Thursday 5 November 2009

JANGAN MAIN2...JAGA2!!






DI CILOK DARI FORUM TRANUNGKITE..HEHEHE

Bersikap Adillah Wahai Dr Asri

Oleh Anak_Pejuang

"
"Assalamu'alaikum,

Saya melihat mereka yang menyokong Dr Asri seolah-olah telah menjadi fanatik dan taksub kepada beliau tanpa melihat sisi pandangan lain terhadap Dr Asri.

Terdapat 2 kejutan yang ingin saya berikan iaitu :

1. Benarkah semasa Dr Asri menjadi mufti beliau tidak pernah membenarkan ulama lain memberi ceramah ?



PENDEDAHAN TERKINI :

Penahanan Mohd. Asri disokong

JOHOR BAHRU 3 Nov. - Persatuan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin kelmarin.

Presidennya, Datuk Syed Hussein al-Habshee berkata, pihaknya menerima banyak rungutan dan aduan di kalangan ahlinya dan masyarakat setempat di Wilayah Persekutuan dan Selangor tentang ceramah yang pendekatannya disyaki beraliran Wahabi.

"Ramai yang mendesak agar persatuan membuat permintaan terhadap kerajaan supaya diambil tindakan bagi mengelak kekeliruan masyarakat setempat yang berpegang kepada mazhab Syafie," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, Mohd. Asri ditahan oleh JAIS di Taman Sri Ukay, Hulu Klang kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor semalam tidak mendakwanya, sebaliknya Mohd. Asri hanya dikenakan bon jaminan JAIS sebanyak RM3,000.

Syed Hussein berkata, pendekatan yang disyaki Wahabi itu dikhuatiri akan memecah belah dan mengelirukan masyarakat khususnya generasi muda.

"Kita tidak mahu sesiapa yang cuba menjadi jaguh keilmuan dengan mencetuskan kontroversi dan polemik melalui pendekatan bercanggah dengan mazhab yang diamalkan di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar diadakan muzakarah antara mufti-mufti berhubung pendekatan dan fahaman yang dibawa Dr. Mohd. Asri itu.

"Mufti-mufti boleh membuat rumusan untuk membantu dan memberi panduan kepada umat Islam serta mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Perbincangan seterusnya adalah antara ilmuwan agama dengan Dr. Mohd. Asri sendiri," katanya.

Syed Hussein berkata, apa yang berlaku seolah-olah sejarah berulang kembali kerana pada sekitar 2007, tiga tokoh ulama bermazhab Syafie dari Yemen juga tidak dibenarkan oleh Dr. Mohd. Asri berceramah tanpa tauliah di Perlis ketika beliau menjadi mufti negeri itu.

Justeru, pihaknya percaya JAIS telah membuat pelbagai pertimbangan sebelum melakukan penahanan.

Sumber : Dr Asri Tidak Membenarkan 3 Orang Ulama Mazhab Syafie Menyampaikan Ilmu Tanpa Tauliah Di Perlis

Yang Kedua :
Adakah Di Negeri Perlis (semasa Dr Asri menjadi mufti pun undang-undang ini berkuatkuasa) tiada manangkap mereka yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah ?

SILA RUJUK PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH INI :

"KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI (Perlis)":-

Bilangan: 29 Seksyen: 33- Kesalahan: MENGAJAR AGAMA TANPA KEBENARAN:- Hukuman: Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya

Bil: 30 Seksyen: 34*- MENGAJAR @ MENJALANKAN SESUATU ISTIADAT YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK YANG DIAMALKAN DI NEGERI PERLIS Hukuman: Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya

* Boleh tangkap tanpa waran

[dinukil dari http://islam.perlis.gov.my/index_files/penguatkuasa.htm ]

Persoalan yang timbul :Mengapa 3 orang ulama mazhab syafie dari yaman tersebut juga dinafikan keizinan untuk menyampaikan ilmu. Sedangkan mereka sendiri adalah para ulamak ?

Dan tidak sedarkah Dr Asri bahawa beliau sendiri tidak membenarkan ulamak lain untuk menyampaikan ilmu dinegerinya sendiri. Bahkan terdapat penguatkuasaan undang-undang di Negeri Perlis yang perlu diikuti. Mengapa beliau sendiri gagal untuk mengikuti undang-undang di negeri lain. Lalu mempertikaikannya sendiri ?

TERKINI!

Champions League

- Group E

Fiorentina 5 - 2Debrecen
Lyon 1 - 1 Liverpool

Group F

Rubin Kazan 0 - 0 Barcelona
Dynamo Kyiv 1 - 2 Inter Milan

Group G

Sevilla 1 - 1 Stuttgart
Unirea Urziceni 1 - 1 Rangers

Group H

Arsenal 4 - 1 AZ Alkmaar
Standard Liege 2 - 0 Olympiakos Piraeus