Friday, 10 July 2009
Dunia artis kita...hampeh..
Kat blog list aku ni di Oh! Artis kalian boleh tgk dunia2 artis yg memang setengah tu mcm tak sedar diri jer...hampeh...(bleh cuci mata huhuuu)...
SAIFUL SITANGGANG DAN PERHIMPUNAN TIADA SAMBUTAN?
Setelah menilai segala kenyataan yang tersirat ini, maka tidak syak lagi kini Saiful Al-Liwati bakal disumpah menjadi "batu" seperti "Si Tanggang Anak Derhaka". Bezanya, si Tanggang sudah mendapat kemewahan dan derhaka kepada ibunya sendiri. Tetapi Si Saiful pula, sanggup durhaka kepada dirinya sendiri semata-mata untuk mengejar kemewahan dan populariti. Beliau bukan sahaja bakal "karam bersama labu-labunya", malah hidupnya akan terus terhina buat selamanya. Sebelum ini Saiful mendabik dada mengatakan supaya Anwar "jangan lari", bila mengetahui yang mantan TPM itu mempunyai acaranya di Amerika Syarikat sebelum tarikh perbicaraan dijadualkan akan berlangsung. Namun, anehnya Anwar tetap hadir ke mahkamah seperti biasa, sebaliknya Saiful pula yang dilihat gagal menghadirkan diri. Walhal didalam blognya beliau berdegar-degar menyatakan akan hadir ke mahkamah, lihat kenyataan ini "Kepada sahabat2 blogger, Saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan diatas segala sokongan dan nasihat yang diberi. Terbaru, saya ada melihat kempen ''Perhimpunan Rakyat'' di blog-blog sahabat. Ikhlas saya nyatakan, saya berasa amat terharu dengan sokongan yang diberi. Sesungguhnya ia telah membakar semangat saya untuk meneruskan perjuangan yang penuh mencabar ini. Semoga Allah swt membalas jasa sahabat-sahabat sekalian. Berjumpa kita di Mahkamah, Insyaallah..". Kini apa yang berlaku siapa yang tidak hadir sebenarnya. Siapa yang takut untuk ke mahkamah sebenarnya?. Bahkan sejak kes ini dibicarakan, biarpun ada penangguhan Anwar tetap akan hadir ke mahkamah dan tidak lari seperti apa yang digambarkan oleh Saiful Al-Liwati itu. Saiful sebenarnya yang takut untuk berhadapan dengan Anwar di mahkamah, inilah hakikatnya !!
Pahangdaily
Himpunan Rakyat Bela Saiful Tiada Sambutan
Sebelum ini, puak-puak Blogger UMNO yang menggelarkan diri mereka Blogger Pembela Negara (BPN) itu begitu lantang mengutuk kononnya himpunan yang dilakukan oleh kumpulan penyokongan Anwar (KEJAM) tidak mendapat sambutan kehadiran 5,000 rakyat yang diharapkan. Tetapi sebaliknya, apa yang dapat dilihat di mahkamah Rabu lalu "perhimpunan rakyat" yang ditaja oleh BPN juga telah gagal mendapat sambutan sebenarnya. Justeru itu, mereka tidak perlulah mendabik dada kononnya himpunan itu gagal. Walhal, pimpinan KEJAM seperti Shamsul Iskandar Md Akin (PKR), Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (PAS) dan ramai lagi itu telah berjaya hadir dan mengadakan demonstrasi aman di ruang legar mahkamah. Bahkan mereka juga telah berjaya mengadakan sidang media sekitar 10 minit di situ. Anehnya, mana perginya puak-puak Blogger Pembela Negara yang kononnya mengadakan himpunan rakyat bagi membela Saiful tidak mendapat sambutan sebenarnya. Kegagalan KEJAM ada asasnya, kerana pihak polis mengadakan sekatan di jalan masuk ke Mahkamah Tinggi. Itu pun sebahagian daripada mereka berjaya melepasi halangan itu. Tetapi sebaliknya, bagi penyokong Saiful langsung tidak kelihatan sama ada bersuara atau pun membuat sidang media bagi menyokong Saiful Al-Liwati.
Namun anehnya ada juga seorang blogger UMNO yang menguruskan blog Gerakan Anti PKR (GAP) menyatakan " Aku berpeluang bercakap dengan Saiful Bukhari sebentar tadi, bapanya dan Uncle Pet turut hadir". Nampak benar blogger terbabit menipu dalam blog panasnya itu. Sedangkan Saiful sendiri menyatakan dalam blognya yang beliau tidak dapat hadir. Tiba-tiba blogger penjilat UMNO itu menyatakan sebaliknya. Bukankah ini Auta namanya?. Nampak benar puak-puak ini sudah ketandusan idea. Malah kelibat mereka di Mahkamah Tinggi hari itu juga dirahsiakan kerana takut identiti dikenal pasti. Terbuktilah kini bahawa puak-puak mereka memang takut untuk berhadapan dengan kenyataan. Tetapi begitu rakus dan berdegar-degar bercakap di alam siber. Tidak terdengar langsung suara jeritan atau laungan yang menyebut "Sokong Saiful" atau sebagainya bergema di perkarangan mahkamah hari itu. Apa yang jelas kedengaran ialah laungan "Hidup Anwar, Bebas Anwar" dan sebagainya. Susulan daripada itu, kami menganggap yang sudah lumrah dan takdir yang puak-puak Blogger UMNO ini "takut pada bayang-bayang sendiri" !!

KENYATAAN MEDIA DATO’ SERI PRESIDEN PAFA
Saya, memandang serius kenyataan YB Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mendesak saya meletakkan jawatan selaku Presiden PAFA, kerana kononnya kantung PAFA kini kekeringan sehingga menyebabkan gaji pemain bola sepak Perak gagal dibayar mulai Jun 2009. Sebenarnya gaji mereka bagi bulan Jun dan inshaAllah bulan Julai 2009 telah memang dirancang sediakan.
Kenyataan YB Dato Seri Dr. Zambry itu tidak menunjukan sikap professionalisma seorang ketua kerajaan yang prihatin akan masalah rakyatnya. Ia lebih mengambarkan watak yang amat negatif, berdendam dan gagal membezakan kaedah bersukan dan berpolitik.
Ia secara jelas menunjukkan bahawa YB Dato Seri Dr Zambry sekali-kali tidak berfikiran positif untuk membantu tetapi sebaliknya lebih berusaha merosakkan keadaan. Setelah mengemudi PAFA kurang lebih 7 bulan, saya mendapati PAFA banyak tanggungan lapuk sejak beberapa tahun lamanya. Itulah peninggalan saki baki pengurusan lama. Namun pengurusan baru tidak pernah bersungut malah terus menggembeling khidmat bagi menyusun semula PAFA.
Bayangkan ketika ambil alih itu dengan tunggakan gaji pemain-pemain selama lima bulan yang mesti dilangsaikan. Pemain pemain serta pegawai baru telah diambil .Penyata kewangan PAFA terdahulu terdahulu dari itu jelas tertera hutang lapuk yang mencecah sekitar RM3juta. Saya difahamkan ketika itu segala peruntukan tahunan bagi PAFA dari FAM telah didahulukan. Sehinggan peruntukan 2009 juga telah pohon-ambil. Maka bagi 2008 sememangnya FAM tidak menyumbang kerana telah diserah awal terdahulu dari itu.
Semasa menjadi ketua “government of the day”, rakan-rakan exco serta Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, tanpa mengira kedudukan siapa yang menerajui PAFA ketika itu, pernah meluluskan dan menghulurkan bantuan negeri sebanyak RM300,000.00 semata-mata untuk membantu masalah kewangan PAFA yang terlalu meruncing sebelum lagi saya mengambil alih menjadi Presiden PAFA. Saya tidak pernah mendesak sesiapapun berundur semasa itu, malahan saya tidak mendesak ditawarkan jawatan Presiden, tetapi ia diputuskan oleh Kongres tahunan PAFA. Saya pikul dengan penuh tanggungjawab dan berhemah. Jauh dilubuk hati saya mahu melihat PAFA bangkit semula dan mengharumkan Perak.
Saya menerima tawaran itu dengan hasrat membantu menyelesaikan masalah kewangan PAFA yang begitu kritikal. Tambahan banyak pihak yang mendorong saya menerima jawatan berkenaan. Akhirnya saya dipilih melalui kongres tahunan PAFA, dan saya menerimanya sebagai tindakan untuk sama-sama berusaha menyuburkan PAFA, terutama dalam sukan bola sepak.
Ramai kenalan rakan dan taulan mula membantu dan menyumbang dalam semua aspek termasuk kewangan dan tajaan yang dapat segera memulihkan PAFA. Sejak itu gaji para pemain dan pegawai dan lain lain perbelanjaan semasa tidak pernah ditangguh. Moral pemain dan pegawai memuncak.
Setelah insiden rampasan kuasa kerajaan pada 6 Feb 2009, suasana agak bertukar. Oleh yang demikian, saya juga memang tidak merancang untuk terus memegang jawatan Presiden PAFA ini, malahan akan berundur apabila tiba waktu yang bersesuaian. Saya juga telah bertemu dengan Setiausaha Agung FAM, Yg Brbhg Dato’ Azudin di pejabat beliau, memaklumkan pendirian, kedudukan, sumber dan kemampuan saya yang terhad daripada segi kewangan untuk membantu PAFA.
Sesungguhnya, saya difahamkan bukan hanya Perak menghadapi masalah kewangan seumpama ini, malahan oleh mana-mana persatuan bola sepak negeri lain memandangkan “gate collection” semasa adalah tersangat rendah. Membentuk sebuah pasukan bola sepak memerlukan masa bukan boleh dibina dalam tempoh enam bulan. Malaysia sendiri masih dalam proses membina pasukan bola sepak yang terbaik.
Saya dimaklumkan bahawa satu pasukan berhasrat menarik diri dan satu lagi pasukan telahpun memohon pendahuluan peruntukan 2010 oleh kerana himpitan kewangan. Sewajarnya jika YB Dato Seri Dr Zambry mahu mendahulukan rakyat, maka inilah masanya membuktikan bantuan kewangan dari kerajaan sekurang-kurangnya mengahabiskan tempoh satu sessi sehingga akhir bulan Ogos 2009 nanti.
Ramai diantara pemain baru yang kita rekrut 9 bulan yang lepas kini telah menunjukan mutu permainan yang amat mengkagumkan sehingga beberapa diantara mereka sedang di minati oleh FAM sendiri sebagai berpotensi menjadi pemain kebangsaan. Moral pemain-pemain dan pegawai juga meningkat. Ahli-ahli Kelab penyokong PAFA juga pada akhir-akhir ini cukup bersemangat. Sama-samalah kita majukan PAFA demi kegemilangan Perak.
YB. DATO’ SERI IR. HJ. MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN

Subscribe to:
Posts (Atom)