Wednesday 1 July 2009

Berjuta bakal saksikan upacara pengebumian Jacko

LOS ANGELES: Daripada Elvis Presley hingga Puteri Diana, upacara pengebumian ikon dan selebriti terkenal dunia pasti menarik minat jutaan orang ramai menyaksikannya dan pengebumian Michael Jackson pasti tidak terkecuali.

Lebih sejuta peminatnya dijadual memenuhi upacara pengebumian 'Raja Pop' itu - satu lagi majlis peringatan yang mendapat tempat di seluruh dunia sama seperti kematian Presley pada 1977 dan Diana, 20 tahun kemudian.

Rancangan awal bagi pengebumian Michael dijadual bermula esok (Khamis) selepas laporan menyatakan jenazahnya akan dihantar ke kediaman rantasinya, Neverland dengan disertai puluhan kenderaan pengiring.

Pada Jumaat pula, keluarganya dikatakan membenarkan orang awam memberi penghormatan kepada anaknya itu sebelum disusuli upucara khas untuk keluarga terdekatnya pada hujung minggu ini.

Bagaimanapun, tarikh sebenar pengebumian Michael masih belum diketahui.

Bagaimanapun, spekulasi mula tersebar apabila keluarganya mungkin merancang mengadakan majlis memperingati kematian anaknya untuk tatapan seluruh dunia.

"Apapun yang dibuat membabitkan raja pop ini akan menarik minat umum, dari seluruh dunia," kata Robert Thompson, pakar dalam dunia pop dari sebuah university di New York.

"Ketika pengebumian Puteri Diana di United Kingdom ia mungkin agak terhad tapi untuk Michael Jackson ia tiada batas dan peraturan, tiada yang mustahil," katanya.

beritaharian

No comments:

Post a Comment