Monday 2 November 2009

JAIS Tidak Profesional! Jais Nak Sabotaj Hasan Ali?

Oleh:ketua pemuda pas pusat

1. Ketenangan dan kedamaian malam benar - benar terganggu apabila saya yang baru sahaja merebah badan untuk isterehat setelah 4 hari travel dihujani panggilan telefon berkait tangkapan JAIS ke atas Dr Mohd Asri Zainal Abidin bekas Mufti Perlis.2. Saya ke Terengganu untuk merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu [ HIMPIT 2009 ] , ke Kelantan untuk menghadhiri perasmian penutup Sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia


dan kemudiannya ke Sabak Bernam untuk meraikan perasmian penutup Jambori AMAL Kebangsaan bagi kali ke 17 .

3. Saya difahamkan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin [ Dr Maza ] ditangkap kerana menyampaikan kuliah tanpa memiliki tauliah .

4. Alasan yang sama membuatkan saya juga hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu .

5. Saya sangat kesal dengan tindakan JAIS yang menggunakan kuasa sewenang - wenangnya untuk menangkap penceramah agama dan alim ulama' semata - mata kerana mereka tidak memiliki tauliah sewaktu menyampaikan kuliah agama di negeri Selangor , sedang JAIS boleh menumpukan operasi membenteras aktiviti maksiat dan mungkar yang masih berleluasa di negeri Selangor .

6. Tambah malang apabila mereka turut mensasarkan penceramah agama yang sememangnya memiliki ijazah dalam bidang agama , pula diiktiraf kesarjanaan mereka oleh universiti yang menganugerahkan sijil pengiktirafan ilmu seperti BA , MA dan Phd .

7. Pihak JAIS boleh memanggil para penceramah agama ini untuk sessi temuduga bagi menganugerahkan tauliah jika itu merupakan satu prosuder yang mesti diambil , bukannya dengan menggunakan kuasa menghalang dan menangkap sedang penceramah - penceramah ini berbakti kepada agama dan masyarakat untuk membasmi kejahilan .

8. Terbaru Dr Mohd Asri menjadi mangsa tangkapan JAIS atas alasan beliau tidak memiliki tauliah . Dr. Mohd Asri adalah merupakan bekas Mufti dan kini beliau mengendalikan sebuah rancangan agama di Astro . Selain university , masyarakat juga mengiktiraf ilmu yang dimiliki oleh beliau . Tindakan JAIS merupaka satu lagi episod malang bagi perkembangan agama di negara ini .

9. Sebelum ini beliau selalu dikaitkan dengan wahabi biarpun beribu kali beliau menafikan bahawa beliau bukan penganut faham wahabi . Saya faham terkadang kenyataan dan pendekatan Dr. Mohd Asri sering mencetus kontraversi dalam negara kita . Tetapi saya lihat kontraversi itu masih dalam lingkaran perbahasan agama yang boleh ditangani secara ilmiah . Malah saya sendiri mempunyai banyak perbezaan pendekatan dengan beliau dalam isu - isu tertentu sebelum ini , namun itu tidak bermakna peranan beliau dalam memberi ilmu kepada masyarakat tidak disokong .

10. Jika terdapat ajaran salah atau sesat yang dibawa oleh Dr Mohd Asri , pihak JAIS wajar bertindak . Tetapi jika hanya kerana tidak memiliki tauliah atau sekadar tuduhan beliau menyebarkan fahaman wahabi sedang beliau bukanlah seorang wahabi bahkan pernah menafikannya berulang kali , maka saya kira JAIS telah bertindak keterlaluan dalam perkara ini .

11. Penyampaian kuliah di masjid surau sering dikekang oleh penguatkuasa yang memantau tauliah bukannya kesahihan ilmu yang disampaikan . Sementara maksiat dan mungkar berleluasa di sekitar masjid dan surau tanpa pemantauan berkesan dari pihak berkuasa agama .

12. Kini Selangor berada dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat . Secara umumnya , keadaan di Selangor banyak berubah terutama kebebasan para penceramah agama untuk menyampaikan kuliah dan tazkirah bagi membasmi kejahilan ummah berbanding di zaman pemerintahan UMNO dulu . Saya sendiri pernah dihubungi oleh pegawai JAIS untuk interview berhubung penganugerahan tauliah bagi memudahkan saya menyampaikan kuliah dan tazkirah .

13. Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor , rasanya inilah kes pertama tangkapan kerana isu tauliah yang mendapat liputan media . Saya tidak dapat menyembunyikan tanggapan betapa ada kebarangkalian tindakan sabotaj dari JAIS terhadap kerajaan negeri amnya dan Exco Agama khasnya .

KIAMAT 2012??

sudah banyak filem dari hollywood yg cuba menggambarkan kehancuran bumi..filem yg akan mula ditayangkan pada 12 november ini juga menggambarkan tema yang sama..apa yang hebat tentang filem ini ialah kesan2 khas yang menakjubkan..