Saturday, 4 July 2009

Mahathir Dakwa Najib Perkenalkan Liberalisasi Untuk Jadi Popular

Tun Mahathir Mohamad membidas Perdana Menteri Najib Razak atas langkahnya membuka ruang semakin luas untuk pelabur asing mengambil kepentingan dalam ekonomi negara.

Mahathir berkata langkah-langkah yang diumumkan oleh Najib hanya bertujuan untuk meraih populariti dan tidak akan membantu kaum Melayu, Cina atau pun India.

Antara yang diumumkan oleh Najib ialah pemansuhan beberapa syarat untuk melindungi kepentingan bumiputera dan kaum lain dalam sektor-sektor utama termasuk pelaburan asing.

Syarikat- syarikat yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur tidak lagi perlu memperuntukan 30 peratus saham kepada Bumiputera sebagaimana yang ditetapkan sebelum Najib mengambil alih kerajaan Barisan Nasional April lalu.

“Saya berpendapat segala langkah itu lebih bertujuan untuk menjadi popular,” kata Mahathir merujuk kepada langkah-langkah Najib meliberalisasikan ekonomi untuk menarik pelaburan asing.”Saya tak tahu sama ada langkah-langkah ini akan membantu eknomi, sebab hakikatnya ekonomi Malaysia telah berkembang sejak kemerdekaan,” tambah mantan Perdana Menteri itu.

“Ekonomi kurang rancak sekarang, tetapi ini adalah kerana faktor persekitaran luaran, bukannya kerana perkara-perkara didalam negara,” Mahathir berkata.

Mahathir berkata Najib harus berwaspada terhadap pelabur asing yang mahukan kawalan sepenuh ke atas syarikat-syarikat pengurusan dana kerana “mereka tidak ada sebarang nilai kesetiaan kepada negara.”

“Mereka berada di negara ini untuk membuat untung. Apabila mereka tidak dapat berbuat demikian, mereka meninggalkan negara ini dan kita menanggung kesannya,” kata Mahathir.

Ketika menangani krisis ekonomi Asia pada tahun 1997-98, Mahathir mengekalkan dasar-dasar ekuti dan peruntukan saham bumiputera dan enggan membuka secara bebas sektor-sektor utama seperti perbankan kepada pelabur asing.

Beliau telah berpaut kepada prinsip bahawa Malaysia memerlukan pelaburan asing untuk merancakan pertumbuhan ekonomi negara, Namun pada masa sama Mahathir lantang menekankan keperluan melindungi peniaga bumiputera dan industri tempatkan daripada menjadi mangsa pengambil alihan syarikat-syarikat antarabangsa.

Mahathir sebelum ini telah mengelar Najib sebagai lemah dan pengecut apabila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Abdullah Badawi.

Kritikan terbaru secara terbuka Mahathir mencerminkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak, khususnya akar umbi UMNO terhadap mainan politik Najib bersabit hak keistimewaan kaum bumiputera, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu.

greenbocblogspot

MAHASISWA YANG BERANI & BERPRINSIP

Seorang mahasiswa yang dicari bagi membantu siasatan kes menconteng dan dakwaan cubaan membakar di sebuah dewan Universiti Malaya (UM), belum bersedia menyerahkan diri kepada polis.

"Walaupun saya tegar memegang pada prinsip berani kerana benar, namun peguam telah menasihati saya supaya tidak menyerah diri kepada pihak polis pada masa sekarang atas pertimbangan- pertimbangan tertentu," kata Shazni Munir Mohd Ithnin.

"Saya nak tanya pihak polis, atas alasan apa untuk terus-terusan mencari saya sebagai suspek? Sebab saya konsisten menentang kerajaankah?

"Atau sebab saya ini presiden PMIUM dan mereka yang dituduh ahli PMIUM? Macama tu ke? Atau bagaimana?

"Shazni Munir, yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), bersama Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani dicari polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API), 24 Jun lalu.

Selain contengan "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya", polis juga mengesan simbahan petrol di permaidani yang bakal dilalui isteri perdana menteri Rosmah Mansor untuk menghadiri satu program di situ beberapa jam selepas kejadian jam 4 pagi itu.

Kelmarin, dua lagi pelajar API Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dihadapkan ke mahkamah berhubung insiden tersebut yang dipercayai dilakukan oleh lima orang – termasuk tiga suspek yang dikehendaki polis.

Menulis di blognya Perubah Zaman, Shazni Munir sebaliknya menuntut Rosmah yang didakwanya melaku "dosa-dosa besar" diseret bersama ke muka pengadilan dalam kesnya."Ya, baru adil, kerana Rosmah dan saya sama-sama bebas sekarang," katanya.

Beliau mengakui memang menentang isteri Datuk Seri Najib Razak berdasarkan kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin – mengaitkan Rosmah dengan pembuhan Altantuya Shaariibuu – dan tiga klip video yang memburuk-burukkan wanita pertama negara.

Rosmah menafikan pembabitan dengan wanita Mongolia itu tetapi masih berdiam diri berhubung dakwaan-dakwaan berat dalam dokumentari pendek di Youtube.

Semalam, menulis di blognya, Shazni Munir memberi amaran untuk melancarkan bantahan besar jika UM mengambil tindakan tatatertib terhadap dua rakannya yang telah dituduh.

Sehubungan itu, PMIUM juga berharap pentadbiran kampus tidak mengambil tindakan pecat seperti yang pernah dialami oleh tujuh mahasiswa institusi pengajian tinggi awam yang dituduh terbabit dalam satu perhimpunan haram pada 2001.

"Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," katanya.

"Jika seandainya hal yang pernah berlaku pada mangsa-mangsa ISA 7 berulang, penulis dan seluruh mahasiswa yang di dadanya kejap dengan perjuangan kemahasiswaan, tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan di segenap sudut.

"Hari ini, pentadbiran UM menafikan telah memecat dua pelajar yang dihadapkan ke mahkamah, sekali gus menafikan tulisan di laman web Mahasiswakini.

Difahamkan, universiti itu sedang menunggu maklumat lanjut daripada mahkamah sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

Malaysiakini

SURAT AKUAN

Dipostkan oleh Dr.Haji Khairuddin Dato' Abd. Malik Thursday, June 4, 2009

Pada 24/4/09 Jumaat 11.20 malam saya KHAIRUDDIN BIN DATO ABD. MALIK NO KAD PENGENALAN 600905 – 08 – 6451 BERTEMPAT DI DEWAN DATO’ AHMAD SAID SUNGAI ROKAM SAYA TELAH DIDATANGI OLEH SEORANG YANG BERNAMA AHMAD SUFFIAN B. ZULKIFLI ( PENAMA ADALAH ORANG YANG SAYA KENALI SELAMA 6 TAHUN DAN RAKAN SEPERMAINAN BADMINTON DALAM PASUKAN KAMI).

Dihadapan 2 orang lagi yang bernama Jafri Bin Ja’affar dan Yahya Bin Ismail (juga rakan sepermainan kami) beliau secara berhati-hati dan sangat waspada terhadap kehadiran orang lain menyatakan perkara-perkara berikut:

i) Beliau beberapa kali telah berjumpa dengan YB Jamaluddin B. Radzi ( ADUN Behrang ) dan YB Osman B. Jailu ( ADUN Changkat Jering ) dibeberapa lokasi di Kuala Lumpur dan yang kali terakhir di Apartment mewah Duta Vista bilik 343 dan 344.

ii) Kedua-dua ADUN tersebut tinggal di apartment mewah dengan sokongan pihak-pihak tertentu.

iii) Kedua-dua ADUN tersebut mengaku dijanjikan RM 3 juta seorang sebagai ganjaran menyokong Kerajaan Barisan Nasional di Perak

iv) Kedua-dua ADUN tersebut juga dijanjikan pihak tertentu akan membantu membebaskan mereka bagi pertuduhan rasuah yang sedang mereka hadapi di mahkamah sesyen Ipoh.

v) Kedua-dua ADUN tersebut juga dijanjikan jawatan EXCO Kerajaan Negeri Perak dalam Kerajaan Barisan Nasional.

vi) Namun kedua-dua ADUN tersebut mengadu kepada Ahmad Suffian bahawa mereka tidak berpuas hati kerana wang RM 3 juta tidak dibayar sekaligus tetapi dalam bentuk ansuran.

vii) Kedua-dua ADUN tersebut juga menjelaskan tindakan mereka menyokong Barisan Nasional adalah kerana pada tanggapan mereka Kerajaan Pakatan Rakyat dan khususnya Dato’ Sri Nizar B. Jamaluddin telah membelakangkan kepentingan orang-orang Melayu.

viii) Kedua-dua ADUN tersebut mendakwa tidak dihubungi oleh Dato’ Sri Mohd Nizar Bin Jamaluddin sepanjang tempoh kehilangan mereka. Tetapi mengaku cuba dihubungi beberapa kali oleh Dato Seri Anwar Ibrahim , Penasihat PKR.

ix) Ahmad Sufian juga memberi maklumat antara personaliti VIP yang pernah mengunjungi kedua-dua ADUN tersebut adalah YB Hamidah ADUN Sg. Rapat merangkap Exco kanan Kerajaan Negeri Perak.

Pakatan Rakyat tolak pelantikan JK Dewan Perak, Sidang tidak sah.

IPOH, 4 July : Beberapa orang ADUN PR telah menerima surat perlantikan dalam beberapa jawatankuasa, PR menyangkal dan menolak perlantikan ini kerana perlantikan tanpa persetujuan.Demikian dinyatakan dalam kenyataan bersama oleh ADUN pakatan Rakyat yang diadakan di Wisma DAP Ipoh pagi ini.

Hadir dalam sidang media tersebut ialah Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin, ADUN PR lain, Nga Kor Ming(Pantai Remis), Khalil Idham Lim (Titi Serong), Anuar Sudin (Changkat Jong), Sum Chiok Lai (Bercam), Yee Siew Kai(Pokok Assam)dan Ong Boon Piow (Tebing Tinggi). ADUN Yang hadir adalah yang terlibat dengan JK Hak Kebebsan Dewam, JK Kewangan Negeri dan JK Perintah Tetap Dewan.

Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan persidangan 7 mei tidak sah dan perlantikan juga tidak sah malah penghinaan kepada DYTM Raja Muda Perak. Tidak ada apa-apa usul yang diluluskan dalam dewan, setahu kita selepas perasmian tidak boleh lagi ada agenda lain, Jelas YB. Nga Kor Ming.

Perlantikan secara iniletral adalah pelanggaran kepada sistem perundangan dan penghinaan kepada DYTM Raja Muda, Kata Nga.

Beliau juga meminta Zambry memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perlantikan yang tidak mengikut peraturan ini.

Pada sidang media itu dijelaskan DS. Nizar telah memohon 11 hakim dan kita menolak ketua hakim negara mendengar kes ini kerana dia bekas AJK umno.

"Oleh kerana kita tidak mahu lagi kes seperti yang didengar oleh hakim Datuk Ramli Ali menangguhkan keputusan MB Nizar sebagai MB yang sah. kita meminta penjelasan dari ketua Hakim Negara kenapa hanya didengar oleh seorang hakim, sedangkan pada hari itu ada 6 hakim sedang mendengar penghakiman lain" Tanya Nga.

"Jika ketua hakim gagal memberi pejelasan kita akan bangkitkan sekali lagi dalam parlimen. penghakiman sepenuh penting kerana ia menentukan keputusan berkaitan undang-undang kerajaan perak. selain itu 9 hakim akan melihat penghakiman yang lebih adil dan tidak dipengaruhi"tambahnya lagi.

Selain itu mengenai krisis yang berlaku di Kedah, ditegaskan Pakatan Rakyat Perak tetap dalam keadaan kukuh , erat dan terus membela nasib rakyat dan terbukti semasa kita mentadbir Kerajaan Perak.

Kita bukan saja kawan karib dan semangat perjuangan yang membara dalam diri kita. apa yang berlaku di Kedah tidak mempengaruhi pakatan rakyat Perak.Kata Nga.

Tambahnya masalah ini tidak perlu diperbesarkan kerana suami isteripun juga ada pergaduhan. perselisahan adalah sesuatu untuk memantapkan lagi pakatan rakyat dan yakin dapat diselesaikan oleh pemimpin pakatan rakyat. Hala tuju kita adalah Pakatan Rakyat adalah pengganti kepada kerajaan BN pada masa akan datang.

cinaislam

Apa Yang Sebenarnya Berlaku Di Perak (Mesti Baca)

Artikel panjang lebar di bawah adalah apa yang berlaku di Perak sejak berakhirnya PRU12 oleh sumber Abang Mat Saman Kati. Logik untuk difikirkan, namun kepastian terpulang pada diri sendiri.

Menarik untuk dibaca sampai habis. Silakan, membaca itu amalan mulia


Mengapa Jamal dan Osman melompat keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas? Tidak seperti Hee yang melompat keluar DAP kerana tak dapat Camry, Jamal dan Osman memberikan pelbagai alasan. Diantaranya kerana memperjuangkan Bangsa Melayu…Nizar Boneka DAP…blah..blah..blah.

Semua itu adalah alasan-alasan untuk menutup kisah sebenar.

Jamal dan Osman keluar PKR kerana balak, duit dan kes rasuah mereka. Itu saja. Jamal marah kepada Nizar kerana enggan meluluskan beberapa konsesi balak yang mereka pohon…manakala Umno menjanjikan kes mereka akan diselesaikan.

Sekitar Jun atau July, kerajaan negeri PR meluluskan beberapa konsesi balak. Jamal dan Osman telah menggunakan nama PKR untuk memohon beberapa lot melalui Misbah. Misbah percaya kepada Jamal dan Osman bahawa permohonan itu adalah untuk PKR Perak…tanpa merujuk kepada PKR Negeri. Apabila diluluskan…semua konsesi yang di”berikan” kepada PKR Perak telah disapu oleh Jamal dan Osman. Malah ada beberapa lot konsesi tersebut diberikan kepada pemimpin Umno. Diantaranya Raja Ahmad Zainudin. Ini adalah kesilapan Nizar yang pertama…terlalu percaya kepada orang disekelilingnya.

Ramai orang-orang PKR tahu siapa pemimpin Pas yang mendapat konsesi balak…dari pemimpin utama hingga kepada Pemuda Pas…tetapi apabila orang-orang PKR merasa terpinggir dan melihat bahawa balak telah disapu oleh orang-orang Pas…baru rahsia ini terbongkar.

Tetapi ketika membincangkan untuk meluluskan konsesi berikutnya sekitar Oktober 2008, Nizar sudah berpengalaman. Hasilnya, beberapa permohonan Jamal dan Osman di’tangguhkan’. Inilah yang menyebabkan Jamal menjadi marah…malah Jamal dan Osman pernah berjumpa sendiri Timbalan Pengarah Perhutanan untuk meminta permohonan mereka diluluskan…walau dengan apa cara sekalipun.

Kalau Jamal dan Osman benar-benar mahu membela bangsa Melayu, semasa mereka menjadi EXCO, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh mereka…tetapi mereka sibuk menambah bini daripada membantu orang-orang Melayu yang susah dikampung.

Selain daripada Nizar…Jamal dan Osman marah kepada Ketua PKR Perak pada masa tersebut..Tuan Hj. Ismail. Hj. Ismail marah kerana nama beliau telah digunakan dalam permohonan balak tersebut…sedangkan PKR Perak tidak mendapat satu sen pun.

Lantaran itu, Jamal dan Osman berusaha menyingkir Hj. Ismail dari Ketua PKR Perak dan meminta Anwar membawa balik Hj. Osman ke Perak. Jamal dan Hj. Osman memang akrab dari dulu..kini dan mungkin selamanya. Malah Jamal pernah menyebut, sekiranya Hj. Osman bertanding di kawasan beliau di Behrang…beliau sedia memberi laluan.

Anwar tunduk kepada kemahuan Jamal dan menggantikan Hj. Ismail dengan Hj. Osman. Tetapi seperti biasa…Anwar sering diperangkap oleh orang-orang yang dipercayaainya. Dan didalam kes Perak..Anwar tertipu oleh permainan Jamal dan Hj. Osman.

Hj. Osman gagal membawa PKR Perak menjadi lebih baik…malah beliau sepatutnya bertanggungjawab diatas keruntuhan Pakatan Rakyat Perak. Beliau jarang berada di Perak…hanya muncul kalau Anwar datang kePerak. dan beliau gagal mengawal tingkah laku Jamal dan Osman.

Ketegasan Nizar telah menyebabkan Jamal dan Osman menyimpan dendam. Dan apabila Hamdan Taha datang berjumpa beliau untuk menawarkan pakej Umno untuk berpaling tadah…Jamal dan Osman terliur.

Umno menjanjikan kepada Jamal dan Osman satu pakej istimewa. Kes mereka akan ditarik balik, jawatan EXCO yang mereka pegang semasa didalam Pakatan Rakyat akan dikekalkan dan bonus sebanyak tiga juta ringgit seorang.

Bukan setakat Jamal dan Osman sahaja yang ditawarkan…malah Kesavan dan Yunus Jamhari juga mendapat tawaran pakej istimewa Umno ini…tetapi Kesavan dan Yunus lulus ujian moral ini dengan menolak tawaran tersebut.

Jamal dan Osman menerima tawaran untuk menyertai Umno…dan runtuhlah Pakatan Rakyat Perak.

Tetapi Jamal dan Osman tidak mengetahui bahawa Hee juga akan menyertai pembelotan tersebut kerana Hee diuruskan oleh Vincent Tan. Apabila mengetahui bahawa Hee mendapat 20 juta ringgit yang dibayar melalui Berjaya Corporation, Jamal meletakkan syarat. Bahawa dia akan kekal sebagai calon bebas…sehinggalah semua pakej tawaran dipenuhi.

Selepas melompat…Jamal dan Osman tinggal di sebuah apartmen mewah, Duta Vista, bilik no 343 dan 344. Dan semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Umno yang diuruskan oleh Hamidah Osman. (Dr. Khairudin membuat akuan bersumpah tentang hal ini. Kalau nak saman…saman Dr. Khairudin.

Umno merasakan bahawa rampasan kuasa yang dilakukan itu akan dapat diselesaikan dengan cepat dan tidak menjangka tentangan yang akan dibuat oleh Nizar dan Pakatan Rakyat Perak. Akibatnya mereka terpaksa mengatur strategi.

Dengan menunaikan semua janji yang dibuat kepada Jamal dan Osman, akan menyebabkan Umno akan teruk dihina oleh rakyat Perak. Lantas mereka mempermainkan Jamal dan Osman untuk mengembalikan imej Umno di Perak.

Jamal dan Osman merupakan liabiliti kepada Umno. Kalau Jamal dan Osman boleh meruntuhkan Pakatan Rakyat…mereka juga boleh meruntuhkan Umno. Lantas Umno cuba mengekalkan Jamal dan Osman…dengan melambat-lambatkan proses menunai janji yang mereka buat.

Bayaran kepada Jamal dan Osman dibuat secara beransur…RM100,000.00 sebulan. Kes mereka pula tidak diselesaikan dengan menarik balik tuduhan yang dibuat…tetapi cuba melengahkan perbicaraan. Dengan harapan…kes tersebut akan berpanjangan sehinggalah DUN Perak dibubarkan. Dan apabila Pilihanraya DUN diadakan, Jamal dan Osman tidak akan dicalonkan oleh Umno…dan Umno akan cuci tangan. Kalau PKR mencalonkan mereka…bermakna PKR menempah maut. Maka…Jamal dan Osman akan hanyut dengan sendiri.

Jamal dan Osman sudah tersepit. Umno dilihat memungkiri janji-janji mereka. Jamal dan Osman dijanjikan akan dilantik sebagai EXCO lebih awal, tetapi Umno menggunakan PRK Bukit Gantang sebagai alasan untuk menangguhkan perlantikan Jamal dan Osman. Dan Umno kecewa kerana Jamal enggan turun keBukit Gantang untuk berkempen bagi pihak mereka …manakala Osman gagal menarik penyokong-penyokong PKR untuk berubah kepada Umno. Tidak sampai 30 ahli-ahli PKR Bukit Gantang yang mengikut Osman. Kebanyakannya adalah sanak saudaranya sahaja.

Umno tidak melantik Jamal dan Osman sebagai eXCO seperti yang dijanjikan iaitu selepas PRK Bukit Gantang…sebaliknya menangguhkan sehinggalah selesai Hari Keputeraan Sultan Perak.

Tetapi sekali lagi Umno memungkiri janji terhadap Jamal dan Osman dengan alasan DUN Perak masih belum dikuasai oleh BN. Dan apabila rampasankuasa DUN berjaya dibuat oleh Umno..masih ada lagi halangan mereka..iaitu tentang siapakah Speaker yang sah. Lantas..perlantikan EXCO ditangguhkan lagi kepada 1 Julai 2009.

Sementara itu, kes rasuah mereka terus didengarkan dimahkamah dan tiada tanda bahawa Umno akan menarik balik tuduhan yang dibuat terhadap Jamal dan Osman. Osman mula ketar lutut. Dan dalam perbicaraan awal, Osman sudah mula meletakkan kesalahan kepada Jamal. Osman mengatakan bahawa dia hanya menurut arahan Jamal.

Osman sudah mula menghampiri pemimpin-pemimpin PKR dan menyatakan kekesalannya. Malah diberitakan bahawa Osman telah berjumpa Nizar dan meminta maaf terhadap apa yang berlaku.

Semua orang tahu…Osman hanyalah budak suruhan Jamal. Osman bukanlah seorang yang boleh membuat kerja-kerja EXCO…malah pernah menubuhkan sebuah syarikat dengan menggunakan namanya sendiri untuk mendapatkan projek-projek dibahawa EXCO Pelancungan Perak. Apabila diberitahu bahawa sebagai penjawat awam…dia tidak boleh memegang jawatan dalam syarikat, maka dia menggunakan nama seorang perempuan..yang kemudiannya menjadi isteri keduanya. Samaada ‘perkahwinan’ mereka sudah disahkan oleh JAIP…wallahualam.

Kini…Osman sudah mempunyai (isteri ketiga). (perkataan didalam kurungan kerana tidak dapaat disahkan sama ada benar itu isteri beliau. Tetapi semasa berjumpa dengan dua pemimpin PKR Bukit Gantang pada 29/6 lalu di Taiping, beliau bersama ibunya dan seorang perempuan yang diperkenalkan sebagai isteri’nya). Kehadiran ibu dan isteri ketiganya adalah sebagai ‘camourflage’ kerana dia sentiasa diawasi.

Dalam pertemuan tersebut…beliau menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku. Dan seperti biasa, dia menyalahkan Jamal kerana memperdayanya. Beliau juga menyatakan sesal kerana beliau tidak lagi boleh kembali kekampung seperti biasa…tidak mendapat habuan yang dijanjikan oleh Umno…sedangkan beliau sekarang terpaksa menanggung tiga bini.

Umno Perak menyedari hal ini lantas mengadakan satu mesyuarat tergempar keesokan harinya (30/6) di Ipoh. Dan hari tersebut, mereka gempar kerana Jamal dan Osman tidak dapat dihubungi. Malah panggilan kepada Osman telah dijawab oleh mesin..”nombor yang anda hubungi belum diberi perkhidmatan!”

Dalam kekalutan itu…mereka cuba membuat apa yang dibuat oleh Nizar dulu..iaitu dengan cuba membubarkan DUN Perak.

Osman ‘hilang’. Jamal masih berada di Tanjung Malim pada hari Selasa 30/6 tetapi tidak mahu menjawab panggilan dari Umno. Beliau berbincang dengan orang perantaraan PKR tentang bagaimana untuk membalas dendam terhadap Najib yang gagal menunaikan janji. Malah Najib cuba mencuci tangan dengan menyerahkan semuanya kepada Zamry.

Apa yang dilakukan oleh Jamal terhadap Umno sekarang…sama dengan apa yang dilakukan olehnya terhadap Anwar dan PKR semasa tawar menawar dengan Najib dulu. Kalau Jamal boleh menjatuhkan PKR dan Pakatan rakyat Perak…Jamal juga boleh meruntuhkan Umno di Perak.

Apakah tingkah laku Jamal ini kerana mahu membela bangsa Melayu yang ditindas oleh DAP ataupun Nizar Boneka? Apakah yang telah dilakukan oleh jamal sejak menjadi boneka Umno? Sudah berapa ramai orang-orang Melayu yang dibantunya selama beliau menjadi boneka Umno?

Yang nampak…beliau hanya menambah B1N1. Dari dua selepas PRU 12, sekarang sudah empat.

Begitulah berkuasanya katak di Perak.

1.2 juta pengundi Perak ditipu oleh Jamal. Anwar yang dikatakan bijak..juga ditipu oleh Jamal. Malah Sultan Perak dan Raja Muda yang dikenali sebagai Sultan yang paling bijak…juga ditipu oleh Jamal.

Jamal menurunkan tandatangan dihadapan Sultan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan Nizar sebagai Menteri Besar. Jamal juga menurunkan tandatangan dihadapan Sultan sebagai tanda menyokong Umno Barisan Nasional. Apakah Jamal akan menurunkan tandatangan sekali lagi…kali ini untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang?

Semalam…pemimpin PKR Perak bermesyuarat. Najib sudah tidak berani keluar negeri. Rakyat Perak resah gelisah. Semuanya kerana kuasa politik Perak terletak ditangan seorang penipu… seorang yang tidak berprinsip.

Anwar salahkan media, nafi DAP Kedah keluar pakatan pembangkang

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah.

Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.


Anwar bagaimanapun berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Kelmarin, DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan."Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang," katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang esok.

Di Kota Baharu, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas berhubung isu itu kerana menganggapnya satu masalah dalaman di negeri Kedah. BERNAMA -mStar Online-