Monday, 15 June 2009

Nizar Dan Empat Yang Lain Digantung Dua Hari

KUALA LUMPUR [2.30 pm] - Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia menggantung Ahli Parlimen Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin dan empat ahli Parlimen lain daripada Parlimen dua hari kerana kononnya melanggar kod baju Dewan Rakyat. Nizar dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Koo Ham (DAP-Pantai Remis) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) di halau dari Parlimen kerana memakai lilitan bubar DUN Perak. Nizar cuba membawa bahas mengenai kemelut politik Perak ke dewan tertinggi demokrasi di negara ini setelah menangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang. “Ketika mengangkat sumpah, saya berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan. Demikian itu saya memitna izin dari Speaker untuk memaklumkan kepada Dewan berkenaan isu Perlembagaan yang dipinggir di Perak,” kata Nizar. Nizar bagaimanapun tidak diberi peluang itu kerana diarahkan keluar Dewan oleh Pandikar bersama empat Ahli Parlimen lain. Pandikar berkata kesemua mereka di gantung dua hari atas kesalahan melanggar kod pemakaian Dewan Rakyat. Mengulas kejadian itu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan Pandikar, mendesak arahan itu dipertimbang semula. Beliau menjelaskan Dewan Rakyat perlu mendengar penjelasan Krisis Perlembagaan Perak kerana institusi Parlimen adalah mercu dewan-dewan legislatif negara ini. “Kita dapat lihat bagaimana Dewan Undangan Negeri dilanggar, serta kekerasan yang dilalui oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Kes-kes ini perlu diberi perhatian serius oleh Dewan Rakyat,” kata Anwar. “Tidak ada bezanya proses Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Perak. Dewan perlu mendengar penjelasan dan membahaskan isu ini,” kata Anwar. Beliau kesal kelima-lima wakil rakyat lantang itu digantung dua hari atas alasan kod pemakaian, sedangkan isu yang di bawa adalah serius dan menjurus kepada pencabulan proses legislatif negara ini. “Buat masa sekarang, kita mahu adakan pertemuan dengan Speaker supaya beliau pertimbang semula keputusan penggantungan tersebut, dan membolehkan mereka kembali ke Dewan,” tegas Anwar

pahangdailyonline

Perbicaraan Rasuah Dua ADUN katak Lompat Bermula

IPOH [12.57 pm] - Perbicaraan kes rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaludin Md Radzi; Adun Changkat Jering, Osman Jailu; dan tiga lagi individu membabitkan projek perumahan RM180 juta di Perak tengah bermula di Mahkamah Sesyen. Perbicaraan di depan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh bermula dengan Timbalan Pendakwa Raya, Jazamudin Nawawi, memanggil Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak, Abdulah Antong, sebagai saksi pertama.

pahangdailyonline

Speaker Dewan Rakyat enggan teruskan agenda dewan mengalu-alu dan ucap tahniah kepada MP baru.

Apabila sampai kepada agenda mengalu-alu dan mengucapkan tahniah kepada seorang ahli dewan yang baru mengangkat sumpah dimana pada hari ini MP yang terlibat ialah DS. Muhammad Nizar Jamaluddin. Namun begitu Speaker Tan Sri Pandikat Amin enggan meneruskan agenda tersebut.

Mungkin inilah kali pertama dalam sejarah persidangan Dewan Rakyat apabila Speaker enggan meneruskan agenda tersebut.

Semasa sampai ke agenda tersebut, DS. Nizar telahpun tidak berada di dalam dewan kerana diarah keluar sebelum dari itu.

cinaislam

Nizar ditendang keluar selepas angkat sumpah

Nizar angkat sumpah sebagai ahli parlimen (AP) dan selepas itu diarahkan keluar dewan dengan alasan enggan menanggal pengikat kepala ‘Bubar Dun’ dan berkelakuan kasar menurut speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dan bersamanya lima orang lagi AP turut ditendang keluar. Mereka yang ditendang keluar ialah Nizar (PAS - Bukit Gantang), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Ketika kekecohan tersebut Perdana Menteri Najib Razak turut hadir. Sementara itu, di luar Dewan pihak keselamatan telah mengarahkan mereka yang bukan MP untuk menanggalkan pengikat kepala ‘Bubar DUN’ tersebut.

Mahfuz Omar yang turut diusir dipetik sebagai berkata kepada The Malaysia Insider yang bekas Speaker Tun Zahir Ismail, telah membenarkan kain pengikat lengan anti-ISA ketika sesi Parlimen ke 10.

Selain daripada ditendang keluar dari dewan, mereka juga turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Keadaan keselamatan di Bangunan Parlimen dikawal ketat dengan jumlah kehadiran polis adalah ramai. Dewan akan bersidang selama dua minggu bermula hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan dengan ‘rampasan kuasa’ di Perak, Hishamuddin Hussein (Meteri Dalam Negeri) menjawab soalan DS Anwar (ketua pembangkang) mengenai penggunaan polis mengheret keluar Speaker keluar dewan pada persidangan DUN negeri Perak 7 Mei yang lalu. Dan menurut Lim Kit Siang dalam Twitternya, “Seperti dijangka, Hishammuddin membenarkan penggunaan polis pada hari [tersebut]“.

Drs. Khalil Idham Lim mengulas perbahasan Hishammudin yang menjawab soalan dari ketua Pembangkang mengenai salah guna kuasa polis di DUN Perak itu berkata, bahawa Hishammudin sebagai Menteri dalam Negeri telah berbohong di dalam dewan, dengan menyatakan baahawa penggunaan polis adalah sah kerana dipanggil oleh speaker BN, Ganeson. Walaupun di dalam masa yang sama terdapat speaker sah dari PakTAN, v. Sivakumar.

Beliau yang juga ADUN Perak dan hadir ketika persidangan dewan 7 Mei lepas berkata, [s]ebagai salah seorang ADUN Perak saya mendapati percanggahan dari fakta sebenar yang berlaku dan jawapan Hishamuddin ternyata bercanggah dengan apa yang berlaku dalam Dewan dan dari itu saya dapati dia cuba berbohong.

“Apabila dia menyebut bahawa polis masuk atas arahan dan permintaanSpeaker BN, Ganesan bererti dia cuba menutup fakta mengenai bagaimana kedudukan sebenar mengenai Speaker yang sah,YB. V.Sivakumar.”

perakexpress

Menteri Dalam Negeri Berbohong dalam Dewan

Kuala Lumpur: Semasa menjawab soalan asal mengenai tindakan polis meneceroboh DUN Perak pada 7 Mei lepas oleh DS.Anwar Ibrahim, saya mendapati beliau cuba berbohong dengan memutar belit fakta dan memberi fakta yang bercanggah dari realiti yang sebenar yang berlaku dalam dewan.

Sebagai salah seorang ADUN Perak saya mendapati percanggahan dari fakta sebenar yang berlaku dan jawapan Hishamuddin ternyata bercanggah dengan apa yang berlaku dalam Dewan dan dari itu saya dapati dia cuba berbohong.

Apabila dia menyebut bahawa polis masuk atas arahan dan permintaanSpeaker BN, Ganesan bererti dia cuba menutup fakta mengenai bagaimana kedudukan sebenar mengenai Speaker yang sah,YB. V.Sivakumar.

Sebenarnya kedudukan V.Sivakumar maish sah bila mengarahkan 7 orang ADUN BN dan 3 ADUN bebas keluar dari Dewan. Kenapakah apabila bentara tidak mengikut arahan Speaker dan 10 orang ADUN itu tidak keluar, polis tidak membantu Speaker Sivakumar.

Jelas pihak polis double standard dan berpihak kepada BN sahaja apabila tidak menyelamatkan lebih awal dari kekecohan yang besar dengan tidak membantu Sivakumar.

Apakah kewajaran setelah kekecohan berpanjangan sekitar 5 jam, baru pihak polis mahu membantu kononnya Speaker yang dilantik dengan cara tidak sah, Ganesan.

Selain itu saya ingin menanyakan kepada Hishamuddin, apakah kewajaran pihak polis mengiktiraf sidang yang telah berlangsung dengan tidak mengikuti agneda yang sebenarnya. Tidakkah polis mengetahui bahawa usul memecat dan melantik Speaker hanya berlaku apabila sidang dirasmikan dahulu oleh DYTM Raja Muda, barulah proses sidang bermula dengan apa jua agenda termasuk hasrat Bn memecat Speaker Sivakumar dan menggantinya dengan Speaker baru.

Demikianlah siri pembohongan BN sampai kepada Dewan Rakyat.Keadaan yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari ini mengesahkan lagi tidak ada cara lain yang akan menyelesaikan kemelut politik di Perak melainkan dengan pembubaran DUN Perak.

cina islam

TERKINI 10.25 pagi: DS.Nizar dan hampir 10 MP dihalau keluar dewan oleh Speaker










Dato'Ngeh Kor Ham dan YB.Nga Kor Ming bangun dengan memakai lilitan kepala BubarDun dan akhirnya diarahkan keluar Dewan.

Ekoran dari tindakan DS.Nizar melaungkan kalimat 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' serta memakai lilitan BubarDun membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.

Antaranya YB.Nga Kor Ming, Dato'Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.


sumber dari cinaislam.

MB Rakyat angkat sumpah

Dato Seri Mohammad Nizar jamaluddin akan mengangkat sumpah
sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang,Perak apabila masyuarat Parlimen
akan bermula 9.00 pagi(15 jun 09).
Semoga Dato Seri dapat mengukuhkan lagi kerusi MP Pakatan Rakyat
di Parlimen serta menjalankan tanggungjawab kepada rakyat
yang membawa gelombang 'Suara Rakyat'
di sidang Parlimen.

TAHNIAH