Kiriman Faiza318
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.
Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?
Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.
Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....
.........
Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu..
Friday, 14 August 2009
RAHSIA JARI.
Oleh : Madinah
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabk an segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang.
tkodaily

NIZAR VS ZAMBRY....lilin!
Sumber : Dari Anjung Al-Atrak
Ramai yang tertanya-tanya dan keliru dengan isu yang digembar-gemburkan oleh UMNO dan Barisan Nasional baru-baru ini bilamana YB Ir Nizar membawa lilin dan menghadiri majlis memperingati kematian Teo Beng Hock. Saya diminta oleh beberapa sahabat yang prihatin dengan permasalahan ini untuk membahaskannya berdasarkan hukum Syara’ dan pandangan para ulama berkenaan dengan perkara ini.
Terus terang kita katakan , disebabkan sikap partisan maka perkara ini dibesar-besarkan.Jika melibatkan mereka, maka perkara ini tidak akan dibesarkan malah dianggap remeh.Perbuatan YAB Menteri Besar Perak sekarang secara tidak langsung menunjukkan bahawa jauh di sudut hati beliau mengiktiraf bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) benar-benar menyintai Islam.Ini kerana beliau seolah-olah tidak mahu langsung pemimpin-pemimpin PAS melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam. Tahniah YAB Menteri Besar Perak sekarang. Persoalan saya ,kalau sudah tahu mana yang benar-benar inginkan Islam, apa tunggu lagi?
Masuk saja ke dalam PAS.Persoalan membawa lilin dan menghadiri majlis memperingati kematian Teo Beng Hock tidaklah terlalu besar berbanding membawa dan menyokong perundangan bukan Islam.Tepuk dada , Tanya Iman. Saya telah merujuk di dalam kitab-kitab Para ulama yang mu’tabar di dalam permasalahan ini.Perkara ini hakikatnya telah dibahaskan oleh para ulama sejak dahulu lagi.
Al-Imam Nawawi rahimahullah telah menyebutkan di dalam kitabnya Majmu’ Syarah Muhazzab Jilid ke 5 mukasurat 86-89 berkenaan permasalahan menghadiri majlis kematian orang bukan Islam.
Para ulama Syafi’eyah menyebutkan bahawa dibenarkan kepada golongan Muslimin untuk memandikan , mengkafankan dan mengikuti jenazah golongan bukan Islam ke tempat pengkebumiannya.
Ini bermakna tiadalah masalah untuk kita menghadiri majlis pengkebumian dan memperingati seorang kafir yang mati.
Al-Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan bahawa di dalam mazhab Syafie diharuskan untuk orang Muslim memandikan , menanam dan mengikuti jenazah orang bukan Islam.
Ini bermaksud, jika dibenarkan untuk kita mengikuti jenazah orang bukan Islam sehingga ke kawasan perkuburan mereka maka tiadalah masalah untuk kita menghadiri majlis memperingati kematian mereka.
MELAWAT PERKUBURAN BUKAN ISLAM
Al-Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan lagi bahawa melawat perkuburan bukan Islam adalah harus.Tiada masalah padanya.
Beliau mengatakan bahawa pendapat daripada al-Imam Mawardi rahimahullah yang mengatakan bahawa ianya tidak dibenarkan kepada golongan Muslimin adalah salah.Pendapat yang benar di sisi para ulama bermazhab Syafie adalah dibenarkan untuk Muslimin melawat perkuburan bukan Islam.
Ini berdasarkan umum lafaz hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rahimahullah:
فزوروا القبور فإنها تذكر الموت
Maksudnya : Pergilah berziarah ke kubur, sesungguhnya dengan menziarahi kubur akan mengingatkan kamu kepada mati.
Hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam tidak pula menyebutkan perkuburan siapa yang patut dilawati.Jika dilihat pada sejarah dan sirah Baginda sallallahu alaihi wasallam, para sahabat ketika masuk Islam ada di antara ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia.Di antara ibu bapa para sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam yang meninggal tentu ada yang meninggal dunia ketika masih di dalam keadaan belum memeluk Islam.Ada yang meninggal setelah Baginda sallallahu alaihi wasallam menjadi Rasul dan mereka tetap di dalam agama masing-masing.Maka hadis tersebut disebutkan secara umum.
Maka menurut para ulama Usul:
العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب
Maksudnya: Sesuatu perkara tersebut diambil berdasarkan umum lafaz yang disebutkan bukannya dengan khusus mengapa lafaz tersebut diucapkan.
MEMBAWA API DAN LILIN KETIKA KEMATIAN
Al-Imam Nawawi rahimahullah juga menyebutkan permasalahan membawa api ketika majlis kematian di dalam kitabnya Majmu’.Kata al-Imam Ibn Sabbagh rahimahullah dan para ulama Syafie yang lain: Api yang dimaksudkan oleh al-Imam Syafie di dalam kitabnya ialah kemenyan .Maka hukumnya makruh.
Jika kita melihat pula di dalam hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada riwayat Saidina Amru bin al-As radhiyallahu anhu:
إذا أنا مت فلا تصحبني نار ولا نائحة
Maksudnya: Jika aku(Baginda sallallahu alaihi wasallam) wafat, janganlah kamu iringi dengan api dan raungan.
Api yang disebutkan di dalam hadis juga umum.Maka termasuklah apa sahaja jenis api.Ini seperti yang diterangkan di dalam riwayat al-Baihaqi daripada Saidina Ubadah bin Shamit , Saidatina Aisyah, Saidatina Asma’ dan lain-lain para sahabat ridwanullah alaihim ajma’in.
Hukumnya adalah makruh.Jika kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam sendiri makruh maka kepada orang lain apatah lagi bukan Islam maka lebih-lebih lagi akan menjadi makruh.
Al-Imam Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa jika ada ulama yang mengatakan hukumnya adalah haram maka ianya tertolak.
Jadi perbuatan YB Nizar membawa lilin tersebut adalah makruh hukumnya.Perkara ini juga diketahui secara jelas bahawa bukanlah perkara ibadah di dalam masyarakat Cina malah ianya hanyalah adat. Maka perbuatan tersebut bukanlah HARAM.
MENGUCAPKAN TA’ZIYAH KEPADA SI MATI
Al-Syeikh Doktor Wahbah Zuhaili hafizahullah menyebutkan di dalam kitab Fiqh Islami jilid 2 bahawa jumhur para Ulama (Hanafiyah, Malikiyah dan Syafieyah ) mengatakan harus bagi seorang Muslim untuk mengucapkan ta’ziyah kepada seorang Kafir.
Para ulama Hanabilah sahaja yang berpendapat mengatakan bahawa mengucapkan ta’ziyah kepada bukan Islam adalah Haram.Ini kerana bagi para ulama Hanabilah , ianyanya seolah-olah meninggikan golongan bukan Islam.Hukumnya samalah seperti memberi salam kepada bukan Islam.
Berdasarkan pendapat Jumhur ulama maka hukumnya adalah harus.Jadi tiadalah masalah untuk sesiapa sahaja di kalangan umat Islam menghadiri majlis mengucapkan ta’ziyah kepada bukan Islam.
KESIMPULAN
Sudah jelas lagi bersuluh perkara tentang hukum ini telah dijelaskan oleh para ulama dengan secara terperinci.Mengapa dengan sebab perkara yang sebegini perlu untuk diperbesar-besarkan?Adakah sudah tiada pekerjaan lain maka kita terpaksa mencari-cari kesalahan orang lain?
Kebenaran lebih berhak diikuti.Kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Zambry Abd Kadir letakkan hukum dan mintalah fatwa tentang ISA dan pemahaman sekular yang semakin berleluasa.Itu lebih baik untuk dibahaskan daripada permasalahan membawa lilin di Majlis Teo Beng Hock.
Rujukan
1.Majmu' Syarah Muhazzab oleh Imam Nawawi rahimahullah Cetakan Darul A'lam Kutub
2.Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Wahbah Zuhaili cetakan Darul Fikr
3.al-Mu'tamad fi fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad Zuhaili cetakan Darul Qalam
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah Hayyu Asyir,
Kaherah Mesir.

Subscribe to:
Posts (Atom)