Wednesday, 12 August 2009

Jangan mandi malam dan minum ais!!

Berikut adalah penjelasan bagi kes mandi malam.

Nukilan:HambaAllah

Berikut adalah penjelasan bagi kes mandi malam.
Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini
berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan
sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur.

Selalunya saya bermain
badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak
tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada
penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan
mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya macam
percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya
lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya
tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses
sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila
ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya
meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru
berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk
memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm.

Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik
transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair
pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini
tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya
bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan
saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main
badminton ke??
Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak
belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain
waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains
secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu
mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana
terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian
ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan
hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah
paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah
tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti
paru-paru berair. Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja
saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital
Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa
rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila
sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya
penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu
beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan

"Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ". Belum sempat pesakit ini
menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam.
Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam.
Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk
menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata
"badan dah panas, nak buat apa!". Begitulah kata-kata orang yang degil.

kesan minum air batu

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu
ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji
gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di
atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di
permukaan luar g elas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar
gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari
bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di
udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada
air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa
makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus
ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah
alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam
alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum air
batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan
alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk.
Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam
banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam
alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian
tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin
banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke
kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan
alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran
gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan
mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru
iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang
yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat
aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.


Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak
balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.


Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes
sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu.
Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih
tajuk yang berkaitan bagi Pr ojek Tahun Akhir beliau. Saya banyak
membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.


Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba
Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan
yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin
namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar
biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau
memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling
menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri,
alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas
syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan
pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara
Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca
sekelian, Mr Y sudah kena simptom "kalah sejuk" iaitu antara pelbagai
kesan dari masalah paru-parunya.

Dengan ini dirumuskan bahawa:-
MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.

TKODAILY

Keajaiban Peperangan Di Gaza

Nukilan:Ustaz Halim

Buat pedoman kita...yakinlah sesungguhnya Allah sentiasa bersama mujahid palestin..jangan terikut-ikut kata2 orang munafik yg mereka berpecah & lain2 fitnah.yang berpecah adalah manusia2 hipokrit bertopengkan pejuang

Allah-hu-akbar. ...

Keajaiban peperangan Di Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza
bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

5. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan.. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

6. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah
swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun
lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di u***** dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .

isuhagat

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit

Hishamuddin Rais
Ogos 12, 09
5:29pm


Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan

Kerajaan BN Gagal, Selesema Babi H1N1 Bolos Setiap Rumah

Surat Pembaca Oleh: mohdnoorawang
(tranungkite.net)

"Kes demam selesema babi H1N1 telah sampai tahap yang kritikal di Malaysia. Kematian rakyat Malysia kerana selesema babi hampir 50 orang. Dengan kes terkini hampir 2000 kes dikesan terkena wabak virus selesema babi H1N1.

Jelas Kementerian Kesihatan dan kerajaan barisan nasional GAGAL dalam melaksanakan 7 langkah yang diwar-warkan oleh Timbalan Perdana menteri Malaysia TS Muhyuddin Yassin. Menteri yang mulut celupar dengan kisah ugutan dan suka dengan provokasi.

Virus H!N! adalah gabungan tiga jenis demam selesema. Selesema babi, selesema burung dan selesema manusia. Menyerang paru-paru dan sesak nafas dikatakan oleh pakar perubatan punca kematian secara cepat.

Sehingga kini tiada lagi ubat mujarab yang benar-benar dapat membunuh virus H1N! selesema babi. Vaksin untuk mencegah jangkitan virus selesema babi juga belum lagi ditemui oleh pakar dunia perubatan.

Kami mengharap kerajaan barisan nasional atau BN serius dalam memperlahankan wabak selesema babi dan mengurangkan kadar kematian kerana selesema babi.

Perdana menteri Malaysia DS Najib Razak perlu mencari satu kaedah yang pratikal untuk mengawal wabak selesema babi dari merebak dengan pantas seluruh Malaysia. Atau SATU MALAYSIA 24 JUTA RAKYAT MALYSIA DISERANG SELESEMA BABI.

Kedua hindar politik provokasi murahan yang dibuat oleh pemimpin umno terutama Muhyuddin Yassin merangakap ketua "deligasi" penyakit selesema babi H1N1 Malaysia. Jelas Muhyuddin Yassin gagal dalam tugas sebagai bos atau pengerusi selesema babi Malaysia.

Ketiga jika tiada tindakan yang drastik penduduk SATU MALAYSIA diserang selesema babi dan bakal membawa bilangan kematian ratusan atau puluhan ribu berasakan jika kes dikesan 2000 kes selesema babi boleh membawa keamatian 50 kes.

Keempat kerajaan Malaysia barisan nasional dan Kementerian Kesihatan Malaysia cukup lembap dan gagal dalam tugasnya.

Sehingga kini Kerajaan Malaysia dibawah DS Najib Razak tidak ada tindakan serius mengawak wabak selesema babi. Amat mendukacita slogan Najib "rakyat didahulukan percapaian diutamakan" hanya satu pembohngan yang menyedapkan halwa telingga rakyat terutama rakyat bangsa Melayu.

Kami cadang kepada kerajaan Malaysia khasnya Muhyuddin Yassin dan kementerian kesihatan mengadakan satu demotrasi kesedaran selesema babi dan kegagalan kerajaan Malaysia berhimpin ke Putra Jaya didepan pejabat perdana menteri Malaysia bagi tujuan menghantar rintihan rakyat dalam mengatasi selesema babi."


NAK TUNGGU SATU MALAYSIA KENA KE??

nak tunggu sampai bila?
nak tunggu 1 malaysia kena penyakit ke?
setakat ni dah 48 keluarga yang hiba,
ada ahli keluarga pergi tanpa di sangka,
H1N1 punya bahana,
nak tunggu angka korban terus meningkat ke?
kata rakyat didahulukan,untuk apa?
untuk menempah maut yang tak disangka,

lu orang menteri boleh le tido lena,
pasal anak dan ahli keluarga lu orang tak kena,
lu orang boleh ler,pasal doktor peribadi dah tentu ada,
ubat pun sampai segera,
pergi hospital pun kelas pertama,
takpun hospital swasta tunjuk kad sahaja,
tak macam kami berbaris panjang sesak nafas la juga,
angkara selsema risau pun ada,
mana tak risau kalau dah melibatkan nyawa..

apa lu orang menteri fikir sebenarnya,
dalam keadaan mcm ni nak fikir kepentingan dan keuntungan jugak ke?
atau nak tunggu bukak tender?
atau nak tengok komisen dapat berapa?
susah sangat ke nak bagi penutup mulut dan hidung secara percuma?
fikirlah juga mereka yang miskin dan tak berupaya..

lembab sangat pemantauan dan penguatkuasaannya,
tunggu,lihat,kaji,dah perkara biasa!
nak tunggu sampai bila???

NAK TUNGGU SATU MALAYSIA KENA KE??

oleh kasutkularrie.

Perak: Dun Perak bubar November tahun ini?

Oleh SM Noor

Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak akan dibubarkan sebelum berakhir tahun 2009 ini.

Ini kerana, katanya jika Dun Perak tidak bersidang menjangkaui tempoh enam bulan negeri Perak akan menjadi negeri 'tidak berperlembagaan' atau 'unconstitutional state'.


"Dun Perak mungkin kita (PAS) boleh jangka bila dia bubar, dia (Barisan Nasional) terpaksa bubar juga kerana tidak ada pilihan lain, dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak mesti bersidang tidak lebih enam bulan,"tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Tindakan Dun Cukai bagi mengumpul Dana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, di sebuah Restoran di Bukit Kuang, Chukai, pada 5 Ogos lalu.

Menurutnya sidang Dun Perak akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 November 2009 kerana persidangan lalu diadakan pada 7 Mei 2009.

Katanya sidang Dun tersebut mesti diadakan bagi membentang dan meluluskan Belanjawan 2010.

"Mesti ada persidangan, jika tidak bagaimana (negeri) nak belanja tahun depan (2010), nak beri (bayar) gaji kakitangan kerajaan negeri Perak, nak buat peruntukan untuk perbekalan.

"Ini mesti diluluskan di Dewan Undangan Negeri dalam bentuk Belanjawan 2010, ikut mana cerita pun dia (kerajaan) mesti buat persidangan,"jelasnya.

Menurutnya kemungkinan berlaku kekecohan pada persidangan Dun Perak akan datang tidak dapat dijangkakan kerana sidang Dun pada Mei 2009 lalu telah berlaku ?huru hara?.

Kata Nizar, sidang Dun yang lalu dianggap tidak sah kerana tindakan Umno-BN merampas kuasa Speaker (Yang DiPertua) Dun Perak secara paksa.

"Bila dia (Umno-BN) buat persidangan (nanti), saya beritahu Tuanku (Sultan), kami juga (Pakatan Rakyat) akan cuba buat bagaimana Umno (buat) arah polis angkat Speaker. Kita pun nak cuba belajar angkat Speaker.

"Adakah Tuanku nak tengok, nak biar dunia tengok, bahawa berlaku lagi kemelut dan huru hara dalam Dewan Undangan Negeri Perak,"ujarnya.

Menurutnya, kemelut tersebut merupakan rantaian dari tindakan 'rampasan kuasa' yang telah dilakukan oleh Umno-BN pada Februari 2009 lalu.

Katanya, seluruh rakyat negeri Perak bersama-sama Pakatan Rakyat yang mahukan Dun Perak dibubarkan segera.

Meski pun, katanya hanya diberi kuasa selama 12 jam pada 11 Mei 2009 lalu oleh mahkamah masih sempat menulis surat kepada Tuanku Sultan Perak memohon agar Dun Perak dibubarkan.

"Umno terpaksa rampas (dan) teruskan proses merampas. Setelah dia rampas kuasa dia rampas Speaker, lepas dia rampas Speaker dia rampas keputusan Mahkamah Tinggi.

"Keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 telah memberikan 'keabsahan' kepada saya dan Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar yang sah dan kerajaan yang sah.

"Sebaik sahaja dia (hakim) memutuskan keputusan itu, saya dan rakan-rakan terus ke Masjid Kampung Pandan dan melakukakan solat sunat.

"Selepas itu, saya 'berlari' (bergegas) dalam kereta minta buatkan surat. (apabila) Saya sampai di Ipoh surat dah sedia, (saya) ambil surat dan bawa pergi ke Istana," ujarnya menceritakan rentetan peristiwa di Perak.

Malangnya, kata beliau apabila sampai ke Istana pada jam 10.30 malam tidak dibenarkan masuk bagi menghadap Sultan Perak.

Menurutnya, dalam surat tersebut memohon perkenan Sultan agar membubarkan Dun Perak.

"Dalam surat itu, saya nyatakan ke bawah Duli Yang Mulia Sultan Perak. Oleh kerana, Mahkamah Tinggi mengabsahkan patik sebagai Menteri Besar, maka patik nak serahkan kuasa itu kembali kepada rakyat. Apa sudi kiranya, Tuanku memperkenankan dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak,"jelasnya.

Pada majlis tersebut sejumlah RM22,000 berjaya dikumpulkan oleh MTD Chukai bagi mengisi Dana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. - mks._

Ubat dari Babi Di Pasaran Malaysia

Info Terkini Oleh: asshafiee

"Pemberitahuan kepada semua pengunjung blog ini, terdapat ubat-ubat yang bersumberkan unsur babi dan diguna oleh rakyat Malaysia khuisusnya Islam. senarai ubatnya ialah :

No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia

* Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste
* Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma
* Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm
* Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma Nama saintifik babi ialah Porcine.

Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) kedalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain … akan diberitahu secepat mungkin.

Rujukan dari http://www.asshafiee.blogspot.com"

H1N1: BOLEH CUBA PENAWAR INI

Ada sahabat yang mengirimkan email kononnya ubat selsema babi di Thailand.

Salam..... saya baru balik dari Thailand. Saya ke Pulau Temelang dan Ban Tun. Apa yang saya nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan-bahannya adalah
1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara-caranya ialah:

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

Wallahualam

satu lagi penawar..

Bunga lawang mencegah terkena H1NI

Dear Ladies and Gentlemen,

I have a reliable resource on the vaccination of H1N1 – Prof Dr Mushid Abd Halim (Pakar Neurology & Nephrology) now base at Coventry Hospital . I’ll make a re-confirmation after have chat with our En Nasa of the bunga lawang as vaccination for timiflu. Yupz….this doctor conquer that the main component of the timiflu vaccination come from bunga lawang. So, guys and gales out there, why don’t we use this cheap resource as our prevention step.

Cara-cara nya (ikut En Nasa)

Rendam bunga lawang dlm air masak selama 3 hari dan minum (of course lah yg Islam kena lah baca Bismillah & Selawat dulu)

Saya cuma menyampaikan apa yg patut sampaikan…..berkesan ke tak….Wallahualam….Allah saje yg tau…..tapikan setahu saya…Allah takkan turunkan sesuatu penyakit jika tak penawarnya

Berusahalah , merawat lebih baik dari mengubati ...

www.telokbakong.com