Wednesday 24 June 2009

SISTEM EKONOMI KAPITALIS vs SISTEM EKONOMI SOSIALIS

SISTEM EKONOMI KAPITALIS

Inilah sifat asli kapitalis. Inilah sifat kaum pemodal kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalisma tujuan utama ialah untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tujuan asasnya mencari untung. Ini hakikat. Tidak perlu berdolak dalik.

Kaum kapitalis akan melakukan apa sahaja asalkan dapat untung.

Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di jual akan di jual. Asalkan ada untung.

Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di beli akan dibeli. Asalkan ada untung.

Dalam sistem kapitalis – agama, ibu, ayah, anak – semua boleh di jual – jika mendapat untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tidak mengira agama, bangsa atau wilayah.

Sistem kapitalis bersifat uninversal – melintasi benua, daerah dan wilayah.


SISTEM EKONOMI SOSIALIS

Sistem ekonomi sosialis ini berbeza dari sistem kapitalis.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan bukan untung tetapi perkhidmatan.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan ialah kebaikan ramai bukan keuntungan pribadi.

Dalam sisstem ekonomi sosialis pembangunan dilakukan bukan kerana ianya boleh mendapat untung – pembangunan dilakukan kerana ianya membawa manafaat untuk orang ramai.

Dalam sistem sosialis hospital percuma – kerana ianya baik untuk menjaga kesihatan semua warga. Hospital bukan untuk membuat untung tetapi memberi khidmat. Khidmat terbaik diberi bukan kerana si sakit kaya tetapi pesakit memerlukan khidmat itu.

Dalam sistem sosialis pembelajaran –sekolah/universiti – diberi percuma kerana ianya akan melahirkan warga yang berilmu. Ini perlaburan yang dananya dikeluarkan dari kantong negara. Pembelajaran bukan perniagaan. Pembelajaran ialah untuk mendidik warga berilmu. Warga yang berilmu akan berbudi dan berbahasa. Warga yang berilmu tidak membawa porak peranda.

Dalam sistem sosialis perumahan didirikan untuk semua. Membuat rumah kediaman bukan untuk mencari laba tetapi untuk memberi keselesaan kepada penduduk. Kenapa yang kaya perlu 4 bilik dan yang miskin duduk berhimpit-himpit?

Kalau dalam sistem ekonomi sosialis syarikat kapal terbang adalah milik negara. Harga tiket ke umrah atau ke mana sahaja akan dijual semurah mungkin. Bukan bermakna penjualanan tiket kapalterbang akan merugikan tetapi niatnya BUKAN untuk keuntungan maksima.

Untung yang didapati bukan akan masuk ke dalam poket individu pemegang saham. Dalam ekonomi sosialis pemegang saham ialah semua warga. Bottom Line sosialis bukan ringgit dan sen. Bottom Line sosialis ialah khidmat untuk orang ramai.

Nota:

Mereka yang menentang sistem sosialis kerana mereka tahu dalam sistem ini mereka tidak dapat melabor modal untuk memeras dan menindas kaum buruh.

Negara sosialis selalu di serang kerana kaum kapitalis tidak dapat membuat untung dan merompak harta kekayaan.

Negara sosialis diserang kerana punca-punca ekonomi negara - minyak, bijeh, sawit,emas, besi dan segala hasil bumi - tidak boleh dimiliki oleh Exxon, General Motors, IBM, Chevron, ITT, Douglas McDonald, City Bank atau HSBC.

Memang betul dan saheh di Cuba tidak ada MacDogal. Betul di Cuba tidak ada KFC. Betul di Cuba tidak ada Coca Cola.

Tetapi di Cuba – ada sistem perubatan awam yang terbaik dalam dunia. Ianya diberi percuma untuk semua warga.

Di Cuba ada sistem pembelajaran yang terbaik di dunia. Sekolah perubatan Cuba memberi kuliah percuma untuk pelajar dari negara-negara dunia ketiga termasuk dari Amerika.

Di Cuba ada sekolah sukan yang tebaik. Negara kecil yang penduduknya berjumlah 11,451,652 ini saban kali di sukan Olimpik akan mengondol berpuluh pingat emas – lebih dari India yang rakyat 1 bilion atau Saudi Arabia yang dikatakan kaya raya.

Fakta :

Paling menyedihkan ada gulungan yang menentang sistem sosialis ini bukan dari kaum kapitalis yang kaya raya tetapi dari mereka yang miskin papa kedana. Mereka ini di beri ajaran dan ditakut takutkan bahawa kaum sosialis ini tidak bertuhan.

Ini adalah hasil dari sistem pembelajaran kapitalis yang telah membuatkan orang-orang ini bebal – tidak dapat berfikir. Dalam sistem kapitalis amat-amat diperlukaan orang-orang bebal lagi bodoh agar mereka boleh terus menjadi buruh dan hamba tanpa memiliki ketinggian fikrah dan keupayaan intelek.

Sistem kapitalis ingin melahirkan kaum buruh yang setia, tidak berfikir dan tidak dibenarkan berpersatuan. Dalam sistem sosialis kesatuan buruh adalah rukun pertama.

Dalam sistem sosialis pembelajaran percuma tidak memungkinkan lahirnya orang –orang bebal. Kebebalan adalah musuh utama sosialisma.Kebebalan dan kebodohan akan dilawan hingga ke akar umbi.

Dalam sistem sosialis tidak akan timbul isu PPSMI - kerana dari segi keilmuan telah diketahui bahawa untuk mengajar satu- satu bahasa BUKAN melalui maths dan sains tetapi melalui sastera.

Hanya dalam sistem kapitalis wujudnya manusia bebal yang mencadangkan cara mempelajari satu-satu bahasa adalah melalui maths dan sains.

Hidup jangan jadi bebal. Fikirkan siapa yang tidak percaya kepada Yang Maha Esa - kaum sosialis atau Kapitalis Yang Menjual Gambar Kaabah?.

tukartiub

No comments:

Post a Comment