Monday 10 October 2011

gaji minima??apa citer?

mungkin terlepas pandang hal ni...dlm bajet kali ni...ada ke di bgtau pasal gaji minima..? seingat aku dr tahun lepas lagi dah kata nk buat kajian dan akan diumumkan pd bulan jun..tak habis2 lg dlm peringkat kajian ke?? seingat aku juga dah berapa tahun isu ni di perkatakan?? dah berapa kali bajet pm bentangkan...penyelesaiannya tkde pun....maka bg pekerja swasta terutamanya..apalah yg di harapkan sgt pada bajet kali ni...sama jer laa kata mereka...ptuihhhh...

Friday 9 September 2011

naik naik naik !!!

Mulai 15 september 2011,pembelian tambah nilai prabayar(topup) dan permulaaan prabayar/pek sim bagi semua syarikat telekomunikasi akan di kenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%!......wahhhhhh tahniah..sukanya....horeyyyyyyy!! ptuihhh!

Sunday 14 August 2011

dari dua sumber...bandingkan...


HARAKAH DAILY..

Larang guna pembesar suara selaras syarak
(Salmah Mat Husain)

KOTA BHARU, 14 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenar masjid menggunakan pembesar suara menyiar bacaan al-Quran sebelum Subuh selari dengan syarak.

Menteri Besar berkata, Islam tidak menggalakkan bacaan al-Quran diperdengar dengan kuat terutamanya menggunakan pembesar suara kecuali azan.

"Hanya azan sahaja yang perlu dikuatkan dengan tujuan untuk menyeru umat Islam menunaikan solat dan meninggalkan sementara urusan dunia," katanya selepas merasmikan pelancaran Koperasi Rakyat Kelantan Berhad di KTC hari ini.

Beliau diminta mengulas larangan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menggunakan pembesar suara di masjid sebelum solat Subuh kerana ia dianggap mengganggu ketenteraman masyarakat berbilang kaum.

Sebelum ini media melaporkan JHEAIPP mengarahkan semua masjid dan surau menghentikan bacaan al Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh kerana bercanggah dengan hukum syarak.

Arahan tersebut juga selaras dengan keputusan masyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri berkenaan pada 7 April lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, umat Islam jangan begitu seronok membaca al-Quran dengan menggunakan pembesar suara kerana ia tidak elok dan boleh mengganggu ketenteraman orang ramai terutama kanak-kanak sedang tidur.

"Di Kelantan mungkin tak apa, sebab sudah menjadi perkara biasa, namun sesetengah tempat mungkin tidak boleh dan keputusan itu perlu dihormati," ujarnya.

Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, suasana masyarakat berbilang kaum perlu diambil kira apabila memperdengarkan bacaan al Quran secara kuat sebelum Subuh.

Katanya, bagi penduduk tinggal di negara yang majoritinya orang Islam perkara seperti itu tidak berbangkit kerana orang ramai sudah faham.

“Apa yang diputus di Pulau Pinang itu selaras dengan kehendak syarak kerana suasana persekitarannya bukan hanya didiami orang Islam sahaja.

“Syarak hanya membolehkan azan dilaungkan dengan kuat bagi menyedarkan orang yang tidur supaya bangun menunaikan solat,” ujarnya di sini.

Tindakan JHEAIPP turut disokong pensyarah USM, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang memberi contoh Rasulullah saw pernah melarang orang membaca al-Quran secara kuat dalam masjid kerana boleh mengganggu jemaah lain.


BERITA HARIAN ONLINE


Nik Aziz sokong larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara


2011/08/14

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju amalan bacaan Al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara.
Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh.

"Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit," katanya selepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di sini, hari ini.

Mengulas tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara ketika mengaji Al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau di negeri itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menggesa wanita negeri ini yang suka membeli atau menyimpan barang kemas supaya menjualnya untuk dilaburkan dalam KRKB yang baru dilancarkan itu.

Ia kerana, katanya, ia akan memberi pulangan yang menguntungkan kesan kenaikan harga emas dunia yang menjadi bahan pelaburan urusniaga koperasi menerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB).
Ketika ditanya sama ada kebimbangan sesetengah rakyat Kelantan yang ingin melabur dalam koperasi itu kesan kegagalan Koperasi Kohilal yang kebanyakannya dianggotai PAS, Nik Abdul Aziz berkata, kegagalan koperasi itu berikutan kejatuhan saham dan keadaan ekonomi merudum pada 1998. - BERNAMA

Sunday 31 July 2011

Hujan lebat dan ribut di PORT DICKSON...




































































































30 julai..Hujan dan ribut berlaku di port dickson pada waktu pagi lebih kurang jam 11pagi,selepas Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) yg telah disempurnakan oleh Datin seri Rosmah dan Dato seri Najib Tun Razak...

(gambar2 oleh KIA AHMAD...)

Friday 22 July 2011

kenapa facebook berwarna biru?

Tahukah anda kenapa halaman facebook itu berwarna biru?.Kerana Pengasas Facebook,Mark Zuckerberg ternyata buta warna.Itu yang menyebabkan halaman Facebook.com dipenuhi oleh warna biru dan tidak pernah berubah sampai saat ini.

Pengakuan Mark itu diterbitkankan oleh majalah The New Yorker dan dikutip oleh CNN.com.Mark mengalami buta warna merah-hijau."Yang dapat kulihat adalah biru",akuinya pada majalah tersebut.

Sunday 27 March 2011

Kelab Greenboc: Penemuan-penemuan Muslim Yang Mengguncang Dunia

Kelab Greenboc: Penemuan-penemuan Muslim Yang Mengguncang Dunia: "Penemuan-penemuan muslim yang mengubah dunia Kehidupan moden tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim. Projek 1001 kembali mengingat..."

Friday 25 March 2011

komedi 3 orang yang bodoh...

















mau bikin lawak HITAM PUTIH zaman kaler dah tak laku ler...hahahahaha

Tuesday 1 February 2011

huh! melompat lagi di saat akhir...pecah rekod juta-juta...
















Dua pasukan bermasalah di awal musim liga EPL akhirnya berjaya mendapatkan pemain baru yang di hajati..
Setelah kempunan beberapa musim,Chelsea akhirnya berjaya mendapatkan khidmat fernando Torres dan mengikat kontrak selama 5 tahun dari liverpool di saat tarikh akhir perpindahan pemain semalam..Perpindahan ini yang bernilai 50 juta pound (RM243.2 juta)juga mencatat rekod perpindahan pemain di british...
Sementara itu Liverpool juga berjaya mendapatkan pengganti dengan mengikat kontrak Andy Carrol dari newscastle dengan yuran perpindahan yang mencecah 35 juta pounds (kira-kira RM171 juta)..selama 5 tahun setengah..
Liverpool turut mendapatkan khidmat penyerang Ajax iaitu Suarez 24,dengan yuran perpindahan 22.6 juta pounds (kira-kira RM110 juta)
Suarez, menyertai Liverpool dengan kontrak lima setengah tahun...
Berbaloi ke chelsea mengambil pemain yang kerap cedera..???

Wednesday 12 January 2011

surat memohon kerja!

Surat ini memang betul diterima oleh MAS (Malaysian Airlines).........



Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja di syarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini.Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur.Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja,saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia ...

4. Pengalaman kerja

!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang,Kuala Lumpur
(kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)
!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan.Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja di syarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira& seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh di samping bangun awal dan datang kerja awal.Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja di sini.

Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja.Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat.Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segalanya bermula&berakhir dgn baik.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin dan kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)

25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor

p/s: aku pun tak tau la betul ke tak surat ni..

main telur laaa kome!!



Tuesday 11 January 2011

panassss!

Betapa panasnya mother board and processor korang...








Saturday 8 January 2011

cinta....


"CINTA bukan ada pada "couple"..CINTA bukan terletak pada "i love u"..CINTA juga bukan pada "i miss u"..CINTA bukan pada "can i touch u?" kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata..CINTA yang mahal itu tak perlu dilafazkan kerana bicara CINTA terucap saat ijabkabul dilafazkan..ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana Allah.."

Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai? Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki...Tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini?

Cinta Itu Indah.. Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah.. Bila Tujuannya Kerana Allah.. Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. :)

JiKa engkau suDah mengenal ALLAH,
maka cukUplah ALLAH di hatimu,
WaHai hati, engKAu mengakui
mencintai ALLAH, sedangkan engKau
berMaksiat kepaDa-Nya,
wahai jiWa, bukankah seoRang pencinta
akan tunduk kepada yang diCintainYa??

Bangkitlah wahai pemuda dan pemudi Islam! Jiwa pemuda yg sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir mjd kuncup kerana terjerat dgn percintaan.. Jiwa pemudi yg sepatutnya disirami dgn kesopanan dan kesolehan di dada mjd kotor dek cinta yg ternoda..

Antara nafsu dan iman, sering menjadi pilihan..antara Allah dan syaitan, penentu kekuatan iman.. antara dunia dan akhirat, dua2 kena seimbangkan.. andai nafsu, syaitan dan dunia semata-mata bermaharaja dalam diri, itu membuktikan betapa tandus dan kontangnya cinta kita terhadapNya..

Serahkan cintamu pada ALLAH, kelak, kau takkan kecewa..salurkan rindumu pada Rasulullah, nescaya kau akan merasa bahagia..suburkan sayangmu pada Ibu Bapa, pasti kau gembira melihat mereka..siramlah perasaan kasihmu pada Sahabat-sahabat yang mengalirkanmu ke jalan kebenaran..bersihkanlah HATImu untuk bertemu dengan sekeping HATI suci pilihanNya..