Saturday, 13 June 2009

Anwar: Henti Jadikan Chin Peng Modal Politik Perkauman

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa Barisan Nasional dan media arus perdana kawalannya supaya berhenti menjadikan Chin Peng sebagai isu untuk membakar sentimen perkauman di negara ini.

Media rasmi seperti RTM telah mewar-warkan bahawa bekas ketua parti komunis Malaya itu adalah satu risiko kepada kedudukan orang Melayu dan kerajaan BN bertindak betul melarangnya kembali ke negara ini.

Anwar berkata beliau menolak gerakan militan Parti Komunis Malaya “tetapi itu tidak bermakna kita mempertahankan gerombolan orang yang menjadi agen kepada penjajah Inggeris.”

Kerajaan BN seharusnya konsisten dalam melayan permintaan Chin Peng yang sudah berumur dan mahu kembali ke kampong halamannya, kata Anwar.

Anwar berkata kerajaan sebelum ini membenarkan bekas pemimpin kanan Parti Komunis Malaya seperti Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad, untuk kembali menetap di Malaysia tanpa masalah.

“Kita telah adakan perjanjian damai…Saya tak mahu melihat seolah-olah komunis Melayu tidak apa, tetapi komunis Cina tak boleh (dibenarkan pulang). Ini saya tidak boleh terima,’ kata Anwar.

Anwar berkata hakikat ialah pemimpin Barisan Nasional dan UMNO tidak mempunyai masalah berurus dengan kerajaan Cina pada bila-bila masa.

“Kita bukan sahaja sudah memaafkan mereka, malah kita berbaik-baik bukan sahaja dengan kerajaan Cina tetapi juga Parti Komunis Cina sendiri, “ kata Anwar.

“Pemimpin-pemimpin BN-UMNO dan ketika itu, saya sendiri, bila berkunjung ke Cina, menemui pemimpin-pemimpin negara itu yang terang-terang menyokong Parti Komunis Malaya,” tambah Anwar.

“Jadi bagi saya, kita harus konsisten dengan dasar kita (dan) kita maafkan” Chin Peng, kata Anwar.

Anwar berkata beliau menyedari kenyataannya akan diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan media arus perdana lain sebagai kononya beliau mempertahankan pengganas dan tidak simpati dengan derita rakyat ketika itu mahupun perjuangan pasukan keselamatan.

Namun Anwar menegaskan sekali lagi bahawa beliau hanya ingin melihat kerajaan konsisten dengan dasarnya dan biarlah “kita berperikemanusiaan.”

Beliau mengingatkan bahawa Islam sendiri mengajar umatnya untuk memaafkan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammmad S.A.W terhadap musuh Bani Qurasy yang membunuh dan melakukan keganasan terhadap orang Islam.

Sifat Mulia Rasulullah

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,
"Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

"Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,

"Siapakah kamu?". Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" ,
bantah si pengemis buta itu."Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku
adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim. Nah, wahai saudaraku, biasakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niat untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak biasa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu dan amalkan sunnah Rasulullah. ..

Sabda Nabi " suatu masa nanti akan musnah sunnahku..."

Suhaimi Mohd Zahari
Sifat Rasulullah

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening
dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata,
luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri,
kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang
di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar
dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik
seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga
dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbe lah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan
rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang
antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya,
jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya
berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat
tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar
dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi
berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

Segitiga Bermuda

Apakah dia 2 segitiga Syaitan ini?

2 Tempat popular itu ialah Segitiga Bermuda - Bermuda Triangle yang letaknya di antara perairan Florida, Amerika Syarikat - Puerto Rico, Mexico - dan kepulauan Bermuda (sila rujuk peta di bawah) di lautan Atlantik dan Segitiga Naga - Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100 km dari Tokyo. Dan segitiga ini berhampiran dengan satu lagi segitiga yang hebat sepertimana Segitiga Bermuda juga iaitu Segitiga Formosa yang berada di kepulauan Formosa, Taiwan. Dan bagi saya, Segitiga Formosa dan Segitiga Naga ini adalah seperti adik-beradik kerana ia amat hampir dan kejadian-kejadian aneh pun berlaku di sana sepertimana Segitiga Bermuda. Maka saya simpulkan bahawa ianya adalah kerajaan Iblis di sebelah timur , di samping Segitiga Bermuda yang mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.

Kedua-duanya seperti sudah dirancang dan ada maksud yang tertentu. Cuma dalam firasat saya, yang sebelah barat itu adalah kerajaan yang mengawal sebelah barat Bumi manakala yang sebelah timur itu pula mengawal sebelah timur Bumi. Begitu strategik sekali pemilihan yang dibuat oleh mereka yang terlibat itu, isy7

Kedua-dua tempat ini sangat popular dengan kehilangan kapal, pesawat dan kehilangan-kehilangan misteri lain apabila melalui kawasan tersebut. Tetapi bukan kesemua yang melaluinya akan hilang, tetapi sejarah banyak membuktikan betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (missing in action) di kawasan itu.

Mengapa kapal atau pesawat boleh ghaib dengan tiba-tiba di situ?

Ini lah yang menimbulkan tanda-tanya ramai manusia dan pelbagai pendapat telah diutarakan.

- Ada yang mengatakan kerana medan magnet yang menarik ke dasar laut, kerana tempat itu berada di garisan Agonik (Agonic line), di mana utara magnetik sama dengan utara geografik.

Suhaimi Mohd Zahari

- Ia juga merupakan tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas, yang boleh mewujudkan medan magnet. Juga diakui adanya wap yang naik dari air kawasan tersebut.

- Ada yang mengatakan kapal-kapal tenggelam kerana adanya gas methana dan terjadinya proses Methane hydrate yang mengurangkan ketumpatan air.

- Adanya satu kawasan yang diberi nama ‘Blue Hole’, tetapi ia masih diragui kerana Blue Hole tidak mampu untuk menyedut kapal-kapal besar.

- Terjadinya ribut dan ombak laut yang amat besar menenggelamkan kapal-kapal yang melaluinya.

- Ada pula pendapat mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing yang tinggal di situ.

- Dan tidak kurang yang mengatakan mereka diculik oleh kerajaan jin dan iblis.

Maka teori sekadar tinggal teori. Tetapi pendapat yang terakhir itu ada banyak relevannya dari segi kerohanian kerana ada banyak sebab. Antaranya;

- Iblis dan jin telah banyak yang lari ke kawasan lautan dan dasar laut.

- Syaitan amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.

- Dajjal telah bersepakat dengan kerajaan Iblis, dan mereka mahu meniru dan melawan istana Nabi Sulaiman dahulu, lalu mereka bina singgahsana kristal di tengah lautan.

Maka timbul pula soalan, mengapa mereka mahu menculik manusia? Maka di situ tidak pastilah apa tujuan mereka. tetapi andaian-andaian boleh dibuat kerana mungkin mereka perlukan tenaga manusia untuk bekerja dengan mereka, mungkin mereka mahu mengkaji tentang tubuh badan manusia, mungkin mereka mahu mengawal manusia yang mereka culik itu dan menjadikannya spy bagi mereka dan macam-macam andaian lagi boleh dibuat kerana penculikan itu ada logiknya berdasarkan kepada banyak faktor.

Dan begitu juga dengan teori-teori yang berkaitan dengan sains tadi, semuanya ada logiknya. Cuma yang mana paling tepat masih menjadi misteri. Bukan sekadar misteri nusantara, tetapi Misteri Antarabangsa! Dan mungkin ia juga ada kaitan dengan misteri tenggelamnya benua Atlantis suatu masa dahulu.

Semua tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu2nya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya. Seperti yg dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. ketika beliau melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, “Itu adalah tempat duduk syaitan”.

Kerajaan-kerajaan jin di atas air

Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.

Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.

Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?

Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Maka Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa adalah antara tempat pertemuan arus panas dan sejuk yang terbaik di dunia kerana ia terletak strategik di tengah garisan khatulistiwa Bumi. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.

Kesimpulan

Misteri 2 segitiga syaitan ini menghubung-kaitkan pula kepada beberapa misteri segitiga lain termasuklah

- piramid yang berbentuk segitiga,

- lambang syaitan dan kerajaan Israel yang berbentuk dua segitiga tonggang-terbalik dan gabungan segitiga-segitiga,

- konsep Trinity (3 dalam 1) di dalam agama kristian ,

- lambang-lambang segitiga yang banyak terdapat di serata dunia ,

- segitiga-segitiga emas (kawasan dadah),

- misteri UFO dan sebagainya.

Dan hendaklah kita ingat, bukan hanya manusia yang mempunyai kerajaan di dunia ini, tetapi ada lagi makhluk lain yang berkerajaan termasuklah kerajaan jin dan iblis laknatullah

15 Maksiat Yang Akan Diturunkan Bala

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”.

H.R Termizi

Rahsia...

Amalkan Rahsia Menulis Surat Kepada Allah

Tajuk kali ini agak pelik tapi ia merupakan penyelesaian yang amat ajaib. Saya pun baru belajar sebentar tadi dan dah mula rasa keajaibannya. Bayangkan anda mempunyai seorang teman karib yang amat rapat dan sentiasa berada di sisi anda dan menolong anda setiap masa bila anda memerlukan pertolongan.

Apa-apa yang anda alami dan menghadapi jalan buntu tulis surat kepada Allah dengan sepenuh hati dan luahkan segala masalah anda. Allah bantu anda dengan segera.

Contoh surat kepada Allah,

Ya Allah,

Maafkan aku ya Allah, aku tengah teruk gile ketika ini. Aku dah tak mampu bayar bil-bil dan hutang-hutang aku. Rumah dan kereta ku pun dah dapat surat amaran bank.Aku dah tidak ade income yang tetap dan semua tidak mencukupi. Aku dah cuba banyak jalan dan cara tapi sehingga ini semuanya tidak menjadi. Buat niaga internet tak jadi. Buat jualan tiada orang nak beli. Walaupun semua tak jadi anak isteri masih nak makan. Saya malu lah Allah. Bantu lah aku ya Allah dan tunjukkan dan berikan jalan penyelesaian. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

Terima kasih Ya Allah kerana telah membantu terlebih dahulu.

Yang Berharap,
Zahiruddin

Cara nak tulis surat kepada Allah:

1. Tulis dan luahkan masalah anda secara jujur dan penuh perasaan
2. Selepas tulis print atau hantar email ke mana-mana email kita yang lain lepas tu delete. Ini melatih kita “Detached” dari apa yg kita minta. Maksud kita serah pada Allah kerja Allah
3. Kena tulis Terima Kasih in advance.
4. Kena letak tandatangan.
5. Inysaallah semua berjalan lancar

Itu lah secara ringkas cara anda boleh tulis luahkan masalah anda kepada Allah. Allah lebih faham kita dari kita faham diri kita sendiri. Allah boleh selesaikan segalah masalah kita. Mohon padaNYA setiap masa. Ingat Allah itu menguasai segala-galanya. Kita ini cuma pengurus sahaja yang di tugaskan oleh Allah menguruskan amanahnya. Maka buat yang terbaik dan yang lain Allah akan uruskkan.

Petikan dari rezekihalal.com

Golongan Yang Tidak Dihisab Memasuki Syurga

Golongan Yang Tidak Dihisab Memasuki Syurga

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

"Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;

1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang
membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah
tanpa riya.

Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.

Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, "Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"

Berkata orang yang mati syahid, "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah."

Berkata Jibrail A.S., "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?"

Orang yang mati syahid menjawab,"Aku mendengar daripada alim ulama."

Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."

Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji, "Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"

Berkata yang berhaji,"Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah."

Berkata Jibrail A.S., "Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala haji?"

Berkata yang berhaji, "Aku mendengar dari alim ulama."

Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."

Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?"

Menjawab si penderma, "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T."

Jibrail A.S. berkata lagi, "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?"

Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama."

Maka Jibrail A.S. pun berkata, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."

Kemudian orang alim berkata, "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu."

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk."

Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu."

Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu."

Al Hassan r.a. berkata, "Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada."

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau."

Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "Amal apakah yang paling utama?"

Rasulullah S.A.W. menjawab, "Berilmu tentang Allah."

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu:

1. Wajah yang manis dan berseri-seri.
2. Tutur kata yang bersopan.
3. Hati yang bertaqwa kepada Allah.
4. Tangan yang dermawan.

Empat perkara bagi penghuni neraka:

1. Muka yang muram.
2. Tutur kata yang keji.
3. Hati keras yang engkar.
4. Tangan yang kedekut (bakhil).


Sabda Rasulullah S.A.W., "Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara:

1. Dengan berilmunya para ulama.
2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah.
3. Dengan orang kaya yang dermawan.
4. Dengan doanya orang yang fakir."

Suhaimi Mohd Zahari

BN Takkan Dapat Retakkan PR

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin Barisan Nasional tidak akan mampu meretakkan permuafakatan Pakatan Rakyat berhubung dengan isu Kerajaan Perpaduan.

Tegasnya, beliau bersama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertemu semalam bagi membincangkan isu yang hangat diperkatakan muktahir ini.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat percaya perselisihan yang berlaku hanyalah kecil tetapi digembar-gemburkan oleh media yang dikuasai Umno-BN.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar:

Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan.

Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit.

Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media Umno-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS.

Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihan raya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihan raya yang telus.

Insya-Allah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM,
KETUA PEMBANGKANG,
DEWAN RAKYAT MALAYSIA.

Tidak timbul isu Kerajaan Perpaduan – Anwar

PAS telah menjelaskan pandangan dengan sebaiknya. Kita sedia berbincang Umno/BN dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengulas isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan andaiaan bahawa parti Islam itu berniat bergabung dengan Umno.

“Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan,” tegas Anwar.

“Tidak timbul isu kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali,” tegas beliau dalam ucapannya di Kongres Nasional Khas PKR di Nilai hari ini.

“Selepas Muktamar PAS, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal dikeluarkan,” tambahnya.

Cerita Gunung Menangis

Di zaman Nabi S.A.W dahulu, ada sebuah bukit yang khuatir lalu menangis kerana takutkan dirinya menjadi batu-batuan api neraka. Api neraka yang akan membakar badan-badan orang yang berdosa. Genting itu terletak di Bukit Tinggi. Pakar Meteorologi (kaji cuaca) tentu tahu apa yang kerap kali melanda kawasan itu.

Menyingkap Ilmu di Bangku Sekolah

Samasa saya mempelajari Geografi dan Kajian Tempatan di bangku sekolah, Malaysia disifatkan kerana bernasib baik berikutan bebas daripada sebarang bencana alam dengan kedudukannya yang strategik luar daripada lingkaran gunung berapi (ring of fire). Yang ada katanya cuma masalah jerubu dan wabak denggi. Tetapi yang petikan di bawah ini apa bendanya? :-

* KUALA LUMPUR 25 Mei – Kejadian gempa bumi kecil yang telah menggegarkan kawasan Bukit Tinggi, Pahang sebanyak 21 kali sejak November tahun lalu menimbulkan tanda tanya terutama di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya.

* Walaupun Jabatan Meteorologi memberi jaminan ia hanya bermagmitud kecil dan tidak membahayakan namun kekerapan kejadian itu mencetuskan kebimbangan.

* Terbaru kawasan itu digegarkan dengan satu gegaran berukuran 3.1 pada skala Richter pada pukul 9.36 pagi ini.

* Sebelum ini pada 15 Mac lalu, tiga gempa bumi kecil dengan ukuran antara dua dan 3.2 pada skala Richter telah dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik.

* Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan akhbarnya di sini memberitahu, gempa bumi itu hanya bermagnitud kecil.

* Oleh itu, ia tidak membahayakan penduduk di kawasan berkenaan dan orang ramai tidak perlu bimbang.

* Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, gegaran itu dipercayai ancaman berterusan ekoran gempa bumi tidak menentu yang melanda negara jiran dan kesannya turut diterima Malaysia.

* “Namun, dalam kesemua kejadian itu, tiada sebarang kerosakan harta benda dilaporkan,” katanya.

* Beliau juga menasihatkan orang awam supaya tidak bimbang akan kejadian gempa bumi kecil itu. - 21 gegaran di Bukit Tinggi cetus tanda tanya

p/s: Apakah Bukit Tinggi sedang menangis menganangkan dirinya bakal membakar badan orang-orang yang berdosa di situ?

sumber - Asia, Tech, Malaysia & World

Anwar: Pindaan Perlembagaan Untuk Mengisi Agenda Perubahan

Pindaan perlembagaan Parti Keadilan Rakyat yang akan diluluskan hari ini adalah untuk membolehkan parti itu bergerak dengan lebih rancak ke arah mengisi Agenda Perubahan yang dijanjikan kepada rakyat.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim berkata segenap lapisan anggota PKR mahukan “ perlembagaan yang menzahirkan semangat dan Agenda Perubahan”

Kita mahu Parti Keadilan Rakyat menjadi wadah perubahan sebenar,” kata Anwar kepada hampir seribu perwakilan yang berhimpun di Selangor untuk meluluskan pindaan- pindaan itu pada Kongres Nasional Khas PKT di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Antara lain pindaan perlembagaan membabitkan usul menghadkan tempoh presiden kepada tiga penggal, memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa, memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.
Turut dibentangkan usul mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun.
Anwar berkata pindaan perlembagaan akan memantapkan jentera parti daripada tahap sekarang.

“Kita perlukan anjakan besar kerana Parti Keadilan Rakyat diasaskan dengan semangat reformasi dan perubahan” dan harus berupaya untuk menzahirkan harapan rakyat untuk mendapatkan pembelaan dan keadilan.

Datuk Seri Anwar mengingatkan pemimpin dah anggota parti supaya tidak angkuh dengan kemenangan besar PKR pada pilihanraya umum lalu.

“PKR menang kerana ….. rakyat mahukan perubahan dan kerana rakyat bencikan kerakusan kuasa dan rasuah. Kerana itu rakyat memilih kita,’ kata Anwar.

Beliau berkata pemimpin dan anggota parti tidak harus leka berfikir “kita hebat” dan kemenangan PKR berpunca daripada kekuatan individu.

“Kita harus menjalankan penilaian diri tentang kelemahan dalaman …..kita tak boleh andaikan kita cukup hebat,” kata Anwar.

Penilaian itu akan membolehkan jentera perjuangan parti dimantapkan lagi bagi memboleh PKR membina kekuatan yang berupaya mengisi segala harapan rakyat.

Datuk Seri Anwar juga menegaskan bahawa PKR tidak akan bertolak ansur dengan mana- mana pihak yang cuba menerapkan politik perkauman ke dalam parti itu.

Beliau merujuk kepada pilihanraya kecil Bukit Selambau, di mana beberapa pihak, termasuk kalangan bekas anggota parti cuba mengugut PKR untuk memilih mereka sebagai calon.

Anwar berkata PKR memilih untuk menolak mereka walaupun mereka mengugut untuk memastikan kaum tertentu memulau parti itu.

Anwar menegaskan setiap calon PKR harus mewakili kepentingan semua kaum dan tidak terikat dengan memperjuangkan nasib kaum tertentu sahaja.

“Biarlah pengajaran daripada Bukit Selambau ini sampai ke seluruh negara…kita mahukan calon-calon kita..mampu menjana perubahan” dan mewakili kaum kaum, kata Anwar.

Merujuk kepada Pakatan Rakyat, Anwar sekali lagi mengingatkan bahawa media arus perdana kawalan Barisan Nasional sentiasa berusaha mencerminkan gagasan sebagai rapuh dan tidak mantap.

“Insiden kecil akan diperbesarkan oleh media arus perdana. Ini kita harus sedari. Oleh kerana itu penting untuk kita memastikan sebarang perbedaan pendapat disalurkan menerusi ruang, wahana dan forum ditetapkan untuk mengelakkan tafsiran yang merugikan,” kata Anwar.

Anwar berkata ketiga-tiga pucuk pimpinan tertinggi PKR, PAS dan DAP telah menzahirkan iltizam untuk menjadikan Pakatan Rakyat lebih mantap dan jitu.

suarakeadilan

Zaid Ibrahim masuk PKR

Jimadie Shah Othman

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

malaysiakini