Tuesday, 1 December 2009

PELANTAR MINYAK DI KELANTAN.






















Jika di tanya soalan berpandukan peta di atas,negeri manakah yang hampir dgn pelantar minyak?? budak darjah satu pun boleh jawab...

DEMO MINTA NIK AZIZ LETAK JAWATAN.

Lintas Langsung Dari Kota Bharu

Tak Sampai 50 Orang Berhimpun Desak Nik Aziz Letak Jawatan

HASRAT satu kumpulan manusia untuk berarak dan berhimpun di depan pejabat Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaiam, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu pagi ini tidak kesampaian apabila tidak sampai 45 orang yang menyahut dan berhimpun di pinggir jalan berkenaan.

Seorang penjenguk blog Merah Tinta yang memantau keadaan sejak pagi tadi, memberi tahu apa yang kelihatan dua buah teksi roda tiga yang dipercayai diupah berada di hadapan pintu masuk ke Kota Darunaim sejak jam 7:30 pagi.

Tidak kedapatan sepanduk atau pun kain rentang yang digantung dan dibawa oleh mana-mana puak.

Baru sekejap tadi seorang pemimpin Umno peringgkat kawasan yang dipercayai menjadi 'pak sanggup' kepada ahli politik tertentu di Kuala Lumpur telah menyerahkan memorandum kepada Nik Aziz yang diterima oleh Setiasuaha Politik, di pintu masuk masuk perkarangan Kota Darulnaim.

Sebaik memorandum yang dipercayai mendesak Tok Guru Nik Aziz meletak jawatan disampaikan kumpulan manusia itu bertempik melaungkan desakan supaya Nik Aziz melepas jawatan.

Menurut penjenguk itu lagi, beberapa orang anggota polis yang turut memantau keadaan itu telah meminta kumpulan penunjuk perasaan itu bersurai. Tanpa banyak kerenah dan tercetus kejadian tidak diingini kumpulan berkenaan bersurai meninggal perkarangan Kota Darulnaim. [wm.kl. 10:40 am 01/12/09]

http://msomelayu.blogspot.com/2009/12/lintas-langsung-dari-kota-bharu.html

UTUSAN MALAYSIA Melaporkan


KOTA BHARU 1 Dis. – Kira-kira 1,000 orang yang menggelarkan diri mereka Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan berkumpul seawal pukul 9 pagi ini di pekarangan pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim, di sini untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada pemimpin itu.

Memorandum diserahkan oleh wakil mereka, Che Johan Che Pa kepada Setiausaha Sulit kepada Nik Abdul Aziz, Anual Bakri adalah untuk meminta pemimpin berkenaan meletak jawatan dan menarik semula kenyataan doa menurunkan bala yang dibuatnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan tersebut berakhir pada kira-kira pukul 11.30 pagi selepas dikawal oleh anggota polis yang diketuai oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd. Rahim Hanafi. - Utusan


MALAYSIAKINI

nie kata malaysiakini plak....


Beratus-ratus penyokong Umno mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan parti itu.

Mereka berkumpul kira-kira sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran kerajaan Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Annual Bakri Haron.

Memorandum itu mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga menggesa mursyidul am PAS meletakkan jawatannya.

Dikepalai timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama.

Tokoh PAS itu membuat ugutan berdoa laknat itu sebagai reaksi kerajaan pusat yang enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya membayar wang ehsan kira-kira RM1 bilion.

Nik Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa doa yang dimaksudkan itu hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Najib iaitu memberikan royalti gas dan petrol kepada negeri tersebut.

Malam tadi Pemuda PAS Kelantan membuat aduan polis apabila tercetus ura-ura satu perhimpunan akan diadakan di situ yang dikatakan anjuran kumpulan yang dikenali Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan.

Rancangan mengadakan demonstrasi itu disebarkan melalui mesej SMS mulai semalam, lapor media rasmi parti itu Harakahdaily.net.

http://www.malaysiakini.com/news/118690

Monday, 30 November 2009

ISU CAMRY!!

IPOH, Nov 29 – DAP Perak mendesak pentadbiran UBN Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan status kumpulan kereta Toyota Camry yang pernah digunakan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat sebagai kereta rasmi mereka.

Datuk Ngeh Koo Ham (gambar), bekas exco kanan Pakatan Rakyat, menggesa Zambry memberitahu rakyat apa yang telah berlaku dengan kereta-kereta tersebut, samada exco kerajaan UBN kembali menggunakan kereta Perdana V6 yang lama walaupun kos penyelenggaraannya sangat tinggi.

“Adakah mereka menggunakan kereta lama dulu? Apa dah jadi dengan Toyota Camry?Kalau mereka fikir mereka menjimatkan wang rakyat dengan menggunakan kereta lama, mereka adalah silap!”

“Mereka sebenarnya membelanjakan lebih banyak wang,” katanya sewaktu sidang media selepas merasmikan konvensyen DAP ke-15 disini hari ini.

Ngeh mendedahkan laporan Ketua Odit baru-baru ini, penyelenggaraan Perdana V6 yang lama itu menelan belanja RM1.3juta dan sudah terlalu uzur bagi kegunaan sebenarnya.

“Laporan Ketua Odit Negara hanya mempunyai satu komplen keatas Pakatan Rakyat iaitu, kita patut menukar kereta tersebut lebih awal lagi.” kata Ngeh.

Semasa pentadbiran PR, kereta Perdana V6 yang digunakan bekas UBN telah digantikan dengan 16 buah Toyota Camry.

Pembelian tersebut menjadi pertikaian UBN, menudh PR membazir wang rakyat kerana membeli kereta baru, selain merungut tentang harganya, puak UBN merungut kerana ianya bukan kereta buatan negara sendiri.

Kerajaan PR telah menafikan tohmahan tersebut dengan dakwaan bekas kerajaan UBN telah membazir lebih banyak wang keatas kos penyelewnggaraan kereta Perdana V6 tersebut.

“Menurut laporan Ketua Odit Negara , kereta-kereta tersebut harus digunakan sebaik-baiknya untuk selama lebih kurang 4 tahun dan tidak melebihi perjalanan 100,000 kilometres

“ Walau bagaimana pun, ada antaranya kereta (Perdana) , mencapai tahap lebih daripada 400,000 kilometres,” kata Ngeh.

Beliau menambah pembelian Toyota Camry dengan harga RM97,000 sebuah adalah lebih berhemah daripada membelanjakan RM1.3juta kos penyelenggaraan kereta lama Perdana V6.

“Saya menyeru Zambry supaya berhenti bermain politik. Dengan menjual kereta-kereta baru tersebut, akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian. Adakah mereka menggunakan kereta lama itu? Berapa banyak mereka bazirkan untuk kos penyelenggaraan?” Tanya Ngeh.

Adalah difahamkan, kerajaan UBN, melalui satu perjanjian dengan exco negeri , bersetuju mengekalkan 3 daripada 16 Toyota Camry, bagi kegunaan Setia Usaha Kerajaan, Penasihat Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Dua belas daripada baki13 kenderaan tersebut telah dijual , sementara baki sebuah itu telah ada pembelinya yang sedang menunggu kelulusan pinjaman oleh sebuah bank.

Menurut satu sumber, kereta-kereta tersebut dijual dengan harga anggaran lebih kurang RM150,000 sebuah.

sumber : Malaysia Insider/

Wednesday, 25 November 2009

Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan

"A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan

Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan

perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah

kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform

A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk

orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud

'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang

bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan

dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.