Wednesday, 24 June 2009

BOROI YANG BAHAGIA??

SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?

ISTERI BAHAGIA,

Hulu Langat.

JAWAPAN

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk
dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini.. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi,
botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air zat isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks
dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

tbo online

SISTEM EKONOMI KAPITALIS vs SISTEM EKONOMI SOSIALIS

SISTEM EKONOMI KAPITALIS

Inilah sifat asli kapitalis. Inilah sifat kaum pemodal kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalisma tujuan utama ialah untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tujuan asasnya mencari untung. Ini hakikat. Tidak perlu berdolak dalik.

Kaum kapitalis akan melakukan apa sahaja asalkan dapat untung.

Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di jual akan di jual. Asalkan ada untung.

Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di beli akan dibeli. Asalkan ada untung.

Dalam sistem kapitalis – agama, ibu, ayah, anak – semua boleh di jual – jika mendapat untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tidak mengira agama, bangsa atau wilayah.

Sistem kapitalis bersifat uninversal – melintasi benua, daerah dan wilayah.


SISTEM EKONOMI SOSIALIS

Sistem ekonomi sosialis ini berbeza dari sistem kapitalis.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan bukan untung tetapi perkhidmatan.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan ialah kebaikan ramai bukan keuntungan pribadi.

Dalam sisstem ekonomi sosialis pembangunan dilakukan bukan kerana ianya boleh mendapat untung – pembangunan dilakukan kerana ianya membawa manafaat untuk orang ramai.

Dalam sistem sosialis hospital percuma – kerana ianya baik untuk menjaga kesihatan semua warga. Hospital bukan untuk membuat untung tetapi memberi khidmat. Khidmat terbaik diberi bukan kerana si sakit kaya tetapi pesakit memerlukan khidmat itu.

Dalam sistem sosialis pembelajaran –sekolah/universiti – diberi percuma kerana ianya akan melahirkan warga yang berilmu. Ini perlaburan yang dananya dikeluarkan dari kantong negara. Pembelajaran bukan perniagaan. Pembelajaran ialah untuk mendidik warga berilmu. Warga yang berilmu akan berbudi dan berbahasa. Warga yang berilmu tidak membawa porak peranda.

Dalam sistem sosialis perumahan didirikan untuk semua. Membuat rumah kediaman bukan untuk mencari laba tetapi untuk memberi keselesaan kepada penduduk. Kenapa yang kaya perlu 4 bilik dan yang miskin duduk berhimpit-himpit?

Kalau dalam sistem ekonomi sosialis syarikat kapal terbang adalah milik negara. Harga tiket ke umrah atau ke mana sahaja akan dijual semurah mungkin. Bukan bermakna penjualanan tiket kapalterbang akan merugikan tetapi niatnya BUKAN untuk keuntungan maksima.

Untung yang didapati bukan akan masuk ke dalam poket individu pemegang saham. Dalam ekonomi sosialis pemegang saham ialah semua warga. Bottom Line sosialis bukan ringgit dan sen. Bottom Line sosialis ialah khidmat untuk orang ramai.

Nota:

Mereka yang menentang sistem sosialis kerana mereka tahu dalam sistem ini mereka tidak dapat melabor modal untuk memeras dan menindas kaum buruh.

Negara sosialis selalu di serang kerana kaum kapitalis tidak dapat membuat untung dan merompak harta kekayaan.

Negara sosialis diserang kerana punca-punca ekonomi negara - minyak, bijeh, sawit,emas, besi dan segala hasil bumi - tidak boleh dimiliki oleh Exxon, General Motors, IBM, Chevron, ITT, Douglas McDonald, City Bank atau HSBC.

Memang betul dan saheh di Cuba tidak ada MacDogal. Betul di Cuba tidak ada KFC. Betul di Cuba tidak ada Coca Cola.

Tetapi di Cuba – ada sistem perubatan awam yang terbaik dalam dunia. Ianya diberi percuma untuk semua warga.

Di Cuba ada sistem pembelajaran yang terbaik di dunia. Sekolah perubatan Cuba memberi kuliah percuma untuk pelajar dari negara-negara dunia ketiga termasuk dari Amerika.

Di Cuba ada sekolah sukan yang tebaik. Negara kecil yang penduduknya berjumlah 11,451,652 ini saban kali di sukan Olimpik akan mengondol berpuluh pingat emas – lebih dari India yang rakyat 1 bilion atau Saudi Arabia yang dikatakan kaya raya.

Fakta :

Paling menyedihkan ada gulungan yang menentang sistem sosialis ini bukan dari kaum kapitalis yang kaya raya tetapi dari mereka yang miskin papa kedana. Mereka ini di beri ajaran dan ditakut takutkan bahawa kaum sosialis ini tidak bertuhan.

Ini adalah hasil dari sistem pembelajaran kapitalis yang telah membuatkan orang-orang ini bebal – tidak dapat berfikir. Dalam sistem kapitalis amat-amat diperlukaan orang-orang bebal lagi bodoh agar mereka boleh terus menjadi buruh dan hamba tanpa memiliki ketinggian fikrah dan keupayaan intelek.

Sistem kapitalis ingin melahirkan kaum buruh yang setia, tidak berfikir dan tidak dibenarkan berpersatuan. Dalam sistem sosialis kesatuan buruh adalah rukun pertama.

Dalam sistem sosialis pembelajaran percuma tidak memungkinkan lahirnya orang –orang bebal. Kebebalan adalah musuh utama sosialisma.Kebebalan dan kebodohan akan dilawan hingga ke akar umbi.

Dalam sistem sosialis tidak akan timbul isu PPSMI - kerana dari segi keilmuan telah diketahui bahawa untuk mengajar satu- satu bahasa BUKAN melalui maths dan sains tetapi melalui sastera.

Hanya dalam sistem kapitalis wujudnya manusia bebal yang mencadangkan cara mempelajari satu-satu bahasa adalah melalui maths dan sains.

Hidup jangan jadi bebal. Fikirkan siapa yang tidak percaya kepada Yang Maha Esa - kaum sosialis atau Kapitalis Yang Menjual Gambar Kaabah?.

tukartiub

Anwar....

Tanggal 1.7.2009 akan bermula suatu lagi sandiwara ciptaan UMNO/BN terhadap Sdr. Anwar Ibrahim. Perbicaraan kes pendakwaan tuduhan liwat buat kesekian kalinya dihadapkan kepada Anwar. Kali ini yang mungkin berbeda adalah pengadunya, kalau dulu Azizan Abu Bakar, kali ini Saiful Bukhari Azlan.

Manakala para dalangnya, mereka-mereka yang dulu juga; para Dewa Kekuasaan di atas sana akan berterusan mengaburi mata rakyat bahawa kebenaran adalah seperti yang mereka inginkan.

Saya yakin sebagaimana keyakinan yang terpahat sejak sedekad yang lalu, bahawa pertuduhan ini tidak lebih sekadar rekayasa para Dewa Kekuasaan yang takut, bimbang dan bacul akan kebobrokan yang telah mereka cipta selama ini akan terungkai dek kerana seorang Anwar. Dan saya tetap yakin bahawa seperti sedekad yang lalu, rakyat tidak akan terperdaya dan dibuai oleh muslihat Najib, Musa Hasan, Gani Patail dan para cukong mereka.

Bukankah bukti jelas terbentang dihadapan mata? Seperti kes terdahulu bagaimana keterangan dimanipulasi sebegitu rupa-dari laporan pakar perubatan sehinggalah bagaimana Azizan Abu Bakar mengaku yang dia tidak pernah di ‘anu’kan tatkala di soal oleh Allahyarhan Christopher Fernando (keterangan ini dengan perintah Hakim dibuang dari rekod) dan 1001 lowongan lainnya, maka yang ada pada hari ini juga sedemikian rupa.

Laporan perubatan dari PUSRAWI mahupun laporan pakar perubatan HKL yang dirujuk oleh polis dengan jelas, nyata, prima facie dan beyond reasonable doubt jelas menunjukkan tidak ada sebarang kesan kerosakan, koyakan, kehancuran pada batang tubuh si pengadu,Saiful! Pun begitu, jika Sdr. Anwar sekadar warga biasa, saya percaya tidak akan ada pertuduhan dilemparkan kepada beliau.

Malangnya Anwar adalah Anwar. Pemimpin bangsa dan Sang Pemula yang punya keterampilan, bobot dan pencinta rakyat. Maka kerana Anwar adalah Anwar yang bisa menggugat kekuasaan para Dewa dan para cukong maka seorang Anwar ini perlu ditangani dengan segala fitnah, konspirasi dan pertuduhan yang direkacipta.

Kerana Anwar adalah Anwar yang rakyat dekat dihatinya dan rakyat juga disisinya bukan kerana watak yang dihidupkan oleh media songsang atau didukung oleh alat kekuasaan negara tetapi tautan kerana rakyat inginkan keadilan, inginkan harakat dan maruah sebagai warga merdeka, inginkan demokrasi subur dan negara tanpa penindasan, rasuah dan salahguna kuasa maka para Dewa yang berjiwa kerdil melihat manusia Anwar Ibrahim ini suatu ancaman terhadap kekuasaan yang dibina di atas kebejatan dan di atas tangis ratap rakyat.

Kerana Anwar adalah Anwar yang peduli rakyat, yang berjuang untuk rakyat dan bergelut untuk membebaskan warga dari rantai yang membelit sekian lama, maka Anwar perlu disisihkan, perlu diketepikan, perlu dimatikan karier politiknya (political assination) dan perlu diamankan biar kembali mendekam dalam penjara.

Dan inilah citra politik haprak, kotor, jijik, penuh dendam kesumat dan di luar dari norma etika mahupun tuntutan agama. Akan apakah yang mahu dihidangkan kepada generasi jika layaknya tingkah sebegini yang ingin diwarisi kepada mereka? Apakah yang ingin diteladani kepada para pewaris kepimpinan bangsa bahawa demi kekuasaan dan takhta maka apa sahaja kaedah cara walaupun dengan fitnah dan diluar dari garis agama boleh sahaja dihalalkan?

Apa yang berlaku kepada Anwar adalah manifestasi betapa buruknya wajah-wajah pelaku dan Dewa politik pimpinan UMNO/BN. Rakyat berhak bertanya, sebagaimana rakyat bertanya 10 tahun yang lalu, jika sebegini layanan terhadap Anwar Ibrahim, pemimpin bangsa, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, bagaimanakah pula nasib rakyat kecil seperti kami?

Pun begitu jika mereka beranggapan fitnah jahat dan konspirasi terhadap Anwar kali ini akan melunturkan semangat rakyat menuntut perubahan, jelas mereka mengulangi kesilapan yang sama seperti 10 tahun lalu. Rakyat sudah matang dan bijak, bukan lagi boleh dibuai dengan retorika pemimpin atau menelan bulat-bulat sabda para Dewa; dan rakyat tentunya tidak akan sekadar berpeluktubuh melihat fitnah, konspirasi dan kebejatan bermaharajalela kerana keadilan bukan sekadar mimpi indah di hujung pelangi tetapi hak yang ditentukan oleh Ilahi.

Maka, kepada para Dewa dan sang penguasa, dengarkanlah, RAJAWALI itu tidak akan dibiar terbang bersendirian dan luka RAJAWALI adalah kedukaan rakyat. Tidak ada tembok benteng yang dapat menghalang arus apabila rakyat benar-benar murka.

-catatan pinggir, DenPasar, 22 Juni 2009

sumber kbo online

RAJAWALI

sebuah sangkar besi
tidak bisa mengubah rajawali
menjadi seekor burung nuri

rajawali adalah pacar langit
dan di dalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti

langit tanpa rajawali adalah keluasan
dan kebebasan tanpa sukma
tujuh langit, tujuh rajawali
tujuh cakrawala, tujuh pengembara

rajawali terbang tinggi memasuki sepi
memandang dunia
rajawali di sangkar besi
duduk bertapa
mengolah hidupnya

hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat fatamorgana

rajawali terbang tinggi membelah langit dengan setia
dan ia akan mematuk kedua matamu
wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka

-Puisi nukilan WS Rendra dedikasi untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim

PAS tidak pernah langgar janji, tinggalkan kawan - Idris Ahmad

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - PAS yakin dengan terlerainya isu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno yang telah disepakati oleh tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat, isu ini tidak akan diperkatakan lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad merakamkan kesyukuran kerana keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 22 Jun lalu yang menolak pembentukan kerajaan perpaduan kerana mengambil kira suara rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat.

Jelasnya tindakan tersebut juga bersesuaian ke arah untuk menjadikan kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sebagai kerajaan menunggu dalam Pilihan Raya Umum yang ke 13.

Beliau juga menegaskan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu juga merupakan salah satu usaha 'mematikan' pihak media yang dilihat melaga-lagakan antara pimpinan PAS.

"Kita juga telah melihat bagaimana kehebatan di kalangan pimpinan PAS yang telah berjaya merungkaikan kemelut yang timbul dalam masa yang singkat.

Penyelesaian yang ditangani dengan roh ukhwah Islamiah yang tidak ada pada Umno.

"Ini merupakan kehebatan yang ada pada pimpinan PAS dalam menangani krisis yang mana pimpinan Umno perlu mempelajari apa yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS dalam menghadapi isu yang begitu besar,"katanya, sewaktu dihubungi Harakah.

Beliau percaya isu tersebut menjadi hangat kerana media telah mencorakkan pemikiran dan suasana politik.

Justeru beliau menaruh keyakinan isu tersebut tidak akan ditimbulkan oleh media kerana pendirian tegas Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu telah memberikan satu jawapan 'TKO' kepada pimpinan Barisan Nasional dan Umno.

Idris turut menegaskan Barisan Nasional dan Umno bukanlah parti yang jujur dalam persahabatan.

"PAS yang terkenal sebagai parti yang tidak pernah melanggar perjanjian sewaktu berkawan dengan mana-mana parti yang mengikat perjanjian bersama.

Contohnya pada 1986, PAS telah membuat satu ikatan dengan parti-parti komponen kecil pembangkang seperti Nasma, PRSM, SDP. Jadi, bukan PAS yang ingkari perjanjian dengan mereka.

"Begitu juga pada 1989 sewaktu menubuhkan Barisan Alternatif. Bukan PAS juga yang telah meninggalkan kawan. Begitu juga pada 2004, kita tetap juga dengan semangat setiakawan sehingga hari ini,"tegasnya.

Justeru beliau berpandangan, semangat setiakawan yang ada pada PAS menyebabkan musuh-musuh PAS dan Pakatan Rakyat gagal meleraikan perpaduan yang dibina.


Nyza Ayob

harakahdaily

PRK Perak selepas Manik Urai??

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pilihan Raya Kecil Negeri Perak dijangka akan berlaku selepas pilihan raya kecil Dun Manik Urai, demikian kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak.

Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai nilmu pilihan raya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Harakah di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Beliau merupakan Pengarah JPP yang baharu sahaja dilantik selepas pemilihan jawatankuasa PAS Pusat pada Muktamar ke-55 yang lalu.

Menyentuh isu persiapan, ujarnya JPP akan meneliti dari segi 'finding' yang perlu dilakukan lebih awal agar ia tidak sekadar menjadi 'ad hoc' semata-mata.

Di Perak katanya pada pilihan raya umum yang lalu, PAS telah bertanding 21 kerusi dan hanya menang enam.

Namun ujar Ustaz Halim, ada beberapa kerusi lagi PAS kalah bawah 1500 undi, justeru kerusi-kerusi ini akan difokuskan.

"Kita kalah tipis dalam 10 kerusi. Jika boleh menang 6 lagi, boleh jadi 16 kerusi, di bawah 1500.

"Dalam PRK Bukit Gantang apa yang kami lihat ialah jentera di peringkat kawasan di sana tak begitu bermaya, kerja pilihan raya tidak berjalan dengan baik jika tiada bantuan negeri dan kawasan susahlah, kita kena melihat itu," katanya.

Begitupun jika diadakan pilihan raya kecil di Perak, Ustaz Halim yakin PAS akan menang lebih kerusi berbanding sekarang.

Tetapi katanya gerak kerja perlu dicantumkan dengan politik dan strategi dengan mengemuka calon bukan Islam dan taktikal strategi dengan soal wang semua perlu disiapkan.

"Selepas Manik Urai kita akan turun di Perak," ujarnya ringkas.


Wan Nordin Wan Yaacob

harakahdaily

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun ini

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.
Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.
Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.
"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.

Irwan Muhammad Zain

harakahdaily