Monday, 10 August 2009

SERAHAN SURAT RASMI KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Semua Editor dan Wartawan,

Media Massa.

Saudara / saudari,

SERAHAN SURAT RASMI KEPADA DATUK BANDAR IPOH MEMOHON MENGGUNAKAN STADIUM PERAK, IPOH UNTUK MENGADAKAN HIMPUNAN BUBURKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PERAK

Adalah dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) dan juga Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Perak akan membuat serahan tersebut pada maklumat seperti berikut :-

Tarikh : 11 Ogos 2009 / 20 Syaaban 1430

(SELASA)

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Pejabat Datuk Bandar Ipoh,

Majlis Bandaraya Ipoh,

Jalan Sultan Abdul Jalil,

Greentown, Ipoh.

Serahan akan di ketuai oleh pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Perak.

Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan. Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,



SAFARIZAL BIN SALEH

Penolong Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

(H/P : 013-326 6194)

BESORRRR NYA YEOP!!

Pergerakan Pemuda UMNO cabar Pemuda PAS berhimpun

Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

1. Beberapa hari yang lalu , [ hari jumaat lepas kalau tidak silap ] saya telah dihubungi menerusi telefon bimbit oleh Saudara Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui sahabat lama saya saudara Lokman Adam .

2. Ringkas saya bertanya , mimpi apa sdr Lokman hubungi saya sejak sekian lama tidak bertemu kecuali lama dulu sewaktu beliau bersama AMK di bawah kepimpinan Ezam Mohd Noor.

3. Sejurus selesai bertanya khabar , sdr Lokman beritahu , ada orang nak bercakap dengan saya lalu di telefon bimbitnya di passkan kepada sdr Khairy yang mulanya bertanyakan perihal surat jawabnya berkait isu wacana ilmiah antara Pemuda PAS dan Pergerakan Pemuda UMNO .

4. Kemudiannya Khairy mengundang saya bersama Pemuda PAS untuk menyertai satu perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Pemuda UMNO di Shah Alam bagi mengutuk Ronnie Liu berkait isu arak yang mencetus kontraversi baru - baru ini .

5. Menghormati beliau yang menghubungi saya secara terhormat , maka saya hanya jawab ringkas " Insyaallah , esok [ sabtu ] Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ] akan mengadakan mesyuarat bulanannya . Kami akan putuskan disitu [ dalam mesyuarat bulanan ] berkait dengan pelawaan Sdr Khairy [ Pemuda UMNO ] dan bagaimana pula stand DPPP terhadap isu arak di Selangor " .

6. Malangnya akhbar hari sabtu dan ahad telah tersebar berita dan kenyataan Khairy bagaimana Pemuda UMNO kononnya telah mencabar Pemuda PAS agar keluar berhimpun bersama mereka bagi membantah dan mengutuk Ronnie Liu sedang saya belum memberi jawapan balas secara rasmi kepada beliau . Tetapi oleh kerana beliau kelihatan terlebih awal dan tidak sabar - sabar mengumumkan kepada orang ramai menerusi media , maka biarlah saya juga menjawab menerusi media tanpa perlu menghubungi beliau [ Khairy ] lagi .

7. Saya tidak ada masaalah dengan hasrat Pemuda UMNO untuk berhimpun justeru perhimpunan sedemikian bukanlah asing bagi Pemuda PAS , lagipun Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang selayaknya membenarkan perhimpunan aman dianjurkan . Cuma , apa yang menarik ialah Pemuda UMNO mengundang Pemuda PAS untuk menyertai himpunan tersebut bersama mereka seraya mencabar kewibawaan Pemuda PAS sayap kepada Gerakan Islam PAS .

8. Kononnya himpunan mereka ialah untuk membela Islam dan hukumnya agar tidak dipersenda sebaiknya ditegakkan di bumi Selangor . Ianya gara - gara isu yang tercetus dari kontraversi arak di Selangor . Persoalannya sejak bila Pemuda UMNO peka terhadap isu agama dan perlaksanaan syariat ? jika ianya baru bermula dan berputik sehari dua ini , alhamdulillah semoga Pemuda UMNO terus mendekatkan diri dengan isu - isu agama malah berani bangkit mempertahankan Islam dan syariatnya agar kelak ia dapat ditegakkan di atas tanahair kita .

9. Kedua , rakyat masih sangsi khasnya Pemuda PAS terhadap hasrat Pemuda UMNO yang mahu menganjurkan himpunan pada 14 ogos ini demi mempertahankan dan menjaga kesucian Islam kononnya . Ianya berasaskan sikap yang diambil oleh Pemuda UMNO yang melarang ahlinya dari turun menyertai himpunan aman 100 ribu ummah untuk menentang akta zalim ISA baru - baru ini [ 1 ogos ] bahkan mendesak agar ianya segera dimansuhkan oleh kerajaan . Sedang ISA adalah akta yang juga bercanggah dengan Islam . Mempertahankan ISA adalah satu persendaan terhadap agama dan hak asasi kemanusian .

10. Ketiga , Kenapa Pemuda UMNO tiba - tiba tertarik untuk mengadakan himpunan di Shah Alam bagi menentang arak di Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat bahkan mencabar Pemuda PAS agar turun berhimpun bersama mereka ? Kenapa mereka tidak mengadakan himpunan atau road show membantah penjualan arak ke seluruh negara yang rata - rata negeri masih berada di bawah kerajaan UMNO dan BN dan arak terlalu banyak di situ . Bagaimana kalau saya [ Pemuda PAS ] pula mencabar agar Khairy dan Pemuda UMNO mengadakan himpunan membantah arak dan judi dinegeri Pahang , Johor , Wilayah Persekutuan , Melaka , Negeri Sembilan , Langkawi , Pulau Tioman , Pulau Pangkor dan lainnya ? Sekurang - kurang Pemuda UMNO hantar memorundum membantah pun sudah dikira cukup .

11. Sementara Isu arak di negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat , DPP telah mengambil langkah menyerahkan memorundum kepada Yb Ronnie Liu melalui DPP Negeri Selangor dan disokong sepenuhnya oleh DPP Pusat . DPP Pusat telah memberi tempoh sekurang - kurangnya sebulan kepada Kerajaan Selangor untuk mengemukakan polisi penjualan arak di negeri itu .

12. DPP Pusat mengambil langkah menegur dan menasihati kerajaan negeri Selangor [ memandangkan Pakatan Rakyat masih baru - tak sampai 2 tahun - mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Selangor berbanding UMNO dan BN yang memimpin 50 tahun ] supaya Selangor dan negeri - negeri lain yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat menerima pakai kaedah penjualan arak yang dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri Kelantan . Malah ianya dilihat berkesan serta telah terbukti kesannya sejak 19 tahun lalu .

13. DPP Pusat telah menegaskan pendiriannya bahawa , sekali - kali Pemuda PAS sebagai Pemuda Gerakan Islam tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha yang cuba memperlekeh agama Islam apalagi menghinanya . Sebaliknya Pemuda PAS akan terus thabat dan teguh insyaallah , dalam mempertahan serta memperjuangkan Islam agar kelak syariatnya tertegak di atas tanahair ini .

14. Namun begitu , DPP Pusat tidak akan melulu dalam tindakan . Segalanya dihalusi dari pelbagai aspek melalui mesyuarat yang dianggotai oleh pemuda yang memiliki pelbagai latar belakang dan kemahiran pula dibimbing oleh hikmah para ulamak yang menerajui kepimpinan parti .

15. Pemuda UMNO tidak perlu mengajar Pemuda PAS bagaimana untuk ia mempertahankan kesucian Islam . Apa yang pasti UMNOlah punca segala kebanjiran maksiat dan mungkar yang sukar dibendung hari ini setelah mempunyai mandat memerintah sejak merdeka . Pakatan Rakyat sedang mengalih transisi cuma kini masih dalam diperingkat awal . Banyak perkara yang perlu diubah dan dibaiki . Tentunya ia tidak boleh dilakukan secara drastik justeru ia melibatkan paradigma yang perlu diubah , dianjak dan dibina kembali setelah 50 tahun ia terbentuk .

Sistem perlu dibaiki , sikap perlu diubah , mind set perlu dibina , peraturan perlu dikaji semula , undang - undang perlu diteliti , penguatkuasaan perlu disemak dan pencapaian perlu dinilai sementara Pakatan Rakyat , kalau pun tidak bermula dari kosong , nyata ianya bertolak dari paras yang terlalu rendah untuk melonjak ke tahap tinggi dalam keadaan gerakannya ditekan .
Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Kes Teoh : Teori Kospirasi Semakin Jelas ?

Artikel Oleh: addin_77


Lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai Inkues ke Plaza Massalam semalam banyak menimbulkan persoalan berkaitan kes tersebut. Penemuan kesan seperti darah di tangga antara tingkat 14 ke tingkat 15 Plaza Masalam tempat terletaknya pejabat SPRM mengejutkan koroner dan para pegawai Inkues kematian Teoh Beng Hock.

Mereka juga terkejut kerana terlihat kesan darah pada salah satu dinding bilik di tingkat 15 namun mereka tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut. Perkara ini dilaporkan dikesan dalam lawatan koroner Inkues dan para pegawai yang terlibat dalam membantu Inkues itu. Lawatan ini telah menimbulkan lebih banyak persoalan dan misteri mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Peguam Lim Lip Eng (MP Segambut) yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pada mulanya koroner dijadualkan melawat keseluruhan tingkat 14 sahaja tetapi para peguam meminta supaya pihak rombongan melawat sekali tingkat 15. Ketika rombongan Koroner dan pegawai Inkues sedang menaiki anak tangga menuju ke tingkat 15 melalui pintu belakang, mereka terserempak kesan darah di tingkat 15 yang sepanjang 2 kaki atas lantai anak tangga tersebut.

Apabila rombongan sampai tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ. Walhal, mereka ternampak lebih banyak kesan seperti darah pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu. Beberapa persoalan timbul hasil lawatan tersebut terhadap polis yang menyiasat kes kematian Teoh.

Bagaimana pegawai penyiasat yang terlatih tidak tahu mengenai kesan tompok seperti darah yang terdapat disekitar tingkat 15 dan tidak memasukkannya dalam siasatan ? Mengapa rombongan Koroner dan pegawai Inkues tidak dibenarkan memasuki setiap bilik di tingkat 15 ? Adakah sesuatu yang ingin di sorokkan sehinggakan mereka tidak dibenarkan memasukinya ? Peristiwa-peristiwa pelik ini telah menjuruskan pandangan umum terdapat wujudnya konspirasi dalam kes kematian Teoh. Adakah benar teori konspirasi tersebut ? Jika benar, siapakah dalangnya?


http://addin77.blogspot.com

15 Penyelewengan Besar Kes Teoh!!

Artikel Oleh: musafir_lapar


"GEMPAR! Sampai 15 ?? Pelbagai pendedahan baru berhubung kematian Teoh sewaktu sesi inkues mengejutkan kita. Sebelum inkues bermula lagi, Nazri Aziz (Nujum Pak Belalang) sudah menyatakan bahawa Teoh ‘terjun’ dan kerajaan tidak mampu menghalang orang terjun. Berikut ialah perkara-perkara luar biasa yang berlaku sebelum dan sewaktu inkues termasuk kesan darah di tingkat 15 dan usaha SPRM menghalang peguam-peguam:

KESAN DARAH DI TINGKAT 15

Kesan darah sepanjang 2 kaki ditemui di tangga belakang tingkat 15 bangunan. Ini menimbulkan isu samada sesudah Teoh ‘terjatuh’ atau dicampak, mereka yang mencampaknya segera turun untuk melihat mayatnya sebelum panik lalu naik semula ke atas bangunan.

TALI PINGGANG PUTUS

Logiknya, kalau Teoh terjun seperti yang disaran oleh Nazri Aziz, tentulah tali pinggangnya tidak putus sebegitu. Koroner sewaktu inkues tidak menolak kemungkinan bahawa Teoh telah diletakkan di tingkap dan tali pinggangnya dipegang lalu tiba-tiba putus. Ini merupakan penjelasan paling logik kerana menurut koroner, tali pinggangnya koyak secara pelik dan bukan kerana digunting dan tidak mungkin tali pinggangnya jadi begitu kerana kesan terjatuh.

PEGUAM DIHALANG LIHAT TINGKAT 15

Peguam-peguam kes inkues dihalang dari masuk tingkat 15 tetapi berdasarkan pemerhatian peguam-peguam, wujud kesan darah di dinding.
KORONER BUAT PENGAKUAN PELIK

Inkues adalah merupakan suatu penyiasatan kehakiman, biasanya oleh sebuah kumpulan yang dilantik oleh mahkamah (juri), di dalam bidang kuasa common law. Inkues yang paling biasa adalah satu penyiasatan termasuklah pemeriksaan perubatan oleh seorang koroner terhadap suatu sebab musabab suatu kematian secara mengejut atau tiba-tiba. Di dalam , inkues juga digunakan untuk apa sahaja siasatan atau juga soal jawab.

Dalam kes Teoh, koroner mengakui bahawa pihak polis telah menyarankan kepadanya bahawa Teoh samada mati ‘accident’ atau ‘bukan accident’. Kemungkinan Teoh mati dibunuh atau dicampak langsung tidak diberi. Pihak polis juga tidak memberi sebarang gambar atau foto si mati untuk memudahkan koroner membuat hipotesis.

POLIS ENGGAN SIASAT

Pihak polis, seperti juga Utusan Malaysia, hanya mengehadkan kemungkinan kematian berpunca dari Teoh terjun atau Teoh accident. Ini suatu yang pelik. Sepatutnya, polis buat siasatan samada Teoh dibunuh atas motif politik dan musuh-musuh politiknya patut dipanggil untuk disiasat sama. Hanya tunang, ahli keluarga dan pegawai SPRM dipanggil sedangkan musuh politik beliau yang jelas mempunyai motif bersuka-ria tanpa dipanggil memberi keterangan. Wow..

MOTIF PEMBUNUHAN

Ezam dengan celuparnya mendakwa bahawa DAP yang berkemungkinan membunuh Teoh untuk menutup mulutnya. Ini satu ayat bodoh dari UMNO kerana kematian sah berlaku selepas keterangan penuhnya sudah di ambil. Motif ini tidak munasabah dan tuduhan ini cukup keji. Kalau DAP yang bunuh, tentulah ia berlaku sebelum keterangan penuh si mati di ambil. Motif yang lebih kuat ialah UMNO di sebalik semua ini kerana UMNO benci kepada DAP dan si mati. Ayat-ayat zalim pemimpin dan ahli UMNO berhubung si mati menzahirkan lagi kebencian membuak-buak ahli UMNO kepada DAP dan si mati.

LOKASI KEMATIAN

Polis turut percaya bahawa si mati jatuh/dicampak dari tingkat 14 milik SPRM. Tentulah pelik jika orang luar boleh keluar masuk bangunan SPRM. Logiknya, hanya pegawai SPRM atau orang kerajaan (sila baca sebagai UMNO) yang boleh keluar masuk bangunan SPRM. Kematian ini dilihat oleh ramai penganalisis sebagai suatu mesej yang hendak dihantar kepada Pakatan Rakyat.

Waktu soal-siasat terlampau pelik

SPRM mendakwa si mati di soal siasat sehingga 3:35 pagi sekalipun si mati hanyalah saksi! Lawak apakah ini? Warganegara Malaysia lazaimnya tidur pukul 1 pagi. Penahanan ini dilihat lebih sebagai satu penderaan dan berkemungkinan suatu set-up agar kematian si mati berlaku pada waktu yang tidak ramai orang.

Kenyataan pelik dari SPRM: Si mati nak tinggal di SPRM

SPRM membuat kenyataan pelik apabila mengatakan bahawa si mati TIDAK MAHU BALIK selepas di soal-siasat dan ingin tidur di SPRM (sofa SPRM). Ini cukup tak masuk akal. Mana-mana insan normal yang berpeluang balik akan segera memanggil teksi dan balik saja. SPRM buknlah suatu hotel mewah, malah bukan suatu hotel pun. Malah cukup pelik SPRM boleh membenarkan orang tidur saja di sofanya. Kalau di balai polis pun akan di halau balik.

Handphone si mati di ambil oleh SPRM

Kalau si mati sekadar seorang saksi seperti yang didakwa oleh SPRM, mengapa SPRM mengambil handphone si mati. Selepas didesak oleh DAP, SPRM mengatakan SPRM akhirnya sudah menyerahkan handphone tersebut kepada polis. Adakah ada apa-apa maklumat yang di delete?

Soalan-soalan pelik pihak polis!

Soalan polis kelihatan lebih kepada hendak melepaskan SPRM. Contohnya, 'adakah si mati hisap rokok? - untuk menunjukkan kemungkinan si mati hisap rokok lalu jatuh dari atas bangunan". Soalan lain, 'adakah si mati kelihatan suicidal?- untuk menunjukkan si mati bunuh diri'.

Sepatutnya , polis kena tanya soalan seperti ini: Si mati seorang DAP yang merupakan musuh politik UMNO. Adakah si mati mempunyai mana-mana musuh politik/ahli UMNO yang marah atau bermusuh dengannya? . Sepatutnya, polis bertanya, 'Adakah si mati pernah diugut oleh sesiapa, termasuk pihak polis atau SPRM?' .

Media UMNO segera tukar isu.

Media UMNO bersungguh-sungguh cuba hendak menjadikan isu ini suatu isu perkauman! Ini cukup misteri. Cubaan media UMNO hendak menjadikan isu ini isu perkauman seolah-olah menunjukkan ada sesuatu yang hendak dirahsiakan.

Suruhanjaya bebas yang tidak berguna.

NAjib c4 mengumumkan bahawa Suruhanjaya bebas yang akan ditubuhkan berhubung kematian Teoh tidak akan menyiasat cara-cara kematian/pembunuhan Teoh. Alangkah bodohnya.. Najib juga menghalang suruhanjaya bebas dari memulakan tugas sehingga inkues selesai yang entah bila agaknya..

Rakyat dikasari

Mereka yang berdemonstrasi membantah dalam isu Teoh ini mengakui dikasari oleh pihak polis. Mungkinkah ini satu lagi siri-siri usaha Najib untuk membuatkan rakyat diam dan akur saja kepada permainan politik keji UMNO?

Zambry cuba tukar isu.

ZAmbry segera cuba menukar isu dengan membuat kecoh berhubung kehadiran Nizar dalam majlis memprotes kematian Teoh kerana ada lilin dinyalakan dalam majlis tersebut. Malah tok guru dicabar memberi fatwa.

Dengan segera UMNO menuduh

Soalan bodoh macam tu aku pun boleh jawab. Sewaktu zaman Rasullullah SAW, terdapat sekumpulan manusia berjalan di hadapan Rasullulah sambil membawa suatu mayat. Rasullullah SAW segera berdiri sebagai menghormati mayat tersebut. Para sahabat turut berdiri apabila melihat Rasullullah berdiri. Seorang sahabat kemudiannya bertanya: "tetapi mayat tersebut mayat Yahudi!". Rasullullah SAW menyatakan bahawa tidak mengapa menghormati mayat sekalipun mayat bukan Islam.

Anak-anak UMNO nyala lilin waktu birthday tak matah pulak. Najib nyala lilin di kuil hindu dan bertafakur depan Tugu pun tak marah pulak?

Tiba-tiba si Zambry zombie ni nak buat kecoh pulak. Si Zambry ini juga murka dengan Najib kerana mencadangkan agar rakyat dibenarkan berdemonstrasi di stadium untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka.

Malaysia boleh!! Boleh apa?


tranungkite

Menteri Besar Yang Mencintai Ilmu

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato' Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India , mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur'an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.


Perkhidmatan

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma'hoad Muhamadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.


Bidang Politik

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya 'Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian' dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.


Pendakwah

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma'had Muhamadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu 'Halakat pengajian' yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma'had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.


Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.


Keistemewaan

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Abia'.


Penghargaan

Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma'illi) SJMK yang membawa gelaran Dato' pada 30 Mac 1995.


Perkahwinan

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma' Salsabila.
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.


Ahli Parlimen yang komited

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio.

Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.


Kerajaan contoh

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.

Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya.

H1N1! Menteri Kesihatan! Rakyat Berisiko Tinggi Juga Ada Hak Untuk Terus Hidup

Artikel Oleh: easylover

"Saya terpanggil dengan kenyataan Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan setiap kali kematian akibat H1N1 diumumkan.

Setiap kali diumukan kematian, dinyatakan ianya terdiri daripada mereka yang berisiko tinggi sada masalah jantung, buah pinggang, asthma maupun kanser.
Adakah ini bermakna bahawa pesakit-pesakit tersebut tidak ada hak untuk terus hidup?

Adakah ini bermakna H1N1 hanya berbahaya kepada pesakit-pesakit tersebut?

Saya merasakan ini hanyalah alasan daripada Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan untuk menutup kelemahan mereka. Kita lihat Mexico di mana ianya tempat bermulanya H1N1 ini. Sehingga kini Mexico dan juga USA berjaya membendung H1N1 dengan kadar kematian yang semakin menurun, manakala Malaysia pula meningkat dari hari ke hari. Daripada 1 orang sehari, kini ianya meningkat 9 orang sehari.

Saya merasakan strategi membendung H1N1 ini tidak begitu efektif. Penutupan sekolah terutamanya yang bersasrama tidak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ianya membantu penularan H1N1 ke dalam masyarakat dengan lebih cepat. Sepatutnya mereka ini di kuarantinkan di asrama masing-masing dan mereka yang berjangkit itu perlu dirawat dengan rapi bukannya membawa balik penyakit tersebut ke rumah masing-masing.

Dalam hal pencegahan ini, langkah Kolej Yayasan Saad Melaka seharusnya dipuji, dengan menegah ibu-bapa berjumpa dengan anak-anak masing2 di sekolah untuk mencegah penularan penyakit tersebut ke asrama. Seharusnya ianya diikuti oleh sekolah2 lain.

Sindrom Barisan Nasional juga terbawak-bawak apabila menangani H1N1. Sikap.." Dato', semuanya 'in control', 'no problem', 'small matter' untuk mengampu bos masing-masing diamalkan oleh mereka tersebut sehinggalah ke peringkat Timbalan Perdana Menteri. Muhyiddin tempohari ada menyatakan bahawa Kerajaan cukup bersedia untuk menangani 'worst case of scenario' jangkitan H1N1. Pada hakikatnya kemudahan hospital kita adalah jauh sekali daripada MAMPU menangani jumlah pesakit H1N1. Inilah budaya bodek, ampu BN yang diamalkan semasa pilihanraya terbawak-bawak kepada strategi membendung H1N1.

Apa guna Menteri Penerangan? Sepatutnya perlu dihebahkan dalam TV mengenai perlunya pemakaian topeng ketika berada dikhalayak ramai terutama dalam persekitaran tertutup seperti dalam bas, LRT, panggung wayang, kapal terbang dan juga masjid ketika berjumaat. Perlu diperjelaskan bahawa ruang bertutup boleh mencepatkan penularan penyakit.

Apaguna Menteri Ugama (JPM) dan mufti-mufti semua? Sibuk berpolitik? Sepatutnya mereka ini mengeluarkan nasihat kepada umat Islam supaya menjaga kebersihan dan memakai topeng ketika berjumaat. Hijab kita dengan Allah SWT tidak akan tertutup semata-mata memakai topeng ketika sembahyang. Malah ianya mungkin boleh dianggap langkah yang elok dalam mencegah merebaknya H1N1.

Mufti-mufti boleh keluarkan nasihat kepada mereka yang mempunyai tanda H1N1 supaya berehat di rumah dan tidak ke masjid meskipun utk berjumaat. Daripada berdosa menyebarkan penyakit, lebih baik kita sembahyang zohor di rumah. Islam maha adil dan fleksibel. Meskipun penularan penyakit adalah kehendak Allah seperti " Laa Adwa, walaa tiarataa, walaa haamataa..' namun Allah mengurniakan akal untuk berfikir. Saya menyaksikan bagaimana jemaah berjumaat dengan keadaan hingus meleleh2 dan batuk2 bersembahyang jumaat di celah2 jemaah lain. Mansyaallah...

Penggunaan topeng ini sepatutnya diamalkan oleh seluruh rakyat dan mufti2 perlu membantu memperjelaskan dengan lebih terang lagi bersuluh. Bukannya mengeluarkan fatwa supaya orang menyokong BN saja ataupun mengutuk pembangkang.

Akhir kata saya berpendapat Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia perlulah MELETAKKAN JAWATAN di atas kegagalan mengambil tindakan yang efektif dalam membendung jangkitan H1N1 di samping menyalahkan bilangan kematian yang tinggi kepada mereka yang berisiko tinggi.

Menteri Penerangan pula mengambil initiatif yang lebih bagi menghebahkan kesedaran dan perlunya H1N1 dibendung menerusi iklan2 dan sebagainya.

Menetri JPM dan mufti pula perlu menghebahkan langkah pencegahan dan penjelasan mengenai keharusan memakai topeng ketika bersembahyang.

tkonet