Sunday 16 August 2009

Hishamuddin: Contohi Amerika, Akta Patriot dan Guantanamo( isu ISA)

Artikel Oleh: dewa

"Hishamuddin menggesa rakyat negara ini agar mencontohi Amerika dan negara-negara barat yang memperkenalkan undang-undang ala-ISA selepas 11 September untuk menangkap teroris-teroris Islam. Tindakan rakyat yang menentang penahanan tanpa bicara seperti ISA dianggap dangkal oleh Hishamuddin kerana Amerika pun sudah memperkenalkan Akta Patriot dan Guantanamo:

"14 Ogos, 2009: KOTA BAHARU: Rakyat perlu berfikir dengan waras dan tidak terpengaruh dengan permainan politik dangkal sesetengah pihak sebelum meminta Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, dalam keadaan negara maju yang sebelum ini melaungkan demokrasi dan kebebasan bersuara pun sudah menerima pakai akta keselamatan seperti ISA, masih ada pihak di negara ini yang mengambil pendirian enggan menerima kepentingan akta itu.

"Di Amerika Syarikat pun sudah ada akta patriotiknya, United Kingdom pun sudah ada akta antiterorrisme, di Melbourne (Australia) baru-baru ini pun lima pengganas berasal dari Somalia (ditangkap)."

elok sangat la cadangan UMNO tu. Lepas ni, UMNO patut cadangkan Malaysia patut meniru rejim zionis di Israel pula kerana negara tersebut agak maju.

Alangkah jahilnya.. Obama pun reti nak tutup Guantanamo. Nak tipu sapa Hishamuddin? Belajar-belajar lah guna akal..

tko.

No comments:

Post a Comment