Thursday 16 July 2009

Pengakuan Bekas Seorang Paderi.

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang.

Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun.

Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hinggasekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00,bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan -Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi,Kota Raya dan Sg Wang Plaza.


Cara-cara berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah
akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang).

Senawang terlibat seramai 200 orang,ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah diKristiankan,susah untuk dinasihati kerana kebanyakannya anak Menteri dan Datuk-Datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat..

Banting, Kamariah bt Sidek -lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari)

En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke NibongTebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak).

Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian:

Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah.Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.


Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.



'Sebarkanlah walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'
(Surah Al-Ahzab:71)

demi kebaikan kita bersama untuk suami,isteri,anak-anak,kaum keluarga, saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.


ALLAHUAKHBAR... ALLAHUAKHBAR...


cilok dari anak sungai derhaka

Akhlak dan peribadi rasullullah saw.

Rasulullah s.a.w. adalah insan pilihan, utusan terakhir yang diutus untuk menyampaikan risalah Ar-Rahman keseluruh alam. Baginda adalah contoh teladan yang terbaik dan sememangnya menjadi ikutan dalam kehidupan muslim pada hari ini. Keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. dibuktikan dalam Al-Quran melalui firman-Nya dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah."

Berdasarkan dalil yang dinyatakan di atas, dapat dibuktikan bahawa keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. telah diiktiraf oleh Allah SWT sehingga dirakamkan di dalam kitab suci al-Quran untuk dijadikan teladan mahupun "role model" kepada umat baginda dari dahulu hinggalah sekarang, kerana segala yang termaktub dalam al-Quran itu adalah kekal dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman.

Petikan kenyataan "Akhlak Rasulullah adalah al-Quran" merupakan kata-kata yang diungkapkan sendiri oleh Saidatina Aisyah r.a. sebagai penghargaan dan kekaguman seorang isteri terhadap Rasul tercinta.

Akhlak Rasulullah s.a.w., diumpamakan indah bagaikan Al-Quran, ini kerana baginda adalah Rasul (utusan Allah) yang dipilih untuk menyampaikan amanat dari Tuhannya dan melaksanakan tanggungjawab menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh alam, sehinggalah ke hari ini. Kita dapat merasakan seruan dakwah baginda dengan nikmat iman dan Islam yang menjadi tunjang akidah kita, dibuktikan lagi dengan turunnya kitab suci al-Quran yang merupakan kalam Allah dan mukjizat yang paling berharga dianugerahkan kepada baginda Rasulullah s.a.w., melalui perantaraan malaikat Jibrail, juga merupakan sumber utama perundangan Islam, di mana di dalamnya terkandung seluruh peraturan hidup yang syumul meliputi seluruh aspek kehidupan dan tetap menjadi rujukan seluruh umat manusia pada hari ini.

Akhlak Rasulullah s.a.w. seiring dan sepadan seperti mana yang digariskan oleh Allah SWT di dalam ayat-ayat-Nya, yang menjadi tatapan pada umat terdahulu dan menjadi teladan kepada umat yang kemudian. Sesungguhnya, beruntunglah umat Nabi Muhammad pada hari ini, sungguhpun tidak berada di zaman baginda, namun sunnah dan sirah baginda tetap tersemat di hati, lantaran kecintaan terhadap Allah dan Rasulnya serta beriman dan menyakini apa yang di bawa oleh baginda Rasulullah s.a.w..

akhlak terpuji
Rasulullah s.a.w.adalah qudwah hasanah yang tidak dapat ditandingi lantaran peribadinya yang terpuji dan dikagumi sendiri oleh kawan mahupun lawan. Manakan tidak, Rasulullah tetap melemparkan senyuman tatkala dicaci, dihina dan dipersenda oleh musuh-musuh Islam sewaktu baginda menyampaikan risalah dakwahnya. Malahan, baginda sentiasa merendah diri, berbicara dengan lemah lembut dan untuk menarik mereka mendekati Islam.

Peribadi Rasulullah s.a.w. sungguh anggun dan menawan, sungguhpun bergelar nabi, namun baginda sedikit pun tidak menyombong dan tidak riya' dengan kedudukannya yang sangat mulia di sisi Allah SWT. Tidak seperti kebanyakan pemimpin pada hari ini, yang angkuh dan bongkak dengan gelaran, pangkat dan jawatannya yang hanya sementara sahaja. Baginda Rasulullah s.a.w. merupakan seorang sahabat dan teman yang setia, seorang suami yang mithali dan lembut hati, seorang bapa yang penyayang dan penyabar, seorang pemimpin yang adil, bijaksana dan berkarisma juga hamba yang wara' dan tawadhuk serta taat kepada Allah SWT.

Keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. sesuai dengan gelaran yang di bawa, iaitu al- amin yang bermaksud yang dipercayai, dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai pembawa risalah dan memberi petunjuk dan jalan dari perkara kemungkaran kepada kema'rufan, perkara batil kepada yang haq, dan kejahilan kepada cahaya.

Rasullah s.a.w. diutus pada zaman Jahiliyyah di mana umat manusia pada ketika itu hidup dalam keadaan kemunduran, kejahilan, persengketaan, penindasan, porak- peranda dan saling berbunuhan. Oleh yang demikian, turunlah ayat Allah dalam Surah Ibrahim ayat 4 yang bermaksud:
"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, agar dia dapat memberi penjelasan kepada mereka. Maka Allah menyesatkan kepada siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dia Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana."

Justeru itu, perlantikan dan pemilihan baginda sebagai Rasul utusan Allah adalah membawa tanggungjawab besar untuk memperbetulkan keadaan masyarakat pada ketika itu, dan menunjukkan sinar kebenaran ke arah hidup yang diberkati Allah.

Demikianlah, besarnya peranan baginda sebagai penghulu sekalian nabi, pemimpin pejuang Islam, dan penyelamat sekalian ummat. Ini disebutkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya dalam surah Saba' ayat 28 yang bermaksud:
"Dan tidaklah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam."

Sungguhpun begitu, berat dan amat payah tanggungjawab baginda, Rasulullah tetap bersabar dan istiqamah dalam perjuangannya menyampaikan risalah dakwah hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir. Inilah bukti kasih sayang baginda terhadap umatnya. Meskipun berhadapan dengan saat ajal datang menjemput, baginda sentiasa mengingati umatnya, dengan kata-kata terakhir yang keluar dari mulut baginda: "Ummati, ummati, ummati..." (Umatku, umatku, umatku).

Allahu akhbar... Maha suci Allah, begitu agung peribadimu, sungguh menawan tutur bicaramu, terpaut hatiku menghayati sirah hidupmu. Engkaulah Rasul pilihan, engkaulah pemimpin sanjungan, engkaulah suri teladan, engkaulah permata yang sentiasa bergemerlapan, engkaulah sinar yang menerangi seluruh alam... engkaulah pujaan setiap insan.

Rasulullah diutus membawa cahaya, memberi sinar pengharapan, menunjuk jalan kepada kebenaran. Keperibadian baginda tidak dapat disangkal lagi, keluhuran baginda tidak dapat diragui, keikhlasan baginda tidak dapat ditandingi, pemergian baginda tiada lagi pengganti.

Wahai seluruh umat manusia, bangunlah dari lenamu, sedarlah dari angan-anganmu, bukalah mindamu, asahlah bakat dan kemampuanmu, persiapkan dirimu untuk meneruskan perjuangan dakwah baginda Rasulullah s.a.w..

Jika dilihat situasi remaja pada hari ini, tiada langsung yang mencerminkan keperibadian yang luhur seperti mana yang ditunjukkan oleh contoh teladan, Rasulullah s.a.w..

Andainya kita mengambil artis-artis sebagai ikutan dan role model dalam kehidupan kita, dimanakah nilai iman kita sebagai umat yang mengaku Islam?

Wahai para remaja yang dikasihi sekalian, duduklah seketika, berfikirlah sejenak, patutkah kita mengambil artis sebagai ikutan, wajarkah kita meninggalkan Rasulullah s.a.w.insan agung sebagai panduan dalam kehidupan kita? Sudah pasti jawapannya tidak sama sekali. Tergamakkah kita mengagung-agungkan artis, memuja- muja kekasih sebagai tanda sayang kita kepadanya? Sebaliknya melupakan selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w. sebagai bukti cinta agung kepadanya? Persoalan ini perlu dijawab sendiri oleh umat yang mengaku hamba kepada Allah yang Maha Esa dan umat yang inginkan syafaat baginda di padang Mahsyar kelak.

Perginya baginda meninggalkan umat, mewasiatkan dua perkara yang paling berharga tiada tandingannya, iaitu kitab suci al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w.. Barangsiapa yang berpegang teguh kepada keduanya, maka ia tidak akan sesat selamanya, Insya' Allah.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita duduk sejenak merenung kejadian sendiri, menginsafi kekurangan diri, kembali ke pangkuan IIahi. Apakah kita benar-benar ingin menjadi ummat baginda? Apakah peranan dan tugas kita sebagai umatnya? Layakkah kita bergelar umat baginda? Beranikah kita memohon syafaat baginda di akhirat kelak? Apakah yang telah dikorbankan untuk Islam? Apakah yang telah kita sumbangkan untuk perjuangan dakwah baginda? Persoalan inilah yang sepatutnya berlegar-legar di fikiran kita, seandainya mengaku bahawa kita adalah ummat Rasulullah s.a.w. Duduklah sebentar, fikir-fikirkan, tepuklah dada, tanyalah iman...

Sungguhpun kita tidak dapat menjadi sesempurna nabi, tetapi... berazamlah untuk memperbaiki akhlak dan peribadi... Sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita, dan Dia sentiasa menolong hamba-Nya yang suka kepada kebaikan