Artikel Oleh: amanlegend
"Sebelum ini siapa pun tidak mengenali anak muda yang bernama Teoh Beng Hock, seorang wartawan muda yang kemudiannya membuat keputusan untuk terlibat dalam politik dengan menjadi setiausaha politik kepada ADUN DAP di Selangor.Dia mungkin tidak perasan bahawa penglibatannya secara sukarela dalam alam politik membawanya kepada alam kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Politik seharusnya membawa alam ini kepada ketamadunan dan moraliti yang tinggi, tetapi wajah hodoh politik Malaysia sarat dengan misteri, fitnah, salahguna kuasa dan sehodoh-hodoh wajah politik Malaysia ialah kekejaman dan kezaliman ke atas rakyatnya sendiri.
Agak sukar untuk menerima kenyataan walaupun takdir Tuhan tidak siapa yang boleh lari daripadanya, namun sebagai manusia, Tuhan juga menyuruh kita menegakkan Keadilan tanpa batasan kaum. Apabila Keadilan dinafikan, Tuhan juga menyuruh kita bangkit dari terus ditindas oleh sang penguasa yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri.
Kematian Teoh Beng Hock adalah bom jangka yang menanti detik-detik letupan pada bila-bila masa, ia saat kita sedih terhadap kematian yang penuh misteri dalam premis sebuah suruhanjaya yang sepatutnya memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara dari perasuah-perasuah. Bagi rakyat Malaysia ia saat kita berasa marah kepada kecuaian demi kecuaian yang berlaku pada mangsa yang berada di bawah kawalan agensi yang sepatutnya menjamin keselamatan.
Kita berasa mual dengan respons seorang menteri yang secara “taatnya” mengulangi mentera parti perkauman sempit apabila memberi amaran kononnya “awas pembangkang, jangan gunakan isu ini kerana akan menimbulkan ketegangan kaum” Mereka begitu cepat menutup kemarahan orang ramai dengan isu lapok ‘perkauman’ kononnya merekalah jaguh perpaduan.
Parti-parti komponen BN yang lain cepat bertindak dengan turut sama meminta Suruhanjaya DiRaja diwujudkan untuk siasatan keatas kematian yang berlaku, sebenarnya mereka juga “tersepit” kerana masyarakat Cina khususnya begitu marah dengan kejadian ini, jadi untuk menjaga kepentingan politik mereka MCA, Gerakan terpaksa bertegas walaupun Umno tidak berapa menyukainya.
Semasa artikel ini ditulis Najib telahpun membuat kenyataan supaya inquest dibuat untuk siasatan kematian manakala Suruhanjaya Diraja akan melihat perincian bagaimana sesi soal-siasat dibuat oleh SPRM untuk dilaporkan. Najib juga dilihat “tertekan” untuk menerima cadangan Pakatan Rakyat walaupun lain yang kita minta lain pula yang dia sambut.
Sebenarnya ada dua isu yang perlu diuruskan oleh Suruhanjaya ini. Pertama ialah menyiasat bagaimana kematian berlaku kedua ialah persoalan sejauhmanakah bebasnya suruhanjaya bebas ini? Untuk persoalan kedua kita menuntut supaya Pakatan Rakyat dirunding sama untuk memilih pengerusi dan jawatankuasanya.
Bagi yang pertama, cukup Suruhanjaya Bebas kerana apabila mereka menyiasat tentang kematian Teoh Beng Hock, pasti akan terjawab persoalan bagaimana seorang saksi diminta bantuan siasatan selama 10 jam tanpa henti? Teoh Beng Hock bukan OKT, jadi menyiasat kematian itu sendiri akan mencakupi TORnya tentang bagaimana soal siasat dijalankan.
Sehingga Suruhanjaya Diraja yang benar-benar bebas melaporkan kepada rakyat apa yang berlaku, misteri yang menyelubungi kematian ini akan terus diperkatakan di kedai kopi, di warung, pejabat dan majlis politik. Ceramah dan forum akan bergegaran denagn analisa-analisa yang tidak boleh dielakkan. Jika ia satu misteri janganlah menyalahkan penonton untuk membuat andaian-andaian kerana sesuatu yang misteri dicipta untuk dirungkaikan dengan gaya masing-masing sehinggalah jawaban sebenar dibekalkan.
Saya tidak dapat mengawal tanggapan orang ramai, janganlah salahkan pembangkang atau mana-mana pihak mengapikan dan mensensasikan isu kematian misteri ini, sistem kerajaan yang penuh misteri dan tiada ketelusanlah yang perlu dipersalahkan. Saya turut teruja untuk merungkaikan persoalan ini dan mengharapkan tanggapan saya ini tidak betul ditujukan kepada beberapa pihak.
Pertama: SPRM. Baru beberapa bulan kami di Parlimen membahas dan berdebat tentang persoalan apakah SPRM yang ditransformasikan dari BPR hanya menjadi kosmetik ataukah ia benar-benar dapat dijalankan secara telus, berwibawa dan bebas. Dari apa yang berlaku ke atas Beng Hock nampaknya saya cenderung untuk meyakini bahawa ia hanyalah kosmetik kerana perangai lama BPR masih pekat dalam dirinya, pepatah Inggeris ada mengatakan “old habits die hard”. Lagipun teori yang mengandaikan SPRM ialah alat BN untuk menjatuhkan Kerajaan PR semakin boleh diterima!
Kedua: PM. Najib menaiki tangga kuasa dengan jiwa “saviour” kepada Umno setelah ahli Umno kecewa dengan half Past Six PM dan perangai suka lentok PM dalam majlis-majlis resmi. Najib adalah “superman” yang boleh menyelesaikan segalanya. Maka gegak gempitalah seluruh alam dengan slogan “One Malaysia, Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan” Integriti SPRM yang dicurigai hanya menjadikan slogan Najib bahan “ketawa” yang benar-benar mencuit hati umpama menonton “Threes Stooges”. Saya kata Threes Stooges sebab ia lawak klasik era hitam putih kerana kita tetap gelak walaupun dah agak apa yang akan berlaku.
Apakah Najib sedar bahawa sistem kerajaan hari ini sudah benar-benar rosak dan Umno sudah tidak ada kekuatan moral untuk memimpin politik Malaysia? Jangan kata ini kes yang isolated kerana sebelum ini kematian dalam penjagaan pihak keselamatan sudah menjadi lumrah sehingga ada yang berjenaka apabila seseorang akan ke balai polis “jaga baik-baik tau jangan balik jadi mayat sudah” kini boleh ditambah “jaga-jaga baik-baik jangan terjun tingkap tau!”
Ketiga: BN. Wakil rakyat BN masih di alam “twilight zone”, mereka berbahas bukan mengikut kesedaran hati nurani mereka tetapi berbahas atas sikap sempit mereka untuk menolak apa sahaja yang baik dari Pakatan. Lihatlah isu PPSMI, ketika saya berbahas di Parlimen semua kata bagus tetapi tidak mahu menyokongnya, kini merekalah yang menyambut kehendak TPM supaya dihapuskan! Saya khuatir wakil BN akan menjadi alat untuk kepentingan pihak tertentu lalu mereka tidak sedar bahawa sikap mereka hanya akan memudaratkan rakyat, termasuklah isu kematian ini.
Keempat: Polis. Saya sangsi pihak polis dapat menjalankan tugas dengan telus kerana semasa BPR dulu dituduh rasuah, polis telah menyiasat mendapati BPR tidak bersalah, kemudian Polis dituduh rasuah lalu disiasat oleh BPR dan hasilnya BPR dapati Polis tidak bersalah walaupun misterinya belum terungkai. Polis dan BPR waktu itu semacam mengamalkan “I scratch your back, you scratch my back”. Kali ini, saya harap polis tidak terlibat dalam siasatan ini kerana institusi yang sepatutnya menjamin keselamatan telah menghitamkan mata mantan TPM yang kini Penasihat PKR dan membelasah mantan itu dalam keadaan bergari tangan di belakang. Institusi ini juga menyuraikan perhimpunan dengan cara ganas sehingga perhimpunan aman menjadi kelam kabut. Institusi ini juga terkenal dengan teknik soal siasat tahanan dengan cara yang jijik dan tidak berperikemanusian. Listnya terlalu panjang.Tolonglah jangan PDRM buka mulut dalam isu ini!
Untuk rekod, wajah hodoh politik Malaysia bukan baru, kematian kerana politik bermula sejak 1969 lagi apabila Samad Gol dari Kelantan mati kena kapak kecik di kepalanya, Ibrahim Libya di Memali dibunuh dengan kejam bersama pengikutnya dan peristiwa berdarah Lubok Merbau semasa PRK di sana masih segar dalam ingatan. Semua ini dikaitkan dengan parti saya iaitu PAS. Ibrahim Libya dikatakan pengganas, Samad Gol dikatakan terlalu berpengaruh manakal di Lubok Merbau petugas PAS dibelasah dengan teruk.
Parti saya terus berjuang secara demokratik walaupun kini dia mempunyai rakan yang bersamanya. Bagi saya Teoh Beng Hock hanyalah tambahan kepada episode wajah hodoh politik Malaysia dan sepanjang insiden-insiden menyayat hati itu kerajaan Umno/Perikatan, Umno/BN lah yang berkuasa. Hari ini wajah hodoh itu masih berkuasa di Malaysia, bukankah tiba masanya wajah hodoh ini dibuang dan diganti dengan wajah baru politik Malaysia? “Janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai apa yang dilakukan oleh orang yang zalim”.
http://themalaysianinsider.com "
Monday, 27 July 2009
Umno yang gilakan PAS, Saya cakap Kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Negeri – Tok Guru Nik Aziz
Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam kenyataannya pagi ini dengan tegas menafikan bahawa beliau menyebut soal perpaduan antara Umno dan PAS.
Tok Guru mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.
“Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun, kejadian ini menunjukkan sikap ‘desperado’ Umno yang gilakan PAS.
“Saya bercakap pasal kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri seperti semangat Federalisme bukan pasal antara parti,” kata Tok Guru di pejabatnya, Kota Darulnaim.
Katanya lagi, yang duduk cakap pasal parti ialah Mustapha Mohamed (Dato’) sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah Hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Sehubungan itu Tok Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa beberapa hari lalu dan menganggapnya sebagai satu lagi “Projek Barisan Nasional”.
Sekarang Umno terdesak gagal membezakan antara kerjasama kerajaan dan parti
Sementara di Padang Majlis Daerah Kuala Krai, di Laloh, Anggota parlimen Machang, Saufuddin Nasution Ismail berkata, pemimpin Umno sekarang sudah benar-benar terdesak apabila gagal membezakan kerjasama di antara kerajaan dan parti.
“Apabila sahaja disebut perkataan kerjasama cepat-cepat mereka melihat dalam konteks parti di antara Umno dan PAS.
“Sedangkan apa yang disebut Menteri Besar sebelum ini kerjasama di antara kerajaan negeri dan pusat selepas banyak hak-hak negeri cuba dinafikan kerajaan persekutuan,” katanya pada ceramah sempena kesyukuran kemenangan PAS di Laloh, malam semalam.
Program tersebut diadakan selepas PAS berjaya mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil yang diadakan 14 Julai lalu.
Hadir sama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.
jiwo kelate

Si Katak Osman Calo, SAH Adun UMNO?
Maklumat dari blog PERAKKUME : Jam 4.00 petang tadi (Ahad) teman dapat maklumat yang Kapt Osman sudah pun jadi ADUN UMNO Changkat Jering...maknanya, sah le tiada apa-apa yang akan berlaku samada DUN Bubar atau kosongkan DUN Changkat Jering dan DUN Behrang. Jadi, jangan le rakyat Perak mengharapkan apa yang kite harapkan....udah le tu. Cuma sebelum ni,teman ada postingkan yang DUN akan bubar...(mungkin maklumat itu teman dapat hanya untuk gemporkan UMNO sje )
Manakala ADUN Behrang pulak, tunggu masa saje nak istihar masuk UMNO dalam satu program yang akan diadakan di Tg Malim.
sendiri mau ingatlah.blogspot
Manakala ADUN Behrang pulak, tunggu masa saje nak istihar masuk UMNO dalam satu program yang akan diadakan di Tg Malim.
sendiri mau ingatlah.blogspot
Pro-ISA marah Khairy larang demo

Jimadie Shah Othman
Jul 27, 09
11:26am
kemaskini 12.30pm Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.
"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu.
"Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan," kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.
"Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih," tegasnya.
Menyifatkan itu hanya pandangan peribadi Khairy sahaja, Rahimuddin berkata, masih ramai ahli Pemuda Umno yang menyatakan sokongan kepada mereka – yang menganjurkan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" - untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA.
"Ribuan lagi ahli Pemuda Umno yang bersama kami. Pemimpin (yang) dibeli, golongan bangsawan, memang takut disirami hujan, bom (meriam) air atau panas matahari," katanya sinis, sambil mendakwa Khairy hanya mempunyai 200 penyokong setia.
Ahli parlimen Rembau, yang juga pengerusi Pemuda BN, turut diminta mempersoalkan pendirian Pemuda Gerakan menyatakan dukungan secara terbuka terhadap perhimpunan anti-ISA.
Pada 13 Julai lalu, Pemuda Gerakan menyatakan ia telah menulis surat kepada penganjurnya Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyatakan sokongan terhadap – dan terbabit dalam – demonstrasi tersebut.
Pewaris dan lebih sepuluh NGO Melayu yang mendukung akta tersebut dijadual bermesyuarat tengah hari ini di ibu negara bagi membincangkan persediaan rapi menjelang perhimpunan Sabtu ini yang tinggal tidak sampai lima hari.
Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.
Sementara penyokong ISA berhimpun di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari (lihat peta di bawah).
Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.
malaysiakini
Era Najib Altantuya : UMNO Terpaksa Mainkan Semula Isu Kerajaan Perpaduan
Di dalam keadaan yang amat terdesak UMNO kini terpaksa memainkan isu kerajaan perpaduan yang telah dikuburkan.
Pertemuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Hj Nik Aziz Nik Mat bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed pada majlis prapelancaran program Kelantan Fiesta 2009 telah dijadikan titik tolak untuk UMNO mengambil kesempatan sekalipun yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz amat jauh berbeza dengan apa yang cuba disorak-soraikan oleh pemimpin UMNO.
Menurut TG Nik Aziz, PAS sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.
Tiada sama sekali di dalam ucapan itu untuk mewujudkan persefahaman dengan parti UMNO kerana menurut TG Nik Aziz program berkenaan sepatutnya menjadi titik tolak untuk kedua-dua parti berkongsi anugerah Allah yang selama ini dibloloti oleh Kerajaan Pusat dengan mengkesampingkan kerajaan negeri.
"Bagaimanapun, ini adalah satu titik tolak bagi kedua-dua pihak (PAS dan Umno) dalam berkongsi anugerah Allah," katanya.
Nik Abdul Aziz juga berkata:"Saya dari gerakan Islam, tak musuh dengan individu, tak musuh dengan orang tertentu. Kita bermusuh dari segi ideologi, fahaman dan akidah sahaja."
Tiba-tiba Timbalan Presiden UMNO melompat keriangan dan Bernama melaporkan langkah awal yang akan diambil untuk mengadakan pertemuan serius dengan pemimpin PAS ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat ini.
Pemerhati politik melihat kenyataan Muhyiddin tersebut sebagai satu taktik manipulasi Muhyiddin terhadap sikap dan kenyataan TG Nik Aziz dan juga merupakan langkah UMNO BN yang kini telah terpukul dengan isu kemasukan bekas-bekas pemimpin mereka ke dalam Pakatan Rakyat.
Minggu lalu, bekas pemimpin MCA, DAtuk Dr Chua Jui Meng dan bekas pemimpin MIC, Datuk SS Subramaniam telah menyertai PKR.
Hal tersebut telah menyebabkan UMNO dan BN berada di dalam keadaan yang terlalu terdesak untuk memainkan apa saja isu bagi memulihkan nafasnya yang kian sesak.
kelabgreenboc

Subscribe to:
Posts (Atom)