Thursday, 7 May 2009

SIAPA MB PERAK YANG SAH : MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN ISNIN INI.

SIAPA MB PERAK YANG SAH : MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN ISNIN INI.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah Isnin ini.

Dalam kes ini bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar pelantikan penggantinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata mahkamah akan membuat keputusan tersebut secepat mungkin kerana desakan dalam isu tersebut.

Mohammad Nizar memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 13 Februari lalu bagi mendapatkan perintah perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan Zambry yang dinamakan sebagai responden tidak berhak memegang jawatan tersebut.

sumber : mStar Online

1 comment:

  1. Mesti mahkamah kanggaroo pilih Si Hitam Lanun Pangkor punye!

    ReplyDelete