Monday 13 July 2009

Hadi: Rakyat Tidak Termakan Saguhati Najib

PKR Gerik

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Perdana Menteri Najib Razak gagal menyakinkan rakyat Malaysia akan kemampuannya sebagai pemimpin nombor satu negara setelah 100 hari beliau memegang tampuk pemerintahan.
Najib dibidas kerana tidak komited memulihkan ekonomi dan sistem perundangan dinegara yang kucar kacir semenjak beliau mengambil alih pucuk pimpinan.

"Namun sehinga kini Najib belum lagi dapat menunjukkan pertumbuhan yang baik seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir dizaman pemerintahannya iaitu perkembangan ekonomi negara. Yang kedua, beliau masih gagal membuat pembaikan terhadap kemusnahan sistem kehakiman bahkan perkembangan UMNO sendiri dalam konsep politik wang yang melarat kepada pentadbiran negara gagal. kita lihat Tun Abdullah Ahmad Badawi telah cuba sedikit untuk merubahnya dan sekarang terpulang kepada Najib untuk teruskan. Beliau masih dilihat tidak mahu mengubah perkara- perkara yang negetif dalam negara kita pada hari ini," kata Hadi.

Hadi berkata beliau yakin rakyat tidak termakan dengan saguhati 11 perkara yang ditaburkan Najib. Bagi Hadi, apa yang lebih penting bagi rakyat adalah menubuhkan kerajaan bebas rasuah yang menegakkan prinsip ketanggungjawaban, telus dan adil.

Najib diselar kerana membelakangkan sistem demokrasi, sepertimana yang dapat dilihat dari rampasan kuasa BN di negeri Perak.

"Krisis yang berlaku di Perak saya lihat demokrasi telah dilumpuhkan. Kerana ikut amalan demokrasi, kerajaan dipilih oleh rakyat. Dizaman Tungku Abdul Rahman, walaupun UMNO amalkan politik kotor untuk gulingkan PAS, tapi mereka masih gunakan amalan demokrasi iaitu undi tidak percaya untuk jatuhkan kerajaan.Di Kelantan pula diadakan pilihanraya semula untuk tentukan kerajaan baru," tambahnya lagi.

Berbeza dengan Barisan Nasional, Hadi berkata Pakatan Rakyat adalah gagasan yang berdiri atas prinsip perbincangan dan muafakat. Disebalik perbezaan pendapat, Hadi berkata Pakatan tetap utuh menjalin kerjasama dalam mencari kata sepakat dalam pelbagai isu penting hari ini.

Beliau juga berkata PAS yakin Pakatan Rakyat semakin kuat setiap kali diasak UMNO Barisan Nasional.

"Walaupun kita berbeza pendapat tetapi kita boleh bersatu dalam membuat keputusan. Ini dapat dilihat beberapa kali media mainkan isu- isu yang mahu meretakkan hubungan PAS dan Pakatan Rakyat tergugat. Namun dalam masa yang singkat, setengah jam kita boleh selesai," ujar Hadi.

Sumber: http://www.tvantara.com/v1/

No comments:

Post a Comment