Wednesday 3 June 2009

Selamatkan malaysia...hehehe

Lagi kisah husam...

Gua kurang setuju dengan saranan Malaysiawaves baru2 ni dalam http://www.malaysiawaves.com/2009/05/kalau-tak-suka-husam-undilah-mat-sabu.html

Bukan apa, pertandingan jawatan TP ni adalah 3 penjuru. Kalau perwakilan ikut nasihat Malaysiawaves, gua bimbang akan menyebabkan pecah undi plak diantara mat sabu ngan husam. Sebab gua yakin Nasa pasti dah ada undi solid dari perwakilan yg menyokong dia.

Ok, katakan la Nasa dapat undi 40 %, tapi kalau Husam ngan Mat Sabu split jadi 30% - 30%, maknanya Nasa la boleh menang. Gua tak sanggup tengok benda ni berlaku.

Pandangan gua, sekarang ni pwakilan kena letak mindset "straight-fight" antara watak protagonis (Husam) vs antagonis (Nasa).

Hujah aku kenapa Husam perlu diutamakan berbanding Mat Sabu ialah :

1) Husam adalah calon yg paling teruk diserang oleh media2 UMNO-BN, manakala Mat Sabu sangat kurang mendapat liputan. Ini menunjukkan bahawa jika Husam menang, ia akan memberi KERUGIAN BESAR kepada mereka, manakala jika Mat Sabu menang, mereka tidak terasa TERANCAM sangat.

2) Husam merupakan anak didik TGNA selama hampir 20 tahun. TGNA telah mentarbiyah dan mempersiapkan Husam sebagai aset penting PAS di peringkat negeri dan nasional. Husam pernah menjadi ahli parlimen yg digeruni kerajaan, sehinggakan Mahafiraun dan daim pernah menawarkan jawatan dan tawaran berjuta2 ringgit untuk memancing Husam masuk UMNO-BN. Tarbiyah TGNA terhadap beliau telah menyaksikan Husam menolak kesemuanya.

3) Husam telah membuktikan keupayaannya dalam pentadbiran dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan dan program2 yg bersifat serampang banyak mata, iaitu turut sama mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap praktikaliti Islam dalam menyelesaikan masalah umat. Husam merupakan arkitek penting yg memperkukuhkan kembali kemenangan PAS di kelantan melalui pelaksanaan program2 pembangunan rakyat kelantan.

4) Husam sering mendahului dari aspek penyelesaian masalah. Lihat saja isu Perak, bagaimana Husam telah mengambil inisiatif bertemu dengan musuh dan berjaya menyatukan pandangan komponen2 BN supaya DUN Perak dibubarkan, sebagai suatu bentuk internal force kepada UMNO. Husam memang level pemikir yg wajar diletak ke timb pres untuk membantu hadi dengan berkesan

5) Semua tuduhan terhadap Husam TIDAK PERNAH dapat dibuktikan oleh pemfitnah2. Malah Husam telah berjaya melalui zaman pentadbiran Kelantan tanpa melakukan sebarang penyelewengan. Segala tuduhan liar yg dilemparkan, telah berjaya dibuktikan sebagai TIDAK BENAR.

Gua sayangkan Mat Sabu. Tapi gua lebih sayangkan parti. Sebab tu, bagi gua, kalau pwakilan BENAR2 nak angkat parti dan membawanya JAUH ke depan, pwakilan WAJIB memilih calon yang PALING TEPAT, iaitu Husam. Sebab dengan naiknya Husam, akan mempercepatkan proses pengebumian UMNO-BN.

Perwakilan perlu sedar bahawa pemilihan kali ini berbeza dengan pemilihan sebelum2 ini. Ia bukan berlegar di sekitar organisasi PAS semata-mata, tetapi ia berkait rapat dengan soal memilih kepimpinan negara menjelang PRU-13. Seandainya PR berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan, maka kepimpinan parti yg dipilih dalam muktamar kali ini perlu bersedia untuk memimpin kerajaan. Maka, pwakilan perlu memastikan kabinet PAS kali ini dibarisi oleh pimpinan2 "government-in-waiting" bersama rakan2 PR, yg bersedia untuk menjadi pemimpin rakyat berbilang kaum kelak.

Sekarang masanya utk membuat PILIHAN TEPAT.

Keraguan2 yg ditimbulkan terhadap Husam TIDAK PERNAH DAPAT dibuktikan. Maka, UNDI SOLID wajib diberi kepada Husam. Mat Sabu harus memberi laluan kepada Husam kerana lu org berdua mempunyai fikrah yg sama, iaitu pro-PR.

Jangan pecahkan undi. Kerana jika undi pecah antara Husam dan Mat Sabu, Nasa akan tersenyum gembira. Buat lah pilihan yg tepat dan solid. Undi solid kepada Husam lah yang akan memenangkannya terhadap Nasa. Ini soal halatuju PAS. Sama ada condong kepada UMNO-BN atau condong kepada PR.

Jika mahukan PR mengkafankan SEGERA kabilah UMNO-BN, pilih lah Husam Musa.

Gua tak sanggup tengok Husam dan Mat Sabu masing2 dapat undi 30%.

Jangan kecewakan rakyat Malaysia.

Sumber - KEPALA OTAK BERJAMBUL

Runtuh...LAGI...DAN LAGI...

Seluruh Negara di kejutkan dengan tragedi Stadium Sultan Zainal Abidin yang runtuh, walaupun baru berusia 367 hari setelah dirasmikan pada 11 Mei, 2008.

Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor, telah bergegas ke lokasi stadium yang terletak dalam kawasan Kompleks Sukan Gong Badak, sebuah kompleks yang penuh kontroversi sejak pembinaannya dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada era bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad pada 1995.

Shaziman berkata tragedi bumbung stadium runtuh itu memalukan Negara walaupun kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Katanya ia menjejaskan imej negara kerana runtuhan itu membabitkan stadium baru yang belum sampai setahun digunakan.

“Walaupun daripada segi membaikpulihnya ditanggung oleh kontraktor dengan memasang bumbung baru, ia memberi gambaran yang tidak baik kepada negara, seolah-olah kontraktor kita tidak berkemampuan untuk melakukan kerja (membina) bangunan sedemikian rupa,” katanya selepas meninjau stadium itu bersama Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Zaman Pemerintahan PAS

Pada zaman kerajaan PAS memerintah Terengganu pada 1999 hingga 2004, pembinaan projek stadium telah dengan kos asal RM200 juta itu ditangguhkan.

Bekas Exco kanan kerajaan Terengganu, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong berkata projek tersebut bukan ditolak tetapi tidak diteruskan kerana ia adalah projek yang besar belanjanya dan tidak memberi manfaat kepada rakyat, pada ketika itu.

“Masa kita ambil alih kerajaan pada tahun 1999, kita tangguhkan pembinaan stadium kerana belanjanya besar,

“kita juga mendapati (pada masa itu) tanah tapak pembinaan tersebut tidak sesuai kerana apabila kerja-kerja menanam cerucuk dilakukan, tidak jumpa tanah yang keras,

“pasal apa kita nak buat,”katanya ketika dihubungi Buletinonline semalam.

Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali turut menyokong kenyataan Dato’ Wan Abdul Mutalib.

Beliau yang juga bekas Exco Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri berkata kerajaan Barisan Alternatif Terengganu pimpinan PAS telah menangguhkan pembinaan stadium dan kompleks sukan Gong Badak kerana ia tidak menjadi keutamaan kerajaan negeri.

“Dulu projek tersebut sudah ada, tapi kita tangguhkan kerana belanjanya besar dan tidak menjadi keutamaan kerajaan negeri,”katanya.

Namun penangguhan projek mega tersebut telah di jadikan propaganda oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Ia menjadi salah satu daripada ‘wirid’ kempen Idris semasa pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 dan propaganda tersebut berterusan apabila beliau merampas kerajaan Terengganu daripada PAS.

Roslan Abdul Rahman dalam tulisannya yang bertajuk ‘Bukan Omong Kosong’ menyatakan;

“Lapangan Terbang Baru, Stadium Baru! Lebuh Raya Pantai Timur…ia bukan omong-omong kosong bagi menyedapkan kata-kata IMPIAN MENJADI REALITI seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Sebenarnya apa yang diucapkan oleh pimpinan Kerajaan Negeri adalah benar dan tiada ada yang tidak benar melainkan benar belaka.

“Lihat gambar bukti tentang bagaimana pembinaan lebuh raya kini sedang rancak dijalankan, begitu juga pembinaan atau pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Stadium/Kompleks Sukan di Gong Badak.

“Tahniah Kerajaan Terengganu di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Haji Idris Jusoh yang sentiasa mendapat kepujian YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.” tulisnya dalam Laman Web UMNO Terengganu pada 13 September, 2006.

Pembinaan Stadium Utama yang kemudiannya di namakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah dimulakan pada 27 Mac, 2005.

Ia mengambil tempoh setahun untuk mengagih-agihkan projek tersebut kerana kegiatan lobi melobi yang berlaku diantara ‘kontraktor kroni’ setelah Idris merampas kerajaan Terengganu.

Masing-masing menuntut ‘faraid’ projek-projek yang dijanjikan oleh Idris sekiranya PAS berjaya di’nyah’kan dari Wisma Darul Iman.

Semua projek-projek yang ditangguhkan pelaksanaannya oleh kerajaan Pusat apabila PAS menang, di’struktur’ semula, digelar oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said sebagai projek-projek ‘contractor driven’.

Projek-projek tersebut termasuklah pembinaan stadium bukan dicadangkan oleh kerajaan negeri tetapi ‘melayang’ dari kerajaan Pusat dengan diongkosi oleh wang royalti Petroleum.

Akhirnya projek stadium terpaksa dianugerahkan kepada tiga pihak; Emarcon, Bina Struktur dan Genggam Mercu yang terpaksa berkongsi bagi memuaskan hati semua pihak.

Perbelanjaan pembinaan stadium tersebut yang dibenarkan kerajaan adalah RM 500 juta. (syiling)

Manakala projek kembarnya ‘stadium tertutup’ diserahkan kepada bekas Bendahari UMNO Terengganu Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) yang benilai RM 115 juta.

Semasa Era Ahmad Said.

Beberapa hari selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal Dato’ Ahmad Said mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Idris pada 30 Mac, 2008, beliau telah membuat kenyataan yang mengejutkan.

Ahmad yang dilantik dengan penuh kotroversi berkata, beliau akan mengkaji perlaksanaan projek-projek mega yang dimulakan pada zaman Idris.

Projek yang dimaksudkan oleh Ahmad Said termasuklah pembinaan Kompleks Sukan Gong Badak yang termasuk pembinaan stadium utama.

Namun Ahmad terpaksa menelan ‘air liurnya’ sendiri apabila tidak ada pilihan, terpaksa meneruskan projek-projek yang telah diprogramkan oleh Idris.

Idris yang tidak pernah termimpi diturunkan ‘takhta’ sebagai Menteri Besar telah menyiapkan pelbagai pelan, bukan untuk rakyat, tetapi demi mengejar wawasan dan janjinya ‘Impian Menjadi Realiti’.

Impian Idris adalah untuk melihat kompleks sukan Gong Badak disiapkan dengan segera kerana beliau telah membuat komitmen membawa Sukan Malaysia (SUKMA) ke negeri Terengganu pada tahun 2008.

“Kompleks Sukan kita akan siap dan dapat digunakan pada awal tahun 2008. kemudahan-kemudahan ini dijangka siap sepenuhnya untuk SUKMA 2008. Saya percaya kegiatan dan tahap pencapaian sukan kita akan meningkat berikutan siapnya Kompleks Sukan yang indah dan hebat ini. “kata Idris ketika membentang Bajet 2008 sekitar November 2007.

Anak didik Idris, Dato’ Din Adam, yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu menjadi pelaksana impian Idris membawa SUKMA ke Terengganu.

Din Adam, diakhir hayatnya sebagai Exco turut menjadi pengejar impian Idris dan menyatakan keyakinan, kontraktor ‘kroni’ yang terbabit menyiapkan kompleks sukan akan menyiapkan pembinaan menjelaang SUKMA.

“Kontraktor terbabit sudah menambah tenaga pekerja dan bekerja 24 jam untuk memastikan projek ini siap dalam tempoh masa ditetapkan,” katanya selepas merasmikan Majlis Pengundian Sukan Berpasukan Sukma di sebuah di Kuala Terengganu, pada bulan Februari, 2008.

Namun, ketidaktentuan semasa peralihan kuasa antara Ahmad dan Idris telah menyebabkan pembinaan kompleks sukan Gong Badak terlambat.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengakui pembinaan Kompleks Sukan Negeri mengalami kelewatan ketika melawat prasaran sukan itu pada 12 April, 2008.

Disebalik pengakuan itu, Ismail berkata kelewatan menyiapkan projek kompleks sukan yang akan menempatkan Stadium Utama dan Stadium Tertutup tidak akan menjejaskan persiapan SUKMA yang akan berlangsung 29 Mei hingga 9 Jun 2008.

Sedang, tarikh siap kerja pembinaan stadium utama yang dimulakan pada 27 Mac, 2005 sudah pun berakhir pada 27 September, 2007.

Dan wang berjumlah RM300 juta daripada syiling RM500 juta sudah pun dibayar kepada kontraktor berkenaan.

Penangguhan projek terus diberi sehingga 30 April, 2008, oleh kerana kontraktor adalah dikalangan ‘anak beranak UMNO’.

Hari SUKMA – Impian Menjadi Realiti

Ahmad Said tersenyum lebar apabila Tuanku Sultan merasmikan stadium pada 10 Mei, 2008, walaupun beliau cukup tahu, ia adalah binaan yang separuh siap.

Paparan televisyen dan media arus perdana tidak langsung memfokuskan kamera masing-masing kepada seribu satu masalah yang ada dalam ‘batang tubuh’ Stadium Sultan Mizan.

Ketiadaan lampu limpah (spotlight) diatasi dengan memanggil ‘Event Management’ dari Kuala Lumpur, membawa apa sahaj peralatan, asalkan ‘ongkosnya’ beres.

Simpang siur wayar bekalan elektrik dari punca luar dibawa oleh ‘treler’ penjana kuasa elektrik yang di datangkan khas oleh Tenaga Nasional Berhad kerana mungkin stadium belum mempunyai bekalan elektrik yang cukup.

Atau mungkin pendawaian yang masih belum selesai, justeru bekalan elektrik kepada bahagian-bahagian tertentu dihadkan.

Terdapat beberapa bilik kompatmen di bahagian belakang stadium yang telus pandang ke lelangit konkrit, yang masih belum dikemaskan dengan syiling.

Air meleleh, mengalir ikut anak-anak tangga, tak tahu datangnya dari mana dan tandas stadium yang pelik, kerana hanya ada satu lubang pintu masuk untuk lelaki dan perempuan berkongsi bersama.

Yang paling membimbangkan, jelas kelihatan retak pada struktur utama paling tinggi, yang menyambungkan konkrit dengan besi tiang bumbung stadium.|

Tetapi semua itu tidak ada masalah, semuanya akan dibaiki menjelang perasmian SUKMA, kira-kira 20 hari lagi, pada 31 Mac, 2008.

Semua mata bertumpu kepada Diva tanahair, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang dipancari lampu sorot, bergedik-gedik atas pentas utama.

Buruh-buruh Indonesia, Bangla serta Pakistan mencuri-curi keseronokan, turut hadir dalam majlis perasmian Stadium yang tecanggih di pantai Timur itu.

Hilang segala masalah pembinaan stadium yang tergesa-gesa dan seribu masalah kerja yang akan timbul keesokkan harinya apabila dentuman kuat meriam memancarkan selerakan ‘bunga api’ di ruang udara!

Ahmad Said tersenyum lebar dan ketawa, apabila dirinya merealisasikan ‘impian’ Idris untuk mengiringi Tuanku Sultan berangkat ke pentas Diraja, merasmikan Stadium yang memahat sejarah itu.

Upacara perasmian dan perjalanan SUKMA juga tidak kurang hebatnya.

Walaupun atlet dan pekerja Indonesia berjalan seiringan diatas trek olahraga, namun atlet Terengganu menempa kejayaan dan pekerja Indonesia berjaya membaiki kerosakkan sini dan sana.

Stadium Sultan Mizan mengukir sejarah peribadi kepada Ahmad Said sehingga mengalirkan air mata kerana terlalu gembira.

Terengganu ditabalkan sebagai juara baru SUKMA sekaligus menjadi ‘Kuasa Baru’ sukan tanahair.

Tidak ada sesiapa yang menyangka sebelas bulan kemudian bumbung stadium akan runtuh !

Dan ketika Ahmad Said membuat tinjauan, melihat keseluruhan bumbung stadium yang runtuh semalam, Ahmad Said masih tersenyum dan ketawa….he..he…

Mungkin ‘Impian Menjadi Realiti’ kepada Ahmad, kerana bukan beliau yang membina stadium itu, tetapi Idris!

Sumber - BULETINonline

Pilihlah Husam Atau Abang Mat, Tapi Jangan Pilih.........

KUALA LUMPUR : "Saya tahu ramai yang sudah terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan kepada Husam Musa sejak tahun lepas. Sehingga ada blog "Anti Husam" yang diadakan khas untuk menyerang Husam Musa. Dan ada pula penulis upahan yang telah menulis buku untuk memfitnah Husam Musa dan akan dilancarkan sempena Muktamar depan ini. Ramai yang tak tahu, penulis upahan ini telah disaman oleh Husam Musa dua kali kerana beliau telah menuduh Husam tanpa bukti sebelum ini."

Demikian kata sepucuk emel dari Tulang Besi yang dihantar melalui "Penyokong Pas " kepada saya sebentar tadi. Agak menarik untuk difikirkan dan saya apungkan untuk tatapan anda semua.

Tulang Besi meminta mereka yang meragui Husam Musa, supaya mengundi Abang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Janganlah mengundi calon Timbalan Presiden yang disukai dan diidami oleh Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, cukuplah perpecahan dan persengkataan dalam PAS yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan dan bernafsu besar seperti mereka yang terlibat dalam Fraksi Umno ini. Mereka ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada PAS malahan mereka akan menjadikan PAS alat untuk menyelamatkan Umno sahaja.

Fraksi Umno ini adalah golongan yang tiada maruah dan mereka sanggup mengorbankan PAS semata-mata cita-cita dan kepentingan pribadi mereka sahaja.

Yang lebih menyedihkan, ulasnya, mereka sanggup menukar isu ini kepada kononnya menentang ulama. Sesiapa yang dilihat menentang usaha membawa PAS masuk Umno akan di cop menentang ulama. Begitu lah jahat dan jijik taktik yang dibawa oleh Fraksi Umno ini demi menyelamatkan Umno yang tercinta.

"Tidak disangka sebahagian dari ulama dalam PAS ini adalah dari jenis Harussani Zakaria dan mereka sanggup menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan untuk menyelamatkan Umno," katanya keras.

Menurutnya, Husam menjadi mangsa mereka yang utama sebab tindakan Husam selama ini yang membawa PAS kepada arah yang lebih baik dan menurunkan populariti golongan totok dalam PAS. Pada PRU 2004, golongan totok ini menguasai keseluruhan imej dan tawaran PAS kepada umum. Hasilnya, PAS hilang Terengganu dan hilang semua kerusi di Perak dan Selangor.

Pada 2008, dakwa Tulang Besi, kaedah baru digunakan melalui usaha dan idea dari golongan "erdogan" atau "professional". Misalnya, digunakan slogan "PAS for All", di "engage" HINDRAFF, di tukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Hasilnya, tambah beliau lagi, PAS mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah PAS. Sekarang golongan totok ini mahu "membunuh" golongan professional/"erdogan" ini kerana:

a. Mereka mahu menyelamatkan Umno
b. Mereka mahu "hijack" kemenangan PAS ini dan menjadikan kemenangan ini seolah-olah hak mereka.
c. Mereka mahu memastikan PAS kembali kepada PAS sebelum 2004 sebab cara baru PAS ini bukan idea dari mereka.

"Bayangkan, orang yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan Terengganu sekarang ini memacu usaha membawa PAS masuk BN."

Di Kelantan dakwa Tulang Besi, mereka memfitnah Husam Musa atas ke bawah sebab Husam Musa bertegas tidak mahu memberi balak kepada mereka ini. Kalau ditakdirkan Husam mengikut kehendak puak-puak ni, nescaya PAS akan kalah 2008 lepas. Maka Husam telah difitnah sehabis-habisnya untuk memastikan HUsam tidak naik dan penguasaan mereka terhadap balak di Kelantan dikekalkan.

"Di peringkat nasional, sekiranya Husam Musa dipilih, nescaya Umno akan tersunggkur PRU-13 kelak. Baru ni pun, Zahid Hamidi lari lintang pukang tak berani berdebat dengan Husam Musa setelah percubaan memfitnah Husam dengan tuduhan politik wang gagal," dakwa Tulang Besi penuh yakin.

"Oleh sebab itu, saya menyeru kepada mereka yang tidak menyukai Husam Musa, supaya mengundi Abg Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Kalau tidak, maka PAS hanya akan menjadi kuda tunggangan Umno sahaja dan akhirnya PAS terpaksa tunduk kepada tokeh judi dan arak, yakni yang menjadi pembiaya kepada Umno.

"Ingat, Najib Tun Razak tak sampai sebulan jadi MOF telah meluluskan 10 "Special Draw" yang baru. Tolonglah jangan jadikan PAS sebagai hamba kepada tokeh2 judi dan arak macam Umno," ujar beliau mengakhiri emel tersebut.

Sumber - SANGGAHTOKSAGO.COM

Husam Musa Ejen Anwar, Tidak Wala' Pada Presiden..?

Assalamu'alaikum,

Soalan pertama saya, kenapa tidak menuduh Tok Guru Nik Aziz sebagai Agen Anwar dalam PAS. BUkankah Tok Guru menjadi penyokong terkuat kerjasama Pakatan Rakyat dalam PAS?

Soalan kedua, apa bukti bahawa Husam Musa memberi wala' kepada Anwar melebihi Presiden?

Bukankah Husam Musa di dalam mesyuarat AJK PAS PUsat membincangkan calon untuk PRK Kuala Terengganu yang mencadangkan supaya keputusan dibuat sepenuhnya oleh Presiden PAS dan semua yang dibawah akan menuruti?

Bukankah Husam Musa satu-satunya pimpinan PAS yang pernah menaikkan suara dengan Anwar Ibrahim sendiri kerana menegur sikap beliau satu waktu dahulu yang tidak serius menyusun jentera dan strategi bagi menghadapi PRU ke 12?

Bukankah Husam Musa yang telah mewakili PAS di dalam pembahagian kerusi pada PRU 2008 sehingga Tan Sri Khalid memberitahu itulah negosiasi yang paling teruk pernah beliau hadapi. Dan beliau dahulunya seorang tokoh korporat ternama di Malaysia dan telah bernegosiasi dengan syarikat2 antarabangsa dengan berbagai2 bangsa dan negara.

Hanya kerana menolak kerjasama dengan UMNO, maka beliau dan mereka yang sealiran dengannnya telah digelar sebagai memberi "wala'" kepada Anwar Ibrahim?

Bukankah ini satu penipuan dan fitnah yang sangat dahsyat? Abang Mat Sabu antara yang jelas menghentam Ustaz Nasa atas isu ini, dan beliau sendiri menentang kemasukan PAS dalam UMNO ini. Sedangkan Abang Mat Sabu adalah penentang Anwar yang terkenal dalam PAS sejak Anwar mula2 dipecat dahulu?

Bukankah PAS yang mendapat laba paling besar dari pemecatan Anwar. PAS berjaya mendapat sebuah negeri di Pantai Timur (dan kalau Dr Harun Din tidak tarik diri, mungkin PAS akan berjaya mendapat dua negeri).

Keahlian PAS melonjak naik begitu tinggi sebab Anwar Ibrahim. Orang bukan Islam juga naik sokongan kepada PAS hasil dari imej Anwar Ibrahim menyokong PAS. Dan penentangan orang bukan Islam pada Shariah juga berjaya dikurangkan apabila Anwar mengisytiharkan beliau tidak menolak hudud dalam PRK Kuala Terengganu

Mengapa sekarang ini hendak diburukkan Anwar dan mereka yang tidak bersetuju dengan PAS dibawa kepada UMNO sedangkan Anwar telah banyak menguntungkan PAS.

Saya ini suka melihat "empirical data" di dalam mebuat penilaian kerana data tidak boleh membohong. Dan, apa yang saya nampak ANwar Ibrahim lebih banyak membawa keuntungan dari kerugian kepada PAS.

Sebab itu saya tak berapa nak marah kepada S46 kerana meninggalkan PAS satu masa dahulu. Ini kerana, walaupun PAS dikhianati S46, tapi pada hakikatnya PAS telah mendapat laba yang lebih besar berbanding dengan S46 di dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Laba tersebut bernama Kerajaan Negeri Kelantan.

Lantaklah apa S46 nak buat, yang penting kerajaan negeri telah berjaya didapati oleh PAS. Biarlah Tengku Razaleigh khianat PAS, maki PAS dsbnya. Yang penting, Ku Li gagal dan kita berjaya. Saya percaya sampai hari ni Ku Li mesti termenung berfikir bagaimana sekumpulan Ustaz yang dipimpin Ustaz Fadzil Nor boleh "mempermainkan" seorang lulusan luar negeri dalam permainan politik seperti yang beliau hadapi sebelum ini.

Saya tak kesah apa hala tuju politik Anwar Ibrahim. Yang penting, PAS dapat laba dari kerjasama dengan beliau. DAn setakat ini Anwar Ibrahim tidak pernah mengkhianati PAS dan tidak pernah berbuat apa2 yang tidak baik dibelakang PAS.

Yang saya pasti, PAS akan jadi alas bersih kaki kalau bekerjasama dengan UMNO.

Sebagai penutup, saya meminta mereka yang menuduh Husam Musa dan lain2 pimpinan PAS sebagai agen Anwar, sila kemukakan bukti.

Saya yakin, kalau ada pun bukti, ialah penentangan mereka ini kepada usaha membawa PAS masuk UMNO. Itu sahaja.

Hanya kerana menentang usaha membawa PAS kepada UMNO maka kita telah dilabel sebagai tidak memberi wala' kepada Presiden PAS.

(Di Mesir, perkataan Wala' ini bermaksud "pemetik api").

Wala' saya hanya kepada Allah dan Rasul.

Hairan juga ya. Kenapa tak soal wala' kepada Tok Guru Nik Aziz pula. Bila Tok Guru larang jumpa UMNO, mereka masih jumpa.

Tu takda isu pulak?

Tulang Besi