Oleh:ibnu rusyd
Hari ini angka kematian dijangka terus subur dan meriah lagi bagi bilangan mereka yang berjangkit dengan H1N1 negara malaysia, hal ini tidaklah mengejutkan kita apabila pihak kerajaan masih lagi buntu dan kelu dalam sebarang tindakan kerana umum mengetahui bahawa bahana ini tidak akan sama sekali dibendung dan dihalang melainkan kehendak tuhan.
WHO meramalkan kadar 10%-20% jumlah rakyat di negara ini bakal menikmati penyakit ini dan sekitar 1% peratus darinya hampir pasti akan pergi meninggalkan kita sekiranya tiada tindakan yang drastik dan betul diambil oleh pihak yang bertanggungjawab dalam erti kata pemerintah atau kerajaan. Hal ini samalah juga dengan kita bakal kehilangan sekitar 5 000 - 46 000 rakyat negara ini dalam masa setahun.
Kerajaan dalam nada awal tanda kekalahannya berkata semalan bahawa penyakit ini akan terus meriah dan meriah untuk satu jangka masa 6 bulan -1 tahun lagi. Angka ini tidaklah mustahil sekiranya kita melihat langkah longlai pihak berwajib yang bertanggujawab untuk mengambil tindakan dan beberapa faktor lainnya yang memerlukan otak untuk berfikir secara waras, hal ini amatlah jelas kepada kita yang bahawasanya kita tidak mampu berbuat apa-apa lagi melainkan duduk dirumah berkunci menunggu malaikat maut mengetuk pintu utama rumah kita jika seandainya penyakit ini menular ke rumah kita.
Pelbagai tindakan dan hal yang diumumkan yang bersifat gimik untuk memperlahankan kematian dan angka yang maha dashat ini dari terus meningkat sedangkan iamerebak melalui ruang udara. Para tauke dan pemodal kapitalis tentunya tersenyum gembira mengenangkan nasib yang berlaku kepada umat dunia ini kerana kantung poket mereka akan sarat dengan wang kembali, kita diberitakan dengan kehabisan topeng penutup muka di kedai-kedai milik kapitalis di seluruh negara dan dalam sedikir masa juga kita akan mendengar yang bahawasanya kerajaan malaysia akan membeli vaksin antiviral dan seangkatannya dari WHO.
Ini semua wang dan wang menjana ekonomi dan ekonomi mengawal kuasa, prinsipnya jelas tujuannya tuntas, maka kita seharusnya melihat kembali apa yang berlaku terhadap kita sekarang supaya tidak tersalah langkah dalam mencatur hidup. Bagi penulis konsepnya mudah, ia adalah bala dari Allah atas apa sebab sekalipun maka ianya datang dari Allah, sebab-sebab inilah yang menghalalkan perbuatan khianat manusia terhadap alam sekitarnya. Dalam sumber lainnya diakui ini satu perniagaan, ia datang dari kapitalis dan pemodal besar yang merancang, itu satu teori dalam bahasa islamnya adalah asbab, tanpa asbab mustahil sesuatu terjadi namun bagi tuhan amatlah mudah untuk itu. Inilah sifat kapitalis, apa yang mendatangkan keuntungan adalah kiblat mereka, apa saja yang boleh dijual akan dijual asalkan mendatangkan keuntungan hinggakan kini maruah juga bisa diperdagangkan inilah jahatnya kapitalis.
Memang benar kita seharusnya tuntas melawan dan menolak kapitalis sama sekali untuk mengundang kesejahteraan namun kita juga tidak sama sekali memerlukan sosialis apa lagi nasionalis, sosialis mejaga kebajikan tapi tidak bertuhan, jika ada tuhan hanya sekadar pelengkap hiasan rumah, ini semua bahana rekaan manusia yang telah menyebabkan berjuta nyawa melayang dan hilang dalam sekelip mata, sebut sajalah sistem apa sekalipun, asal datangnya dari manusia pasti ianya merugi.
Kita hanya perlukan islamis sebagai penyelesaian segala permasalahan, islamis terkandung di dalamnya kapitalis dan islamis jauh lebih sosialis dari sosialis sendiri, dalam kata mudahnya islamis punyai sistem kapitalis namun ada sistem sosialis dalam islam yang kemudiannya mengawal selia kapitalis tadi, ia bukan ideologi tapi cara hidup yang sejahtera yang telah diusulkan oleh tuhan kepada kita. Hal ini jelas bagi kita kerana sejarah telah membuktikan kejayaannya, kita tak perlu dimomokkan dengan nasionalis, bela melayu dan apa kejadah ideologi yang hanya direka untuk mengisi telbolok sesetengah pihak dan kepentingan mereka, mereka inilah yang seharusnya dihumban ke laut mati secara beramai-ramai.
Mereka bodoh lagi membodohkan dan kemudian cuba memberitahu kepada orang lain akan kebodohan mereka, ini tidak perlu sama sekali, mereka seharusnya simpan baik-baik kebodohan mereka untuk tatapan sejarah.
Umar anak Khattab telah mambuktikan kepada kita yang sistem yang diamalkannya membawa kesejahteraan kepada kita, umar untuk pengetahuan umum adalah anak didik manusia agung bernama Muhammad s.a.w anak abdullah yang lahir di kota mekah, islam dinaikkan oleh tuhan diceruk kota yang ketinggalan dan jauh dari ketamadunan dan diselaputi kejahiliyyahan untuk memberi bukti jelas kepada kita bahawa ia dibina dari bawah dan islam adalah adalah mendasar.
Islamis datang bukan untuk menjajah malahan untuk membebas, islamis datang membebaskan manusia dari kegelapan kejahilan kepada cahaya kebenaran. islamis jauh membatasi prinsip berbilang kaum malah berbilang agama, lihat bagaimana penduduk jajahan parsi di tanah arab yang rata-ratanya berbangsa nasrani (baca beragama kristian) yang akhirnya memihak kepada umar apabila islamis menakluk untuk membebas mereka malahan mereka turut serta bergabung kedalam tenteranya (Lihat buku UMAR AL-KHATTAB karangan MUHAMMAD HUSAIN HAEKAL) .
Hal ini jelas serta terang kerna ia adalah fakta sejarah tak sama sekali sejarah tidak pernah menipu melainkan pemimpin negara. Masih tidak setuju dan mahu membela melayu? , saya nasihatkan sila pulangkan wang PTPTN dan segala biasiswa anda jika sekirannya anda seorang mahasiswa kerna usaha anda hanya menambah merugikan negara dan islam khususnya, dan juga pulangkan kembali apa segala sijil diploma, spm,pmr serta upsr anda supaya anda boleh dididik kembali menjadi manusia yang berotak dan berakal, jika tidak sila pergi ke tahfiz untuk menghafal al-quran, anda hanya akan menyesakkan lalulintas negara dan menambah beban negara saja jika masih berfikiran di bawah waras tersebut.
Islam mengajar kita erti kehidupan , islam mengajar kita segalanya, tiada apapun yang tidak terkandung dalam cara hidup ini (diulangi bukan ideologi) ,dalam ekonomi islam mengajar kita cara berhutang dengan melakukan catitan hitam putih, islam juga mengajar kita cara meminjam wang dengan diharamkan sebarang faedah keatasnya, islam jugalah yang mengajar kita melaburkan wang dengan diharamkan sebarang faedah tetap keatasnya yang seolah-olah sudah mengambil kerja tuhan, islam juga mengajar kita menjual komoditi dan kurang menggalakkan kita menjual matawang.
Pokoknya semuanya terkandung dalam agama ini , cuma bagaimana caranya untuk kita menggunakannya saja, bukan seperti islam cetakan sekarang. Kita bebas memalsukan agama ini, letaklah madani, hadhari, 1 malaysia, namun semua ini kesesatan yang jelas dalam beragama, tuhan tak perlu penasihat, tuhan tak perlu jururunding agama dan tuhan jauh tak perlukan mufti penasihat 20% untuk membina agamanya , DIA serba sempurna dan serba lengkap, tanpa adanya kita semua DIA tetap mulia dan tetang agung.
Pokoknya tuhan telah banyak bertolak ansur dengan kita dengan sifat rahmatnya kepada kita, jika tidak tentulah telah lama kita dibinasakannya, tuhan mendatangkan bala untuk membersihkan kita, tuhan menghantar malaikat mautnya untuk kita mudah beroleh syurga, diberkan wabak kepada kita sebagai tanda sayangnya kepada kita (lihat hukum mati dalam wabak dalam islam) , tuhan tahu kita sedang sibuk untuk mengejar apa segala sistem rekaan dan ciptaan yang maha sesat maka ditegurnya kita.
Maka kita perlu kembali melihat dan mengambil seluruh hukum tuhan kerna ia adalah hukum karma, kita lantang menentang segala perbuatan yang melawan fitrah tuhan namun kita juga lupa yang kita telah melacurkan seluruh cara hidup kita dengan sistem selain islam. Islamis adalah cara dan penyelesaian terbaik buat kita, sedarlah san kembalilah untuk kesejahteraan sejagat dan bawalah ia dengan cara yang betul. -
sabahdaily
No comments:
Post a Comment