Thursday 13 August 2009

Tahukah anda...

Oleh Zamri Kecik


1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau = penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta. Anda perlu cuba jika tak percaya.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan?

"Melayu" merupakan talian hayat terakhir Umno ?

Info Terkini Oleh: WarkahDaily

"Kenapa Umno takut sangat kehilangan kuasa? Korang org Umno, aku nak ingatkan bahawa korang ni takut sangat-sangat kehilangan kuasa sebab bila hilang kuasa korang akan jadi miskin. korang dah biasa hidup senang, umah besaq, kereta besaq, tanah banyak, harta kat luar negara banyak, siap beli umah agam kat luar negara, beli kapal mewah lagi.

Jika korang hilang kuasa bermakna segala keistimewaan yang korang dapat sekarang ni akan hilang juga. Korang juga takut akan disiasat dari mana korang dapat duit banyak-banyak tu.

Korang juga takut rumah besaq, kereta besaq korang akan tergadai sebab takdak duit nak bayaq.

korang terlalu takut hidup dalam kemiskinan selepas korang hilang kuasa.

Tapi yang baculnya, korang pergunakan isu "kepentingan kaum Melayu" sebagai talian hayat korang. Konon korang ni perjuangkan bangsa melayu yang tulen padahal perosak bangsa sendiri, pengkhianat bangsa sendiri.

Kalau tak khianat kenapa Melayu tak maju-maju lagi selepas memerintah selama 50 tahun lebih.Setakat buat masjid banyak-banyak tapi jamaah masjid tinggal pak imam, tok bilal dan tok siak aje. Buat bank Islam tapi urusniaga riba berleluasa. Kalau itu dikira berjaya, bagaimana negara China yang mempunyai banyak masjid. berpuluh ribu masjid dibina. Amerika yang selalu menjadi raja penentang Islam pun membenarkan pembinaan masjid di negaranya. Ape cerita?

Korang duk persalahkan PAS kerana bekerjasama dengan PKR dan DAP. Konon PAS tidak boleh laksana Islam sebab DAP tentang. Tapi korang tak sedar yang MCA dua kali lima aje dengan DAP. Apakah korang lupa yang MCA minta supaya syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam dihapuskan?

Sekarang ape Pak Menteri, Najib sudah buat dengan ekuiti 30% hak Melayu dengan dasar keterbukaan (liberalisasi) dalam ekonomi negara?itu sebahagiannya. Tidak lagi termasuk acuh tak acuh Umno dalam perkara agama. Roboh masjid, perlekeh hukum Allah.

Kalau DAP perlekeh hukum Allah kita tidak pelik sebab sudah diketahui DAP bukan orang tapi Umno yang mengaku Islam tapi perlekeh Islam, apa label Umno?

Sebenarnya Umno bimbang orang Melayu dan bukan Melayu sudah menolak perjuangan Umno-BN. Sepantas itulah Umno terpaksa menggunakan "talian hayat" terakhirnya iaitu "orang Melayu" sebagai perisainya untuk menyelamatkan kuasanya yang sudah semput.

Puak-puak Umno menjaja dakyah bahawa Melayu akan hilang di bumi Malaysia jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini. PAS tidak konsisten dengan perjuangan dan mudah tunduk kepada DAP, dakwanya. Mereka hanya menganggap Umno sahaja yang perjuangkan nasib Melayu walaupun realitinya Melayu hampir hilang kuasa disebabkan kerakusan pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang memerintah negara ini selama 50 tahun lebih.

Banyak tanah-tanah orang Melayu dijual kepada orang-orang asing atas nama pembangunan. Orang miskin lagi miskin, orang kaya lagi kaya. Pemimpin berlumba-lumba bina mahligai besar, rakyat terpaksa berjuang mendapatkan hak yang tidak seberapa.

Lihatlah bagaimana negara kita yang sudah 50 tahun lebih merdeka, tetapi ada lagi rakyat kita yang puratanya orang Melayu yang masih lagi hidup dalam keadaan yang tersangat dhaif. Rumah berbumbung zink yang bocor, menggunakan air perigi untuk mandi dan minum. Keperluan makan minum tidak mencukupi kerana tiada duit untuk berbelanja. Harga barang melambung tinggi. Kerajaan tanpa berfikir kepentingan rakyat, dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang keperluan harian.

Tapi itu semua "dihilangkan" daripada berita TV, akhbar dan media massa. Yang ada kempen yang menguntungkan BN.

Sebenarnya media massa sudah terpesong daripada etika kewartawanan yang memikirkan keuntungan kantung syarikat dan pemerintah. Padahal mereka lupa semasa pilihanraya, mereka tanpa segan, tanpa malu menabur janji untuk rakyat. Moto " kita adalah hamba kepada rakyat" sudah hilang selepas pilihanraya. Namun sebaliknya berlaku.

Wahai orang Melayu, fikirlah sejenak demi kepentingan anak-anak kita di masa akan datang yang penuh dengan cabaran. Kasihanilah anak cucu kita di masa akan datang. Pilihlah pemimpin yang beramanah kepada rakyat. Bukan yang ada agenda peribadi demi kantung mereka semata-mata.

Berubah demi masa depan anak cucu kita.

PAS for ALL, PAS untuk Semua!

WarkahDaily

Umno Pengkhianat Bangsa Melayu - Anwar

Disebalik tuduhan 'pengkhianat' yang dilempar terhadapnya, namun ribuan tetap hadir mendengar ucapan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim.

Walaupun ceramah diadakan di sebuah kampung kecil yang terperusuk di Rembau, Negeri Sembilan, sekurang-kurangnya sembilan ribu orang merentas denai dan bersesak di sebuah padang kecil mendengar Anwar membela dirinya dari fitnah Umno-Barisan Nasional.

Beralaskan kertas surat-khabar, mereka datang dari dekat dan jauh. Di hadapan mereka, Anwar mencabar Umno membuktikan siapa petualang bangsa sebenarnya.

"Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang UMNO Barisan Nasional, handal- handal belaka. Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?," soal Anwar.

"Bukit Tinggi ? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananthan Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke - tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang UMNO kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu," tambah Anwar lagi.

Datuk Seri Anwar menyatakan kehairanannya mengapa pemimpin UMNO Barisan Nasional terlalu mengamalkan perjuangan yang sarat dengan hasad dengki dan permusuhan peribadi yang melampau - lampau.

Bagi Anwar, adalah dosa yang besar untuk seseorang pemimpin itu merampas hak rakyat dan harta negara yang sepatutnya diagihkan kepada secara adil dan saksama.

"Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin UMNO ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa ? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin UMNO mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh ?," Anwar berkata.

Sebaliknya Datuk Seri Anwar menegaskan UMNO Barisan Nasionallah yang bertanggungjawab menjadikan orang melayu sehingga kini masih terkurung dalam mentaliti lama.

"Orang Melayu diperbodohkan kerana UMNO hanya akan berkuasa dan kekal berkuasa bila sekiranya orang Melayu tidak tahu maklumatnya," ujar Anwar.

Datuk Seri Anwar juga mempertikaikan rasionalnya slogan 1Malaysia yang canang hebat oleh Perdana Menteri najib Razak. Umno-BN mencanangkan 1Malaysia namun dalam masa yang sama meniupkan api perkauman supaya Melayu dan bukan Melayu saling benci- membenci.

"1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil," soal Anwar lagi.

Disebalik keangkuhan Najib mempopularkan slogan keramat IMalaysia, perdana menteri itu bagaikan alpa akan kemiskinan yang membelit majoriti rakyat dinegara ini.

"Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang mahsyur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?," soal Anwar lagi.

Sumber : TVAntara