Friday 15 May 2009

HAKIM MAHKAMAH RAYUAN TIDAK BUAT PENGHAKIMAN BERTULIS

Peguam Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin berhadapan kesukaran apabila Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Ali yang membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Khas yang mengesahkan Nizar sebagai Menteri Besar tidak menyediakan penghakiman secara bertulis.

Ini menyebabkan peguam Nizar berhadapan masalah untuk mengkaji alasan penghakiman yang di buat Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Ali yang membenarkan rayuan Datuk Zambry Abdul Kadir untuk mencabar keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan 18 Mei ini.

Pendedahan ini membuktikan ada sesuatu yang tidak kena berkaitan kes rayuan Zambry yang sebelum ini begitu efisen, cekap dan pantas dalam membuat keputusan hanya 2-3 jam sahaja. Berbeza dengan prosedur yang diambil oleh Mahkamah Rayuan dalam langkah Nizar mencabar keputusan menangguhkan keputusan mahkamah Tinggi yang hanya akan didengar pada minggu hadapan.

Patutlah keputusan tempohari dapat dilakukan oleh begitu pantas, rupa-rupanya hakim tak perlu buat alasan bertulis penghakiman. Semua ini menambah kemusykilan dan menjadikan keadaan di Perak semakin bersimpul-simpul.

Angkasanuri

1 comment:

  1. Tak apa nanti kita boleh panggil si Ramly Ali dalam kandang saksi. Setahu saya apa-apa hukuman atau keputusan mahkamah hendaklah dibuat secara bertulis. Ini adalah pengalaman saya sebagai ahli mahkamah tentera yang pada keseluruhannya adalah sama dengan mahkamah awam. Setiap keputusan mahkamah hendaklah dihantar kepada Panglima pemerintah dan seterusnya ke Majlis Peguam Kementah. Pada 21 Mei nanti, sekiranya Ramly Ali hadir sebagai rayuan, peguam Nizar boleh minta beliau dikeluarkan sebagai ahli mahkamah kerana beliau terlibat dalam dua kes iaitu kes Lingam dan juga memutuskan keputusan yang terdahulu tanpa bertulis. Kita akan lihat bertapa pincangnya sistem kehakiman kita gara-gara tangan kotor mahathir.

    ReplyDelete