Friday, 5 June 2009

Husam: Lupakan sahaja rundingan PAS-Umno

Hafiz Yatim | Jun 5, 09 3:51pm

Naib Presiden PAS, Husam Musa sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak harus sekali-kali berunding dengan Umno 'yang kini dalam keadaan lemah".

"Saya harap mesej ini diterima bahawa parti ini tidak harus sekali-kali berunding dengan Umno yang merupakan musuh politiknya," katanya kepada pemberita di muktamar parti itu di Shah Alam hari ini.

Katanya, selagi ia menguntungkan Umno, PAS tidak sepatutnya bekerjasama dengan parti tersebut.

Jika tidak, tegasnya, PAS akan dilihat seperti membantu Umno yang kini dalam keadaan yang lemah.

Husam bertanding jwatan timbalan presiden, berdepan dengan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan seorang lagi pencabar, Mohamad Sabu yang juga naib presiden.

Proses pengundian bermula jam 3.50 petang ini dan sedang berjalan. Ia jangka berlanjutan sehingga ke malam.

Menurut pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali, pengiraan akan dijalankan hari ini, tetapi keputusannya akan diumumkan pagi esok.

malaysiakini.

Nizar Fail Rayuan ke Mahkamah Persekutuan Isnin ini

Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan Isnin ini 8 Jun, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Walaupun masih belum menerima penghujahan bertulis keputusan Mahkamah Rayuan 22 Mei lalu yang membenarkan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar, namun ini tidak menghalang langkah Mohammad Nizar Jamaluddin untuk memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

"Kita masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan. Walau bagaimanapun setelah berbincang dengan peguam pihak kami akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada hari Isnin 8 Jun ini," kata Nizar.

Beliau berkata, pihaknya turut membuat keputusan memohon Mahkamah Persekutuan menggunakan panel hakim maksimum iaitu sembilan orang bagi mendengar kes itu.
Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei.

Bagaimanapun faks daripada pejabat Mahkamah Rayuan memberitahu bahawa mahkamah tersebut masih dalam proses menyediakan penghakiman bertulis tersebut menurut peguam Nizar, Leong Cheok Leng.

"Kita berharap akan menerima dokumen tersebut pada minggu ini supaya kami dapat bersedia untuk proses rayuan kepada Mahkamah Persekutuan," katanya.
"Adalah agak sukar bagi peguam saya untuk merangka soalan berperlembagaan (dalam rayuan) tanpa melihat alasan bertulis penghakiman itu.

"Bagaimanapun, kami terpaksa meneruskan juga tindakan memfailkan rayuan atas dasar perlu disegerakan (urgency) sebab kami hanya ada masa yang singkat dan tidak mahu menunggu lagi,” katanya.
Nizar mempunyai tempoh masa sebulan daripada tarikh keputusan secara lisan untuk memfailkan rayuan beliau.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang apabila Parlimen menyambung sidang 15 Jun depan.

BACALAH YANG TERSIRAT DARI YANG TERSURAT

Beberapa hari ini cerita ChinPeng kembali menghiasi media kita. Siapa Chin Peng tak perlu diperjelaskan. Kenapa Chin Peng kembali popular???? ianya adalah cetusan pengerusi Gerakan Pulau Pinang. Apa tujuannya? tak pasti...

Harus diingat kisah Chin Peng dengan komunisnya telah menjadi sejarah hitam masyarakat kita. Ianya tak wajar diungkit kembali . Pastinya orang yang mengungkitnya mempunyai tujuan tertentu. Saya melihat itulah lenggok politik BN. Gerakan adalah parti Cina (walaupun dibuka keahlian untuk bangsa lain) yang kehilangan sokongan masyarakat lain. umNO pula adalah parti Melayu (walaupun bumiputra bangsa apa pun boleh masuk) yang sedang mengepung dan memburu undi sokongan melayu. keduanya dari kompenan BN!!!

Sewajarnya jika isu ini dilakukan dengan ikhlas untuk membantu Chin Peng kembali ke Malaysia boleh dilakukan secara dalaman. Tak perlu perbincangan terbuka. Apabila ia menjadi perbincangan umum, maka luka lama akan berdarah kembali. satu hakikat yang tak dapat dinafikan ialah....komunis dikaitkan dengan bangsa Cina di Malaysia walaupun bukan semua cina dulu mengikuti fahaman komunis. Nama Abdullah CD dan Rashid maidin serta Shamsiah Fakih bukanlah nama yang asing dari label komunis.

Paling tidak, secara diam dan akar umbi, masing masing kaum akan saling mencurigai.lebih malang ada virus yang bergerak mengingatkan " kalau melayu tak bersatu, Cina akan menguasai kita". Bukti jelas boleh dilihat di dalam blog pro umNO. Isu komunis dan kaitan dengan masyarakat cina serta api perkauman terus dicetuskan!Tak perlu saya mempromosikan blog berkudis itu di sini.

Apa yang malang, beberapa NGO dan orang persaorangan terikut dengan rentak BN ini. Mereka telah gagal di dalam isu Perak menuduh DS Nizar sebagai Boneka Cina apabila rakyat mula tahu apa yang dilakukan oleh pemimpin umNO dulu bersama tauke Cina dan apa yang dibantu oleh PR terhadap golongan miskin dan terinaya dari pelbagai bangsa. Mereka mula menilai tanah kediaman yang diberi kerajaan PR kepada orang muskin dengan ladang dan keluasan kilang yang diberi umNO kepada tauke Cina. Rakyat mula menilai bantuan sekolah agama yang diberi kerajaan PR dan sikap BN terhadap sekolah agama terutama pondok Pak Teh dalam kawasan MB umNO sendiri.

Sewajarnya kita mengambil sikap berhati hati dengan jerat isu perkauman yang dicanangkan BN secara halus. Jangan lupa, peristiwa Operasi lalang dulu juga adalah mainan pemimpin Gerakan dan umNO...mangsanya PAS dan DAP. Ada angin bertiup menyatakan, bagi meredakan kebangkitan rakyat , pemimpin PR perlu direhatkan dan dipisahkan dari rakyat. Mungkin salah satunya melalui isu perkauman!

Marilah kita menumpukan kepada isu yang melibatkan masa depan daripada membangkitkan nostalgia silam yang tak berkesudahan. Jangan biar generasi kini menerima akibat kesilapan generasi sebelum kita. Apa yang penting, hubungan mesra antara kaum yang terjalin terutama di dalam PR mestilah dimanafaatkan untuk dakwah dan perjuangan.

BACALAH YANG TERSIRAT DARI YANG TERSURAT
-anakSengat

Budaya kempen Umno menular kedalam Pas

Oleh Samsuri Roslan

JUN 4 — "Yang itu adalah kumpulan Husam. Sebelah sana pula adalah kumpulan yang menyokong Muhamad Sabu.” Demikian kata-kata seorang pimpinan Pemuda PAS kawasan sebaik sahaja kami hadir di majlis perasmian muktamar Dewan Pemuda Pas di Taman Melewar malam tadi.

Dia menunjuk ke arah beberapa kumpulan yang sedang bersantai di salah sebuah restoren yang berhampiran dengan markas PAS Taman Melewar. Ketika itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sedang berucap untuk merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS yang dihadiri oleh perwakilan pemuda seluruh negara.

“Mereka satu jamaah. Tidak boleh duduk sekali ke,” soal kami melihat situasi ini yang disifatkan agak serius dan mengejutkan.

Pimpinan Dewan Pemuda PAS ini hanya menggeleng-gelengkan kepala — seolah-olah tidak berpuashati dengan situasi kempen PAS masakini. Bagaimanapun dia masih tidak jelas dan mengetahui samada kumpulan terbabit adalah dari kalangan penyokong semata-mata ataupun turut dihadiri sekali oleh para perwakilan.

Budaya makan menjelang hari berkempen di dalam Umno sudah lama berlaku walaupun terdapat beberapa peraturan yang menghalang ahli dan perwakilan berbuat demikian. Di dalam Umno, budaya politik wang agak sukar dikesan kerana kekurangan bukti di samping kecekapan broker menjalankan tugas.

Bagaimanapun ada juga sesetengah pemimpin Umno yang tersilap strategi apabila ada di kalangan juru kempen memberikan wang kepada bukan perwakilan sebaliknya pemantau dari ibu pejabat Umno.

Bagaimanapun budaya PAS menggunakan wang sebagai sogokan tidak mungkin berlaku semasa hari berkempen. Cuma persamaan antara Umno dan PAS adalah “belanja makan-makan” jika melihat daripada peristiwa yang berlaku semasa majlis perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS ini.

Selain itu, beberapa rakan pimpinan PAS yang ditemui mengakui hakikat kempen yang berbaur fitnah dan kata-kata kesat telah berlaku di kalangan ahli PAS. Mereka telah menunjukan beberapa SMS yang mengandungi kata-kata kesat dan fitnah terhadap calon-calon yang bertanding terutamanya untuk jawatan timbalan presiden parti.

Kerana itu juga dalam ucapan perasmian ini, Nasharuddin turut menyebut mengenai budaya dusta di kalangan ahli PAS. Antara lain beliau menyebut, "jangan kita berlaga sesama sendiri. Jangan kita berdusta sehingga membongkar rahsia tanzim kita. Jagalah adab-adab berjemaah dan jangan sekali-kali membiarkan diri kita dipergunakan musuh samada kita sedar atau sebaliknya."

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bachok ini tidak menjelaskan secara terperinci “musuh yang disedari atau sebaliknya”. Apa yang pasti, musuh dalam selimut adalah lebih bahaya jika di bandingkan dengan musuh yang nyata.

Daripada SMS yang ditunjukkan kepada kami, ia disifatkan agak keterlaluan dan di luar batas-batas adab samada dari sudut agama Islam mahupun budaya Melayu. Ia seolah-olah lanjutan dari Muktamar Pemilihan PAS yang lalu dan tidak dapat dikurangkan apatah lagi dihentikan.

Apakah ini sememangnya budaya orang Melayu yang suka menabur fitnah, dengki dan khianat tanpa mengira parti samada PAS mahupun Umno? Hanya pemimpin dan ahli yang berjiwa besar tidak akan berbuat demikian.

Sumber: The Malaysian Insider

Husam tuntut Utusan Melayu mohon maaf

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menuntut akhbar Utusan Malaysia memohon maaf kerana menyiarkan artikel bertajuk 'Menilai Hujah Husam' yang didakwa mengandungi serangan peribadi terhadap exco kerajaan Kelantan itu.Husam berkata, akhbar tersebut yang berkait rapat dengan lawan politik PAS - Umno - telah menyiarkan artikel tersebut pada 31 Mei di mana beliau telah dilabelkan sebagai 'musuh PAS" yang akhirnya akan membawa kepada kemusnahan parti Islam itu.

Surat tuntutan tersebut dihantar oleh peguam Husam - Balan Nair Thamodaran pada 2 Jun - menyatakan bahawa artikel tersebut membawa maksud bahawa, Husam tidak setia pada PAS, seorang yang tidak boleh dipercayai, berniat hendak dan/atau prejudis terhadap kepentingan PAS dan musuh PAS.

Peguam Husam berkata artikel tersebut dengan jelas merujuk kepada Naib Presiden PAS itu yang digambarkan sebagai dari kumpulan profesional dan kumpulan Erdogan.

Balan berkata, artikel tersebut berniat untuk menjejaskan peluang pelanggannya yang bertanding - jawatan timbalan presiden - dalam pemilihan parti itu, dengan menggambarnya, sebagai musuh PAS.

Menurutnya lagi, artikel itu juga merupakan serangan peribadi terhadap Husam yang terkeluar dari skop kewartawanan profesional.

Sumber: TVAntara.com