuat mana pun. Menang pun…. atas sebab rakyat undi kerana getikkan UBN, so…. jangan ler over-perasan. Undi yang diberikan kepada PAS, tak kira ler oleh siapa ….. Melayu ke, bukan-Melayu ke…. adalah amanah. Ulama apa yang sanggup mengkhianati amanah yang rakyat berikan kepada demer. Walau apa pun nawaitu komer….. jangan sekali-kali terikut budaya ‘matlamat menghalalkan cara’ seperti yang dipraktikkan oleh UBN. Sanggupkah komer melihat PAS berpecah semata-mata kerana kemarukkan untuk berkuasa di 5 or beberapa kementerian yang di’offer’kan oleh UBN tu…. Lu orang pikir lah sendiri!!

Dan seperkara lagi….. sanggup kah kengkawan tengok tranformasi bendera PAS menjadi sebegini rupa..???? Jeng…. jeng….. jeng…..










Oh….. tidak….. tidak….. tidak…..!!! Adeh….. apa sudah jadi??? Tak sanggup aku, weh….. Ada pulak bayangan setan ditengah-tengah bulan purnama yang indah itu. Mencacatkan pemandangan betoi ler!!! Woit……. dah nak kiamat ke apa???? Alahai…… teman tak sanggup ler. Ini pun tekak dan perut dah meloya….. Whe…. whe….. wheekkkkkkk!!!! Sorry ler….. excuse me ya!!

Team PerakExpress

'Muzakarah bukan umpan bentuk k'jaan perpaduan'- khairy

Muda Mohd Noor & Abdul Rahim Sabri

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, muzakarah Umno dan PAS bukan umpan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu.

Sebaliknya, kata ahli parlimen Rembau itu, perbincangan ini adalah demi kebaikan, membasmi kemiskinan dan pembangunan politik negara.

"Muzakarah ini menghasilkan persefahaman tidak rasmi, tidak sampai membentuk kerajaan perpaduan.

"Perbincangan ini adalah satu usaha serius ke arah perpaduan ummah, orang Melayu," katanya dalam rancangan agenda Awani terbitan Astro Awani selama 30 minit malam ini.

Khairy juga menafikan isu muzakarah timbul kerana Umno menghadapi krisis, sebaliknya tegas beliau, ia lebih kepada jangka masa panjang dan politik yang sederhana.

Program yang dihoskan oleh Suhaimi Sulaiman itu sepatutnya turut disertai timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Bagaimanapun, beliau tidak hadir pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu.

"Pakatan Rakyat, satu perikatan politik yang belum matang sepeti BN. Oleh itu memang ada ruang, peluang dan masa untuk PAS untuk pertimbangkan pilihan untuk terus dalam Pakatan kerana ia bukan parti rasmi dan tiada pun kabinet bayangan ," katanya.

'Jangan prejudis'

Khairy berkata, untuk jangka pendek ini kepercayaan perlu dibina terlebih dahulu oleh dua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan tersebut.

Katanya, perbincangan Umno dan PAS yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu terbantut kerana kedua-dua parti terbabit dengan pemilihan masing-masing.

Oleh itu, ketua Pemuda Umno itu berharap perbincangan tersebut diadakan semula.

"Dengaan kemenangan pemimpin PAS yang menyokong kepada perbincangan, proses muzakarah menjadi lebih konduksif.

"Jika terus dengan prejudis, perbincangan tidak dapat teruskan dan kerana itu jangan ada prasyarat," katanya..

Sementara itu, ahli Parlimen Parti Buntar, Mujahid Yusof Rawa berkata, PAS mahu syarat awal sebelum perbincangan kedua-dua parti dimulakan.

Bagaimanapun, katanya, mesti ada suasana konduksif untuk menimbulkan minat membincangkan perkara penting.

"Suasana konduksif belum ada ketika ini. Tiada konduksi, sukar hendak berbincang," tambahnya ketika ditemubual melalui telefon.

Politik perpaduan

Mujahid berkata, konsep politik perpaduan merupakan keperluan besar dalam negara bangsa.

Katanya, tidak mungkin untuk memacu ke hadapan dengan suasana politik yang membuang masa.

Menurutnya, kerajaan perpaduan atau campuran asasnya ialah dengan rundingan.

"Kalau dapat membentuk suasana itu, maka mudahlah urusan lain untuk kepentingan yang lebih besar.

"Masalahnya PAS sudah ada Pakatan Rakyat. PAS kena tengok ahli parti, rakan Pakatan dan persepsi. Benda itu perlu dibereskan supaya tidak menikam PAS kembali," katanya.

Sementara itu, Prof Madya Kamaruzzaman Yusof berkata, beliau tidak melihat adanya titik pertemuan antara PAS dan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"Sebaliknya kepimpinan PAS harus menumpukan kepada perkara-perkara yang relevan yang berkaitan dengan parti.

"Contohnya, bagaimana nak menguasai kawasan-kawasan baru di luar bandar," kata penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut ditemubual melalui talian telefon.

malaysiakini

PAS Tersasar Jauh Dari Landasan Dibawah Pimpinan TGHH & Nasa

From : othman inayatullah
Date : 2009/6/9

Saya juga tidak setuju jika PAS bergabung dengan UMNO kerana Kerajaan Perpaduan. Saya sendiri tak faham apa maksud kerajaan perpaduan yang berada di akal minda seorang bernama Hadi Awang bersama orang kuat beliau yang saya suka panggil Nasha. Adakah kerajaan perpaduan ini melibatkan perpaduan warga Malaysia yang meliputi Melayu, India, Cina, Siam, Kadazan, Dayak dan sebagainya atau perpaduan melayu sahaja?

Sehingga ke hari ini saya tidak nampak perpaduan antara bangsa di Malaysia dalam keadaan bercakaran seperti 13 Mei 1969 kalau yang dikatakan kerajaan perpaduan itu melibatkan seluruh bangsa Malaysia. Jika akal Hadi Awang menjurus kepada perpaduan melayu, PAS bukan lagi bersifat universel iaitu bersifat untuk semua tetapi bersifat bangsa. Ingat jika perjuangan yang bersifat bangsa sebenarnya dimurkai Allah swt seperti mana Hadi Awang sendiri pernah katakan.

Untuk pengetahuan Hadi Awang, Saudara Nasha dan mereka-mereka yang berada dalam PAS yang menyokong kerajaan perpaduan ini, bahawa kemenangan calon-calon PAS bukan sebabkan ahli PAS yang ramai tetapi disebabkan pengundi yang ingin pemimpin mereka bersih dan berbakti kepada semua secara adil. Jika dibandingkan ahli PAS dan UMNO, ahli UMNO lebih dari 10 kali ganda ramai daripada PAS, tetapi kenapa PAS boleh memenang dalam PRK Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Jawapannya adalah di atas.

Sekiranya PAS masih meneruskan niat Kerajaan Perpaduannya dengan UMNO, saya jangkakan bahawa PRK di Kelantan, PAS akan kalah walaupun menggunakan lambang BN.

Kenapa Hadi Awang tidak mengusulkan kerajaan perpaduan dengan DAP, PKR, MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti selain UMNO. Kenapa UMNO? Tidakah itu menunjukkan Hadi Awang gila pangkat dan kuasa. Walaupun saya bukan mana-mana ahli parti politik tetapi saya sayangkan PAS.

Saya sayang Ustaz Fadzil Nor kerana beliau seorang yang sederhana, lembut dan tidak pernah tergoda dengan pangkat dan kuasa. Dalam zaman beliau, PAS dikalahkan dalam setiap PRU tetapi beliau sabar dan berusaha untuk mengetengahkan PAS.

Saya sayangkan PAS kerana adanya Tuan Guru Nik Aziz yang banyak menyedarkan saya dalam setiap kata-kata beliau walaupun beliau cakap kelantan.

Tetapi kini saya sudah mula benci PAS kerana Hadi Awang dan si Nasha. Mereka ini yang bakal menyebabkan PAS bersubahat dengan perosak negara (UMNO). Saya amat harap sekira ada kalangan orang kuat Hadi Awang atau si Nasha, tolong emailkan kepada mereka isihati saya ini.

Ingat pangkat dan kuasa itu hanya sementera dan akan dicabut daripada kita juga samada secara baik mahupun secara hina. Kita tidak perlu jadi TPM kalau kita sentiasa beritizam perjuangan kita untuk keadilan sejagat mengikut lunas-lunas Islam.

Untuk penyokong PAS, PAS sekarang telah dirogol oleh Hadi Awang dan Nasha. Perogolan berganda dan berulang-ulang, bukan sehaja dirogol tetapi diliwat oleh kedua mereka ini. Saya benci Hadi Awang dan Nasha!

sumber dari perisikrakyat

Unity Gomen: Tahniah..! PAS Bakal Hilang Sokongan Rakyat Malaysia

Ikhwan yang dirahmati Allah... Semoga kalian semua dalam lindungan dan peliharaah Allah hendaknya...

Saya amat2 terkilan dengan keputusan pemilihan kepimpinan PAS dalam Muktamar ke 55 baru2 ini. Tak payahlah saya nak uraikan, mungkin Ikhwan semua dapat mengagak siapa pilihan saya.

PAS akan kehilangan sokongan dari pengundi bukan Islam andainya muqabalah menjadi kenyataan... Saya boleh jamin 98%, ini kerana, apa yang saya tinjau dan dengar cakap di sekitar Johor Bahru, penyokong PAS yang bukan Islam sudah mula bersungut dengan wujudnya team2 dalam PAS, antara sungutan mereka ialah muqabalah bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Saya mohon, andainya agenda muqabalah dan kerajaan perpaduan ini hendak diteruskan, mereka-mereka yang terlibat hendaklah buat satu parti baru dan teruskanlah rundingan itu. Saya sebagai muslim yang mendukung perjuangan PAS tidak rela perjuangan saya walaupun tidak pernah berjuang secara langsung di cabul dan di lacur demi kepentingan mereka-mereka yang ada agenda tersendiri. Ingatlah, PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam sebagai cara pemerintahan, jangan lupa pada dasar parti, kami di dalam PAS adalah kerana perjuangan Islam PAS.

Ingatlah ikhwan yang menyebelahi muqabalah, pihak yang satu lagi hanyalah mempergunakan kamu untuk kepentingan politik mereka, mereka tiada keikhlasan dalam muqabalah itu, yang ada pada mereka hanyalah mengambil kesempatan terhadap populariti dan penerimaan PAS oleh semua lapisan masyarakat dan kaum pada waktu kini. Ingat apa yang telah pihak sana buat terhadap kerajaan PAS di Kelantan, Terengganu dan Perak. 50 lebih tahun mereka memerintah bumi Malaysia ini, pelbagai "pelacuran" politik telah mereka lakukan, dari hak dan ketuanan Melayu hinggalah kepada Raja-raja, habis semua harta rakyat dirompak bagi meneruskan agenda politik bangsat mereka. Apakah ikhwan yang menyokong muqabalah ini tidak nampak? tidakah anda semua membaca dan menyingkap sejarah lampau?

Sekian, Wallahu wa'lam...

aziz al-fayyed/090609/0246/tanjungputeri