Saturday, 11 July 2009

Sabah: Kenapa Negeri Ke-2 Terkaya jadi miskin bawah UMNO?

Artikel Oleh: dewa

Pada tahun 1970, Sabah merupakan negeri kedua terkaya di Malaysia dengan KDNK melebihi Selangor dan Kuala Lumpur. Hari ini, UMNO berjaya merompak kekayaan Sabah dan menjadikan Sabah antara negeri termiskin sekalipun kos sara hidup di sana tinggi.

Kekalahan memalukan UMNO di Semenanjung membuatkan UMNO terpaksa bergantung semula kepada undi Sabah dan Sarawak untuk terus berkuasa.
Tindakan membanyakkan kerusi Parlimen dari Sabah Sarawak akhirnya akan membuatkan rakyat Malaysia tunduk kepada Ketuanan Rumah Panjang. Artikel ini membincangkan cara-cara UMNO akan terus mempermainkan rakyat Sabah dan Sarawak.

Sabah juga dikenali sebagai 'Sabah, Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.

Asal-usul nama ‘Sabah’ diperolehi daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai ‘pisang saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat kaum Suluk (Sulu)dan Bajau-Sulu, yang sangat popular dibuat pisang goreng.

Penduduk Sabah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, di mana kumpulan etnik terbesar adalah kaum Kadazandusun (satu pertiga) dan diikuti oleh Tausug ( Sulu ),Bajau dan Cina, Melayu, dan kaum-kaum minoriti lain.

Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.

Negeri Sabah ditadbiri oleh Dewan Undangan Negeri dan Jemaah Menteri / Kabinet Negeri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Kabinet Negeri bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai Ahli Dewan Undangan Negeri (60 kawasan) yang dipilih rakyat melalui Pilihanraya Umum setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan.

Pada 1970, Sabah merupakan negeri yang kedua terkaya di Malaysia, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita di belakang Selangor (termasuk Kuala Lumpur). Walaupun ia kaya dengan sumber semula jadi, kini Sabah adalah negeri yang termiskin di kalangan negeri-negeri Malaysia. Pendapatan puratanya pada sekarang adalah di kalangan negeri Malaysia yang paling rendah, sedangkan kos sara hidupnya lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia.

Pada 2000, kadar pengangguran Sabah ialah 5.6 peratus, yakni yang tertinggi di Malaysia dan merupakan dua kali ganda purata nasional sebanyak 3.1 peratus. Tahap kemiskinannya sebanyak 16 peratus merupakan tahap yang tertinggi di Malaysia, yakni lebih daripada tiga kali purata nasional. Sebahagian daripada masalahnya ialah pembahagian kekayaan yang tidak saksama.

UMNO juga mempergunakan sepenuhnya penguasaan mereka ke atas Ketua Kampung dan JKKK. Ketua Kampung, selain tugasnya membuat laporan dari masa kemasa kepada cawangan dan bahagian UMNO kegiatan seharian ahli-ahli UMNO di kampung, beliau bersama JKKK dan Pemaju Mukim juga mengenal pasti para pengundi yang pro parti pembangkang.Penduduk kampung yang pro parti akan diboikot dan ditindas.

Peranan Kerajaan UMNO/BN pula, menjaga kebajikan Ketua Kampung, JKKK dan Pemaju Mukim disetiap kawasan pilihanraya. Semua projek kecil-kecilan diagihkan pula kepada Penghulu Kampung, JKKK dan Pemaju Mukim melalui teori 3 in 1, "Satu untuk aku, satu untuk kau dan satu lagi untuk dia".

UMNO juga mempermainkan anak bumiputera Sabah dengan mewujudkan suasana rendah diri. Seorang sahabat penulis yang juga merupakan majistret di Sabah sangat taat kepada BN kerana menganggap BN satu-satunya sumber rezekinya yang berasal dari keluarga susah. Dia sangat terasa terhutang budi kerana BN sudi membekalkan elektrik dan air ke kampungnya. Dia juga sangat benci kepada pembangkang setiap kali di’tarbiyah’ oleh Biro Tatanegara.

Usaha Pakatan Rakyat untuk menembusi Sabah disukarkan apabila kepimpinan Pakatan ditindas dan dihalang dari memasuki Sabah. Apa pun, selagi Sabah dan Sarawak tidak ditembusi, sukar bagi Pakatan mengambil alih kerajaan..

Apa pun, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka berusaha mengubahnya sendiri

tranungkite

1 comment:

  1. Sekadar nasihat & peringatan kepada para blogger.

    Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

    "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete