Seorang ahli perniagaan dari Perak akan memberi hadiah 10,000 Ringgit kepada sesiapa sahaja yang dapat memberi maklumat sehingga dapat ditangkap ‘pembunuh’ Teoh Beng Hock.
Berita ini telah di hebohkan oleh Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming pagi ini.
Nga Kor Meng tidak memberitahu siapakah insan yang mengeluarkan dana ini. Apa yang diberitahu hanyalah insan ini seorang ‘ datuk’.
malaysiakini
Tuesday, 21 July 2009
Kenyataan Media Adun Titi Serong.
Ekoran dari kematian secara misteri yang menggemparkan seluruh negara ke atas Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor, dan membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang diadakan diseluruh negara termasuklah yang telah dianjurkan olah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dihadari oleh DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan saya sendiri..
Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.
Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebut Akhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-
"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.
Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"
Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-
1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.
2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.
Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upucara ini).
3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.
4. Saya mempersoakkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.
5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".
6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur olweh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upacara di Tugu negara yang telah difatwakan.
7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.
Allahu Aklam....
Kenyataan media pada 20 July 2009
Drs.Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak

Sunday, 19 July 2009
'Perokok pesakit mental'
10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun kerana rokok
PEROKOK di Malaysia menghisap 33 juta batang rokok sehari. Dengan anggaran minimum sebatang rokok berharga 26 sen, perokok membelanjakan kira-kira RM8.6 juta sehari untuk membeli rokok! Suatu pembaziran yang boleh dielakkan.
Justeru, tidak hairan apabila merokok disifatkan sebagai sejenis penyakit. Malah mengikut pengkelasan penyakit antarabangsa, merokok dikodkan sebagai F17.2 iaitu kategori penyakit mental dan perlakuan yang memungkinkan perokok ditakrifkan sebagai penagih.
Penolong Pengarah Kanan Kawalan Tembakau dan FCTC (Konvensyen Rangka kerja dan Kawalan Tembakau), Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Zarihah Zain, berkata tembakau adalah penyebab kematian dan kesengsaraan paling utama di dunia ketika ini.
Lebih daripada lima juta orang meninggal dunia akibat penggunaan tembakau, jumlah yang lebih besar daripada gabungan pesakit malaria, HIV/Aids dan batuk kering.
ORANG ramai tidak menghiraukan larangan merokok di zon yang ditetapkan.
Anehnya, tembakau yang dihasilkan sebagai barang pengguna masih dijual secara terbuka walaupun fakta sains menjelaskan separuh daripada perokok akan meninggal dunia akibat penyakit berkaitan tembakau.
Di Malaysia, orang Melayu adalah perokok paling ramai iaitu 1.66 juta atau 60.9 peratus daripada keseluruhan 2.73 juta perokok. Majoriti perokok adalah orang dewasa dan hanya 103,630 perokok remaja.
“Setiap tahun syarikat pengeluar rokok membelanjakan jutaan ringgit untuk memikat perokok baru, selain mengekalkan ketagihan di kalangan perokok sedia ada. Dengan kempen dan pelbagai promosi, industri tembakau sebenarnya cuba mengalihkan perhatian perokok daripada fakta sebenar menghisap rokok iaitu komplikasi penyakit,” katanya.
Pada 1998, enam juta dokumen ‘rahsia’ daripada tujuh pengeluar rokok terkemuka di Amerika Syarikat seperti Philip Morris Incorporated, RJ Reynolds Tobbaco Company, Brown & Williamson Tobacco Corporation dan British American Tobacco Industries didedahkan berikutan membabitkan kes perundangan.
Dokumen setebal 35 juta halaman itu mendedahkan pelbagai taktik kotor pengeluar tembakau untuk terus menyebabkan ketagihan. Misalnya, memorandum jualan daripada pengeluar rokok, Lorillard Tobacco Company menyebut: “Asas perniagaan kita adalah pelajar sekolah menengah atas.”
Saintis Kanan British American Tobacco membuat dua kenyataan yang menggerunkan iaitu ‘perokok adalah penagih nikotin’ dan ‘perokok wanita lebih bermotivasi untuk merokok dan sukar berhenti. Perokok wanita lebih neurotik (tidak stabil dari segi mental) berbanding lelaki dan lebih suka merokok apabila tertekan.’
Walaupun pendedahan ini mendapat liputan meluas media, ia belum berupaya sepenuhnya untuk membantu perokok membuang ketagihan. Tidak dinafikan kemungkinan tahap nikotin dalam rokok pada masa ini kemungkinan lebih tinggi berbanding rokok sekitar 90-an atau 80-an.
Industri pengeluaran rokok kini menyasarkan lelaki dan perempuan kumpulan kelas pertengahan dan golongan kurang berpendidikan sebagai sasaran pasaran baru. Di Amerika, sasarannya ialah golongan kulit hitam, Hispanik dan masyarakat daripada Kepulauan Pasifik.
Di Malaysia, jumlah perokok wanita juga semakin ketara. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 mencatatkan 2.5 peratus wanita pernah merokok, 1.6 peratus masih merokok dan 0.9 peratus berjaya berhenti merokok. Di kalangan lelaki, 57.6 peratus pernah merokok, 46.4 peratus masih merokok, manakala 11 peratus berjaya berhenti merokok.
Sejak 1998, semakin banyak negara bertegas dalam menangani perokok. Banyak negara sudah mensyaratkan semua rokok di pasaran mesti dibungkus dengan grafik komplikasi merokok, misalnya barah paru-paru dan keguguran janin.
Di Malaysia, sejak 1 Jun 2009, semua kotak rokok di pasaran mesti mempunyai 40 peratus amaran bergambar di bahagian hadapan dan 60 peratus di belakang kotak.
Dr Zarihah berkata, daripada kajian yang dibuat, kebanyakan perokok berasa terancam dari segi psikologi dengan kotak rokok beramaran. Daripada enam amaran bergambar (barah paru-paru, keguguran janin, kelahiran pramatang, barah mulut, barah tengkuk dan gangrene) perokok lebih memilih rokok dengan gambar beramaran ‘cap kaki’ (gangrene).
Jika semua fakta itu tidak menyentuh perasaan perokok, ada satu lagi alasan yang sangat kuat untuk perokok berhenti merokok. Kajian terbaru mendapati, walaupun merokok di luar rumah atau di dalam bilik khas, partikel dan gas dari asap rokok berupaya melekat di rambut dan pakaian perokok.
Kemudian, apabila perokok pulang ke rumah menyentuh anak-anak dan isteri, mereka juga berisiko berdepan dengan pelbagai komplikasi kesihatan akibat merokok. Antaranya, masalah jantung.
‘Third hand smoker’ atau perokok ketiga adalah terma terbaru yang digunakan bagi menjelaskan golongan yang berisiko pada kewujudan toksin tidak dapat dilihat yang datang dari gas dan partikel sebatang rokok.
Malah, gas dan partikel rokok bukan saja melekat pada rambut dan pakaian perokok tetapi juga permaidani dan sofa. Kewujudan terma perokok ketiga ini juga hasil rumusan kajian terhadap risiko rokok pada bayi dan kanak-kanak. Laporan itu diterbitkan dalam Jurnal Pediatrik Amerika Syarikat pada Januari 2009.
Pakar Runding Kardiologi, Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara, Dr Aizai Azan Rahim, berkata merokok adalah punca kira-kira 30 peratus daripada masalah jantung koronari dan ia adalah faktor risiko utama bagi strok iskemia dan penyakit berkaitan arteri.
“Perokok ketiga tercemar dengan saki baki asap rokok yang mencemari persekitaran. Biasanya asap rokok kekal di situ selepas rokok habis dihisap. Partikel kimia menyebabkan tembakau terbakar termasuk tar dan nikotin terlekat pada pakaian, rambut, bekas rokok pada kadar yang lebih lama walaupun asap sudah hilang dari udara. Partikel ini membentuk lebih 200 gas beracun yang kebanyakannya menyebabkan barah seperti arsenik dan amonia.
“Jadi perokok ketiga juga berdepan dengan risiko serangan acute coronary syndrome (ACS) (masalah jantung membabitkan kekurangan aliran darah ke jantung) atau barah. Tiada tahap selamat pada pendedahan terhadap asap rokok,” katanya.
Dr Aizai berkata, langkah berhenti merokok adalah asas pencegahan masalah jantung yang utama. Ini kerana berhenti merokok boleh mengurangkan risiko masalah jantung dengan ketara dalam tempoh dua tahun pertama.
Bagi perokok wanita, mereka lebih cenderung menderita barah pangkal rahim jika terus merokok.
Berhenti merokok, katanya membantu mengurangkan kadar kematian akibat penyakit jantung koronari berbanding terapi pencegahan lain seperti mengurangkan pengambilan kolesterol. Justeru, langkah berhenti rokok adalah asas dalam pencegahan penyakit kardiovaskular. Malah, tabiat merokok juga mengurangkan manfaat ubat yang mencegah faktor risiko kardiovasular.
Pada abad ke-20, 100 juta penduduk dunia meninggal dunia disebabkan penyakit berkaitan tabiat merokok. Pada 2030, dianggarkan lapan juta kematian disebabkan faktor yang sama setiap tahun dengan 80 peratus berlaku di negara membangun.
“Di Malaysia, 10,000 orang berhenti merokok setiap tahun. Malangnya mereka berhenti kerana meninggal dunia,” katanya.
Terlalu banyak penyakit yang dikaitkan dengan merokok. Malah setiap tahun jumlah kemasukan ke wad disebabkan komplikasi merokok meningkat. Pada 2006, 31,186 kemasukan dicatatkan di 773 unit rawatan rapi di Malaysia.
Daripada jumlah itu, 12,534 kemasukan dikaitkan dengan ACS. Malah ACS membabitkan 47 kes dalam setiap 100,000 populasi, manakala insiden masalah koronari yang lain dicatatkan 141 per 100,000 populasi.
Dr Aizai berkata, satu daripada cabaran utama perokok untuk membuang tabiat itu ialah ketagihan dan kebergantungan pada nikotin. Malah, mungkin kandungan nikotin dalam rokok yang ada di pasaran hari ini lebih tinggi berbanding nikotin dalam rokok yang dipasarkan sekitar 70-an atau 80-an. Namun, tiada kajian mengenainya dibuat.
“Ada terapi berhenti merokok menjimatkan kos yang boleh dipilih perokok jika mereka ingin berbuat demikian. Terapi penggantian nikotin boleh didapati dalam pelbagai bentuk, gula-gula getah, lozenges, tampalan, semburan hidung dan penyedut.
“Malah, ada juga pilihan ubat oral bukan nikotin yang dihasilkan secara khusus untuk membantu pengguna berhenti merokok,” katanya.
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
berita harian

Siasatan SPRM Ke Atas ADUN PR, Gimik Politik BN: Teresa
SHAH ALAM, 18 Julai - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas anggota Exco Pakatan Rakyat Selangor yang kononnya menyalahguna peruntukan DUN adalah gimik politik Umno-Barisan Nasional, kata Teresa Kok.
Malangnya, kata beliau apa yang dilakukan itu, memerangkap diri sendiri apabila rakyat mula hilang kepercayaan terhadap badan bebas tersebut yang dituduh menyebabkan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Teresa yang juga Adun Kinrara berkata, banyak lagi kes rasuah yang lebih serius melibatkan wang rakyat telah dilaporkan, tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan.
“Pada tahun 2008, bila kami jadi kerajaan, kami tahu setiap kawasan diberikan peruntukan RM500,000. Sebenarnya, ini adalah praktis kerajaan dulu juga, jadi bila kami check akaun kami, kebanyakan duit ini telah digunapakai oleh bekas Adun Barisan Nasional dalam tempoh 3 bulan. Macam mana seorang wakil rakyat boleh menghabiskan wang rakyat begitu sahaja. Kami dah buat bising tapi nampaknya SPRM tak buat apa-apa langkah untuk menyiasat mereka, selepas kami jadi kerajaan kita lihat pegawai SPRM bekerja bersungguh-sungguh untuk menyiasat akaun peruntukan kami,” katanya.
Menurut Teresa, banyak lagi kes, termasuk isu PKFZ yang menelan belanja lebih RM12.5 bilion, membabitkan wang rakyat dan banglo mantan menteri besar, Khir Toyo telah dilaporkan, tetapi tiada tindakan diambil oleh SPRM sehingga ini.
Mengenai kenyataan Khir bahawa kesalahan tidak harus diletakkan kepada SPRM berhubung kematian Teoh, Terasa berkata SPRM harus bertanggungjawab dalam kes ini.
“Saya rasa kalau orang yang tak ada perasaan simpati, tak ada keadilan macam Khir Toyo yang sanggup kata jangan salahkan SPRM, tapi Teoh tu mati di pejabat SPRM di Selangor, kita tak salahkan dia, kita salahkan siapa,? tanya Teresa
Teresa turut meragui kaedah penyiasatan yang lakukan oleh SPRM ke atas Teoh, berbanding siasatan yang dijalankan oleh pihak polis.
“Sebenarnya dalam soal siasat polis, peguam dibenarkan untuk berada disisi orang yang disaisat itu, dan kalau bukan kes jenayah, lepas mereka dapat apa yang mereka mahu, polis akan suruh mereka balik dan kalau diperlukan lagi, mereka akan panggil lagi.
“Kalau ikut kanun kesiksaan jenayah, 24 jam ditahan ini hanya digunapakai dalam kes jenayah dan seseorang itu ditangkap atau ditahan polis. Jadi dalam kes Teoh ini, beliau bukan penjenayah, beliau bukan seorang suspek, beliau hanya diminta untuk membantu siasatan sebagai saksi sahaja. Jadi saya rasa cara SPRM ini memang menimbulkan banyak persoalan dan cara mereka amat diragui,” ujarnya.
Dalam pada itu Teresa berkata, beliau akan menerangkan kepada orang ramai berhubung keadaan yang berlaku kepada Adun dan Exco Selangor ketika ini, selepas Barisan Nasional tewas dalam pilihanraya umum lalu.
“Apa yang penting, kita nak menganjurkan lebih aktiviti dan ceramah untuk memberitahu kepada orang ramai tentang apa yang telah berlaku di Selangor, Exco dan juga Adun di Selangor dan juga cara soal siasat SPRM,” tambah Teresa.-
TV SELANGOR

KERETA TERMURAH DUNIA...TATA NANO dari INDIA!

kereta buatan india.harga rm8900,4 tempat duduk...jangan haraplah kereta ini dijual kat msia..jika dijual pun pun harganya mau rm25 ribu ke atas..
Subscribe to:
Posts (Atom)