Friday, 17 July 2009

SAGA BLM MODIFIED!

Hebat juga bila saga blm di modified tambah bodikit.dah tak nmpak mcm saga blm jer.kreatif!





Perodua vs Proton.

Dulu selalu org duk kutuk proton terutama bab kualiti keretanya..kalau ikutkan mana2 kereta pun ada masalh hatta kereta jenama2 import sekalipun..tapi ya laaa sape nak komen benda2 import dan mahal ni..nanti jatuh laa standard..ada juga yg buat perbandingan antara proton dan perodua..seperti biasa la jenama proton gak yg kena kutuk..untuk maklumat yang aku dapt dari forum2,kereta perodua adalah 100% produk dari daihatsu.daihatsu plak adalah salah satu cabang dari toyota.dan perodua cuma adjust sikit mana yg patut termasuk logo dan harga..Tapi perodua ni kira pandaila amik technology orang n x amik risiko kena kutuk sangat. Proton kire sangat berani reka kereta sendiri dan kita adalah pengguna terdahulu Proton untuk menjadikan proton lebih berkualiti sebelum diimport keluar.
Kalau kereta Proton yang dulu memang ada problem banyak. Tapi dengan adanya pengarah urusan baru, pengurus bahagian kualiti yang baru datang dari syarikat kereta German BMW, Proton dah banyak improve.
Apapun terpulang pada citarasa masing2..baik perodua atau proton masing2 adalh produk malaysia yg ada pro n kontra dan yang patut juga dibanggakan tak kira lah dari mana parti yg kita sokong hihihiiiiih...

SAGA BLM SE VS SAGA BLM MODIFIED!





SPRM Menyerbu Bangunan SUK Selangor, Khir Toyo Bila Lagi ?

Artikel Oleh: addin_77

SPRM meluaskan siasatannya di Selangor meliputi penyelewengan peruntukan kepada DUN. Pejabat Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diserbu oleh pegawai-pegawai SPRM berhubung siasatan ini, merampas komputer riba milik Setiausaha Politik beliau dan komputer milik kerajaan negeri.

Setiausaha politik terbabit, Teoh Beng Hock, kemudiannya diiring anggota SPRM ke pejabat SPRM Selangor di Shah Alam. 7 wakil rakyat Pakatan Rakyat disiasat SPRM berhubung penyalahgunaan dana ini. Selain dari Ean Yong dan Lau Weng San, turut disiasat adalah Teresa Kok, Elizabeth Wong, Dr Cheah Wing Yin, Edward Lee dan Hannah Yeoh. Teresa Kok disoal siasat kerana menyumbang sistem audio kepada sebuah surau di DUN Kinrara, manakala Lau Weng San disiasat berhubung program-program kemasyarakatan di DUN Kampung Tunku.

Dalam tempoh antara Januari hingga Februari 2008, 54 adun-adun BN dilaporkan telah menghabiskan separuh juta peruntukan kerajaan negeri Selangor dibawah Menteri Besar Khir Toyo. Satu laporan telah dibuat Pakatan Rakyat, namun sehingga ke hari ini tiada tindakan diambil.
Ternyata SPRM telah mengamalkan "double standard" dalam kerja-kerja penyiasatan mereka dan kes terbaru istana mewah Khir Toyo yang dianggarkan RM 24 juta juga tiada penyiasatan dibuat setakat ini. Bagaimana seorang Menteri Besar boleh memiliki rumah semewah ini. Sumber kewangan Khir Toyo amat meragukan kerana mampu memiliki banglo mewah berjuta-juta ringgit, walhal gaji serta elaun yang diterima selama 8 tahun menjadi menteri besar hanya 4.7 juta ringgit sahaja.
Sepatutnya SPRM menyiasat kes Khir Toyo terlebih dahulu, bukannya menyerbu Bangunan SUK Selangor untuk sekadar menyiasat kes memberi sumbangan sistem audio dan kegunaan wang kerajaan negeri untuk program-program kemasyarakatan. Tindakan SPRM ini seolah-olah di arah oleh 'tangan-tangan ghaib' bagi melindungi dan mengalih pandangan masyarakat daripada kes Khir Toyo.


http://addin77.blogspot.com

Saiful anggap mahkamah macam main bola?

Artikel Oleh: WFAUZDIN NS

SAIFUL BUKHARI pemuda yang gagah dan sihat yang dikatakan menjadi mangsa liwat seorang tokoh pemimpin politik yang tua, di dalam blognya melahirkan rasa terkilan kerana mahkamah telah mengarahkan pihak pendakwa untuk menyerahkan beberapa dokumen dan bahan bukti seperti yang dipohon oleh pihak pembela DS Anwar. Kita banyak merasa pelik dengan sikap pemuda yang bersumpah mengaku dirinya telah diliwat ini. Rasa terkilan beliau itu pun salah satu yang memelikkan kita juga.


Peliknya dulu semua kita tahu, pemuda yang gagal dalam pembelajaran ini telah memohon biasiswa secara terus ke Pejabat TPM waktu itu Najib. Samada beliau dapat atau tidak biasiswa itu kita tidak pasti, dan jika dapat mungkin sekarang ini Saiful sedang belajar di mana-mana Pusat Pengajian Tinggi. Pelik lagi, apabila beliau mendakwa telah diliwat `secara paksa' oleh seorang tua yang sakit pinggang, beliau secara terus juga ke rumah TPM yang juga waktu itu Najib. Pelik juga, setelah beberapa lama beliau menjaja berita bahawa beliau diliwat, tiba-tiba menjelang Pilihanraya Permatang Pauh `tergerak hati' pemuda ini untuk melakukan `sumpah laknat' yang tidak sah disisi Islam itu di dalam sebuah masjid. Upacara sumpah tersebut dijalankan dengan penuh `istiadat' umpama Pengantin mahu berakad nikah. Sebagai seorang yang kononnya menjadi mangsa liwat, Saiful sentiasa tersenyum dan ceria apabila mengadakan sidang akhbar selepas upacara sumpah tersebut. Pelik juga, sama seperti gadis yang mengadu dirogol tetapi tersenyum riang gembira apabila ditemu bual. Memang hebat Saiful ini menahan `derita'nya akibat diliwat.

Tentang laporan perubatan jangan ceritalah. Lagi banyak yang pelik. Tapi, mungkin juga kejadian liwat berlaku secara `slow and steady'. Itu mungkin, kalau tidak masakan tiada kesan. Kita yang sembelit susah hendak buang air besar pun kadang-kadang ada kesan juga. Pelik, memang hebat `ketahanan fizikal' pemuda ini. Juga pelik, Hospital Pusrawi ada mengeluarkan laporan pemeriksaan ke atas Saiful yang menyebut tiada kesan diliwat. Mengapa Saiful tidak menyaman Hospital tersebut yang memalukan beliau? Sedangkan memang beliau percaya bahawa beliau telah diliwat. Kemudian Tiga Doktor Pakar dari HKL juga mengeluarkan laporan bahawa tiada kesan diliwat pada dubur pemuda ini. Tidak juga disaman. Pelik. Sedangkan beliau masih percaya bahawasanya beliau telah diliwat. Liwat adalah perbuatan di luar Tabiie, mungkin ianya berlaku di hidung atau telinga. Tidak mustahil, sebab itu tiada kesan liwat di dubur pemuda tersebut.

Pelik terbaru, Pemuda ini terkilan kerana Peguam DS Anwar minta bahan bukti dan dokumen yang ada pada pihak pendakwa sebagai persediaan membela diri DS Anwar. Beliau menyatakan seolah-olah seperti pertandingan Bola Sepak di mana pihak lawan sudah tahu taktik pihaknya. Adilkah begitu, soal pemuda ini. Saiful boleh menyamakan sistem perundangan dan kehakiman sama seperti perlawanan Bola Sepak. Pelik juga tu. Kita peringatkan Saiful yang mungkin tidak pernah bermain bola ini. Dalam perlawanan Bola Sepak atau apa sahaja pertandingan, yang disebut strategi atau taktik itu adalah benda yang tidak nampak oleh mata kasar. Apakah dokumen atau bahan bukti itu adalah strategi juga seperti yang Saiful mahu samakan dengan pertandingan bola sepak? Bukankah dokumen dan bahan bukti seperti CCTV dan DNA itu bahan yang boleh dilihat? Itu bukan strategi, itu adalah keperluan dan bahan yang diperlukan sebagai aset perbicaraan.

Strategi adalah hujah pihak pendakwa dan pembela nanti di mahkamah yang akan menggunakan semua aset dan bahan bukti tersebut. Adakah peguam DS Anwar minta pihak pendakwa nyatakan apakah hujah yang hendak dikemukakan di mahkamah nanti? Tiada bukan? Jadi, apa masalahnya Saiful bimbang strategi beliau diketahui? Lainlah seperti kisah dahulu kala, seorang tokoh `Melayu Mudah Lupa' yang dipanggil untuk menjadi saksi kes liwat juga, tetapi enggan hadir ke mahkamah melainkan diberitahu terlebih dahulu apakah soalan-soalan yang mahu ditanya kepada beliau. Itu barulah betul dikatakan beliau mahu tahu strategi pihak pembela yang ingin menyoalnya.

Saiful juga berharap agar DS Anwar bersyukur kerana banyak kelebihan berpihak kepadanya. Pelik lagi. Sudah terbalik pula. Sepatutnya Saiful lah orang yang paling bersyukur kerana kesnya masih dilayan walaupun tiga doktor pakar mengesahkan tiada kesan liwat ke atasnya. Beliau juga patut bersyukur awal-awal lagi kerana boleh terus berjumpa TPM semata-mata untuk mohon biasiswa dan boleh terus ke rumah TPM lagi tanpa bersusah payah macam orang lain. Patutnya bersyukur juga sebab upacara `Sumpah Laknat' yang sememangnya dilaknat itu disiarkan oleh semua saluran kaca TV dan media utama negara ini tidak kalah dengan `grand'nya seperti perkahwinan Siti Nurgaliza dan Dato' K dulu, Patutnya bersyukur sangat-sangat.

Tentang DS Anwar, beliau sememangnya sudah bersyukur ke hadat Illahi kerana walau apa pun yang dilakukan terhadap beliau dalam kes liwat ini sejak dahulu hingga sekarang, rakyat masih menerima beliau. DS Anwar masih diangkat oleh rakyat jelata dan beliau tidak perlu berkurung diri atau malu dan bersuara di dalam blog sahaja. Orang yang benar tidak akan malu, cuma orang yang bersalah akan malu sepanjang hayat dan keturunannya.

wfauzdin.blogspot.com

Himpunan siasat kematian Teo, empat ditangkap

SHAH ALAM, 17 Julai (Hrkh) - Empat pimpinan Pakatan Rakyat termasuk dua pembantu ahli parlimen antara yang ditangkap dalam satu perhimpunan di Plaza Masalam pada pagi tadi apabila menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ekoran kematian Setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah iaitu Teo Beng Hock, 30.
Sementara itu, pada jam 12 tengahari tadi orang ramai mula berarak ke Dataran Shah Alam untuk melahirkan bantahan terhadap kejadian yang berlaku.

Dalam pada itu, sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat sedang berkumpul di balai polis Shah Alam untuk mengetahui perkembangan lanjut terhadap tangkapan yang dilakukan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam; pembantu khas Xavier dan pembantu ahli parlimen PJ Selatan, Hee Loy Sian ditangkap ketika memberi taklimat ringkas kepada orang ramai.

Jurugambar dan wartawan dihalau

Menurut Wartawan Kanan Harakah, Saidah Hairan yang berada di lokasi memaklumkan bahawa kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan plaza berkenaan dan dijangka akan berarak ke Dataran Shah Alam.

Sementara itu, pada jam 10.20 pagi tadi dua trak FRU termasuk 'water cannon' tiba dan pihak polis telah mengarahkan orang ramai untuk bersurai.

Ketua Polis Negeri Selangor turut mengarahkan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat bersurai dari tempat kejadian antaranya, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkifli Ahmad; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Orang ramai turut dihalau termasuklah jurugambar dan wartawan yang bertugas.

Dalam insiden semalam, Teo dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM di mana dia disoal siasat berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN.


Salmiyah Harun

Pakar patalogi dilantik, siasat kematian Teo - MB Selangor

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor amat terkejut dengan kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Teoh Beng Hock yang didapati mati di Bangunan Plaza Masallam dan dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) petang semalam.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

"Kematian Teoh merupakan akibat langsung daripada siri siasatan SPRM yang dijalankan secara selektif ke atas pegawai kerajaan, wakil rakyat dan agensi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor baru-baru ini.

"Ini bukan kali pertama pegawai kerajaan dipaksa untuk melalui siasatan yang berlanjutan oleh SPRM, namun kali ini, SPRM jelas telah melampaui batasan sehingga berlakunya kematian saksi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Khalid telah mengadakan satu Sidang Media Tergempar jam 8.30 malam di Bangunan Annexe, Shah Alam berhubung kejadian terbabit.

Katanya beliau turut menghubungi Ketua Polis Selangor dan bersetuju untuk membenarkan pakar patologi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk membantu siasatan polis.

Kerajaan Negeri juga bersedia untuk memberikan bantuan kepada keluarga mendiang Teoh untuk menguruskan pengendalian jenazah mendiang termasuk sokongan kewangan bagi meringankan kesedihan di pihak keluarga, katanya


Azamin Amin

Abdullah minta kerajaan mansuhkan ISA

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Menurut agensi berita, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.

Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini.