Tuesday, 20 October 2009

PUASA SI MISKIN...

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang
sering
terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah
itu
hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi
rumah
itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku
hampiri
mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang
kakak
yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang
bayi
dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan
lain
kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang
hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan
di
simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu
kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan
sepuluh
kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri
barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil
menjerit
"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada
si
kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari
raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging
lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu.
Bila
mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah.
Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh
menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu
memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang
yang
aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu
boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada
hari
pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya
agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula
semua
tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari
berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih
dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan
mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula
sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta
daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa
kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari
kita.


From:
kepalaangin08@gmail.com

No comments:

Post a Comment