Thursday 11 June 2009

Mustafa Ali Dilantik Setiausaha Agung PAS.

11 Jun 2009. SEPERTI yang diramalkan Datuk Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru menggantikan Dato’ Kamarudin Jaffar, manakala Ustaz Idris Ahmad dilantik sebagai Ketua Penerangan. Dr Hatta Ramli pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru.

Pelantikan mereka diputuskan dalam mesyuarat pertama AJK pusat di ibunegara hari ini. Pelantikan Mustafa yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu sudah dijangka kerana beliau merupakan penyokong kuat idea kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Datuk Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu yang kalah dalam pertandingan timbalan presiden turut dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dari Negeri Sembilan adalah satu-satunya muka baru yang dilantik. Dr Mariah Mahmod, Asmuni Awi dan Anuar Tahir turut dilantik semula.

Senarai penuh AJK tambahan dan Pesuruhjaya Negeri
Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:


Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud, ahli parlimen Kota Raja
Wan Ubaidah Wan Omar, exco kerajaan Kelantan
Asmuni Awi, timbalan pesuruhajaya PAS Perak
Ahmad Dollah, timbalan pesuruhajaya PAS Sabah

Senarai pesuruhjaya PAS negeri
Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Pulau Pinang)
Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
Datuk Harun Taib (Terengganu) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)

(Sumber Jiwo Kelate)

No comments:

Post a Comment